frontpage tutorial

Download Frontpage Tutorial

Post on 14-Nov-2015

219 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Step by step instruction for developing website

TRANSCRIPT

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    1

    1.0 Pengenalan

    Keperluan Kursus Peserta kursus dianggapkan telah berpengetahuan dengan istilah Web Browser, Internet, Html, Ftp. Dijelaskan dengan ringkas perkara asas yang perlu diketahui sebelum kursus ini dijalankan.

    Apa itu InterNet Browser

    Merupakan program yang membenarkan maklumat yang ada dipamirkan pada pengguna lain. Mircosoft Explorers ( IE ) dan Netscapes Navigator atau Communicator merupakan dua program yang popular pada masa kini.

    Apa itu Internet Server

    Ia merupakan komputer yang disambungkan kepada internet dan membenarkan maklumat yang ada didalamnya dicapai oleh pengguna lain menggunakan program Internet Browser.

    Apa itu URL

    URL ( Uniform Resource Locator ) merupakan alamat internet yang digunakan untuk pencarian laman web. Ia juga digunakan untuk menghubungkan antara satu laman dengan laman web yang lain.

    Apa dia Web site

    Web site merupakan kumpulan laman web. Ia merupakan dokumen mudah yang dibina dengan html dan boleh dicapai melalui web. Saiznya adalah berbeza-beza.

    Apa dia Web site homepage

    Ia merupakan laman web utama web site. Kebiasaannya fail tersebut dinamakan sebagai index.html atau default.html.

    Apa itu Internet Search Engine

    Ia merupakan program yang membenarkan pengguna memasukkan huruf atau perkataan untuk dicari didalam web site. Contoh utama seperti Yahoo, Infosee, Lycos, Cari dan lain-lain lagi.

    Apa itu HTML

    Html ( Hyper Text Markup Language ) merupakan program untuk mengasilkan web page.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    2

    Microsoft FrontPage adalah satu pakej perisian yang memberi kemudahan untuk mencipta dan mengurus laman web. Sebelum anda melayarkan laman web anda ke internet, anda mungkin perlu merancang, merekabentuk dan membuat prototaip atau contoh laman web anda didalam komputer. FrontPage adalah perisian terbaik untuk itu. Apabila rekaan laman anda telah siap dan dapat berfungsi saperti yang dikehendaki, barulah anda melayarkannya ke alam siber.

    Mengapa Menggunakan FrontPage

    Mencipta laman web dengan FrontPage mempunyai banyak kelebihan, diantaranya ialah: 1. Tidak memerlukan pengetahuan dalam pengaturcaraan. 2. Terdapat pelbagai alat dan contoh disediakan untuk membantu pengguna

    mencipta laman web secara kreatif. 3. Mudah digunakan kerana ia mempunyai antaramuka yang mirip perisian

    pemproses perkataan Ms Word dan Ms Powerpoint. 4. Fail-fail yang terlibat dalam sesuatu projek laman web lebih tersusun. 5. FrontPage dapat bersepadu dengan dokumen perisisan Ms Office.

    Komponen-komponen FrontPage

    Semasa proses intalasi Ms FrontPage menggunkan CD, anda akan dipaparkan dengan beberapa pilihan perisian yang boleh dipasang iaitu 1. Ms Personal Web Server 2. Ms Internet Explorer 3. Ms Image Composer 4. Ms Web Publishing Wizard Anda digalakan memasang FrontPage pada komputer yang mempunyai perisian pelayan. Oleh yang demikian, mulakan instalasi dengan Ms Personal Web Server dan kemudian Ms FrontPage serta komponen-komponen perisian yang lain.Penerangan ringkas mengenai setiap komponen perisian di atas akan diterangkan selepas ini.

    FrontPage Explorer. FrontPage Explorer digunakan untuk mencipta FrontPage Web ialah direktori yang akan menyimpan semua subdirektori dan fail laman web yang anda bina menggunakan FrontPage. Selain daripada itu, FrontPage Explorer boleh membantu anda dalam membuat perancangan serta mengurus projek laman web anda secara keseluruhan.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    3

    FrontPage Editor FrontPage Editor digunakan untuk mencipta, mengubah dan menyunting laman-laman web anda. Jika anda mempunyai pengetahuan dalam bahasa HyperText Markup Language (HTML), FrontPage Editor memberi peluang kepada anda menaip terus kod-kod HTML anda sendiri. Jika tidak, anda boleh membangunkan kandungan laman web anda hanya dengan menaip teks dengan papan kekunci dan memasukkan elemen-eleman lain dengan tetikus.

    Ms Personal Web Server

    Ms Personal Web Server adalah satu perisian pelayan Web (Web server software). Jika anda memasang perisian ini pada komputer yang mempunyai penyambungan internet, komputer tersebut boleh menjadi host. Ini bermakna, dengan membiarkan komputer host beroperasi 24 jam sehari, laman web anda boleh dicapai oleh pengguna WWW seluruh dunia. Namun begitu, dalam kursus ini, Personal Web Server hanya akan digunakan untuk menguji kefungsian laman web sepanjang proses pembangunan projek laman web anda. Semua fail laman web anda kemudiannya akan dipindahkan ke salah satu pelayan WWW dalam internet yang memberi servis percuma.

    Microsoft Image Composer Microsoft Image Composer merupakan perisian grafik yang dikhaskan untuk mencipta grafik-grafik web saperti logo, butang, bena dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, Image Composer juga boleh digunakan untuk membuat pengubahsuaian ke atas grafik-grafik yang terdapat pada laman-laman web anda.

    Web Publishing Wizard

    Web Publishing Wizard adalah perisian yang boleh digunakan untuk memindahkan fail-fail laman web dari komputer anda ke dalam pelayan WWW melalui internet. Walau bagaimanapun anda terlebih dahulu perlulah menjadi ahli kepada pelayan WWW tersebut. Melalui penggunaan perisian ini, kompleksiti struktur fail laman web anda di dalam komputer pelayan WWW adalah terlindung. Apa yang anda tahu ialah laman anda telah selamat dipindahkan ke dalam komputer pelayan tersebut.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    4

    2.0 Asas Membina Laman Web

    Cara untuk memulakan Front Page 2000.

    1. Klik Start, kemudian Program, dan pilih Microsoft Front Page.

    2. Perisian Microsoft FrontPage 2000 akan dipamerkan di skrin anda seperti dibawah

    Menu Bar Toolbar

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    5

    3.0 Membina Laman Web:

    1. Klik Menu Bar, File, kemudian kotak drop down menu akan dipamerkan.

    2. Letakkan tetikus pada New, dan klik Web...

    Selain dari kaedah di atas , anda boleh klik pada anak panah di bawah , kemudian klik

    ikon New Page dan pilih Web...

    3. Window baru akan dipamerkan di skrin anda. Pilih jenis Laman Web yang anda kehendaki dan lokasinya. Untuk menyimpan di computer anda alamatnya( address) seperti contoh dibawah http://pcname/foldername (http://roslai/myweb)

    4. Klik OK. Laman Web akan dibina di computer anda,

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    6

    Menambah Laman Baru

    Untuk membina dan menyimpan laman.

    1) Buka FrontPage 2000. Laman kosong akan dipamerkan di Page View.

    2) klik pada Normal tab di bawah laman (page).

    3) Letakkan cursor (tetikus) di dalam ruangan kosong dan taip sebaris perkataan.

    4) Klik File di Menu bar, kemudian pilih Save. Kotak dialog akan dipamerkan.

    5) Semasa di kotak dialog save, klik butang Change untuk tukar tajuk laman anda. Kotak Set Page Tlitle akan dipamerkan.

    6) Taip nama baru laman anda di kotak Set Page Title dan klik OK.

    7) Untuk kotak dialog Save As , pilih file name dan taip nama di File Name text box.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    7

    8) Klik butang Save.

    Menambah Warna

    Untuk menukar warna latarbelakang (background color) di laman:

    1) Klik Format di Menu bar dan pilih Background. Kotak Page Properties dialog akan dipamerkan.

    2) Klik Background tab.

    3) Klik Colors Background di kotak drop-down dan pilih warna kesukaan anda.

    4) Klik OK di kotak Page Properties.

    4.0 TEKS

    Memasukkan Teks.

    Anda boleh terus menaip teks seperti menaip dokumen biasa. Teks boleh ditaip untuk bermula dari kanan, kiri dan tengah laman menggunakan butang arahan align left, centre dan ringht. Teks juga boleh diinden menggunakan butang arahan Increase Indent dan Descrease Indent. Petua : Tekan shift+enter untuk menulis teks baris berikutnya.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    8

    Format Teks. Saiz teks boleh diubahsuai menggunakan butang arahan Increase Text Size dan Decrease Text Size.

    Ikon Increase Text Size dan Decrease Text Size pada Formatting Toolbar. Mewarnakan teks, butang arahan Text Color boleh digunakan.

    Ikon text Color pada Formatting Toolbar. Sapertimana dalam dokumen biasa, teks juga boleh digariskan (Underline), dihitamkan (Bold) dan dicondongkan (Italic)

    Ikon Bold, italic dan Underline pada Formatting Toolbar.

    Paint Teks

    1) Pilih teks mengikut format yang dikehendaki.

    2) Klik butang Format Painter di standard toolbar. Cursor telah bertukar menjadi paintbrush.

  • Kursus ICT : Microsoft FrontPage2000

    Unit Khas Latihan & Perundingan, CICT, UTM

    9

    3) Gunakan paintbrush untuk memilih teks yang kedua. Teks kedua telah bertukar menjadi format teks yang pertama.

    5.0 IMEJ

    Masukkan Images Clip Art

    1) Letakkan cursor pada laman.

    2) Klik Insert di Menu bar dan pilih Picture, kemudian Clip Art. Kotak Clip Art Gallery akan dipamerkan.