gambar madela

26
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 4 PROF. MADYA DR. SOFIAH BINTI MD AUZAIR NAMA : NOR AINI BINTI OTHMAN NO MATRIK : A143447 KATA ALUAN

Upload: melcassie

Post on 12-Aug-2015

186 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

HHHC9401KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA

DAN PROFESIONALISMESET 4

PROF. MADYA DR. SOFIAH BINTI MD AUZAIR

NAMA : NOR AINI BINTI OTHMAN NO MATRIK : A143447

KATA ALUAN

Salam saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Sofiah Bt Md Auzair, pensyarah HHHC9401 kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme . Saya Nor Aini Bt Othman, A143447.pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, FEP ingin menghantar beberapa

gambar dan video berkaitan program yang saya terlibat untuk semester ini. Program Mahabbah De Laila 2014 merupakan projek yang berlangsung di bawah anjuran Kelab Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM. Program ini dijalankan di Perkampungan Orang Asli, Sg Pergam, Kemaman, Terengganu bertarikh 30 ogos sehingga 2 september 2014. Tujuan program Mahabbah De Laila ini atau singkatannya Madela dijalankan adalah untuk mengenali budaya, cara hidup, pertuturan kaum asli di Terengganu di samping membina hubungan baik dengan mereka. Selain itu, kami telah bekerjasama dengan mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu ,UMT untuk bersama-sama menjayakan program ini.Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di dalam program ini seperti program pengambilan anak angkat, aktiviti sukan bersama kanak-kanak kaum asli, sambutan kemerdekaan dan sebagainya.

Di dalam program ini, saya merupakan salah seorang Ajk yang memainkan peranan membantu program ini agar dapat berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan program saya sebagai Ajk dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala aktiviti yang ditetapkan berjalan dengan lancar. Selain itu, setiap akitiviti yang diadakan di dalam program ini banyak memberi pengajaran kepada saya dari segi nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya. Berikut adalah beberapa gambar pembuktian saya.

GAMBAR SEPANJANG MENGENDALIKAN PROGRAM MAHABBAH DE LAILA 2014

PERANCANGAN

1.0. Gambar mesyuarat

Gambar 1

Gambar 2 Gambar 3 Gambar 1 :Gambar ini menunjukkan perbincangan saya bersama Ajk Madela yang lain. Saya memakai baju biru sedang mendengar cadangan dari Ajk lain mengenai aktiviti yang boleh dilakukan di dalam program ini. Setiap cadangan atau arahan dari ketua program harus dicatat oleh setiap Ajk termasuklah saya sekali untuk memastikan kami tidak lupa akan arahan yang diberikanGambar 2 :Gambar ini menunjukkan persediaan untuk pembentangan setiap post program. Saya bertugas di bawah Ajk protokol. Pada hari perbincangan ini, setiap post dikehendaki membentangkan pelaksanaan yang telah dilakukan berpandukan perancangan yang telah dibuat.

Gambar 3 :Gambar ini menujukkan mesyuarat kami yang seterusnya di mana setiap Ajk akan berkumpul mengikut post masing-masing dan bersama-sama membincagkan masalah yang belum diselesaikan.

2.0. Gambar Banner

Ini adalah banner program Mahabbah De Laila yang telah disiapkan oleh kami. Setiap aktiviti yang dijalankan telah dipaparkan pada banner ini untuk menarik para mahasiswa untu menyertai program kami.

3.0. Logo Mahabbah De Laila

Gambar menunjukkan logo yang telah direka oleh Ajk UKM dan Ajk UMT yang bertanggungjawab dalam perlaksaan program ini. Logo ini menunjukkan bukti wujudnya kerjasama antara mahasiswa UKM dan UMT dala melaksanakn program Mahabbah De Laila.

4.0. Kad AJK

Gambar di atas adalah kad yang dikehendaki pakai oleh ajk sepanjang program berlangsung. Tujuan pemakaian kad ini adalah untuk memudahkan para peserta program mengenali ajk yang bertanggungjawab dalam program berkenaan supaya memudahkan mereka menanya sebarang soalan sepanjang program berlangsung.

PERLAKSANAAN

1.0. Bertolak ke Terengganu

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3

Pada 29 Ogos 2014 kami telah bertolak ke Perkampungan Orang Asli, Sg Pergam, Kemaman Terengganu pada pukul 3.00 pagi menaiki bas UKM yang telah ditempah oleh Ajk pengangkutan kami. Sebelum bertolak ke Terengganu, kami mengumpul peserta yang terlibat di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,FEP untuk mengambil kehadiran.

