garis panduan - covid-19.moh.gov.my

28
Garis Panduan PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 OLEH KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK SWASTA Kementerian Kesihatan Malaysia Versi 1.0

Upload: others

Post on 21-Dec-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

Garis Panduan

PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

OLEH KERAJAAN NEGERI DAN

PIHAK SWASTA

Kementerian Kesihatan Malaysia

Versi 1.0

Page 2: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

1

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN ..................................................................................................................... 2

OBJEKTIF ............................................................................................................................. 3

SKOP .................................................................................................................................... 3

PIHAK YANG LAYAK MEMOHON ........................................................................................ 3

DEFINISI ............................................................................................................................... 3

PUNCA KUASA .................................................................................................................... 4

PROSEDUR PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 OLEH KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK

SWASTA ............................................................................................................................... 4

TERMA DAN SYARAT YANG PERLU DIPATUHI OLEH KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK

SWASTA ............................................................................................................................... 6

TANGGUNG JAWAB KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK SWASTA YANG MEMBUAT

PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 .......................................................................................... 7

SENARAI ANNEXE .............................................................................................................. 8

ANNEXE 1: KAEDAH PERMOHONAN OLEH KERAJAAN NEGERI, PIHAK SWASTA,

HOSPITAL SWASTA DAN KLINIK PERUBATAN SWASTA .......................................... 9

ANNEXE 2: PERMOHONAN PINDAAN KELULUSAN PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

OLEH KERAJAAN NEGERI/PIHAKSWASTA .............................................................. 22

ANNEXE 3: PERMOHONAN AKAUN SISTEM UNTUK FASILITI ................................ 24

ANNEXE 4: PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI .......................................................... 25

ANNEXE 5: PERANAN PEMEGANG PENDAFTARAN PRODUK. .............................. 26

ANNEXE 6: CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

OLEH KERAJAAN NEGERI/PIHAK SWASTA ............................................................. 27

Page 3: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

2

PENGENALAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai

Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency

of International Concern - PHEIC) pada 30 Januari 2020. Hingga kini, lebih 52 juta kes COVID-

19 dicatat di seluruh dunia dengan lebih daripada 1.3 juta kematian1.

Mengambil kira situasi pandemik COVID-19 global yang semakin meruncing dan peranan

Kerajaan Persekutuan dalam memastikan akses kepada vaksin yang berkualiti, selamat dan

berkesan kepada rakyat, maka Kerajaan Malaysia menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan

Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah menerima banyak permohonan daripada

pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak swasta yang berhasrat untuk membawa

masuk dan membeli sendiri bekalan vaksin COVID-19 daripada pengeluar vaksin dan syarikat

farmaseutikal berdaftar sebagai usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan

membantu mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Mesyuarat JKJAV Bil. 11/2021 pada 27 Mei 2021 telah bersetuju agar kerajaan negeri dan

pihak swasta boleh melaksanakan pembelian vaksin COVID-19 masing-masing tertakluk

kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sebagai usaha mengekang

penularan pandemik COVID-19 dan membantu mempercepatkan pelaksanaan PICK bagi

memastikan pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Pada masa ini terdapat beberapa vaksin COVID-19 yang telah diluluskan pendaftaran

bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti vaksin COMIRNATY [keluaran

Pfizer BioNTech], vaksin AstraZeneca [keluaran AstraZeneca/University of Oxford (AZD1222)

dan keluaran Siam Bioscience Co. Ltd. Thailand], vaksin CoronoVac [keluaran Sinovac

Biotech Ltd./Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.], vaksin Convidecia [keluaran CanSino

Biologics Inc.], vaksin Janssen [keluaran Janssen Pharmaceutica], vaksin COVILO [keluaran

Beijing Institute of Biological Products / Sinopharm] dan vaksin Spikevax [keluaran Rovi

Pharma Industrial Services / Moderna].

Ketersediaan lain-lain calon vaksin COVID-19 adalah tertakluk kepada kelulusan PBKD

setelah melalui proses penilaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian

Regulatori Farmasi Negara (NPRA), pematuhan Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-

Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (PKDK 1984). Senarai vaksin COVID-19 yang

telah diberi kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut boleh diperolehi menerusi laman

sesawang NPRA (https://npra.gov.my).

1 WHO Coronavirus Disease (COVID-19) Dashboard

Page 4: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

3

OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada kerajaan negeri dan pihak swasta

mengenai prosedur permohonan pembelian vaksin COVID-19 yang telah diluluskan

pendaftaran bersyarat oleh PBKD, menerusi pembelian secara terus oleh kerajaan negeri dan

pihak swasta daripada Pemegang Pendaftaran Produk vaksin COVID-19 (Product

Registration Holder – PRH).

SKOP

Garis panduan ini diguna pakai untuk kerajaan negeri dan pihak swasta yang ingin memohon

kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk membeli vaksin COVID-19 yang telah diberikan

kelulusan pendaftaran bersyarat oleh PBKD, dengan tujuan untuk mempercepatkan imunisasi

COVID-19 bagi mencapai imuniti kelompok, selaras dengan matlamat PICK.

PIHAK YANG LAYAK MEMOHON

i) Kerajaan negeri untuk tujuan mempercepatkan imunisasi rakyat negeri tersebut.

ii) Pihak swasta berdasarkan definisi yang dinyatakan dalam dokumen ini.

iii) Hospital dan klinik perubatan swasta bagi tujuan vaksinasi orang awam.

