folio sejarah tingkatan 3

34
ELEMEN 2

Upload: amir-zul

Post on 09-Jun-2015

2.175 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio sejarah tingkatan 3

ELEMEN 2      

 

Page 2: Folio sejarah tingkatan 3

 

SEJARAH PENTADBIRAN

TEMPATAN (FELDA)

 

Page 3: Folio sejarah tingkatan 3

SENARAI KANDUNGAN

 Tajuk Muka Surat

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan Kajian

Lampiran

Rujukan

            

 

Page 4: Folio sejarah tingkatan 3

PENGHARGAAN Saya Amir Hasif Bin Zulkifli, dari kelas 3 Amanah berasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T

kerana dapat menyiapkan Folio Sejarah ini yang bertajuk Sejarah Pentadbiran Tempatan

(FELDA).

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong saya

dalam menyiapkan Folio Sejarah ini. Pihak yang pertama saya ingin berterima kasih ialah guru

mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan ________________ _________ yang telah memberi

bimbingan dan pertolongan dalam menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa beliau saya tidak dapat

menyiapkan Folio Sejarah ini dengan sempurna.

Selepas itu, saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya. Mereka telah bertungkus

lumus menolong saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa mereka mungkin Folio Sejarah ini

tidak lengkap.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam menyiapkan folio sejarah ini.

Sekian, Terima Kasih.

   

   

Page 5: Folio sejarah tingkatan 3

OBJEKTIF KAJIAN 

Objektif kerja kursus Sejarah pada tahun 2011 ini adalah untuk mencari dan mengumpul fakta

tentang informasi-informasi  yang penting tentang Pentadbiran Tempatan Malaysia daripada

sumber yang sahih. Selain itu, objektif keja kursus Sejarah pada tahun ini juga adalah untuk

menyemai perasaan bangga terhadap Pentadbiran Tempatan Malaysia kita yang berusaha untuk

memajukan Negara. Di samping itu, ia juga memberi kita peluang untuk merekod informasi yang

berkenaan dengan Pentadbiran Tempatan Malaysia kita. Akhir sekali, objektif kajian ini

bertujuan untuk melahirkan semangat patriotisme terhadap Negara tercinta iaitu Malaysia dan

bangsa kita.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah: a)Kaedah Pemerhatian 

Saya telah memperoleh pengajaran daripada guru sejarah saya.

b)Melayari Internet Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat di laman web

c)Buku Ilmiah Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan

d)Temu bual

Saya telah menemu bual ibu bapa saya untuk mendapatkan maklumat  

 

Page 6: Folio sejarah tingkatan 3

 HASIL KAJIAN

1) Institusi Pentadbiran Tempatan 

Dikenali sebagai :

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau dalam bahasa inggeris, Federal Land

Development Authority (FELDA).                                                            

 a)         Lokasi-lokasi FELDA di Malaysia :

 Felda Wilayah Raja Alias

 Felda Wilayah Segamat

 Felda Wilayah Gua Musang

 Felda Wilayah Kuantan

 Felda Wilayah Trolak

 Felda Wilayah Johor Bahru

 Felda Wilayah Mempaga

 Felda Wilayah Terengganu

 Felda Wilayah Alor Setar

 Felda Wilayah Jengka

 Felda Wilayah Sahabat, Lahad Datu 

b)    Visi dan Misi FELDA

Visi :FELDA sebagai peneraju industry sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

  

 Misi :

Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui :

Penghasilan kebun yang tinggi

Page 7: Folio sejarah tingkatan 3

Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden

Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan

Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti

Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi

Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia

Memupuk budaya kecermelangan  

c)   Matlamat FELDA

 FELDA ditubuhkan dengan matlamat seperti berikut:

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan

ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti

sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek

pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di

kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang

berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian

dan ternakan. 

Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-

kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan

FELDA.  

