folio perkembangan sistem perkhidmatan kereta api di negara kita

15
Nama : Nurrul Nadziela Bt Mohd Yusof No K/P : Tingkatan : 2 LG1 (Bitara) Alamat : Hobi : Cita Cita : Nama Ayah : Mohd Yusof B Dollah Pekerjaan : Nama Ibu : Nik Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail Pekerjaan : Cogan Kata : Tarikh : 20 Oktober 2013 Tandatangan Guru : SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN KERETA API Pada peringkat awal, penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat melalui denai dan lorong jalan kaki. Mereka menggunakan gajah atau kereta lembu untuk mengangkut padi, sayur-sayuran, rotan, damar dan buah-buahan. Hasil-hasil bumi ini dibawa ke pekan untuk diniagakan. Penduduk ketika itu juga banyak bergantung kepada sungai dan laut. Rakit dan perahu digunakan untuk mengangkut penumpang atau barangan di sungai. Perahu juga digunakan untuk menangkap ikan. Jong digunakan di pinggir laut. Penggunaan jong meluaskan kawasan perniagaan. Perdagangan dijalan menggunakan sistem barter. Pedagang negara kita menjual timah, rempah, kayu cendana, bunga cengkih, damar dan rotan. Pedagang asing yang datang seperti dari negara China menjual sutera, teh dan barang tembikar. 1

Upload: nadziela-yusof

Post on 25-Oct-2015

4.514 views

Category:

Documents


39 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Nama : Nurrul Nadziela Bt Mohd Yusof No K/P : Tingkatan : 2 LG1 (Bitara)Alamat :

Hobi : Cita – Cita : Nama Ayah : Mohd Yusof B DollahPekerjaan : Nama Ibu : Nik Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik IsmailPekerjaan : Cogan Kata : Tarikh : 20 Oktober 2013

Tandatangan Guru :

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN KERETA API

Pada peringkat awal, penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat melalui denai dan lorong jalan kaki. Mereka menggunakan gajah atau kereta lembu untuk mengangkut padi, sayur-sayuran, rotan, damar dan buah-buahan. Hasil-hasil bumi ini dibawa ke pekan untuk diniagakan.

Penduduk ketika itu juga banyak bergantung kepada sungai dan laut. Rakit dan perahu digunakan untuk mengangkut penumpang atau barangan di sungai. Perahu juga digunakan untuk menangkap ikan. Jong digunakan di pinggir laut. Penggunaan jong meluaskan kawasan perniagaan. Perdagangan dijalan menggunakan sistem barter. Pedagang negara kita menjual timah, rempah, kayu cendana, bunga cengkih, damar dan rotan. Pedagang asing yang datang seperti dari negara China menjual sutera, teh dan barang tembikar.

1

Page 2: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

2

Page 3: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

SEJARAH AWAL KERETA API  

     Landasan kereta api lokomotif yang pertama dibina oleh Richard Trevithick . Dilancarkan pada tahun 1804 di Penydarran ironworks di Wales. Landasan keretapi Pejabat pos bergerak yang pertama dibina di Grand Junction Railway di England . Direka khas untuk mengambil muatan sahaja..Landasan keretapi bawah tanah yang pertama dibina di London merupakan landasan yang terpanjang di dunia.Keretapi ini akan melalui sebanyak 400 terowong.

Kereta Api Pejabat Pos Bergerak

     Seterusnya keretapi jenis aerotrain telah diperkenalkan . Merupakan jenis keretapi yang moden.Keretapi jenis ini lebih murah dan senang dibuat dan bunyi enjin yang rendah berbanding kereta api sebelumnya.Pada 22 November 1830, pengangkutan jenis kontena yang pertama dibuat di England. Merupakan hasil kerjasama di antara Syarikat Liverpool dengan Manchester Railway Company. Gambarajah di bawah ini menunjukkan pengangkutan kontena pada tahun1800. Cornishman Richard Trevithick telah melancarkan lokomotif ini pada tahun 1804. Kereta api ini merupakan enjin wap yang pertama bergerak di atas landasan Wiliam Hedley’s ‘Puffing Billy’ telah digunakan untuk pekerjaan di satu kawasan yang bernama Wylam Colliery, di England pada tahun 1813.

     Lokomotif wap pertama di Jerman dipanggil sebagai Der Adler ( The Eagle ) . Keretapi ini mula beroperasi pada tahun 1835. Keretapi yang paling terkenal ialah The Rocket. Telah dibina oleh George Stepheson dan anaknya Robert pada tahun 1829.Lokomotif ini menang dalam pertandingan kerana lokomotifnya telah mencapai kelajuan 47 Km sejam antara Liverpool dengan Manchester. Beliau cuba membina kereta api yang terbaik tetapi tidak berjaya. Keretapi yang beliau cipta masih lagi disimpan di Muzium Sains di London.Paling menarik adalah persaingan di antara lokomotif wap dengan gerabak yang ditarik oleh kuda di atas landasan . Ini telah menarik perhatian masyarakat Amerika pada tahun 1830an. Tetapi ada sumber-sumber yang menyatakan Syarikat Baltimore dan Ohio Railroad telah mula mencipta keretapi sebelum keretapi yang ditarik kuda.

