folio sivik

30
Folio Sivik & Kewarganegaraan Flora & Fauna

Upload: irfan-hafizi

Post on 21-Jun-2015

6.587 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sivik

Folio Sivik&

Kewarganegaraan

Flora&

Fauna

Nama:Kelas:Guru:Flora atau fauna yang dipilih :Marijuana

Page 2: Folio Sivik

SeNaRaI kAnDuNgAn

Bil Aspek m/s

01 Tajuk.

02 Senarai kandungan.

03 Penghargaan.

04 Pendahuluan.

05 Objektif kajian.

06 Kaedah kajian.

07 Hasil kajian.

08 Lampiran.

09 Rumusan.

10 Rujukan.

Page 3: Folio Sivik

PENGHARGAANDi sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

ibu bapa kami yang telah membantu dan menolong kami mencari

sumber-sumber yang tertentu untuk kami menyiapkan folio ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru mata pelajaran Sivik

dan Kewarganegaraan kami, Cik Siti Nurliyana bt. Sulaiman.

Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk

menyiapkan folio ini.

Rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan ini iaitu

Muhammad Shammir Khairul Muzammil b. Abd. Jalil,

Muhammad Ammar Ashraff b. Mohd. Faris, Irfan Hafizi b. Ab.

Latiff yang telah menghulurkan bantuan menyiapkan folio ini.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang

terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dalam

pembikinan folio ini.

Page 4: Folio Sivik

PendahuluanTajuk Folio Sivik dan Kewarganegaraan yang telah

diberikan kepada kami adalah Flora dan Fauna. Folio

Sivik dan Kewarganegaraan ini bertujuan untuk mengkaji

flora dan fauna yang wujud di Malaysia. Selain itu, ini

dapat memberikan pengetahuan kepada orang lain tentang

kebaikan dan keburukan sesuatu flora dan fauna.

Seterusnya, flora dan fauna dapat digunakan untuk

kepentingan masa hadapan.

Kami mengambil keputusan dan memilih flora

daripada jenis tumbuhan Marijuana.Kami telah mengkaji

sejarah tumbuhan ini seperti penemuan, fungsi dan

kegunaan, kelebihan dan akibat buruk yang akan berlaku

kepada pengguna yang menyalahgunakan tumbuhan ini.

Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan

kajian ini ialah tiga minggu. Selepas mengumpulkan

semua data dan maklumat yang diperlukan, kami telah

menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini bagi

Page 5: Folio Sivik

memenuhi kehendak soalan yang diberikan justeru

mempersembahkan dalam folio ini.

Objektif Kajian

Untuk mengkaji sejarah,asal usul dan ciri-ciri tumbuhan Marijuana/Ganja/Cannabis.

Untuk mengkaji fungsi,kegunaan dan kesan penggunaan tumbuhan Marijuana/Ganja/Cannabis kepada penggunanya.

Untuk mengkaji kesan dan implikasi penggunaan Marijuana/Ganja/Cannabis kepada masyarakat dan negara.

Page 6: Folio Sivik

Kaedah Kajian

1. Melayari internet

Kami melayari internet untuk mendapat maklumat

tentang marijuana. Sebagai contoh, sejarah

penemuan, nama lain, kegunaanya dan lain-lain.

2. Ensiklopedia

Kemudian, kami mengkaji dengan mengumpul

maklumat melalui ensiklopedia virtual atau ‘online’

Yang boleh didapati di laman seperti ‘wikipedia’.

Page 7: Folio Sivik

Hasil Kajian: Pengenalan Marijuana atau Ganja Sejarah Penggunaan Ganja Kesan Buruk Penggunaan Ganja Kesan Baik Penggunaan Ganja

Page 8: Folio Sivik

Pengenalan Ganja

Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis Sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut".

Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan.

Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau).

Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan.

Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Page 9: Folio Sivik

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan.

Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Penggunaan ganja pada seseorang itu dapat dikesan melalui ujian darah,urine,air liur dan peluh menggunakan kaedah chromatographics.

SEJARAH PENGGUNAAN GANJA

Page 10: Folio Sivik

Ganja adalah merupakan salah satu bahan untuk upacara istiadat di Asia Tengah dan Asia Selatan. Bukti penemuan ganja boleh didapati di sejak tahun ke-3 SM lagi,dimana biji ganja hangus ditemui di sebuah tempat ritual di sebuah halaman pemakaman kuno di Brazil.

Cannabis juga dipercayai telah digunakan oleh orang Hindu purba di Nepal ribuan tahun yang lalu. Ramuan itu dikenali sebagai ganjika dalam bahasa Sanskrit. Ubat Kuno ini ada disebut didalam Kitab Veda sebagai bahan suci yang memabukkan.

Cannabis juga didapati oleh orang-orang Asyria purba, yang mengetahui tentang kegunaan ganja melalui orang-orang Arya.Wujud satu upacara keagamaan mereka yang dipanggil ‘Qunubu’(bermaksud "cara untuk menghasilkan asap"), yang sehingga kini disebut sebagai Cannabis atau Ganja.

