folio sejarah
TRANSCRIPT
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya membuat folio ini ialah untuk mengetahui lebih mendalam tentang asal
usul keluarga saya dan juga sejarah keluarga saya. Oleh itu, folio ini amat penting kepada
saya.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang perkembangan keluarga saya dari segi
pendidikan maka saya boleh mengambil iktibar tentang cara-cara untuk memajukan dari
segi pendidikan. Di dalam folio ini terdapat tokoh keluarga maka saya boleh menjadikan
tokoh tersebut sebagai tokoh kebanggaan saya di samping dapat menghidupkan semangat
untuk terus belajar dan berjaya pada masa hadapan. Saya juga boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara saya.
KAEDAH KAJIAN
Semasa saya menjalankan kajian sejarah itu, saya telah menggunakan beberapa
kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah keluarga. Antaranya, saya telah
menggunakan kaedah temu bual untuk menemu bual ahli keluarga saya dan mendapat
maklumat. Selain itu, saya juga mencatat dan merekod peristiwa-peristiwa yang penting.
Kesan kaedah yang saya jalankan itu. saya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di
antara keluarga saya di samping dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Saya juga telah
menjalankan kaedah soal selidik. Saya telah mengkaji gambar-gambar lama untuk
dimuatkan di bahagian lampiran.
RUMUSAN
Selain menyiapkan folio ini, saya dapat merumuskan beberapa perkara. Antaranya ialah
saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang asal usul ahli keluarga. Saya juga dapat
merapatkan hubungan di antara semua ahli keluarga. Selain itu, saya juga dapat
memahami persefahaman antara ahli keluarga. Oleh itu, folio ini amat penting kepada
saya.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum……
Pada ruangan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
ahli keluarga dan saudara-mara saya yang telah banyak membantu saya menyiapkan folio
ini dan memberikan dorongan serta maklumat kepada saya. Tidak ketinggalan juga
kepada guru sejarah 1A5 iaitu Encik Fakhrurrazi Bin Mohamad yang telah banyak
memberi bimbingan dan memberikan idea kepada saya untuk menyiapkan folio sejarah
ini dan kepada rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana sudi menolong saya untuk menyempurnakan folio ini.
Sekian, Terima kasih.
RUJUKAN
Semasa saya membuat folio ini, saya telah membuat beberapa rujukan pada pelbagai
bahan. Antaranya ialah saya membuat rujukan pada buku teks Sejarah untuk merujuk
beberapa kaedah yang hendak dilakukan. Saya juga telah membuat rujukan pada gambar-
gambar lama yang diberikan oleh keluarga saya. Saya telah mengkaji gambar-gambar itu
untuk ditulis dalam bentuk karangan. Saya juga telah menyoal selidik orang sumber
seperti ayah, ibu dan adik- adik saya. Saya telah menyelidik sijil-sijil yang lama untuk
dimuatkan ke dalam folio di bahagian lampiran.
PERISTIWA YANG MENGGEMBIRAKAN
Peristiwa yang menggembirakan bagi keluarga saya ialah saya mendapat 5A dalam UPSR. Peristiwa itu telah menjadi kenangan manis bagi saya. Ibu dan ayah saya merasa sangat gembira terhadap kejayaan saya. Guru-guru di sekolah saya juga turut gembira.
Sebelum peperiksaan UPSR bermula, saya telah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran. Saya juga pergi ke tuisyen yang diadakan pada setiap hari Khamis. Di situ, saya diajar oleh seorang guru yang berpengalaman.
Semasa guru sedang mengajar, saya menumpukan sepenuh perhatian.Saya juga akan bertanya kepada guru apabila saya tidak faham. Apabila ada kerja rumah saya akan menyiapkannya dengan segera.
UPSR pun menjelang. Apabila di dewan peperiksaan, saya menjawab soalan yang dikemukakan dengan teliti. Apabila soalan soalan habis dijawab, saya akan memeriksanya. Saya tidak berasa takut untuk menjawab soalan itu kerana saya sudah bersedia dari awal.
