folio sejarah

Upload: phoenix-gurlz

Post on 18-Jul-2015

2.016 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kerja kursus Sejarah Tingkatan 3

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PENGKALAN, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012 PRODUK TEMPATAN-MAKANAN NAMA: AMRITA KAUR A/P S.ARULDAS NO.KAD PENGENALAN: 970102-04-5478 TINGKATAN: 3 RK GEMILANG NAMA GURU: PN.MARIAM MAHDI _____________________________________________ TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU PRODUK TEMPATAN- MAKANAN- OTAK-OTAK ISI KANDUNGAN BILPERKARAMUKA SURAT 1TAJUK KAJIANi. 2SENARAI KANDUNGANii. 3PENGHARGAANiii. 4OBJEKTIF KAJIANiv. 5KAEDAH KAJIANv. 6HASIL KAJIAN 1-5 7RUMUSAN6 8LAMPIRAN 7-11 9RUJUKAN 12 PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya menjalan dan melaksanakan kajian ini. Segala bantuan, dorongan, kerjasama, bimbingan, teguran, nasihat, dan tunjuk ajar yang telah diberi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini tidak akan saya lupakan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa saya, En. S.Aruldas dan Pn. Salendar serta tidak lupa kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, En. Abu Bakar Awang atas dorongan, sokongan dan bantuan dari segi moral, kewangan, dan kebenaran untuk menggunakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan rasa terhutang budi yang tidak terhingga kepada Guru Sejarah saya, Pn.Mariam Mahdi, kerana tanpa nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan teguran beliau, perlaksanaan kerja kursus ini tidak akan menjadi kenyataan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja kursus serta pengunjungPihak Perusahaan Otak-Otak Kempas yang sudi meluangkan masa untuk menjawab segala pertanyaan saya serta sudi menberikan bantuan dan kerjasama ketika saya berada di lapangan dan tidak ketinggalan juga kepada semua orang yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kajian ini. OBJEKTIF KAJIAN Kerja kursus Produk Makanan Tempatan ini merangkumi objektif-objektif berikut:- Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih. Mengelas, Menganalisis, Mentafsir, dan Merumus fakta sejarah secara rasional Merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul Mengamal nilai murni dan unsur patriotism. KAEDAH KAJIAN 1.Temu Ramah -Menemu ramah orang sumber, En Zulkarnain bin Azman untuk memdapatkan maklumat berkaitan syarikat Otak-Otak Kempas. 2.Lawatan dan Pemerhatian -Lawatan dan Pemerhatian telah dilakukan ke syarikat Perusahaan Otak-Otak Kempas pada 15 Mac 2012. 3.Analisis Dokumen -Menganalisis dokumen-dokumen yang diperoleh dari Perusahaan Otak-Otak Kempas untuk melengkapkan kerja kursus ini. 4.Penyelidikan Perpustakaan -Penyelidikan dilakukan di Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu. 5.Melayari Internet Melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan berkaitan Otak-Otak untuk kerja kursus ini. HASIL KAJIAN 1.Maklumat Asas Produk a)Nama Produk: Otak-Otak b)Kategori: Produk Tempatan-Makanan-Otak-Otak c)Nama Pengusaha: Pn Siti Nor Aishah d)Nama Syarikat: Otak-Otak Kempas (OOK) e)Status Hak Milik: Hak Milik Persendirian/Bumiputera f)Lokasi : Lot 3226-A, 3226-B & 3226-C, Jalan Denai Utama,Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor. 2.Latar Belakang a)Sejarah Kewujudan: Sejarah Kewujudan OOK Puan Siti Nor Aishah menjual otak-otak di warung secara kecil-kecilan. Namun pada tahun 1997, berlaku kegawatan ekonomi dan warung terpaksa ditutup. Kemudian pada tahun 1998, Puan Siti Nor Aishah mula membuka perusahaan otak-otak secara kecilan dan setelah mendapat banyak sambutan, beransur mengkomersialkan otak-otak secara besaran.

b)Punca Modal: Persendirian dan Pinjaman Bank c)Pendaftaran/Lesen Perniagaan: Tiada lessen kerana dibina di kawasanperumahan d)Tujuan/Kepentingan Produk:: Membiayai hidup serta memberipeluang pekerjaan kepada penduduk di desa e)Keistimewaan/Keunikan Produk: Merupakan pesepi turun-temurun yangmengandungi rempah-ratus enak yangmenyebabkannya diminati ramai. 3.Kaedah/Cara Penghasilan a)Tenaga Kerja: Mesin dan Manual (pemuda-pemuda desa) b)Senarai Bahan : Ikan-tamban,tenggiri,ikan merah,Santan, Telur, Rempah, Daun Nipah c)Senarai Peralatan: Mesin Pembancuh dan Mesin Penyukat d)Proses/Peringkat Penghasilan : Dibancuh, Disukat, Dibungkus, dan Disejukbeku e)Spesifikasi Produk: 1 Otak-Otak mesti 30 gram f)Langkah kawalan mutu: Mempunyai seorang superviser yang memerhati dan mengawasi pekerjasemasa kerja pembungkusan dijalankan. 4.Perkembangan Produk a)Rangkaian Pemasaran :Dipasarkan di warung-warung berdekatan. Di Masjid Tanah dan Ayer Keroh Melaka b)Kemajuan Yang Dicapai:-Kapasiti Pengeluaran-50 keping sehari bagi setiap produk.-Keuntungan Kasar-RM 360,000 sebulan c)Identiti Setempat:Otak-Otak Kempas (OOK) d)Cabaran/Masalah:Ramai pesaing-pesaing berdekatan yangmengeluarkan produk yang sama e)Potensi Produk:Besar kemungkinan akan berkembang maju kerana terdapat ramai pelanggan tetap danpelanggan baru juga semakin bertambah f)Perancangan Masa Depan:Membuka sebuah lagi cawangan di Sabah HASIL KAJIAN LAMPIRAN ELEMEN 1 ELEMEN 2 ELEMEN 3 Resepi Otak-Otak Bahan-bahan 1 kg isi ikan Tenggiri 1 biji kelapa parut 3cm kunyit hidup 6 tangkai cili merah 5 batang serai dihiris 20sen jintan manis 1 helai daun kunyit (dihiris halus) Garam secukup rasa Beberapa helai daun kelapa Cara Membuatnya Tumbuk kelapa parut, kunyit hidup, cili merah, serai dan jintan manis. Gaul ikan dengan garam, daun kunyit dan rempah yang ditumbuk tadi hingga rata. Ambil sesudu besar dan bungkus ikan dengan dua helai daun kelapa yang ditemukan dan klip kedua-dua sisinya. Buat sehingga habis dan panggang di atas api sederhana hingga masak. Temubual Bersama Orang Sumber Pada pagi 15hb Mac, saya dan rakan-rakan saya telah mengunjungi Perusahaan Otak-Otak Kempas. Di sana kami telah menemubual salah seorang pekerja di perusahaan itu iaitu, En Zulkarnain bin Azman. Berikut adalah teks perbualan tersebut.Lai Yihang : Selamat Pagi En Zulkarnain. Tujuan kami mengunjungi perusahaan Otak- Otak ini adalah untuk melengkapkan kerja kursus Sejarah kami dan kami ingin menemubual Encik untuk memperoleh serba sedikit maklumat tentangperusahaan ini. Orang sumber : Baiklah, apakah yang saudari ingn tanyakan kepada saya? Lai Yihang: Apakah produk yang dihasilkan dan dijual di perusahaan ini? Orang Sumber : Perusahaan ini menghasilkan otak-otak ayam dan ikan serta popia otak-otak. Lai Yihang: Siapakah pengusaha syarikat ini? Orang Sumber : Pengusaha syarikat ini adalah Puan Siti Nor Aishah. Lai Yihang: Apakah nama perusahaan ini dan apakah alamatnya? Orang Sumber : Perusahaan ini dinamakan Otak-Otak Kempas(OOK) dan terletak di LOT 3326 ABC, JALAN DENAI UTAMA KEMPAS BARU, JOHOR Lai Yihang: Bolehkah Encik menerangkan sedikit tentang sejarah kewujudan Perusahaan Otak-Otak Kempas ini? Orang Sumber : Puan Siti Nor Aishah menjual otak-otak di warung secara kecil-kecilan.Namun pada tahun 1997, berlaku kegawatan ekonomi dan warung terpaksa ditutup. Kemudian pada tahun 1998, Puan Siti Nor Aishah mula membuka perusahaan otak-otak secara kecilan dan setelah mendapat banyak sambutan, lalu Puan Siti Nor Aishah beransur mengkomersialkan otak-otak secarabesar-besaran. Lai Yihang: Apakah tujuan atau kepentingan serta keistimewaan produk ini? Orang Sumber :Untuk membiayai hidup serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di desa serta produk ini dihasilkan melalui resipi turun-temurun sertamengandungi rempah ratus yang enak menjadikannya diminati ramai. Lai Yihang: Apakah tenaga kerja yang digunakan untuk menghasilkan produk ini? Orang Sumber : Kami menggunakkan mesin dalam proses pembancuhan ramuan danmenggunakan tenaga kerja manual dalam proses pembungkusan produk. Lai Yihang: Apakah spesifikasi produk dan langkah-langkah pengawalan mutu yangdipraktikkan? Orang Sumber : Setiap satu otak-otak mestilah mempunyai berat 30gram dan kami jugamempunyai seorang superviser yang mengawasai semasa kerja-kerjapembungkusan dijalankan. Lai Yihang: Apakah rangkaian pemasaran bagi produk ini dan apakah rancangan untuk memajukan produk ini pada masa hadapan? Orang Sumber : Produk ini dipasarkan di warung-warung berdekatan serta di Masjid Tanah dan Ayer Keroh, Melaka. Rancangan kami pada masa hadapan adalah untuk membuka sebuah lagi cawangan perusahaan ini di Sabah. Lai Yihang: Apakah cabaran yang dihadapi perusahaan ini dan apakah potensi produk ini? Orang Sumber : Cabaran yang dihadapi adalah ramai pesaing-pesaing berdekatan yangmengeluarkan produk yang sama. Manakala potensi produk ini pula besarkemungkinan akan berkembang maju kerana terdapat ramai pelanggan tetap dan pelanggan baru juga semakin bertambah banyak. Lai Yihang: Baiklah, terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya dan saya berharap agar perusahaan ini akan terus berkembang maju pada masa akan datang. Orang Sumber : Terima Kasih. RUJUKAN 1.SUMBER ILMIAH ENSIKLOPEDIA SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU, 1998, KUALA LUMPUR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2.ORANG SUMBER ENCIK ZULKARNAIN BIN AZMAN, 25 TAHUN, NO 90, JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS BARU, 81200 JOHOR BHARU, JOHOR 3.MELAWAT TEMPAT KAJIAN PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD, LOT 3226-A 3226-B & 3226-C, JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS BARU, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR 4.INTERNET http://shaffik.com/2011/03/22/sedapnya-otak-otak/ http://iks.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=134&Itemid=136 http://www.dof.gov.my/produk/otakotak 5.SUMBER LAIN BROSUR PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD, LOT 3226-A 3226-B & 3226-C, JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS BARU, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR