full assignment

18
1.0 PENGENALAN Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem 1

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 11-Dec-2015

357 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2o15

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu yang berkaitan dengan

perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam

tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam

konteks bilik darjah di Malaysia.

Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai

saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya

di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu

dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya

bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga

merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,

kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang

diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti

Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India

yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan

kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik

mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut

Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau

peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan

berkelakuan.

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan

memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya

dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah khasnya. Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan

sekolahlah yang memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia

ini.

1

2.0 Laporan Masakan Tradisi Warisan Bangsa Etnik Melayu Sabah

IKAN BILIS MASAK CILI PADI

1. Nama makanan

Nama makanan yang akan kami masak adalah “Ikan Bilis Masak Cili Padi”

sesuai dengan undian yang kami dapat Ikan Bilis adalah salah satu masakan

kegemaran Melayu Sabah.

2. Bahan –bahan yang diperlukan

1 mangkuk ikan bilis - cuci bersih - toskan - goreng garing

1 biji bawang merah besar - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

10 biji cili api - dihiris

3 sudu kicap manis

1s sedikit asam jawa "adabi"

1/2 cawan air

Garam secukupny

2

3. Cara-Cara membuat

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.

2. Masukkan cili api dan gaul bagi rata.

3. Masuk pula kicap cair, asam jawa, air dan garam secukupnya, biar mendidih.

4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul sebati dan biarkan kering

sedikit.

Pada 2 September 2015 kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Melayu

dan Melayu Sabah. Antara hidangan yang disediakan oleh unit saya adalah Tomyam, Ikan BIlis

masak Cili Padi , sambal telur burung puyu, Lontong Dan tempoyak.Saya dan kawan saya

memasak Ikan bilis masak cili padi. Hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat

kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami

hanya berdua untuk menyediakan menu ini. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan

teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.

Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut saya dan kawan saya berasa takut kerana kami

tidak pernah memasak masakan sabah melayu sebelum ini. Kami mencari menu masakan

dalam buku Menu Masakan Melayu Sabah . Kami juga memilih masakan ikan bilis masak cili

padi kerana masakan tersebut senang untuk dibuat. Sebelum sehari kami juga pergi ke kedai

untuk membeli bahan yang diperlukan untuk keesokan harinya. Pada malam tersebut kami juga

menyediahkan tempat masakan yang diagihkan untuk kami. Kami juga diagihkan tugas

daipada ketua unit saya. Bersama unit saya kami menghias tempat memasak kami dengan

daun kelapa , ketupat hias, pasu bunga dan sebagainya. Sebahagian daripada kawan kelas

saya, membuat “Papan selamat Datang”. Saya dan Kawan ditugaskan untuk membuat Menu

Masakan dan harga masakan. Pada pukul 12.30 malam kami pun balik ke bilik untuk

mengambil rehat.

3

Pada hari tersebut kami bangun pukul 6.00 pagi. Kami mandi dan bersiap sediah untuk ke

tempat masakan itu. Kami membawa bahan masakan kami ke tempat memasak. Pada hari

tersebut kami juga memakai baju melayu sabah .Kami berasa bangga kerana dapat memakai

baju melayu Sabah. Pensyarah dan rakan –rakan seunit saya memiji kami kerana kami

memakai baju melayu sabah dan menghormati budaya lain. Selepas sampai ke tempat masak

itu kami juga menyedihkan bahan masakan kumpulan masing-masing.Pada pukul 8.30 pagi

kami berkumpul di hadapan gymnasium. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merasmikan

pertandingan Masakan Warisan Budaya . Kami juga tidak bersabar-sabar menunggu giliran

untuk memasak.Selepas perasmian kami telah menuju ke tempat masak untuk memulakan

masakan. Setelah kumpulan pertama memasak tibalah giliran kami untuk memasak.Kami juga

menyediahkan bahan masakan di atas meja .

4

Kami juga memula memasak dengan berasa gembira .Kami juga memasak dengan

menggunakan buku cara membuat masakan tersebut.Selepas sahaja menghabiskan memasak

kami juga menghidangkan ikan bilis itu di atas daun pisang untuk menghias. Kami juga

menghias ikan bilis masak cili padi itu dengan bawang dan tomoto.

Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set

menu Melayu Sabah . Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun,

sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah

dilakukan dan menambah baik cara masak kami. Selepasitu, tibalah masa sesi penilaian pada

setiap masakan. Kami berdebar-debar sewaktu para pensyarah merasakan masakan kami dan

akhirnya mereka juga memberi pandangan yang cukup baik pada masakan kumpulan kami.

Kami berasa sangat gembira kerana dapat menerima komen yang baik daripada para

pensyarah.

Selepas sahaja selesai sesi penilaian, kami mula menikamati masakan yang kami

masak bersama-sama dengan ahli kumpulan masing- masing. Kami semua berkongsi makanan

antara ahli kumpulan kami. Semua ahli kumpulan telah berasa amat gembira dan dapat

menikmati masakan enak yang dimasak oleh setiap kumpulan. Kami berasa sangat gembira

dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami bagi subjek EDU

3063 kerana memberi peluang kepada kami untuk meluangkan masa bersama- sama.

Selepas sahaja selesai menjamu selera, kami semua unit telah pun berkumpul sekali

lagi untuk mendapatkan keputusan Projek masakanTradisi.Dr. Zakri Bin Abdullah telah

memberi ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program ini tanpa

sebarang halangan. Selepas itu sahaja pengerusi majlis telah pun mengumumkan keputusan.

5

Keputusan bagi tempat ketiga, kedua dan pertama telah pun diumumkan. Walaupun kami tidak

mendapat hadiah tetapi kami masih gembira dan seronok kerana dapat berpeluang menyertai

pertandingan ini. Kami juga bersuyukur kerana dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk

menjayakan tugasan ini. Di sini kami dapat mempelajari sesuatau yang baru iaitu setiap

kejayaan itu, mesti ada pengorbanan. Kami berasa gembira kerana dapat menjayakannya

dengan baik.

Selepas sesi penyampaian hadiah kami sempat mengambil gambar bersama Ketua

jabatan dan penyelaras Projek MasakanTradisi. Selepa situ kami juga mengambil gambar

bersama Ketua Jabatan PJPK Pn.Suraya Bibi A.K Bapoothi dan Pensyarah En Jalil bin Osman.

Kami juga mengambil gambar bersama rakan sekelas kami. Akhirnya selepas sesi bergambar,

kami membersihkan tempat tersebut dan pulang balik semua alatan yang telah dipinjam dengan

selamat.

6

3.0 KONSEP BUDAYA

Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada kaum, agama, etnik yang

berbagai-bagai. Sehubungan dengan itu isu yang sering diperkatakan ialah integrasi nasional.

Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan yang berbeza dari segi latar belakang

status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai

serta mengamalkan kehidupan bersama.

Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman

persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Budaya

merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

penganutnya. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani

atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak

bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui

untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat. Sekolah

merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat

pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan

tahap pencapaian. Oleh itu benarlah sekolah merupakan tempat wujudnya perpaduan jika

peranan guru, sekolah dan sistem pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.

Peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di negara kita adalah

penting. Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan bersama

setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa

mereka perludibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia.

Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini

mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan

adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang

tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Guru memainkan peranan utama dalam memupuk kefahaman dan memberikan

penghayatan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri,

bangsa dan negara. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas

dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa

murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina

7

berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk

berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas dan pencapaian murid.

Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau

bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru memberi hukuman berbentuk

deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan

murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru

bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar

belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud

pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat.

Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya.

Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang

tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan

meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh

murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan

berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang

aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti

murid.

Kesimpulannya guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan

muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan

unsur- unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam

masyarakat Malaysia. Nilai- nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri

mereka. Seterusya, mereka akan lebih memahamiapa yang boleh dan apa yang tidak boleh

dilakukan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Seseorang guru akan lebih bersedia untuk

berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Guru akan lebih berhemah dan

menghormati nilai serta amalan budaya setempat.

