format kertas soalan pendidikan moral spm · pdf fileformat kertas soalan pendidikan moral spm...

Download FORMAT KERTAS SOALAN PENDIDIKAN MORAL SPM · PDF fileFORMAT KERTAS SOALAN PENDIDIKAN MORAL SPM Bahagian A (Struktur) 8 soalan . 80 markah . 2 Bahagian . Bahagian B (Esei) 3 soalan

If you can't read please download the document

Upload: lamkhanh

Post on 08-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

  • FORMAT KERTAS SOALAN PENDIDIKAN MORAL SPM

    Bahagian A (Struktur) 8 soalan

    80 markah

    2 Bahagian

    Bahagian B (Esei) 3 soalan (Pilih 2 sahaja)

    20 markah

    Markah penuh : 100%

    Teknik menjawab soalan struktur

    Nilai + Huraian ( 1 Kata Kunci (KK) + Contoh/ Penerangan berdasarkan situasi soalan)

    *Pelaku (P) berdasarkan soalan wajib ditulis

    Contoh Soalan:

    Makanan segera menjadi punca kegemukan:

    Arahan kepada pengusaha makanan :

    Nyatakan kandungan bahan makanan yang dibungkus Jumlah kalori yang dibekalkan oleh makanan mengikut kuantiti

    Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh pengusaha makananberdasarkan arahan di atas? (2 markah) Contoh jawapan:

    1. Pengusaha makanan (P) perlu mengamalkan nilai rasional. (N1)

    2. Pengusaha makanan (P) perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab.(N2) Jelaskan dua nilai yang perlu diamalkan oleh pengusaha makananberdasarkan arahan di atas? (4 markah) Contoh jawapan:

    1. Pengusaha makanan (P) perlu mengamalkan nilai rasional (N1). Mereka patut boleh berfikir (KK) supaya pengeluaran makanan segera mereka tidak akan disekat.

    2. Pengusaha makanan (P) perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab (N2). Mereka patut melaksanakan tugas (KK) seperti yang diarahkan contohnya membuat bungkusan baru.