Cannabis juga diperkenalkan oleh bangsa Arya kepada orang-orang Scythians dan Thracians / Dacia, dimana dukun mereka menggunakan ganja untuk berada dalam keadaan tidak sedar dan meracau ataupun lebih dikenali sebagai ‘Trance State’. Ahli sejarah Dionysus mempercayai bahawa ganja juga digunakan dalam tamadun di Turkey,Yunani dan di Bulgaria. Pada tahun

Page 11: Folio Sivik

2003, sebuah bakul penuh dengan kepingan-kepingan daun dan biji ganja dijumpai di sebelah mumia yang berusia 2.500 - 2,800 tahun di barat laut Xinjiang di China.

KESAN BURUK PENGGUNAAN GANJA

Cannabis mempunyai kesan psikoaktif dan fisiologi bila dikonsumsi. Jumlah minimum bahan kimia THC yang diperlukan untuk memiliki kesan psikoaktif kelihatan pada tubuh badan adalah sekitar 10 mikrogram per kilogram berat badan .Bahan kimia THC ialah bahan kimia yang terdapat dalam Ganja atau Cannabis.

Selain perubahan dalam persepsi subjektif terutamanya ‘mood’ dan perasaan pengguna , kesan fizikal paling biasa dialami dan kesan neurologi jangka pendek meliputi peningkatan denyut jantung, penurunan tekanan darah, penurunan episodic memori jangka pendek, memori semasa, koordinasi psikomotor, dan konsentrasi. Kesan jangka panjang pula masih belum dapat dijelaskan secara saintifik .

Untuk rajah tentang kesan penggunaan Ganja, sila rujuk ruangan lampiran

Ganja biasanya dihisap menggunakan sejenis alat yang dipanggil ‘bong’ yang digunakan sebagai medium untuk membakar daun ganja seperti rokok.

Untuk rajah ‘bong’, sila rujuk ruangan lampiran

Page 12: Folio Sivik

Namun begitu,ganja juga boleh didapati dalam

bentuk makanan.Ganja dalam bentuk ini tidak terdapat di

Malaysia ,ianya banyak dilihat di Amerika Syarikat dan

negara-negara barat yang lain.

Dalam bentuk makanan,ganja dicampurkan

dengan roti atau kek dan ianya dikenali sebagai ‘space

cake’ . Nama tersebut merujuk kepada kesan

penggunaannya dimana pengguna akan berkhayal dalam

tempoh tertentu.

Untuk rajah ‘space cake’, sila rujuk ruangan lampiran

KESAN BAIK PENGGUNAAN GANJA

Walaupun ganja mempunyai banyak keburukan,

terdapat juga kegunaan ganja yang bermanfaat dan

Page 13: Folio Sivik

membantu manusia iaitu dalam bidang perubatan.Ganja

digunakan untuk membabntu pesakit-pesakit barah yang

menjalani chemotherapy .

Pesakit-pesakit ini biasanya sentiasa berasa loya

dan kurang selera makan. Ganja membantu dengan

meningkatkan selera makan pesakit dan mengurangkan

gejala muntah-muntah dan loya pesakit barah di samping

menenangkan lagi keadaan mental pesakit tersebut. Untuk rajah ubat yang diperbuat daripada ganja, sila rujuk ruangan lampiran.

Penggunaan ganja di dalam perubatan telah ditemui

sejak tahun 2,737 sebelum masihi.Ia disahkan wujud sejak

zaman Yunani purba,Cina purba,Mesir purba,India purba

dan dalam perubatan Islam purba.

Page 14: Folio Sivik

LAMPIRAn

: Gambar Daun Ganja.

Gambar Ladang Ganja.

Gambar Ganja Liar.

Rajah Kesan Penggunaan

Ganja.

Rajah ‘Bong’ & Cara Guna.

Gambar ‘Space Cake’

Gambar Ubat Diperbuat

Daripada Ganja.

Page 15: Folio Sivik

Rupa bentuk daun ganja mentah yang belum diproses

Page 16: Folio Sivik

Ladang penanaman ganja.

Page 17: Folio Sivik

Ganja yang tumbuh liar dikawasan cerun-cerun bukit.

Page 18: Folio Sivik

Kesan penggunaan ganja pada tubuh badan.

Page 19: Folio Sivik

Rupa bentuk ‘bong’ kaca yang digunakan untuk menghisap ganja.

Page 20: Folio Sivik

Cara-cara ganja dihisap dengan ‘bong’.

Page 21: Folio Sivik

Kepelbagaian ‘space cake’ yang terdapat di negar-negara barat.

Page 22: Folio Sivik

Contoh ubat yang diperbuat daripada ganja.

Page 23: Folio Sivik

Rumusan

Setelah dikaji tentang Ganja atau Cannabis ini , didapati bahawa banyak perkara tentang tumbuhan ini yang tidak diketahui oleh ramai. Ganja mempunyai banyak kesan buruk kepada penggunanya tidak kira jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Walau bagaimana pun,Ganja tetap mempunyai kebaikan dan juga digunakan dalam proses-proses perubatan yang penting dan membantu penggunanya .

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kita sebagai manusia yang berakal fikiran hendaklah menggunakan akal fikiran kita dengan sebaiknya dengan tidak menyalahgunakan ganja atau cannabis ini . Sebaliknya ,penggunaan ganja ini hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Page 24: Folio Sivik

Rujukan: http://translate.google.com/

http://en.wikipedia.org/

http://ms.wikipedia.org/

http://www.ganja.com/

http://www.urbandictionary.com/