Apabila UPSR telah berakhir, banyak aktiviti yang dilakukan di sekolah saya dan saya telah menyertainya dengan hati yang gembira sementara menunggu keputusan UPSR dengan hati yang berdebar. Semasa di rumah saya juga melakukan aktiviti yang berfaedah seperti berjoging dan bersenam.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Apabila keputusan diumumkan saya terkejut. Saya telah mendapat 5A dalam UPSR. Saya juga tidak lupa kepada kawan-kawan saya yang tidak berjaya. Saya harap mereka akan berusaha lebih gigih pada masa yang akan datang.
PERISTIWA YANG MENYEDIHKAN
Semua orang pasti mempunyai peristiwa yang menyedihkan. Peristiwa yang menyedihkan bagi keluarga saya ialah kehilangan datuk sebelah ibu yang tersayang.
Peristiwa ini telah menjadi kenangan pahit bagi ahli keluarga saya. Datuk saya bernama Din Chen a/l Din Chan.
Datuk saya meninggal pada 22 Disember 2007 jam 3.45 p.m di Kampung Olak Maddu, Padang Serai, Kedah. Datuk amat mesra pada setiap ahli keluarga saya. Datuk saya seorang yang tegas dan baik hati. Datuk saya juga bersikap penyayang dan sabar.
Sebelum datuk meninggal dunia, datuk meninggalkan wasiat kepada setiap orang anaknya. Seluruh ahli keluarga berasa sedih dan ada yang menangis. Datuk saya meninggal semasa berumur 82 tahun. Datuk meninggal kerana sakit tua.
Semasa hari pengebumian datuk saya, seluruh ahli keluarga berkumpul bersama. Seluruh ahli keluarga bertungkus-lumus menyiapkan persiapan untuk pengebumian datuk. Saya menolong bapa saya membersihkan halaman rumah untuk upacara pengebumian. Tetamu yang hadir mengucapkan takziah kepada ibu saya dan ada yang memberikan sejumlah wang. Datuk selamat dikebumikan dan saya berharap agar rohnya tenteram.Saya tidak akan melupakan peristiwa itu untuk selama-lamanya.
KESAN PERISTIWA
Kesan peristiwa tersebut ialah saya dapat mengetahui peristiwa bersejarah
dalam keluarga. Selain itu, saya dapat mengingati iktibar untuk dijadikan
teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Peristiwa tersebut boleh
dijadikan contoh kepada orang lain untuk dijadikan iktibar.
Perkembangan Diri Dan Keluarga
Diri Saya
Nama saya ialah Pradipraj Singh A/L Gurmit Singh.Saya dilahirkan pada 27 April 1996
di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Saya belajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Hobi saya ialah bersukan dan
melayari internet pada masa lapang. Saya suka makan nasi goreng. Minuman yang paling
saya suka ialah jus buah-buahan. Saya mempunyai seorang adik lelaki.
Adik Saya
Adik saya bernama Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Adik saya dilahirkan pada 26
Disember 1997 di Bukit Mertajam. Adik saya merupakan seorang yang sangat nakal.
Pada masa lapang adik saya suka bermain bola di padang bersama kawan-kawannya.
Adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik. Sekarang adik saya
berumur 12 tahun dan belajar di darjah enam. Dia juga seorang pengawas di sekolahnya.
Ayah Saya
Ayah saya bernama Gurmit Singh A/L Gurmit Singh. Ayah saya berumur 43 tahun. Ayah
seorang yang tegas tetapi baik hati. Ayah saya suka makan nasi ayam dan minuman
kegemaran ayah saya ialah barli ais.
Ibu Saya
Ibu saya bernama Ekerim A/P Din Chen. Beliau dilahirkan pada 29 Jun 1965 di
Kampung Tanah Lincin, Padang Serai. Beliau merupakan seorang ibu yang penyayang.
Sekarang ibu saya berumur 43 tahun dan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Lela Pahlawan. Ibu saya suka makan mi goreng dan minuman
kegemaran ibu saya ialah teh ais.
Datuk Saya
Saya mempunyai seorang datuk bernama Din Chen A/L Din Chan. Beliau dilahirkan
pada 28 September 1925. Saya suka datuk saya kerana beliau seorang yang pemurah dan
suka menolong. Datuk saya masih kuat alaupun sudah tua.
