frozen food tips

Click here to load reader

Post on 17-Jul-2015

146 views

Category:

Food

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Frozen Foods

Adakah makanan yang disejuk beku selamat?

Makanan yang disimpan pada suhu 0 darjah Farenheit adalah selamat, bagaimanapun kualitinya terjejas apabila terlalu lama disimpan. Apabila makanan disejuk beku gerakan molekul diperlahankan, menyebabkan mikrob-mikrob menjadi dorman atau terpendam. Makanan yang disimpan di bahagian sejuk beku kekal lebih lama kerana pembiakan mikroorganisme yang menyebabkan kerosakan dan penyakit terhalang.

Tempoh Penggunaan Makanan yang di Disimpan di Ruang Sejuk BekuMakanan TempohDaging6 bulanAyam2 bulanIkan3 bulanAis Krim2 bulanDaging Dendeng6 bulanIkan Patin Masak Tempoyak6 bulanKaripap Kentang6 bulanKambing Perap (BBQ)6 bulanPes Char Kuey Tiow3 bulanRempah Ikan Bakar3 bulanKeropok Lekor6 bulanSata6 bulan

Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?

Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.

Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.

Masihkah berzat dan berkualiti?

Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.Tetapi makanan boleh berubah warna dan menjejaskan kualitinya. Contohnya warna daging berubah coklat kerana kurang oxygen, manakala tulang dan daging ayam menjadi lebih gelap kerana pigment daripada tulang menyerap ke tisu-tisu sekitarnya.Sebab itu, adalah lebih baik makanan disejuk beku dengan cepat. Jika disejuk beku dengan perlahan, kristal ais yang besar akan terbentuk, dan apabila anda menyahbekukan makanan, ia akan merosakkan sel-sel dan melarutkan emulsi. Daging contohnya, akan mengeluarkan banyak air dan hilang jusnya. Emulsi seperti mayonis atau krim akan kelihatan seperti pecah minyak dan kelihatan bergentel.Semasa menyimpan makanan dalam ruang sejuk beku, elak meletakkannya di atas satu sama lain, sebaliknya biarkan selapis atas rak-rak berbeza. Setelah makanan sudah membeku, barulah disusun berlapis.

Julat Suhu Dalam Peti Sejuk

Makanan Sejuk Beku Kak Jah IkanPatin Masak Tempoyak, Daging Dendeng, Keropok Lekor, Kueh Koci, Karipap Kentang & Sardin, Murtabak Mini,Kambing Panggang, Ayam BBQ, Pes Char Kuey Teow, Rempah Ikan Bakar, Kuah Kacang

Maklumat Lanjut :

http://sejukbeku.weebly.com/https://www.facebook.com/pages/Makanan-Sejuk-Beku-Sungai-Buloh/1411342622466176

Hubungi Kami di 019-99988691

Stokis Kami :

Az Zain - Sungai BulohAz Zain - Wangsa MajuAz Zain - Banting, KlangAz Zain - Shah AlamPasaraya Mydin Kota BharuPasaraya Mydin Kuala Terengganu