Kereta Api sedang bergerak di atas landasan dengan bantuan kuda. 

Seorang di atas sebagai pemerhati..Proses meletakkan kontena.

SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU

     Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke- 19. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka.

3

Page 4: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Tokoh yang bertanggungjawab ke atas pembinaan jalan keretapi yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang kedua. Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .Di Selangor, Frank Swenttenham membina sebuah landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham(Kuala Klang) dan Seremban ke Port Dickson.

Stesen keretapi yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892.Landasan keretapi juga dibina bagi membolehkan kawasan-kawasan baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi seperti pelombongan dan penanaman getah.Sebelum 1908, landasan kerea api dari Seremban ke Port Dickson dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan negeri-negeri Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut. Pembinaan jalan keretapi antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan Persekutuan pada tahun 1896.

Menjelang 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap dibina di Tanah Melayu. Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem perkhidmatan kereta api.Tambak Johor dibina pada tahun 1923 merentasi selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu dengan Singapura.

Stesen kereta api Tapah Road di Perak pada tahun 1893.

Di Sarawak , landasan keretapi dibina dari Kuching ke Batu 10 . Manakala di Sabah, dari Weston ke Jesselton. Landasan ini dibina untuk membolehkan kawasan-kawasan baharu di sepanjang landasan keretapi itu dibuka untuk pertanian. .Pembinaan landasan keretapi di negara kita hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi sahaja.. Di kawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan laut.

Perkembangan perhubungan landasan keretapi membawa kepada pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.

LATAR BELAKANG JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH

Latar Belakang

Sejarah penubuhan perkhidmatan keretapi di Negeri Sabah bermula sejak zaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) lagi.Perkhidmatan keretapi telah dicadangkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan BNBCC ketikaitu, iaitu William Clarke Cowie.

Hasilnya pada tahun 1896, pembinaan landasan keretapi dari Beaufort ke Weston bermula yang diketuai oleh Arthur J. West, seorang Jurutera Awam Inggeris. Selain menghubungkan bahagian timur dan barat di sebelah Utara Borneo, permbinaannya adalah bagi membantu membangunkan industri getah dan tembakau yang ditanam di daerah pendalaman seperti Melalap, Tenomdan Beaufort. Perkhidmatan keretapi yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman ini ke pelabuhan di Kota Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.

4

Page 5: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

JKNS (North Borneo Railway pada waktu itu) ditubuhkan dengan rasminya pada 01 Ogos 1914 melalui Chapter 116 of The Ordinance of North Borneo. Pada masa kini, JKNS diketuai oleh Pengurus Besar dan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Pentadbiran, Akaun, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Lalu lintas dan Stor. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian dari Gred 41 – 48. Sehingga tahun 2012, JKNS mempunyai 427 kakitangan.

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN KERETA API SEMASA PENTADBIRAN

BRITISH

Bagi mengeksploit kekayaan ekonomi, British turut memodenkan sistem pengangkutan. Perkhidmatan kereta api telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19.

5

Page 6: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Fasa Pertama(1885 – 1896)

Landasan kereta api dibina untuk memenuhi keperluan perlombongan bijih timah. Beberapa landasan kereta api yang pendek dibina bangi menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan untuk memudahkan bijih timah dieksport.

Landasan kereta api telah dibina dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang), Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Seremban ke Port Dickson serta Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan).

Fasa Kedua(1897 - 1909)

6

Page 7: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Landasan kereta api dibina bagi menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.

Landasan kereta api telah dibina untuk memenuhi keperluan ekonomi yang bertambah kerana perusahaan bijih timah dan getah berkembang dengan pesat. Perkhidmatan kereta api juga diadakan untuk memudahkan pentadbiran British.

Fasa Ketiga(1910 - 1931)

7

Page 8: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluas pengaruhnya ke Negeri-Ngeri Melayu Tidak Bersekutu. Landasan kereta api telah dibina bagi menghubungkan seluruh Tanah Melayu. Hanya Terengganu tidak mempunyai landasan kereta api.

Selain memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British, perkhidmatan kereta api juga telah menjadi pengangkutan awam bagi penduduk di Tanah Melayu.

Di Sabah, pembinaan landasan kereta api bermula dari Bukau ke Beaufort pada tahun 1896, dan kemudian ke Weston. Selepas tahun 1900, landasan kereta api dibina dari Beaufort ke Jesselton (kini Kota Kinabalu). Sebuah cawangan dibina dari Beaufort ke Tenom.

8

Page 9: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Perkhidmatan kereta api penting untuk mengangkut getah, kayu balak dan hasil-hasil pertanian dari kawasan pedalaman ke pelabuhan. Landasan kereta api Sabah merupakan sistem pengangkutan utama antara pantai barat dengan kawasan pedalamannya sehingga Perang Dunia Kedua.

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN KERETA API SELEPAS MERDEKA

KERETAPI TANAH MELAYU

Perkembangan rel di Malaysia

Berikut adalah senarai pembangunan dan kerja penaiktarafan perkhidmatan rel

yang lalu, sedang dijalankan dan masih dalam perancangan di Malaysia.

Perkembangan lalu

Pemuliharaan landasan 327 km (Meter Gauge) dari Paloh ke Singapura dan

dari Slim River ke Laluan Utama Seremban (1988-1994)- AS$ 70 juta

Penyediaan landasan berkembar di laluan Rawang-Seremban (1990- 1994)-

AS$ 62 juta

Penyediaan landasan berkembar di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan

Klang (termasuk spur line ke Subang Jaya dan Sentul) di Malaysia (1991-

1994)- AS$ 66 juta

Perluasan terowong kereta api dekat Seremban (1994-1995)- AS$ 4 juta

9

Page 10: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Landasan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pulau

Indah (1997-1999)-AS$ 4 juta

Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan

bawah tanah di bahagian Rawang-Kajang (1991-1994)- AS$ 6 juta

Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan

bawah tanah di bahagian Kajang-Seremban (1991-1994)- AS$ 16 juta

Pembinaan culvert gerabak keretapi dan box pushing di bahagian Nilai-

Seremban (1994- 1995)-AS$ 4 juta

Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Johor rail link di Malaysia (1999-

2002)- US$ 121 juta

Pembinaan trek di stesen Kuala Lumpur Sentral (1999-2001)-RM 14.3 juta

Perkembangan semasa/masa hadapan

Projek pengelektrikan dan penyediaan landasan berkembar sepanjang laluan

Rawang-Ipoh 179km, akan memastikan KTMB dapat memandu keretapi

pada kelajuan maksimum 160 km/j. KTMB berancang untuk menyediakan

perkhidmatan antarabandar cepat, antara Ipoh dan KL Sentral untuk 16

perkhidmatan sehari dan seterusnya 32 perkhidmatan sehari. Projek ini,

yang pernah dibelenggui masalah dan penundaan, dijangka siap menjelang

awal 2008 dan bakal memotong tempoh perjalanan antara KL dan Ipoh ke

2.5 jam.

Kerajaan telah meluluskan secara prinsip rancangan KTMB untuk

melaksanakan projek landasan berkembar dari Taiping ke Padang

Rengas, Perak.

Penaiktarafan Stesen Pulau Sebang/Tampin (2006) dan Ipoh

Pembinaan stesen keretapi JB Sentral yang dihubungkan dengan Kompleks

Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah projek Gerbang Selatan

Bersepadu yang dijangka siap padaSeptember 2006.

Adalah diharapkan agar pembinaan JB Sentral akan membolehkan KTMB untuk

menawarkan servis Komuter yang kerap pada laluan Kulai-Senai-Kempas Baru-

JB-Singapura. Peruntukan ini dijangka akan menjadi menarik di kalangan

penumpang Singapura yang menaiki pesawat penerbangan Air

Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kargo dan juga warga Johor

yang bekerja di Singapura. Laluan Kulai/Senai ke JB memerlukan landasan

berkembar untuk membolehkan perkhidmatan Komuter ditawarkan.

10

Page 11: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Stesen Kempas Baru akan dijadikan pertukaran antara laluan Kulai-Senai-

Plentong-Pasir Gudang dan laluan Kulai-Senai-Johor Bahru-Singapura.

Terminal transit rel juga dirancang oleh Lapangan Terbang Senai dari 2007-

2010. Ini akan menghubungkan Senai ke bangunan CIQ baru. (Projek ini

belum diluluskan.)

Senai akan menjadi hab logistik, kargo dan penumpang dengan pelengkapan

perkhidmatan rel di antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Pasir

Gudang oleh KTM iaitu hubungan udara, laut dan rel.

Cadangan membuka semula landasan kereta api dari Pulau Sebang -

Bandaraya Melaka dan Mentakab - Kuantan menerusi Rancangan Malaysia

ke 10.

11

Page 12: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH

Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara menjalankan satu program

pemulihan rangkaian serta menambah baik perkhidmatan pada tahun 1949 serta

pada tahun 1960. Namun demikian, pada tahun 1963 laluan cabang ke Weston

telah ditutup, begitu juga dengan laluan ke Melalap pada tahun 1970. Kos

operasi di laluan yang jarang digunakan serta pembinaan jalan raya baharu

menjadikan situasi bertambah parah. Pada tahun 1974 laluan utama juga

dipotong dari Kota Kinabalu ke Tanjung Aru.

Laluan kereta api telah ditutup pada tahun 2007 bagi kerja-kerja

penyelenggaraan serta baik pulih. