garis panduan bantuan khas persekolahan rm100 bagi 2012

Upload: mohd-adha-mohd-zain

Post on 07-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    1/10

    BAHAGIAN KEWANGAN,

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    2011

    GARIS PANDUAN

    BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    2/10

    GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100

    KEPADA MURID TAHUN 2012

    1. PENDAHULUAN

    Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap

    Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun

    2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan

    peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas

    Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5

    bagi sesi persekolahan tahun 2012.

    2. OBJEKTIF

    Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awaltahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana

    pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    3/10

    3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,

    Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan SekolahPersendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.

    4. TEMPOH PELAKSANAAN

    Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.

    5. KADAR

    Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

    6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

    6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    4/10

    6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan

    pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan

    kewangan yang ditetapkan.

    6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah

    (PPD)

    6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai

    pelaksanaan bantuan ini.

    6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan

    Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1

    berikut:

    Jadual 1

    TARIKH SERAHAN

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    5/10

    6.2.3 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan

    pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturankewangan yang ditetapkan.

    6.3 Sekolah

    6.3.1 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan.

    6.3.2 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke

    dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan

    menyelenggara Akaun Subsidiari.

    6.3.3 Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh

    sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke

    akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas

    nama Setiausaha Bahagian Kewangan, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian

    Kewangan KPM

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    6/10

    pegawai kanan yang diberi kuasa untuk tujuan

    pengeluaran wang bantuan dari bank. Maklumat pegawaiberkenaan (nama, nombor kad pengenalan dan jawatan)

    hendaklah dikemukakan kepada KPM untuk urusan

    pembukaan akaun di BSN.

    6.3.6 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah

    TIDAK dibenarkan.

    6.3.7 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani

    senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan seperti di

    Lampiran 1 yang disaksikanoleh 2 orang guru.

    6.3.8 Menghantar rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan

    Bantuan kepada JPN seperti Jadual 2 berikut:

    Jadual 2

    TARIKH SERAHAN

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    7/10

    7. TATACARA PENGELUARAN WANG

    Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah

    mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

    Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai

    seperti berikut :

    7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh

    Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru;

    atau

    7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru

    Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah

    keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan

    eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu

    mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    8/10

    9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

    9.1 Kekurangan Peruntukan

    Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah

    hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada

    Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan

    Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN

    kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi

    murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi

    murid tahun 1).

    9.2 Lebihan Peruntukan

    Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar

    hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    9/10

    10. PENUTUP

    10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan

    dan Perakaunan Sekolah.

    10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan

    Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi

    tujuan pemantauan dan pengauditan.

    10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung

    pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh

    menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian

    03-8884 7642/ 7643.

  • 8/3/2019 Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012

    10/10

    Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 10

    LAMPIRAN 1

    FORMAT SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00

    NAMA SEKOLAH : ..KOD SEKOLAH : ..ALAMAT SEKOLAH: ..NO. TELEFON/FAX : . PERUNTUKAN DITERIMA : RM..SEKOLAH PERUNTUKAN DIAGIH : RM..

    LEBIHAN/ KURANGAN : RM .

    BIL NAMA MURID

    MENERIMA/MENOLAK

    TAWARANBANTUAN

    NAMA PENERIMA

    NO. KAD

    PENGENALANPENERIMA TARIKH

    TANDATANGAN

    Tandatangan Guru Pembayar Tandatangan Saksi (Guru) Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar

    ..Nama : Nama : Nama :

    No. K/P : No. K/P : No. K/P :

    Cop Sekolah: .. Cop Sekolah: Cop Sekolah:

    Tarikh: Tarikh: . Tarikh: