frog bahagian a

3
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A KERTAS PENULISAN BAHASA MELAYU (UPSR) Murid-murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Peperiksaan ini akan berlangsung pada bulan September 2013. Bukan sahaja murid malah para guru juga turut berasa bahang tekanan dengan ujian ini. Oleh itu, persediaan awal amatlah penting bagi memastikan murid-murid bersedia menjawab ujian dengan kemahiran yang dipelajari. Bagi memastikan pencapaian yang diharapkan tercapai, maka di sini saya dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan anda apakah tips-tips yang difikirkan sesuai bagi memenuhi kriteria pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa kertas peperiksaan ini. Di bawah ini saya paparkan contoh cara-cara menjawab bahagian A kertas Penulisan (K2) Bahasa Melayu. Contoh Gambar Bahagian A: Gambar : Hari Bersama Keluarga

Upload: azmi-muda

Post on 25-Jul-2015

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Frog bahagian a

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A KERTAS PENULISAN

BAHASA MELAYU (UPSR)

Murid-murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) tidak lama lagi. Peperiksaan ini akan berlangsung pada bulan September

2013. Bukan sahaja murid malah para guru juga turut berasa bahang tekanan

dengan ujian ini. Oleh itu, persediaan awal amatlah penting bagi memastikan murid-

murid bersedia menjawab ujian dengan kemahiran yang dipelajari. Bagi memastikan

pencapaian yang diharapkan tercapai, maka di sini saya dengan berbesar hati ingin

berkongsi dengan anda apakah tips-tips yang difikirkan sesuai bagi memenuhi

kriteria pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa kertas peperiksaan ini.

Di bawah ini saya paparkan contoh cara-cara menjawab bahagian A kertas

Penulisan (K2) Bahasa Melayu.

Contoh Gambar Bahagian A:

Gambar : Hari Bersama Keluarga

Page 2: Frog bahagian a

Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A

ini, anda perlu:

a) membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi

b) bina ayat berdasarkan aktiviti (guna kata kerja) dalam gambar sahaja dan

jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi

c) elakkan daripada membina ayat yang tersirat

d) bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik.

e) elakkan membina ayat yang mudah

f) panjang ayat 8-12 patah perkataan

Diharapkan dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anak-anak didik

saya menjawab dengan baik bagi Bahagian A ini dan dapat memberi persedaian

untuk menghadapi kertas BM dalam UPSR nanti. Akhir sekali, saya berharap murid-

murid juga perlu banyak membaca artikel-artikel di suratkhabar atau berita di

televisyen untuk memperluaskan lagi idea-idea yang baru untuk menulis karangan.

Sekian, terima kasih.