fungsi bahagian pengurusan sekolah harian

4

Click here to load reader

Upload: sharifaharifin

Post on 18-Nov-2015

144 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fungsi bahagian sek harian

TRANSCRIPT

  • FUNGSI

    Fungsi Bahagian Sekolah ialah :

    Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan,

    pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru

    dan murid.

    1. Merancang, menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal ehwal

    persekolahan dalam aspek :

    Pengurusan Sekolah

    Pemantauan pengurusan sekolah

    Penggal Persekolahan

    - menyediakan takwim tahunan

    - menyelaras Cuti Khas persekolahan (banjir, jerebu dsbnya)

    Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    - perancangan perluasan SBP

    - penyelenggaraan dan baik taraf

    - pemantauan pengurusan SBP

    - pengambilan dan penempatan murid SBP

    Penyepaduan dan pengemaskinian Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Jabatan

    Pendidikan Negeri (JPN)

    - menyatukan prestasi perbelanjaan bulanan JPN

    - menyatukan peruntukan kewangan bagi aktiviti pendidikan prasekolah,

    rendah, menengah, asrama dan pengurusan pentadbiran negeri

    Pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah Berasrama Penuh

    - mengagih dan memantau waran peruntukan kecil pameran kepada JPN

    untuk aktiviti kokurikulum

    - SBP sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ)

    Penggubalan Peraturan Pendidikan dan Pekeliling Ikhtisas

    - 11 Peraturan-peraturan Pendidikan telah dan sedang digubal

    - Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan mengikut keperluan dari semasa ke semasa

    2. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru dalam aspek :

    Keperluan Guru

  • Mendapatkan maklumat keperluan guru daripada JPN/Bahagian berkenaan

    Mendapatkan maklumat bekalan guru daripada Bahagian Pendidikan Guru

    (BPG), Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi yang lain

    Menyelaras maklumat keperluan dan bekalan guru dengan Jabatan Pendidikan

    Teknikal (JPTek), Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Islam

    dan Moral (JAPIM)

    Penempatan Guru

    Menempatkan guru-guru Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus

    Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Ijazah dengan Pendidikan, Diploma

    Pendidikan mengikut opsyen dan keperluan JPN dan Bahagian yang

    berkenaan

    Mencadangkan penempatan guru siswazah kepada Bahagian Sumber Manusia

    (BSM) bagi guru yang tamat pengajian

    Menempatkan guru di Sekolah Berasrama Penuh

    Menyelaras bekalan dan penempatan guru Kolej Matrikulasi

    Menyelaras bekalan dan penempatan guru di Sekolah Menengah Teknik

    Pertukaran Guru

    Menerima dan memproses permohonan pertukaran guru antara negeri

    Menyelaras pertukaran guru mengikut keperluan JPN

    Membuat keputusan kepada permohonan pertukaran berdasarkan proses

    pertukaran dua kali setahun iaitu pada 1 Januari dan 1 Jun dengan

    mengambilkira pertukaran atas keperluan perkhidmatan (berasaskan

    opsyen), mengikut suami, mengikut isteri, cukup tempoh dan kes

    kesihatan/perubatan

    Peningkatan Profesionalisme Guru

    Menyelaras pencalonan Pengetua Kanan (Cemerlang)

    Memproses pencalonan Pengetua dan Guru Besar Berkesan (NPQH)

    Merancang dan mengelola Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

    Menyelaras aktiviti dan kegiatan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah

    Menengah (PKPSM), Majlis Guru Besar (MGB), Persidangan Pegawai

    Pendidikan Daerah/Bahagian, Persatuan Pengelola Sekolah-Sekolah Malaysia

    dan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh

  • 3. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal murid

    sekolah harian dan SBP dalam aspek :

    Pembangunan Murid

    Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya

    - menyelaras kursus bimbingan dan kaunseling untuk murid

    - menempatkan guru kaunselor di sekolah

    Pembangunan dan Pemantapan Disiplin

    - memantau hasil laporan kegiatan salah laku di sekolah melalui JPN

    - meninjau, menyiasat salah laku murid dan memberi khidmat nasihat kepada

    sekolah yang berkaitan mengelolakan kursus kepimpinan murid

    Pendidikan Pencegahan Dadah

    - menyelaras dan mengelola kursus untuk murid dan guru

    - memantau aktiviti dan program dengan kerjasa Jawatankuasa Anti Dadah

    Kebangsaan dan Polis

    - menggubal kurikulum program anti dadah

    Kokurikulum

    Perkembangan personaliti murid melalui kegiatan kokurikulum

    Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan

    Kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam

    Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan

    Persatuan/Kelab

    Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan Penggunaan Bahasa

    Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan

    Matematik

    Menyelaras program lawatan dan pertukaran murid

    Menyelaras aktiviti kelab dan persatuan

    Kebajikan Murid

    Merancang, mengurus dan memantau program Rancangan Makanan Tambahan

    (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS)

    Menyelaras dan memantau Program Kesihatan Sekolah

    Menyelaras dan memantau program Keceriaan, Keselamatan dan Kebersihan

  • Sekolah (3K)

    Mengurus program Skim Insuran Murid

    Membekal jaket keselamatan untuk pengangkutan air

    4. Menjalankan tugas Urus Setia Peringkat Kementerian :

    Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

    Mesyuarat Khas Pengurusan Pendidikan KPPM

    Mesyuarat Permuafakatan Pendidikan

    Persidangan Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri

    Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

    Mesyuarat Pengurusan Jabatan Sekolah (Bergilir)

    Mesyuarat Khas Menteri Pendidikan dengan Ketua Bahagian dan Pengarah

    Pendidikan JPN

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengisian Projek Pengkomputeran

    (JK4P)

    Jawatankuasa Teknikal Guru Bermasalah (Sakit Jiwa)