DEFINISI

1. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merujuk

kepada Jawatankuasa yang telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri dalam

mesyuaratnya pada 14 Oktober 2020. JKJAV dipengerusikan bersama oleh YB Menteri

Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Sains, Teknologi & Inovasi. Urusetia Induk JKJAV

adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai Urus Setia Bersama.

2. Kerajaan negeri merujuk kepada semua tiga belas (13) kerajaan negeri dan (3) wilayah

persekutuan di Malaysia.

3. Pihak swasta merujuk kepada semua entiti swasta yang ditubuhkan dan berdaftar

dengan pihak berautoriti Malaysia di mana, pihak swasta ini meliputi syarikat swasta,

syarikat asing, syarikat multinasional, hospital swasta, klinik perubatan swasta serta entiti

lain yang diiktiraf penubuhannya.

4. Pemegang Pendaftaran Produk (Product Registration Holder - PRH) merujuk kepada

mana-mana entiti yang ditubuhkan dan berdaftar dengan pihak berautoriti di Malaysia

yang telah diluluskan oleh NPRA KKM sebagai PRH.

Page 5: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

4

PUNCA KUASA

Mesyuarat JKJAV Bil. 11/2021 pada 27 Mei 2021 telah bersetuju agar kerajaan negeri dan

pihak swasta boleh melaksanakan pembelian vaksin COVID-19 masing-masing tertakluk

kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sebagai usaha mengekang

penularan pandemik COVID-19 dan membantu mempercepatkan pelaksanaan PICK bagi

memastikan pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Vaksin untuk kegunaan manusia adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-

peraturannya serta Akta Jualan Dadah 1952 dan PKDK 1984 yang melibatkan keperluan

pelesenan serta pendaftaran vaksin tersebut. Oleh itu, semua pengimportan, penjualan,

pembekalan, pengedaran vaksin untuk kegunaan manusia perlu mematuhi peruntukan

undang-undang sedia ada negara.

Peraturan 7(1) di bawah PKDK 1984 menetapkan bahawa semua keluaran farmaseutikal

termasuk vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia perlu diluluskan pendaftarannya

oleh PBKD. Vaksin COVID-19 yang telah diluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan

semasa bencana masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan

produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini yang perlu

dikemukakan oleh PRH dari semasa ke semasa. Oleh itu, PBKD menetapkan agar vaksin

COVID-19 yang diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat hanya boleh dijual dan dibekalkan

kepada kerajaan dan pihak yang dibenarkan oleh kerajaan.

Bagi menguruskan pembelian dan pembekalan vaksin COVID-19, semua pihak yang terdiri

daripada PRH, kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tertakluk sepenuhnya kepada

perundangan di atas serta:

i) syarat-syarat yang diputuskan oleh JKJAV;

ii) semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia dalam

menguruskan pengimportan, penjualan, pembekalan, pengedaran, penyimpanan dan

pelupusan vaksin COVID-19.

PROSEDUR PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 OLEH

KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK SWASTA

1. Kerajaan negeri dan pihak swasta perlu melantik sama ada klinik perubatan swasta atau

hospital swasta untuk mengendalikan program imunisasi vaksin COVID-19 bagi pihaknya

termasuklah urusan pembelian, penyimpanan, perekodan bagi pemberian, penyediaan

laporan pemberian, pengiklanan perkhidmatan imunisasi (jika berkaitan), pelupusan dan

pemantauan serta notifikasi sebarang kesan advers susulan imunisasi (AEFI). Perincian

keperluan perundangan adalah seperti di Annexe 1.

Page 6: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

5

2. Kerajaan negeri dan pihak swasta yang boleh mengemukakan Borang Permohonan

Pembelian Vaksin COVID-19 di Annexe 1(a) kepada PRH berserta dokumen sokongan

yang diperlukan.

3. Permohonan tersebut adalah mengandungi maklumat berikut:

3.1. Maklumat pemohon.

3.2. Tujuan pembelian vaksin COVID-19;

3.3. Jenama vaksin COVID-19 yang hendak dibeli;

3.4. Bilangan dos vaksin COVID-19 yang hendak dibeli;

3.5. Maklumat kumpulan sasar; dan

3.6. Maklumat pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19:

3.6.1. tempoh masa pelaksanaan (jadual pelaksanaan);

3.6.2. lokasi pelaksanaan; dan

3.6.3. maklumat pasukan perubatan dilantik bagi mengendalikan program

pemberian vaksin COVID-19.

3.7. Deklarasi persetujuan ke atas terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

4. PRH perlu memastikan semua maklumat yang diperlukan telah dilengkapkan oleh

kerajaan negeri atau pihak swasta dan mengemukakan permohonan tersebut kepada

JKJAV melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. PRH perlu mengemukakan maklumat seperti Annexe 1(b) kepada KKM.

6. Kerajaan negeri dan pihak swasta perlu mengemukakan borang Permohonan Pindaan

Kelulusan Pembelian Vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri/pihak swasta (Annexe 2)

sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat pemohon) dan maklumat program

imunisasi. Permohonan baharu perlu dikemukakan sekiranya terdapat perubahan kepada

maklumat pembelian/produk.

Page 7: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

6

TERMA DAN SYARAT YANG PERLU DIPATUHI OLEH

KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK SWASTA

1. Kos perolehan vaksin COVID-19 adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan

pihak swasta dan tanpa menggunakan sebarang peruntukan atau dana daripada Kerajaan

Persekutuan. Ini termasuk untuk kos-kos berkaitan pelaksanaan imunisasi COVID-19 dan

pelupusan sisa klinikal dan farmaseutikal yang berkaitan.

2. Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri dan pihak swasta tidak akan

mengganggu perancangan dan pelaksanaan PICK yang sedang dilaksanakan oleh

Kerajaan Persekutuan menerusi KKM, MOSTI serta agensi lain yang terlibat.

3. Vaksin COVID-19 yang telah dibeli oleh kerajaan negeri dan pihak swasta hanya boleh

digunakan di fasiliti pemberian vaksin yang telah disenaraikan dalam permohonan dan

tidak boleh dijual kepada pihak lain.

4. Kerajaan negeri/pihak swasta boleh menetapkan sama ada pemberian vaksin adalah

secara percuma atau melibatkan caj harga vaksin kepada penerima.

5. Kemudahan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 yang telah

diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada penerima vaksin COVID-19 di bawah

PICK adalah terkecuali kepada penerima vaksin yang dibeli oleh kerajaan negeri dan

pihak swasta.

6. Kerajaan negeri, pihak swasta, hospital swasta atau klinik perubatan swasta perlu

menguruskan perolehan, penyimpanan, administrasi, perekodan, pemantauan vaksin

(pelaporan kesan sampingan, pemberian vaksin atau lain-lain) dan pelupusan sisa klinikal

atau farmaseutikal selaras dengan perundangan sedia ada, Garis Panduan Pengurusan

Vaksin COVID-19 dan lain-lain Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM (https://covid-

19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm).

7. Kerajaan negeri dan pihak swasta atau pihak yang dilantik perlu mengguna pakai sistem

perekodan dan memberikan pelaporan yang ditetapkan seperti MySejahtera/ Vaccine

Management System (VMS)/ Vaccine Appointment System (MyVAS)/ pelaporan AEFI dan

lain-lain yang berkaitan. Perekodan secara manual boleh dilaksanakan tetapi perlu dikunci

masuk dalam sistem dengan segera setelah akses kepada sistem diperolehi.

8. Permohonan kerajaan negeri dan pihak swasta yang telah diluluskan oleh KKM akan

dimaklumkan secara rasmi berserta perincian maklumat berikut:

8.1. jenama vaksin COVID-19 yang diluluskan;

8.2. bilangan dos vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk dibeli; dan

8.3. tempoh kelulusan.

Penetapan syarat-syarat tambahan yang perlu dipatuhi oleh kerajaan negeri dan pihak swasta

akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Page 8: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

7

TANGGUNG JAWAB KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK

SWASTA YANG MEMBUAT PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

1. Kerajaan negeri dan pihak swasta yang melaksanakan pembelian vaksin COVID-19

secara terus dengan PRH, adalah BERTANGGUNGJAWAB:

1.1. ke atas indemniti melibatkan vaksin COVID-19 yang dibeli daripada PRH dan

memaklumkan kepada penerima vaksin.

1.2. ke atas tuntutan perundangan oleh penerima vaksin berkaitan vaksin COVID-19

yang dibeli daripada PRH.

1.3. melaksanakan pemantauan dan melaporkan farmakovigilans vaksin

sebagaimana prosedur yang ditetapkan oleh NPRA.

1.4. memantau aktiviti pemberian vaksin dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

sebarang kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan pemberian rawatan yang

diperlukan oleh penerima vaksin;

1.5. memastikan pengurusan dan proses imunisasi dijalankan oleh pihak yang

berkelayakan dan kompeten.

1.6. mengemukakan laporan lengkap setelah selesai program vaksinasi kepada KKM

dengan mengemukakan bersama maklumat-maklumat berikut:

1.6.1. bilangan dos yang dibeli dan digunakan;

1.6.2. senarai penerima vaksin, umur, nombor kad pengenalan atau dokumen

pengenalan diri/pasport dan nombor rujukan MySejahtera (maklumat-

maklumat tersebut perlu dimuatnaik dalam aplikasi MySejahtera);

1.6.3. sijil pelupusan keluaran/sisa farmaseutikal keluaran tersebut kepada KKM

dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh vaksinasi.

Page 9: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

8

SENARAI ANNEXE

ANNEXE 1: Kaedah Permohonan oleh Kerajaan Negeri/Pihak Swasta.

• 1a: Permohonan oleh Kerajaan Negeri/ Pihak Swasta kepada PRH.

• 1b: Permohonan PRH kepada Kerajaan Persekutuan.

ANNEXE 2: Permohonan Pindaan Kelulusan.

ANNEXE 3: Permohonan Akaun Sistem untuk Fasiliti.

ANNEXE 4: Pihak yang boleh dihubungi.

ANNEXE 5: Peranan Pemegang Pendaftaran Produk.

ANNEXE 6: Carta Alir Proses Permohonan Pembelian Vaksin COVID-19 oleh

Kerajaan Negeri dan Pihak Swasta

Page 10: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

9

ANNEXE 1: KAEDAH PERMOHONAN OLEH KERAJAAN NEGERI, PIHAK

SWASTA, HOSPITAL SWASTA DAN KLINIK PERUBATAN SWASTA

1. Permohonan Pembelian Vaksin COVID-19 oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Swasta (Selain daripada Klinik Perubatan Swasta dan Hospital Swasta) Kerajaan negeri dan pihak swasta perlu melantik sama ada klinik perubatan swasta atau hospital swasta untuk mengendalikan program imunisasi vaksin COVID-19 bagi pihaknya termasuklah urusan pembelian, penyimpanan, perekodan bagi pemberian, penyediaan laporan pemberian, pengiklanan perkhidmatan imunisasi (jika berkaitan), pelupusan dan pemantauan serta notifikasi sebarang kesan advers susulan imunisasi (AEFI).