Nenek Saya
Nenek saya pula bernama Tauwin A/P Endin Nim. Beliau dilahirkan pada 27 Oktober
1941. Beliau sekarang berumur 68 tahun. Beliau sangat mengambil berat terhadap semua
ahli keluarga saya.
Alamat Tempat Tinggal
Ayah saya berasal dari Tapah, Perak manakala ibu saya berasal dari Kamping Olak
Madu, Kedah. Selepas mereka berkahwin, mereka tinggal di Kulim. Sekarang kami
sekeluarga masih menetap di situ. Alamat penuh tempat itu ialah 259, Jalan Mewah 1/7,
Taman Mewah, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman. Taman itu sangat bersih dan nyaman.
Aspek Kemajuan Dari Segi Pendidikan
Keluarga saya mempunyai kemajuan dalam pendidikan. Antaranya ibu saya yang
bernama Ekerim A/P Din Chen, Beliau berumur 44 tahun dan sudah berkahwin. Beliau
tinggl di NO.259, Jan Mewah 1/7, Taman Mewah, 09600 Lunas, Kedah. Selepas tamat
sekolah rendah, beliau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Serai selama lima tahun. Beliau mendapat 19 agregate Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
dangred 2 (Aliran Sains) untuk Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Selepas itu, beliau
meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah di tingkatan
6. Beliau menduduki STPM dan mendapat keputusan cemerlang. Selepas itu, beliau
memasuki Universiti Sains Malaysia (USM).
Tokoh Dalam Keluarga
Setiap keluarga mesti mempunyai tokoh keluarga. Keluarga saya mempunyai seorang
tokoh. Nama tokoh dalam keluarga saya ialah Ekerim A/P Din Chen yang merupakan ibu
saya. Kini beliau berumur 44 tahun. Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1965 di Kuala Ketil,
Kedah. Sekarang beliau tinggal di NO 259, Jalan Mewah 1/7, Taman Mewah, 09600
Lunas, Kedah.
Kini beliau bekerja sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Dato
Lela Pahlawan. Beliau sudah berumah tangga. Suami beliau iaitu ayah saya bernama
Gurmit Singh A/L Gurmit Singh dan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Serai. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu saya Pradipraj Singh
A/L Gurmit Singh dan berumur 13 tahun. Saya ber sekoalh di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Badlishah. Anak bongsu beliau iaitu adik saya bernama Amrithraj
Singh A/L Gurmit Singh. Dia berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Abdul Malik.
Kejayaan Yang Diperoleh Oleh Tokoh
PENDIDIKAN
Dari segi pendidikan, beliau mendapt Sarjana Pendidikan untuk Kepujian, Sarjana Muda
Sastera untuk Kelas Kedua dan Diploma Pendidikan untuk Kepujian dari Universiti Sains
Malaysia (SPM).
PEKERJAAN
Beliau pernah dilantik sebagai guru penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Serai. Beliau juga dilantik sebagai Guru Knan Kemanusian di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Panglima Besar. Sekarang, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan.
KEBAJIKAN
Beliau menderma untuk MAKNA (Majlis Kanser Negara) setiap bulan. Selain itu, beliau
juga menderma untuk United Nation di bawah Program World Children’s Educations
setiap bulan dan mengajar seorang kanak-kanak miskin di India dalam bidang pendidikan
semenjak 1998. Beliau mederma untuk Wat Siam Olak Madu setiap bulan dan membantu
di Punjabi Education Centre Kulim sebagai bendahari.
ANUGERAH / GELARAN / PINGAT
Beliau juga pernah mendapat Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2001 dan 2003.
Sifat-sifat Istimewa Tokoh
Beliau juga mempunyai beberapa sifat-sifat istimewa. Antaranya ialah beliau akan
melakukan sesuatu tugas dengan sebaik mungkin dan mementingkan hasil kerja yang
berkualiti dan kemas. Beliau juga seorang yang gigih dan rajin berusaha, pemurah, berani
dan jujur.
Pertalian Persaudaraan
Ayah saya bernama Gurmit Singh A/L Pertap Singh dan ibu saya bernama Ekerim A/P
Din Chen. Hubungan saya dengan mereka ialah anak dan ibu bapa. Saya mempunyai
seorang adik bernama Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Dia merupakan adik kepada
saya. Datuk saya bernama Din Chen A/L Din Chan dan nenek saya bernama Tauwin A/P
Endim Nim. Mereka merupakan datuk dan nenek kepada saya dan saya merupakan cucu
kepada mereka. Saya mempunyai ramai saudara-mara dan salah seorangnya ialah Suk
Chitra A/P Din Chen. Saya merupakan anak saudara kepada beliau. Saya berasa sangat
gembira kerana mempunyai keluarga yang baik hati dan berhati mulia.
Tarikh-Tarikh Yang Penting Dalam
Keluarga
Semua ahli keluarga mesti mempunyai tarikh-tarikh yang penting dalam keluarganya.
Keluarga saya mempunyai tarikh-tarikh yang penting. Tarikh tersebut amat penting
kerana dapat membantu keluarga saya mengingati peristiwa-peristiwa yang lepas.
Antara tarikh-tarikh yang penting ialah, tarikh perkahwinan ibu bapa saya telah
berlangsung pada 31 Mei 1994.
Seterusnya, tarikh kematian datuk sebelah ibu saya juga merupakan tarikh yang penting
kerana merupakan kenangan yang pahit bagi saya dan keluarga. Saya berasa sedih kerana
kehilangan datuk yang tersayang.
Ulasan Tentang Salasilah Keluarga
Secara kesuluruhannnya, keluarga saya merupkan yang bahagia dan bertolak ansur antara
satu sama lain. Oleh sebab itu, perselisihan faham kurang berlaku antara keluarga saya.
Selain itu, saya mengetahui bahawa keluarga saya amat besar di sebelah ibu dan
mempunyai saudara yang banyak manakala di sebelah ayah pula keluarganya juga besar.
Saya juga dapat mengetahui pertalian persaudaraan antara keluarga saya. Di dalam
ruangan salasilah keluarga juga, saya boleh mengetahui tentang tarikh-tarikh yang
penting dalam keluarga dan peristiwa-peristiwa yang penting yang telah berlaku pada
tarikh tersebut. Oleh itu, saya berasa sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang
harmoni.
Nama-nama Ahli Keluarga Saya
Keluarga saya adalah keluarga yang kecil. Nama saya adalah Pradipraj Singh A/L Gurmit
Singh. Saya mempunyai seorang ayah yang bernama Gurmit Singh A/L Pertap Singh. Ibu
saya bernama Ekerim A/P Din Chen. Saya mempunyai seorang adik yang bernama
Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Datuk saya bernama Din Chen A/L Din Chan. Nenek
saya pula bernama Tauwin A/P Endin Nim.
Elemen 1
Mengumpul Fakta
Senarai Semak
Bil. Sumber Catatan
1 Buku Ilmiah
2 Jurnal
3 Akhbar
4 Majalah
5 Orang Sumber
6 Melawat Tempat Kajian
7 Internet
8 Televisyen
9 Radio
10 VCD/DVD
SKOR
Tandatangan guru penilai
Elemen 2
Merekod Fakta Sejarah
Senarai Semak
Bil Sumber Catatan
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Laporan Kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
SKOR
Tandatangan guru penilai
Elemen 3
Nilai Dan Patriotisme
Senarai semak
Bil Unsur Patriotisme
1
2
3
4
5
SKOR
Tandatangan guru penilai
Bil Senarai Kandungan M/S1 Tajuk2 Penghargaan3 Objektif Kajian4 Kaedah Kajian5 Laporan Kajian
5.1 Salasilah Keluarga5.2 Perkembangan Diri Dan
Keluarga5.3 Tokoh Dalam Keluarga5.4 Peristiwa Bersejarah Dalam
Hidup6 Rumusan7 Lampiran8 Rujukan
Senarai Kandungan
Folio Sejarah Diri Dan Keluarga
Nama : Pradipraj Singh A/L Gurmit Singh
Tingkatan : 1A2
No. Kad Pengenalan : 960427-07-5203
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
Guru Penilai : Puan Juliana Bt. Mohd. Ghazali
Tandatangan Guru Penilai :
Tarikh Serahan : 9-8-2009
Salasilah Keluarga
Perkembangan Diri Dan Keluarga
Tokoh Dalam
Keluarga
Peristiwa Yang
Bersejarah Dalam Hidup
Lampiran
Sejarah Diri Dan
Keluarga