Alhamdullilah semua peserta dapat menghadirkan diri di dalam program kami. Kami tiba di lokasi program pada pukul 8.30 pagi bertarikh 30 ogos 2014.

Gambar 1 :Gambar menunjukkan saya ( memakai shawl biru gelap ) dan ajk-ajk yang lain telah sampai ke Perkampungan Orang Asli Terengganu. Banner program kami telah sedia digantung di pagar dewan utama kampung berkenaan. Tujuan banner tersebut digantung adalah untuk memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai kehadiran kami di kampung berkenaan.

Gambar 2 :

Gambar menunjukkan pengedaran sarapan kepada peserta UKM dan UTM yang baru sahaja sampai. Para peserta di beri sarapan pagi sebelum aktiviti program bermula mengikut tentatif yang disediakan.

Gambar 3 :Setelah bersarapan para peserta termasuklah ajk dari UKM dan UMT dikumpulkan bagi mencatat jumlah peserta yang datang.

2.0. Dewan

Gambar menunjukkan lokasi program yang akan dijalankan. Ini adalah rumah tetamu yang sering digunakan oleh orang luar yang datang melancong atau mengadakan program di kampung ini.

3.0 Aktiviti pada 30 Ogos 2014

3.1. Ice Breaking

Aktiviti yang pertama diadakan adalah ice breaking. Tujuan saya dan ajk yang lain memperkenalkan aktiviti ini adalah untuk mengerat hubungan antara peserta dari UKM dan UMT justeru mengikat tali persahabatan. Antara aktiviti ice breaking adalah tarik tali, teka nama dan ikata tali.

3.2. Majlis Perasmian Penyeraha Anak Angkat

Gambar1 Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1 : Pada pukul 2.00 petang hampitr keseluruhan penduduk orang asli telah menghadirkan diri menyertai majlis penyeraha aak angkat.

Gambar 2 :Majlis Penyerahan Anak Angkat telah disampaikan sediri oleh Ketua Kampung Kg Sg Pergam ( berbaju biru) diiringi Ketua Pengarah rogram kami, Nor Atyra.

Gambar 3 :Sepanjang majlis ini, saya selaku ajk protokol telah bertanggungjawab untuk menjadi usher majlis. Di sini saya ditugaskan untuk memimpin para perasmi majlis sepanjang majlis berlangsung.

3.3. Mencipta Pakaian Kemerdekaan Menggunakan surat khabar

Kedua gambar di atas menujukkan aktiviti mereka pakaian tradisional menggunakan surat khabar. Masa yang diberikan adalah selama satu jam. Saya ( berbaju biru )sedang para peserta menyiapkan rekaan baju ini. Kami telah melibatkan kanak-kanak orag asli sebagai model.

4.0. 31 Ogos 2014

4.1. Gotong- royong

Gambar menujukkan suasana gotong - royong yang kami jalankan di sekitar dewan Kampung. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta UKM dan UMT di samping menjaga kebersihan alam sekitar.

4.2. Majlis Sambutan Kemerdekaan

Mengadakan sambutan majlis sambutan kemerdekaan bersama penduduk orang asli.Menyanyikan lagu - lagu kebangsaan dan persembahan sajak dan syair oleh gabungan ajk dari UKM dan UMT.

4.3. Riadah bersama penduduk kampung

Aktiviti riadah atau sukaneka ini diadakan pada waktu petang. Kami telah mengajak penduduk asli tanpa mengenal usia untuk turut bersama menyertai aktiviti ini. Saya ( berbaju biru ) sedang membantu salah seorang kanak-kanak asli mengenai cara permainan yang kami jalankan.

5.0. 1 O gos 2014

5.1. Program Mahabbah

Setelah melakukan senaman pagi kami terus bergerak ke seluruh kampung dengan menaiki van dan berjalan kaki ke setiap rumah ppenduduk untuk menyampaikan sumbangan dari pihak kami. Selain itu, kami juga ingin melihat cara hidup masyarakat asli dengan lebih dekat.

5.2. Aktiviti bersama penduduk

Pada sebelah petang kami mengadakan aktiviti melukis dan mewarna bersama kanak-kanak orang asli sempena sambutan kemerdekaan. Tujuanya adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak - kanak ini.

5.3. Majlis penyerahan semula anak angkat dan penutupan

Majlis penyerahan anak angkat dijalankan pada sebelah petang. Penutupan majlis menandakan berakhirnya program kami.

6.0. 2 Ogos 2014

6.1. Pulang ke ukm

Ini adalah gambar kenangan kami bersama para peserta dari UKM dan UMT sebelum berangkat pulang.