8

3.1 BINCANGKAN MENGAPA KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT PERLU DIPELAJARI

  Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti

Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India

yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan

kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza

yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996,

muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia

juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Kepelbagaian

sosio budaya masyarakat bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja.

Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.

Kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang

berbeza. Sesetengah kaum hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata

berkemungkinan menghadapi masalah pergaulan antara kaum yang berlainan. Kesannya

mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan mereka juga memberi keutamaan kepada kaum-

kaumnya sendiri. Selain daripada ini dalam alam persekolahan pula, para pelajar juga

mengalami masalah tersebutnya. Dengan membuktikan, dua atau lebih bahasa dengan kosa

kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar

yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan

bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah

terbentuk dalam otaknya. Dengan ini, pelajar cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep

dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai

dengan keupayaanya. 

Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana masyarakat dikalangan satu

kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana mereka hanya mengamalkan

satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan menghadapi kesukaran dalam

menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana pemahaman dan kesedaran konsep mereka

hanyalah melalui pergaulan dan bukannya amalan yang dilakukan dan dilihat disekelilingnya.

Ianya berbeza yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka akan terdedah dengan

amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang berlainan sama ada sedar ataupun

tidak. Masyarakat di Malaysia juga akan belajar secara tidak langsung sama ada formal

ataupun tidak.

9

Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi sosiobudaya

terhadap masyarakat kita. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya

wujud daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah

akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas

terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di

pendalaman. Berbeza dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di

pinggir Bandar dan Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan

jelas.

Selain daripada ini, jantina juga menjadi salah satu konsep kepelbagaian sosiobudaya.

Secara jelasnya bahawa kaum lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di

dalam golongan kemasyarakatan. Lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan

mempunyai interaksi yang baik terhadap semua orang berbanding golongan perempuan. Tetapi

perempuan mempunyai daya ketekunan yang tinggi dalam masyarakat berbanding dengan

lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada golongan masyarakat tertentu.

Sebagai contoh, pada masa kini golongan kaum wanita kian berpendidikan tinggi berbanding

dengan kaum lelaki.

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam

masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi

sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan

bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat

dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya

cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian

akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat.

Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat

berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh

diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,ketrampilan, kewibawaan,

kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru .

10

3.2 CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH YANG MELIBATKAN ISU PERKAUMAN

DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada kaum, agama, etnik yang

berbagai-bagai. Isu perkauman adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh murid. Guru

memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah perkaumanan di bilik darjah.Anataranya

adalah cadangan bagi mengatasi masalah perkauman.

Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Pendekatan

yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah

dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan

tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan

pelajaran.

Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar

murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar

belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan,

pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Guru

harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu

untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah

disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang

mesra rakan.

Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak

terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan

cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan

murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa

melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi

sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan

tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di

hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan

berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru

dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini

akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.

11

Menurut Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai

hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti

sistem pengagihan dan pertukaran.terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu

golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Oleh yang

demikian, kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. Mereka digalakkan untuk

mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang

rendah tidak harus diabaikan. Bagi mereka yang datang dari kelas soasial atasan dan

berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam

membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami

kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat

membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam

setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara guru dengan

murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk

ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya.

Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap

murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi

menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek

dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peluang

sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru

perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan

murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak

terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua

murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

4.0 KESIMPULAN

Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.

Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak

masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai

tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat. Sekolah merupakan satu institusi

pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan

besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Oleh

itu benarlah sekolah merupakan tempat wujudnya perpaduan jika peranan guru, sekolah dan

sistem pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.

Oleh sebab itu, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam

masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi

sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan

bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat

dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya

cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian

akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat.

Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat

berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita.

Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akanmenimbulkan pelbagai masalah seperti

pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya

masyarakat yang berbeza,bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian

yang dibuatmurid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka

sahajatanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Halini

akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan muridtersebut. Pendedahan

awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya iniharus diberikan kepada para pendidik

supaya mereka dapat memahami sertamengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum

dalam kalangan murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan

warga sekolah. Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang

toleran ke arah memacu pembangunan negara.

13