A. Keperluan Perundangan Melibatkan Klinik Perubatan Swasta yang

dilantik oleh Kerajaan Negeri/Pihak Swasta 1. Kerajaan negeri dan pihak swasta perlu mengemukakan maklumat

pelantikan klinik perubatan swasta yang akan mengendalikan program imunisasi COVID-19 dalam permohonan pembelian vaksin COVID-19 ini. Maklumat pelantikan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

(a) surat pelantikan klinik perubatan swasta; (b) nama dan alamat klinik perubatan swasta; (c) senarai nama pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta

tersebut yang akan terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19; dan (d) salinan perakuan pengamalan tahunan pengamal perubatan berdaftar

tersebut.

2. Penjualan stok vaksin COVID-19 daripada pembekal perlu dilakukan kepada pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(2) Akta Racun 1952.

3. Pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut perlu menyediakan suatu pesanan bertulis seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(3) Akta Racun 1952 berhubung pembelian vaksin COVID-19.

4. Setiap pengamal perubatan berdaftar terlibat di klinik perubatan swasta tersebut hanya boleh memberi vaksin COVID-19 kepada pesakitnya untuk tujuan rawatan perubatan pesakit tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 19 Akta Racun 1952.

5. Klinik perubatan swasta tidak boleh menjual atau membekalkan stok vaksin COVID-19 kepada kemudahan jagaan kesihatan swasta lain atau mana-mana fasiliti lain termasuk cawangan klinik perubatan swasta tersebut.

6. Pembekalan atau pemberian vaksin COVID-19 oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut kepada pesakitnya perlu direkodkan dalam Buku Preskripsi seperti yang ditetapkan di bawah

Page 11: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

10

seksyen 24 Akta Racun 1952 atau perlu dicetak sekiranya maklumat yang sama dapat dijana/dimuat turun melalui Sistem MySejahtera atau MyVAS.

7. Penyimpanan stok vaksin COVID-19 perlu mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 termasuk keperluan penyimpanan mengikut suhu penyimpanan yang ditetapkan oleh pembekal/ pengeluar vaksin COVID-19 tersebut. Selain itu klinik perubatan swasta juga perlu mematuhi Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006, Garis Panduan Pengurusan Vaksin COVID-19 dan lain-lain Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM.

B. Keperluan Perundangan Melibatkan Hospital Swasta yang dilantik oleh

Kerajaan Negeri/ Pihak Swasta

1. Kerajaan negeri dan pihak swasta perlu mengemukakan maklumat pelantikan hospital swasta yang akan mengendalikan program imunisasi COVID-19 dalam permohonan kepada JKJAV sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 6.9 dalam SOP ini. Maklumat pelantikan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

(a) surat pelantikan hospital swasta; (b) nama dan alamat hospital swasta; (c) nama ahli farmasi berlesen yang menguruskan pembelian vaksin

COVID-19; (d) salinan lesen Jenis A ahli farmasi berlesen; (e) senarai nama pengamal perubatan berdaftar di hospital swasta tersebut

yang akan terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19; dan (f) salinan perakuan pengamalan tahunan pengamal perubatan berdaftar

tersebut.

2. Penjualan stok vaksin COVID-19 daripada pembekal perlu dilakukan secara terus kepada ahli farmasi berlesen di hospital swasta tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(2) Akta Racun 1952.

3. Ahli farmasi berlesen di hospital swasta tersebut perlu menyediakan suatu pesanan bertulis seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(3) Akta Racun 1952 berhubung pembelian vaksin COVID-19.

4. Stok vaksin COVID-19 yang dijual atau dibekalkan oleh pembekal boleh digunakan oleh pengamal perubatan berdaftar di hospital swasta tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19.

5. Setiap pengamal perubatan berdaftar terlibat di hospital swasta tersebut hanya boleh memberi vaksin COVID-19 kepada pesakitnya untuk tujuan rawatan perubatan pesakit tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 19 Akta Racun 1952.

Page 12: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

11

6. Hospital swasta tidak boleh menjual atau membekalkan vaksin COVID-19

kepada kemudahan jagaan kesihatan swasta lain atau mana-mana fasiliti lain termasuk cawangan hospital swasta tersebut.

7. Pembekalan atau pemberian vaksin COVID-19 oleh pengamal perubatan

berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut kepada pesakitnya perlu

direkodkan dalam Buku Preskripsi seperti yang ditetapkan di bawah

seksyen 24 Akta Racun 1952 atau perlu dicetak sekiranya maklumat yang

sama dapat dijana/dimuat turun melalui Sistem MySejahtera atau MyVAS.

8. Penyimpanan stok vaksin COVID-19 perlu mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 termasuk keperluan penyimpanan mengikut suhu penyimpanan yang ditetapkan oleh pembekal/ pengeluar vaksin COVID-19 tersebut. Selain itu hospital swasta juga perlu mematuhi Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006, Garis Panduan Pengurusan Vaksin COVID-19 dan lain-lain Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM.

