---gambaran sol{ongan mahasiswapsasir.upm.edu.my/id/eprint/21246/1/scan0090.pdf · 2013. 5. 27. ·...

3
--- Gambaran sol{ongan mahasiswa

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ---Gambaran sol{ongan mahasiswa

  • PELAJAR·PELAJAR Universiti Putra Malaysia (UPM) menggunakan slstem e-undi melalui komputeruntuk memilih anggota Majlls Perwakllan Pelajar bagl tahun 2012/2013 di Serdang. Selangorkelmarin. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

    Oleh NURUL ANUAR [email protected]

    KEPUTUSAN pilihan raya kampus bagipemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)sesi 2012/2013 minggu ini menunjukkandominasi kumpulan proaspirasi yang me-menangi 17 daripada 20 perwakilan di ins-titusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Jumlah itu melibatkan kemenangan besardi 13 kampus IPTA, kemenangan calon in-dividu yang cenderung kepada proaspirasi diempat kampus dan hanya kalah kepada kum-pulan promahasiswa di satu kampus.

    Dua kubu kuat promahasiswa yang di-selubungi khabar angin akan tumpas ter-paksa melalui pernilihan semula, satu da-ripadanya atas masalah teknikal semen tarasatu lagi bergantung kepada dua kerusi yangseri untuk menentukan kemenangan tipiskepada promahasiswa atau proaspirasi.

    Secara rasminya, kumpulan proaspirasimahupun promahasiswa tidak mewakili se-nario politik kepartian negara tetapi bagiwarga kampus dan rakyat Malaysia secaraumumnya, telah lama melabelkan ke-dua-duanya mewakili kumpulan prokera-jaan atau propembangkang.

    Memandangkan Pilihan Raya UmumKe-13 (PRU13)semakin hampir, pilihan rayakampus kali ini menarik perhatian ramaibagi melihat kecenderungan muda-mudiyang dikatakan bakal menentukan pernim-pin dan hala tuju negara selepas 2013.

    Seperti mana dalam sebuah PRU, ke-menangan satu pihak mengatasi lawannyadalam pilihan raya kampus bukan sahajamenunjukkan sokongan pengundi mudamalahan menggambarkan penolakan ter-hadap pihak lawan yang kalah.

    Walaupun tiada hubungan rasmi calonMPP denqan kumpulan tertentu di luarkampus, persepsi warga IPTA terhadap ca-Ion terbabit akan tercalit sama dengan pan-dangan mereka terhadap kumpulan politikdi luar, terutamanya melihatkan taktik ber-kempen dan isu yang dibangkitkan.

    Secara keseluruhan, proses berkempen danpengundian pada pernilihan kali ini dilihat ber-

    jalan dengan lancar dan lebih baik berbandingtahun-tahun sebelumnya, menggambarkan pa-ra mahasiswa yang semakin matang.

    Hanya beberapa kejadian dikes an men-cemar suasana pilihan raya kampus sepertiseorang pelajar mendakwa dipukul dan su-rat layang menggunakan nama PerdanaMenteri yang disyaki taktik pihak tertentumempengaruhi sentimen warga IPTA.

    Bagairnanapun, kebanyakan calon MPPkali ini bertindak sebagai cendekiawan mu-da dan lebih fokus kepada isu dalaman IPTAserta kebajikan pelajar berbanding retorikberkaitan agenda mahupun politik kepar-tian di luar kampus.

    Lebih membanggakan, ramai antara ca-Ion muda ini juga menyahut seruan tidakmembawa politik kepartian ke dalam kam-pus agar MPP di setiap IPTA dapat memberifokus kepada isu-isu pelajar tanpa campurtangan pihak luar.

    lni termasuk menyekat ketaksuban war-ga IPTA kepada mana-mana pergerakan po-

    litik sehingga mengabaikan tugas serta me-nyalahguna platform untuk memperjuang-kan kebajikan para pelajar.

    Bagi tokoh akademik, Tan Sri IbrahimAbu Shah, keputusan pilihan raya kampuskali ini menunjukkan trend kematangan dikalangan mahasiswa yang kebanyakannyatelah sedar dan memaharni realiti negara.

    "Mereka nampaknya sudah tahu dan fa-ham tanggungjawab diri sendiri selaku pe-lapis serta implikasi buruk kepada negarajika bertindak tanpa berfikir secara waras.

    "Kemenangan besar kepada kumpulanproaspirasi juga menunjukkan adanya kecen-derungan orang muda menyokong kerajaandan menolak pembangkang," katanya.

    Walaupun ada pihak yang menyarankankumpulan mahasiswa tidak diberikan label,beliau merasakan semuanya perlu bergan-tung kepada suasana dan realiti semasa.

    Tegasnya, golongan pelajar sendiri yangmelabelkan diri sendiri apabila mahu ma-hasiswa dibenarkan berpolitik dan meme-

    gang jawatan politik di luar kampus se-hingga memaksa kerajaan meminda AktaUniversiti dan Kolej Universiti (AUKU).

    "Suka atau tidak, pelajar-pelajar ini cen-derung untuk menunjukkan sokongan danmahu dibenarkan menyokong parti politiktertentu. Dahulu tidak jelas tetapi sekaranglabel kumpulan tertentu ini adalah jelas.

    "Walaupun ada buruk baiknya, realitisemasa memerlukan adanya label tersebutkerana mahasiswa perlu membuat kepu-tusan yang jelas. Dengan menyokong proas-pirasi, boleh diumpamakan mereka menyo-kong kerajaan," ujarnya.

    Walaupun bersetuju politik kepartian di-halang daripada mengganggu mahasiswayang sepatutnya fokus kepada pelajaran,beliau berharap semua pihak menerirna rea-liti label tertentu asalkan politik luar ti:dakdibawa ke dalam kampus.

    Menurut Ibrahim, walaupun kumpulanpromahasiswa dilihat lebih vokal, beranidan agresif, keputusan pernilihan menun-jukkan kumpulan majoriti yang senyap se-lama ini tetap menyokong kumpulan proas-pirasi dan kerajaan.

    ''Trend tersebut berkait rapat dengan ke-jayaan program transformasi oleh Perdana Men-ten yang mernilih earn terbuka dan telus te-rutamanya dengan generasi muda dan pelajar.

    "Perdana Menteri juga kerap turon padangdan menggunakan media barn dalam me-maharni kehendak rakyat. Pendekatan inimembolehkan orang muda dan pelajar berfikirdengan lebih baik dan matang," jelasnya.

    Presiden Persatuan Alumni PernimpinMahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mo-hd. Shahar Abdullah pula berpendapat apayang berlaku dalam pilihan raya kampustahun ini merupakan satu manifestasi ke-pada apa yang akan berlaku pada PRU13.

    "Kita lihat kemenangan besar proaspirasimenunjukkan isyarat jelas iaitu anak-anakmuda kini kembali memberikan keyakinankepada kepirnpinan negara dengan mem-pertaruhkan masa depan dan kebajikan me-reka kepada calon yang mendokong aspirasiuniversiti dan kerajaan.

    "Ini menunjukkan apa yang Perdana

  • Menteri lakukan selama ini memberi kesanmendalam dan keterbukaan beliau telahmenjamin lakaran harapan orang mudaakan tercapai," katanyil.

    Beliau juga yakin momentum pilihan ra-ya kampus itu akan berterusan di luar apa-bila masyarakat melihat golongan berilmudi kampus juga menyokong kerajaan.

    Jelasnya, sebanyak,85 peratus daripadasekitar 620 kerusi yang dipertandingkantahun ini dimenangi calon proaspirasi danitu menunjukkan warga IPTA mahu me-ngekalkan keadilan semulajadi bagi mem-boleh mahasiswa duduk belajar dan bu-kannya- ditarik menyertai rusuhan jalanan.

    "Ini adalah petunjuk jelas modus ope-randi pembangkang ditolak mahasiswa IP-TA yang lebih mengutamakan belajar dikelas dan menirriba ilmu di perpustakaan.

    ''Para pelajar mempunyai impian masa de-pan masing-masing. Mereka sudah bijak me-milih selepas menilai apa yang Perdana Menterilaksanakan selama ini seterusnya memilih calonyang menjaga kepentingan mereka," ujamya.

    Beliau jug~ berbangga calon-calon proas-pirasi menunjukkan kematangan dalam me-menangi hati mahasiswa melalui kaedahkempen yang lebih tersusun dan jelas.

    Mohd. Shahar bagaimanapun sekali lagimengingatkan semua warga IPTAagar tidakmembawa masuk politik kepartian ke dalamkampus walaupun mereka sudah boleh ber-politik di luar.

    "Selepas selesai pilihan raya kampus, sayaberharap semua calon yang menang tunaikanmanifesto masing-masing, tunaikan janji danbuat kerja bersungguh-sungguh dalam satutahun berikutnya tanpa mengira proaspirasimahupun promahasiswa.

    "Selain itu, jangan lupa menilai kemam-puan diri dalam persatuan dan sebagai pe-lajar, seterusnya beringat agar membawa sua-ra akar umbi di perwakilan kebangsaan danbukannya suara 'orang lain'," tegasnya.

    Beliau turut menasihatkan para perwa-kilan bersedia berinteraksi dengan isu an-tarabangsa kerana mereka juga bakal men-jadi duta negara yang akan membawa imejMalaysia di mata dunia.