Page 8: Folio sejarah tingkatan 3

d)   Carta oraganisasi

 

Page 9: Folio sejarah tingkatan 3

   

e)   Lembaga Pengarah FELDA 

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad(Pengerusi FELDA)

Ahli – ahli FELDA :_______________________________________________________________________

Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab(Pengarah Besar FELDA)

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah(Ketua Setiausaha Perbendaharaan)

 

Page 10: Folio sejarah tingkatan 3

Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal Abidin(Pengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd)

Encik Shamsudin bin Othman[Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)]

Dr. Omar B Salim(Ketua Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri)

   

Page 11: Folio sejarah tingkatan 3

Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA

Negeri Pahang)

Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Said(Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah)

Y.Bhg. Dato' Noriyah bt Ahmad(Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri)

   

Page 12: Folio sejarah tingkatan 3

Y.B Ir. Haji Hamim Haji Samuri(Ahli Parlimen Ledang)

Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib(Ahli Parlimen Maran)

Y.Bhg. Dato' Sabri Ahmad[Group President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd 

(FGVH)]

 

  

Page 13: Folio sejarah tingkatan 3

2) Latar Belakang

a) Logo-logo FELDA sejak penubuhan hingga sekarang.

 

b) Sejarah penubuhan

Page 14: Folio sejarah tingkatan 3

 

FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan diasaskan di bawah Akta Kemajuan

Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, ditubuhkan pada 6hb Julai 1956 dan diaktifkan pada Julai

1958. Ia adalah sebuah Agensi kerajaan yang menangani migrasi penduduk luar Bandar yang

miskin ke kawasa-kawasan yang baru dibangun agar dapat meningkatkan taraf ekonomi

mereka. Pada waktu itu ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab

kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Skim-

skim FELDA hanya di khaskan untuk orang-orang Melayu yang membentuk sebilangan besar

penduduk Malaysia.

 

c) Undang-undang tubuh/ Undang-undang kecil/ Garis panduan penubuhan.

 

Fungsi Felda yang di peruntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

 

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah

Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan

ekonomi, social, pertanian, petempatan, perindustrian dan kemomersial serta aktiviti

sampingan yang lain di kawasan di man FELDA diberi kuasa melaksanakan projek

pembangunan tanah atau kawasan yang dimilik oleh FELDA dan syarikatnya.

Melakasanakn kegiatan yang dapat membant memodenkan sector pertanian di kawsan di

mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan

pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan penternakan.

Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan social

penempatan, pertanian, industry dan komersial dalam kawasan FELDA.

 

Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdan Menteri dan Menteri

yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia. Kini beliau dibantu oleh Timbalan Menteri di jabatan Perdana

Menteri YB Datok Ahmad Maslan.

 

Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk

setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama

bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka kan skim ini kerana pekerja-

pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan

kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertaa,

koperasi itu masih merupaka makanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaiman berladang.

Page 15: Folio sejarah tingkatan 3

Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan akhir sekali fasa ketiga,

mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang

menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atu kerajaan peresekutuan.

 

Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman

yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan

peneroka selam 15 tahun.

 

d)  Perincian peranan/ Tanggungjawab bidang tugas pentadbir

 

   FELDA berperan untuk memajukan tanah baru untuk di jadikan lading pertanian yang

produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta

menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan bedisiplin.

   Peneroka-peneroka adalah terdiri daripada orang melayu yang termiskin berumur di

antara 21 tahun dan 50 tahun, berkahwin dan sihat tubuh badan. Keutamaan akan diberikan

kepada yang tidak pernah mempunyai tanah ladang.

   Peneroka baru yang di peruntukkan tanah setiap sekeluarga seuas 10 ekar (4.0 hektar),

12 ekar (4.9 hektar) atau 14 ekar (5.7 hektar) di minta untuk menanam sama ada getah atau

kelapa sawit. Semua peneroka di mestikan tinggal di kawasan tanah yang dianugerhkan oleh

kerajaan, dan diperuntukkan tambahan tanah seluas 0.25 ekar (0.10 hektar) di dalam

kampong terancang di mana rumah mereka siap dibina oleh FELDA. Pada awal penerokaan

tanah, perkhidmatan letrik dan bekalan air tidak dibekalkan begitu menyeluruh tatapi

sekarang kerajaan telah menyediakan segala kemudahan menjadi sebuah penempatan yang

moden dan mempunyai infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas yang amat baik seperti

jalan raya yang luas diturap sepenuh, sekolah, pusat perubatan, suarau, kedai-kedai, pusat

komersial dan sebahagian tempat penyediaan internet.

 

FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :

Ibu pejabat

Pejabat kawasan

Rancangan

 

e)  Cara pelantikan pentadbir tempatan

Page 16: Folio sejarah tingkatan 3

 

Ahli-ahli lemgaga pengarah FELDA adalah dilantik atas penilaian, persetujuan dan budi

bicara YAB Perdana Menteri Malaysia secara kontrak. Ahli-ahli lembaga pengarah yang

dilantik menrangkumi dari latar belakang ahli-ahli politik, kakitangan kerajaan, badan-badan

berkanun dan syarikat-syarikat multi-nasional. Pengurusan-pengurusan kanan FELDA adalah

dari lantikan terus atau kontrak mengikut skim gaji, syarat-syarat dan terma-terma yang telah

ditetapkan oleh Agensi-agensi kerajaan.

3) Peranan

Page 17: Folio sejarah tingkatan 3

a) Ekonomi

Mempelbagaikan ekonomi

FELDA telah mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain — sebilangannya kegiatan itu langsung tidak berkait dengan petempatan semula. Walaupun FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat

dalam perniagaan-perniagaan sepertipemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang , ia juga

telah dilaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama,

umpamanyaMaybank.

b) Kebajikan

Bagi membantu peneroka meningkatkan taraf hidup serta menjadikan warga peneroka sebagai golongan pertengahan, FELDA sentiasa memberikan pelbagai kemudahan bantuan dan pinjaman. 

Tabung Bantuan Kebajikan PenerokaTabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi:

Penyakit kronik Bencana alam Memerlukan alat bantuan Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul

oleh mereka.

Tabung Pinjaman Perumahan PenerokaKadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.

Syarat-syarat yang mesti dipenuhi :

i)    Terbuka pada peneroka yang berumur tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan dibuat. Perlu  mempunyai 2 orang penjamin yang berpendapatan tetap (salah seorang mestilah terdiri daripada anakatau waris kadim pemohon).Bagi pinjaman yang tidak melebihi RM15,000.00, gaji  penjamin mestilah tidak kurang RM500.00 sebulan.Manakala pinjaman yang melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang dari RM800 sebulan.

ii)   Tidak mempunyai rekod tatatertib dengan FELDA 

iii)  Peneroka mesti menghantar semua hasil ke kilang FELDA atau melaksanakan tanam semula bersama FELDA.

Page 18: Folio sejarah tingkatan 3

iv)  Tempoh minimum Bayaran Balik Pinjaman ialah 10 tahun.  Manakala tempoh maksimumnya ialah 20 tahun. 

v)   Pembayaran balik pinjaman ini juga meliputi:

Kos perkhidmatan 2.5%

c) Pelancongan

Sektor Pelancongan

45. Program Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih ramai pelancong. Sehingga Jun, seramai 10.7 juta pelancong telah melawat Malaysia berbanding dengan 8.6 juta pelancong dalam tempoh yang sama tahun 2006. Ini adalah pencapaian yang cemerlang. Untuk meningkatkan lagi daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan utama, Kerajaan memperuntukkan 858 juta ringgit bagi pelaksanaan pelbagai program, termasuk penyediaan dan peningkatan kemudahan pelancongan serta mempelbagaikan produk pelancongan. Peruntukan sebanyak 22 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan aktiviti homestay bagi 47 buah kampung terpilih. Di samping itu, pembangunan projek ekopelancongan akan dilaksanakan untuk menjana pendapatan penduduk luar bandar danmasyarakat Orang Asli

d) Pendidikan

Bagi membantu peneroka meningkatkan taraf hidup serta menjadikan warga peneroka sebagai golongan pertengahan, FELDA sentiasa memberikan pelbagai kemudahan bantuan dan pinjaman. 

Tabung Bantuan Kebajikan PenerokaTabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi:

Penyakit kronik Bencana alam Memerlukan alat bantuan Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa

dipikul oleh mereka.

4) Perkembangan

Page 19: Folio sejarah tingkatan 3

a) Sumber Kewangan

KOTA TINGGI 17 Feb. - Taman Dapur atau taman sayur-sayuran merupakan antara tarikan utama di Homestay FELDA Semenchu dan ia merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai lokasi dengan tema tersebut di negeri ini.Omar berkata, Taman Dapur itu merupakan antara usaha penduduk FELDA tersebut dalam mewujudkan kelainan berbanding homestay lain yang terdapat di sekitar negeri ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengusaha lain akan mempertaruhkan tarikan semula jadi yang ada di kawasan mereka untuk menarik pelancong menginap tetapi Homestay FELDA Semenchu mengambil pendekatan berbeza."Pada kebiasaannya, orang ramai akan menanam bunga hiasan di halamanrumah masing-masing untuk mengindahkan landskap, tetapi kami di FELDA Semenchu menanam sayur-sayuran sebagai hiasan landskap."Landskap akan menjadi lebih cantik daripada kebiasaan apabila dihiasi dengan pokok terung, kobis, kacang panjang dan pokok-pokok herba. Ada juga yang lebih kreatif, menghiasi pintu masuk halaman rumah dengan pokok markisa," katanya.

Seorang pengusaha homestay di sini, Subari Radyo, 62, berkata, pelbagai sayur-sayuran ditanam di halaman rumah dan ada sesetengah pengusaha di sini turut mengusahakan tanaman herba bagi menambah sumber pendapatan, di samping menghiasi landskap kediaman masing-masing.Katanya, antara yang ditanam termasuk halia bara, kunyit putih, mas cotek, pecah beling dan pelbagai lagi herba lain."Tanaman herba ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat luar."Ada juga orang dari luar sanggup datang ke sini untuk mencari tanaman ini kerana di sini harganya lebih murah berbanding di tempat lain."Sejak kebelakangan ini, bilangan jumlah tanaman seperti sayur dan pokok herba semakin berkuranagan."Ini kerana yang mengusahakannya adalah golongan warga emas dan kebanyakan anak-anak mereka tinggal di bandar," katanya.

b) Pembangunan Prasarana

Page 20: Folio sejarah tingkatan 3

KEMUDAHAN PRASARANA DAN PEMBANGUNAN INFRASTUKTURFELDA Bukit Bading sememangnya terkenal dikalangan warga-warga FELDA di Terengganu selain dari FELDA Jerangau dan Kerteh.Umum mengetahui bahawa FELDA amat mementingkan keselesaan,kemajuan,pembangunan,keselamatan dan keceriaan kepada peneroka dan tanah rancangan itu sendiri.Disinilah kerjasama dan kesepakatan peneroka ditagih untuk merencana dan merancang pembangunan bagi membina sendiri tamadun bangsa terutama dari golongan belia dan terus menerus menjadikan FELDA ini sebagai lambang kebangkitan masyarakat melayu.Sejak dari awal rancangan untuk menubuhkan FELDA ini lagi pada akhir tahun 50-an iaitu di zaman Tun Razak,kita sepatutnya melihat apa yang menjadi agenda mantan Perdana Menteri itu kepada kepentingan kaum Melayu dan hari ini umum akur akan keberkesanan dari ideologi dan pemikiran jauh para pemimpin terdahulu biarpun pada waktu itu banyak suara sumbang yang menidakkan tujuan baik Kerajaan Perikatan pada waktu itu.Hari ini tibalah masa agenda-agenda ini diteruskan mengikut arus peredaran zaman dan mengikut ideologi terkini pemimpin oleh peneroka dan para belia felda yang menjadi anak emas kepada FELDA sebenarnya.Usaha ini adalah sedang diteruskan di FELDA kami dan hasilnya tidaklah perlu sesiapa menafikan dan ini akan terus menjadi kabanggaan kami dan kami sebagai belia yang diberi amanah untuk meneruskan agenda ini berjanji akan terus menabur bakti untuk melihat pembangunan yang akan mendatang.

c) Kemajuan yang Dicapai

Kejayaan 2003-2007

Anugerah Persatuan Belia Terbaik (Khidmat Masyarakat & Kesukarelaan) di Anugerah

Belia Felda Malaysia 2007, di PICC, Putrajaya.

Anugerah Persatuan Belia Terbaik (Sukan & Kebudayaan) di Anugerah Belia Felda

Malaysia 2006, di PWTC, KL.

Johan Persatuan Terbaik pada Anugerah Belia Felda Terengganu 2005/06

Johan Persatuan Terbaik pada Anugerah Belia Felda Terengganu 2003/04

Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2006 Peringkat Daerah Kemaman

Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2005 Peringkat Daerah Kemaman

Seorang ahli telah mendapat tempat pertama Kejohanan Orienteering Peringkat Negeri

Terengganu 2003

Seorang ahli dianugerahkan Tokoh Belia (Kepimpinan) pada Anugerah Belia Felda

Terengganu 2003/04 (Mohd Fauzi bin Mat Adam)

Page 21: Folio sejarah tingkatan 3

Seorang lagi ahli dianugerahkan Tokoh Belia (Berjasa) pada Anugerah Belia Felda

Terengganu 2003/04. (Mohamad b Jusoh)

Seorang ahli terpilih mewakili Malaysia ke Program Kapal Belia Asean-Jepun 2004.

(Norkawana bt Ramli)

Seorang ahli telah terpilih mewakili Terengganu SUKMA 2004 (Silat Puteri) (Nik Nor

Afieza bt Nik Mustapa)

Seorang ahli terpilih dan telah mewakili Terengganu SUKMA 2006 (Silat Putera)

(Mohd Azlan bin Mohamad)/ Pingat Gangsa.

Ahli Unit Seni Silat PBGPFC sentiasa mengondoli pingat dan menguasai kejohanan di

peringkat Daerah Kemaman sepanjang 2005/06

d) Perancangan Masa Hadapan

KUALA LUMPUR 24 April - Generasi baru Felda perlu kekal berada di landasan bagi memastikan orang Melayu menikmati kehidupan setanding dengan masyarakat lain.Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sebagai masyarakat contoh bagi luar bandar, kerjasama dan sokongan mereka amat penting bagi menjayakan setiap dasar yang dirancang oleh kerajaan.Justeru, beliau berharap generasi baru Felda dapat menjadi benteng pertahanan untuk mengekalkan organisasi tersebut dalam keadaan baik.“Suka atau tidak, generasi baru ini yang akan mengambil alih peranan dan mereka perlu mempunyai semangat dan wawasan yang selari dengan hasrat kerajaan khususnya menjayakan lima teras utama termasuk pembangunan generasi baru Felda.“Saya percaya, kalau kita berjaya memenuhi hasrat itu maka Felda akan terus menjadi organisasi yang terkenal,” katanya.Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Konvensyen Generasi Baru Felda 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, dekat sini hari ini.Konvensyen dua hari yang dihadiri 700 warga muda Felda itu turut menggariskan 12 resolusi antaranya menjadikan Felda sebagai hab halal yang berwibawa dan dihormati serta menimbang membeli KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) untuk merancakkan pembangunan ekonomi Felda bersama generasi baru.Mohd. Isa berkata, sebagai aset kepada organisasi tersebut, generasi baru Felda perlu komited untuk memakmurkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.Justeru, tegasnya, mereka perlu menghayati dan memahami peranan penubuhan institusi itu agar berupaya menangkis tohmahan pihak tidak bertanggungjawab terhadap organisasi tersebut.

Page 22: Folio sejarah tingkatan 3

Dalam pada itu, Mohd. Isa berkata, hubungan rapat antara Felda dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mendengar pandangan dan saranan untuk menyelesaikan beberapa permasalahan termasuk dalam kalangan generasi baru.Malah, katanya, pihak pengurusan Felda akan meneliti dan melaksanakan dengan segera setiap resolusi yang dicapai pada konvensyen tersebut.

Page 23: Folio sejarah tingkatan 3

RUMUSAN Kesimpulan yang saya dapati dalam hasil kajian ini ialah saya dapat mengenal pasti asal-usul pentadbiran tempatan iaitu FELDA. Dengan membuat kerja khusus ini juga saya mendapat tahu bahawa sejarah sebenar pentadbiran tempatan tersebut, saya terus berasa sangat berbangga terhadapnya. Saya juga berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara Malaysia memberi kemudahan yang sempurna kepada semua rakyatnya. Dengan membuat kerja khusus ini juga, membuat saya ingin berusaha memajukan bangsa dan negara saya yang tercinta.

Page 24: Folio sejarah tingkatan 3

LAMPIRAN

Page 25: Folio sejarah tingkatan 3

ANTARA LOKASI DI FELDA KUMAI

ANTARA LOKASI DI FELDA JOHOR BAHRU

Page 26: Folio sejarah tingkatan 3

RUJUKAN

Internet1. http://www.felda.net.my/feldav3/2. http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Land_Development_Authority3. http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl4. http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

Majalah1. Kenali negeri kita edisi Pahang

Buku Ilmiah1. Pendidikan Moral Tingkatan 5

Page 27: Folio sejarah tingkatan 3

ELEMEN 3

\

Page 28: Folio sejarah tingkatan 3

Tugasan

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan ini.

Soalan : Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di negara kita ?

Terdapat banyak pentadbiran tempatan yang giat diusahakan di negara Malaysia. Dalam tugasan ini, saya memilih pentadbiran tempatan FELDA yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956. FELDA bermula dari sedikit demi sedikit sehingga mencapai banyak anugerah. Untuk mengekalkan prestasi mereka di negara Malaysia, mereka memerlukan banyak kaedah.

Antaranya ialah, memperbanyakkan tempat untuk mereka bergiat. Untuk pentadbiran FELDA, mereka mempunyai banyak cawangan di sekeliling Malaysia. Antara cawangan FELDA juga telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib bin Tun Razak. Ini telah menyebabkan FELDA sentiasa bergiat maju di Malaysia.

Selain itu, FELDA juga telah banyak membuat eksport barangan mereka dari Malaysia ke luar negara. Kerajaan FELDA akan mendapat banyak keuntungan terhadap setiap kegiatan eksport yang dilakukan. FELDA juga telah banyak memoden dan menaik taraf pentadbiran mereka menggunakan keuntungan-keuntungan tersebut.

Akhir sekali, antara sebab FELDA sentiasa bergiat di Malaysia kerana mereka banyak mendirikan hotel, pusat peranginan dan juga homestay di sekitar negara Malaysia. Setiap pelancong akan sentiasa singgah di pusat peranginan FELDA untuk bermandi-manda di kawasan air terjun. Ini juga sebenarnya telah meningkatkan semangat orang lain yang berkunjung di situ untuk sentiasa menjaga alam sekitar. Disebabkan perkara ini juga FELDA dapat mengumpul banyak keuntungan untuk sentiasa bergiat di negara Malaysia.

Kita haruslah mencontohi pentadbiran FELDA yang bermula dari kosong hingga maju sehinggi kini. Seperti kata pepatah “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit” yang bermaksud jika kita sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan, lama-kelamaan kita akan mencapainya.