2. Permohonan Pembelian Vaksin COVID-19 oleh Klinik Perubatan Swasta dan

Hospital Swasta A. Keperluan Perundangan bagi Pembelian oleh Klinik Perubatan Swasta

1. Klinik perubatan swasta perlu mengemukakan senarai nama pengamal

perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut yang akan terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19 dan salinan perakuan pengamalan tahunan pengamal perubatan berdaftar tersebut dalam permohonan kepada JKJAV.

2. Penjualan stok vaksin COVID-19 daripada pembekal perlu dilakukan

kepada pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(2) Akta Racun 1952.

3. Pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut perlu menyediakan suatu pesanan bertulis seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(3) Akta Racun 1952 berhubung pembelian vaksin COVID-19.

4. Setiap pengamal perubatan berdaftar terlibat di klinik perubatan swasta tersebut hanya boleh memberi vaksin COVID-19 kepada pesakitnya untuk tujuan rawatan perubatan pesakit tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 19 Akta Racun 1952.

Page 13: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

12

5. Klinik perubatan swasta tidak boleh menjual atau membekalkan stok vaksin COVID-19 kepada kemudahan jagaan kesihatan swasta lain atau mana-mana fasiliti lain termasuk cawangan klinik perubatan swasta tersebut.

6. Pembekalan atau pemberian vaksin COVID-19 oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik perubatan swasta tersebut kepada pesakitnya perlu direkodkan dalam Buku Preskripsi seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 24 Akta Racun 1952 atau perlu dicetak sekiranya maklumat yang sama dapat dijana/dimuat turun melalui Sistem MySejahtera atau MyVAS.

7. Penyimpanan stok vaksin COVID-19 perlu mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 termasuk keperluan penyimpanan mengikut suhu penyimpanan yang ditetapkan oleh pembekal/ pengeluar vaksin COVID-19 tersebut. Selain itu klinik perubatan swasta juga perlu mematuhi Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006, Garis Panduan Pengurusan Vaksin COVID-19 dan lain-lain Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM.

B. Keperluan Perundangan bagi Pembelian oleh Hospital Swasta

1. Hospital swasta perlu mengemukakan maklumat ahli farmasi berlesen dan

pengamal perubatan berdaftar yang akan terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19 dalam permohonan kepada JKJAV. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: (a) nama ahli farmasi berlesen yang menguruskan pembelian vaksin

COVID-19; (b) salinan lesen Jenis A ahli farmasi berlesen; (c) senarai nama pengamal perubatan berdaftar di hospital swasta tersebut

yang akan terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19; dan (d) salinan perakuan pengamalan tahunan pengamal perubatan berdaftar

tersebut.

2. Penjualan atau pembekalan stok vaksin COVID-19 daripada pembekal perlu dilakukan secara terus kepada ahli farmasi berlesen di hospital swasta tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(2) Akta Racun 1952.

3. Ahli farmasi berlesen di hospital swasta tersebut perlu menyediakan suatu pesanan bertulis seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 15(3) Akta Racun 1952 berhubung pembelian vaksin COVID-19.

4. Stok vaksin COVID-19 yang dijual atau dibekalkan oleh pembekal boleh digunakan oleh pengamal perubatan berdaftar di hospital swasta tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19.

Page 14: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

13

5. Setiap pengamal perubatan berdaftar terlibat di hospital swasta tersebut hanya boleh memberi vaksin COVID-19 kepada pesakitnya untuk tujuan rawatan perubatan pesakit tersebut seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 19 Akta Racun 1952.

6. Hospital swasta tidak boleh menjual atau membekalkan vaksin COVID-19 kepada kemudahan jagaan kesihatan swasta lain atau mana-mana fasiliti lain termasuk cawangan hospital swasta tersebut.

7. Pembekalan atau pemberian vaksin COVID-19 oleh pengamal perubatan berdaftar kepada pesakitnya perlu direkodkan dalam Buku Preskripsi seperti yang ditetapkan bawah seksyen 24 Akta Racun 1952 atau perlu dicetak sekiranya maklumat yang sama dapat dijana/dimuat turun melalui Sistem MySejahtera atau MyVAS.

8. Penyimpanan stok vaksin COVID-19 perlu mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 termasuk keperluan penyimpanan mengikut suhu penyimpanan yang ditetapkan oleh pembekal/ pengeluar vaksin COVID-19 tersebut. Selain itu hospital swasta juga perlu mematuhi Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006, Garis Panduan Pengurusan Vaksin COVID-19 dan lain-lain Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM.

3. Keperluan Pelaksanaan yang perlu dipatuhi oleh Hospital Swasta dan Klinik

Perubatan Swasta yang mengendalikan program imunisasi di bawah kerajaan negeri atau pihak swasta.

Perkhidmatan vaksinasi yang disediakan di premis di mana suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] seperti hospital swasta dan klinik perubatan swasta adalah tidak melanggar mana-mana ketetapan Akta 586. Sekiranya perkhidmatan vaksinasi tersebut disediakan atau dijalankan di premis yang tidak berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586, dikhuatiri integriti vaksin mudah terjejas, keselamatan pesakit boleh terancam kerana kekurangan fasiliti yang bersesuaian atau sebagainya. Oleh itu, disarankan supaya penyediaan perkhidmatan vaksinasi sedemikian dihadkan di alamat premis KPJKS sepertimana yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta 586.

Page 15: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

14

ANNEXE 1(a): BORANG PERMOHONAN OLEH KERAJAAN NEGERI/PIHAK SWASTA

UNTUK MEMBELI VAKSIN COVID-19

…………………………………......................... ……………………………………………………. ……………………………………………………. ……………………………………………………. Nama Pemegang Pendaftaran Produk

Alamat

Tarikh:

Tuan,

PERMOHONAN PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-

19 DAN MEMPERCEPATKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 DI MALAYSIA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) Bil. 11/2021 pada 27 Mei 2021 telah bersetuju agar kerajaan negeri dan pihak swasta boleh melaksanakan pembelian vaksin COVID-19 masing-masing tertakluk kepada syarat-syarat yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan membantu mempercepatkan pelaksanaan PICK. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pembelian vaksin COVID-19 yang didaftarkan di bawah syarikat tuan, bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. 3. Bersama-sama ini dikemukakan Borang Permohonan Pembelian Vaksin COVID-19

oleh Kerajaan Negeri/Pihak Swasta Bagi Menangani Pandemik COVID-19 dan

Mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Di Malaysia seperti di lampiran (JKJAV

01/2021).

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.........................................

( )

Jawatan Pemohon:

Nama Agensi Kerajaan Negeri/Syarikat Swasta:

CONTOH

SURAT

Page 16: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

15

BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 OLEH KERAJAAN NEGERI/

PIHAK SWASTA BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-19 DAN MEMPERCEPATKAN

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 DI MALAYSIA

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERMOHONAN

BIL PERKARA MAKLUMAT DIISI OLEH PEMOHON

A1 MAKLUMAT PEMOHON

i Nama pemohon

ii No. kad pengenalan/ No. passport

iii Jawatan pemohon

iv Nama Agensi Kerajaan Negeri/Syarikat Swasta/Hospital Swasta/Klinik Perubatan Swasta

v Alamat Agensi Kerajaan Negeri/Syarikat Swasta/Hospital Swasta/Klinik Perubatan Swasta:

vi No Telefon dan e-mel

vii

Tarikh surat permohonan

A2 MAKLUMAT PEMBELIAN

i Tujuan pembelian vaksin COVID-19.

ii Kumpulan sasar penerima vaksin COVID-19

iii Nama dan alamat hospital swasta/ klinik perubatan swasta yang akan membeli, menerima dan menyimpan vaksin COVID-19. (Sila lampirkan surat yang menunjukkan kerajaan negeri/ pihak swasta melantik hospital swasta/ klinik perubatan swasta terlibat jika berkaitan).

iv Nama Pengamal Perubatan Berdaftar (klinik perubatan swasta) /Ahli Farmasi Berlesen (hospital swasta) yang akan membuat perolehan vaksin COVID-19. (Sila lampirkan Annual Practice Certificate/ Lesen Jenis A yang berkaitan).

Untuk Kegunaan Urus Setia JKJAV

NO RUJUKAN: ________________

TARIKH TERIMA: ________________

JKJAV 01/2021

Page 17: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

16

vi Nama pembekal vaksin COVID-19.

vii Jenama vaksin COVID-19 yang hendak dibeli.

viii No Pendaftaran Produk (MAL No.)

ix. Bilangan dos vaksin COVID-19 yang hendak dibeli (Sila lampirkan sebut harga daripada pembekal).

A3 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN COVID-19

i Tempoh masa dan jadual pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19.

ii Lokasi hospital /klinik yang melaksanakan imunisasi COVID-19. (sila sertakan lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi)

iii Maklumat pasukan perubatan yang akan dilantik bagi mengendalikan program pemberian vaksin COVID-19. (sila sertakan lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi)

Page 18: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

17

BAHAGIAN B: PERAKUAN TERMA, SYARAT DAN TANGGUNGJAWAB

PEMBELIAN VAKSIN COVID-19

BIL TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 SETUJU/ TIDAK SETUJU

B1 Kerajaan negeri dan pihak swasta akan menanggung kos perolehan vaksin COVID-19 dan kos lain yang terlibat bagi tujuan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 tanpa menggunakan sebarang peruntukan atau dana daripada Kerajaan Persekutuan.

Setuju Tidak Setuju

B2 Pembelian vaksin oleh kerajaan negeri dan pihak swasta tidak akan mengganggu perancangan dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Setuju Tidak Setuju

B3 Vaksin COVID-19 yang telah dibeli oleh kerajaan negeri dan pihak swasta hanya boleh digunakan di fasiliti pemberian vaksin yang telah disenaraikan dalam permohonan dan tidak boleh dijual kepada pihak lain.

Setuju Tidak Setuju

B4 Kerajaan negeri dan pihak swasta bersetuju bahawa kemudahan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada penerima vaksin COVID-19 di bawah PICK adalah adalah terkecuali kepada penerima vaksin yang dibeli oleh kerajaan negeri dan pihak swasta

Setuju Tidak Setuju

B5 Hospital swasta atau klinik perubatan swasta yang dilantik oleh kerajaan negeri/ pihak swasta atau yang melaksanakan pembelian vaksin perlu menguruskan perolehan, penyimpanan, administrasi, perekodan, pemantauan dan pelupusan sisa klinikal atau farmaseutikal selaras dengan perundangan dan garis panduan yang berkuatkuasa.

Setuju Tidak Setuju

B6 Kerajaan negeri dan pihak swasta atau pihak yang dilantik perlu mengguna pakai sistem perekodan dan memberikan pelaporan yang ditetapkan seperti MySejahtera/ Vaccine Management System (VMS)/ Vaccine Appointment System (MyVAS)/ pelaporan AEFI dan lain-lain yang berkaitan.

Setuju

Tidak Setuju

B7 Kerajaan negeri dan pihak swasta atau pihak yang dilantik akan mengguna pakai sistem perekodan dan memberikan pelaporan yang ditetapkan seperti MySejahtera/ Vaccine Management System (VMS)/ vaccine appointment system (MyVAS)/ pelaporan AEFI/ pelupusan dan lain-lain yang berkaitan.

Setuju Tidak Setuju

JKJAV 01/2021

Page 19: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

18

B8 Kerajaan negeri dan pihak swasta yang melaksanakan pembelian vaksin COVID-19 secara terus dengan PRH, adalah BERTANGGUNGJAWAB:

1.1. ke atas indemniti melibatkan vaksin COVID-19 yang

dibeli daripada pemegang pendaftaran produk dan

memaklumkan kepada penerima vaksin.

1.2. ke atas tuntutan perundangan oleh penerima vaksin

berkaitan vaksin COVID-19 yang dibeli daripada

pemegang pendaftaran produk.

1.3. melaksanakan pemantauan dan melaporkan

farmakovigilans vaksin sebagaimana prosedur

yang ditetapkan oleh NPRA;

1.4. memantau aktiviti pemberian vaksin dan

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

sebarang kesan advers susulan imunisasi (AEFI)

dan pemberian rawatan yang diperlukan oleh

penerima vaksin.

1.5. memastikan pengurusan dan proses imunisasi

dijalankan oleh pihak yang berkelayakan dan

kompeten.

1.6. mengemukakan laporan lengkap setelah selesai

program vaksinasi kepada KKM yang

mengandungi maklumat bilangan dos yang dibeli

dan digunakan, maklumat penerima vaksin dan

pelupusan vaksin)

Setuju Tidak Setuju

Setuju Tidak Setuju

Setuju Tidak Setuju

Setuju Tidak Setuju

Setuju Tidak Setuju

Setuju Tidak Setuju

Page 20: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

19

BAHAGIAN C: PENGESAHAN

Saya mengaku bahawa segala butir-butir pada Bahagian A dan Bahagian B yang dinyatakan di atas adalah benar.

Tandatangan : …………………………………………………………… Tarikh

:

……………………………………………………………

Cop Rasmi

BAHAGIAN D: ULASAN PEMEGANG PENDAFTARAN PRODUK DAN KOMITMEN

KUANTITI PENJUALAN DAN PEMBEKALAN

Ulasan:

Kuantiti

dipertimbangkan:

BAHAGIAN E: KEPUTUSAN (Untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Ulasan

:

*Permohonan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN.

Bil. dos diluluskan : Tempoh pelaksanaan yang diluluskan

:

Tandatangan : …………………………………………………………… Tarikh : …………………………………………………………… Cop Rasmi Pegawai yang Meluluskan

:

*Potong mana yang tidak berkenaan

JKJAV 01/2021

Page 21: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

20

ANNEXE 1(b): PERMOHONAN PENJUALAN DAN PEMBEKALAN VAKSIN COVID-19

KEPADA KERAJAAN NEGERI/SWASTA OLEH PEMEGANG PENDAFTARAN PRODUK

Letterhead syarikat Urus Setia Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) d/a: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Aras 11, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya TARIKH: No. Tel.: (603) 8883 2332 E-mel: [email protected]

Tuan,

PERMOHONAN PENJUALAN DAN PEMBEKALAN VAKSIN [NAMA VAKSIN] COVID-19

KEPADA KERAJAAN NEGERI / PIHAK SWASTA BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-

19 DAN MEMPERCEPATKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 DI MALAYSIA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) Bil. 11/2021 pada 27 Mei 2021 telah bersetuju agar kerajaan negeri dan pihak swasta boleh melaksanakan pembelian vaksin COVID-19 masing-masing tertakluk kepada syarat-syarat yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan membantu mempercepatkan pelaksanaan PICK. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kelulusan untuk menjual dan membekalkan vaksin [Nama Vaksin] kepada Kerajaan Negeri/pihak swasta bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. 3. Bersama-sama ini dikemukakan senarai permohonan Pembelian Vaksin COVID-19 oleh Kerajaan Negeri/Pihak Swasta Bagi Menangani Pandemik COVID-19 dan Mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Di Malaysia (JKJAV 01/2021) seperti di lampiran bersama-sama borang permohonan yang telah dilengkapkan oleh pihak yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.........................................

(Pemegang Pendaftaran Produk)

CONTOH

SURAT

Page 22: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

21

SENARAI PERMOHONAN PENJUALAN DAN PEMBEKALAN VAKSIN COVID-19

KEPADA KERAJAAN NEGERI/PIHAK SWASTA BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-

19 DAN MEMPERCEPATKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 DI MALAYSIA

BIL NEGERI/PIHAK SWASTA KUANTITI

PEMBELIAN (DOS)

LAMPIRAN BORANG

PERMOHONAN (JKJAV 01/2021)

Page 23: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

22

ANNEXE 2: PERMOHONAN PINDAAN KELULUSAN PEMBELIAN VAKSIN

COVID-19 OLEH KERAJAAN NEGERI/PIHAKSWASTA

BORANG PINDAAN MAKLUMAT PERMOHONAN

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERMOHONAN

Tarikh permohonan asal: ………………………….

Status Kelulusan JKJAV: …………………………….

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PEMOHON

BIL PERKARA MAKLUMAT DIISI OLEH PEMOHON

i Nama pemohon

ii No. kad pengenalan/ No. passport

iii Jawatan pemohon

iv Nama Agensi Kerajaan

Negeri/Syarikat Swasta/Hospital

Swasta/Klinik Perubatan Swasta:

v Alamat Agensi Kerajaan

Negeri/Syarikat Swasta/Hospital

Swasta/Klinik Perubatan Swasta:

vi No Telefon dan e-mel

BAHAGIAN B: PINDAAN MAKLUMAT PERMOHONAN

Permohonan pindaan maklumat melibatkan A1 dan A3 sahaja. Sebarang pindaan maklumat

bagi A2 pemohon perlu mengemukakan permohonan baru.

BIL BAHAGIAN/

MUKA SURAT

MAKLUMAT ASAL MAKLUMAT

PINDAAN

SEBAB PINDAAN

Untuk Kegunaan Urus Setia JKJAV

NO RUJUKAN ASAL: _______________

NO RUJUKAN BARU: ______________

BIL PINDAAN : ______________

TARIKH TERIMA : ______________

JKJAV 02/2021

Page 24: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

23

BAHAGIAN C: PENGESAHAN

Saya mengaku bahawa segala butir-butir pada Bahagian A dan Bahagian B yang dinyatakan di atas adalah benar.

Tandatangan : …………………………………………………………… Tarikh

:

……………………………………………………………

Cop Rasmi

BAHAGIAN D: KEPUTUSAN (Untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Ulasan

:

*Permohonan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN.

Tandatangan : …………………………………………………………… Tarikh : …………………………………………………………… Cop Rasmi Pegawai yang Meluluskan

:

JKJAV 02/2021

Page 25: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

24

ANNEXE 3: PERMOHONAN AKAUN SISTEM UNTUK FASILITI

1. Sebelum memulakan program imunisasi di hospital swasta/klinik perubatan

swasta, setiap fasiliti perlu memastikan kelengkapan ICT adalah dalam keadaan

yang baik dan boleh digunakan untuk mengakses sistem yang digunakan di dalam

program imunisasi ini iaitu:

• Malaysian Vaccination Administration System (MyVAS)

• Vaccine Management System (VMS)

2. Untuk Sistem VMS, hospital swasta/klinik perubatan swasta di bawah program ini

perlu mempunyai telefon mudah alih dengan sistem Android bagi menggunakan

sistem ini. VMS Application Mobile System boleh dimuat turun di Google

Playstore. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada

https://www.pharmacy.gov.my/vms/.

3. Hospital Swasta/Klinik Perubatan Swasta yang terlibat hendaklah mengemukakan

permohonan kepada:

Vaccine Management System

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

Program Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 03-78413 200

E-mel: [email protected]

MyVAS / MySejahtera

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E10, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Telefon: 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700

Whatsapp: +60178429454

Email: [email protected]

Waktu Operasi: 8:00 pagi - 5:00 petang

Page 26: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

25

ANNEXE 4: PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI

PERKARA PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI

Urus Setia Permohonan

Pembelian Vaksin COVID-19

oleh Kerajaan Negeri dan

Pihak Swasta

Urus Setia Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin

COVID-19 (JKJAV)

d/a: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Aras 11, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

No. Tel. : (603) 8883 2332

E-mel: [email protected]

Pendaftaran produk Seksyen Biologik

Pusat Penilaian Produk dan Kosmetik

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Tel : 03-7883 5571

E-mail : [email protected]

Kesan advers susulan

imunisasi (AEFI)

Seksyen Farmakovigilans

Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Tel : 03-7883 5447 / 5443

E-mail : [email protected]

Sistem VMS

Vaccine Management System

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

Program Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 03-7841 3200

E-mel: [email protected]

MyVAS/ MySejahtera MyVAS / MySejahtera

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC)

Kebangsaan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E10, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700

Whatsapp: +60178429454

Email: [email protected]

Waktu Operasi: 8:00 pagi - 5:00 petang

Page 27: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

26

ANNEXE 5: PERANAN PEMEGANG PENDAFTARAN PRODUK.

• Pemegang pendaftaran produk perlu mematuhi keperluan pendaftaran bersyarat

berkenaan penjualan dan pembekalan vaksin COVID-19.

• Pemegang pendaftaran produk perlu memastikan penjualan, pembekalan dan

perekodan berkenaan pembekalan vaksin COVID-19 kepada kerajaan negeri,

pihak swasta dan hospital atau klinik perubatan swasta adalah mematuhi

keperluan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya dan Akta

Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

• Pemegang pendaftaran produk perlu memberikan latihan berkenaan

pengendalian vaksin COVID-19 dan menyelaras keperluan latihan berkaitan

sistem yang digunapakai dalam melaksanakan program tersebut, seperti mana

yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

• Pemegang pendaftaran produk perlu memastikan rekod penjualan dan

pembekalan vaksin COVID-19 kepada pihak yang dilantik oleh kerajaan negeri

dan pihak swasta dikemaskini dan dikemukakan kepada KKM pada bila-bila masa

diminta.

• Pemegang pendaftaran produk perlu melaksanakan keperluan serialisation setiap

vaksin COVID-19 yang diluluskan pendaftaran bersyarat, yang dibawa masuk ke

Malaysia.

• Maklumat peribadi penerima vaksin COVID-19 adalah sulit dan tidak boleh

digunakan untuk tujuan selain daripada permohonan ini.

Page 28: Garis Panduan - covid-19.moh.gov.my

27

ANNEXE 6: CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PEMBELIAN VAKSIN COVID-19 OLEH KERAJAAN NEGERI/PIHAK

SWASTA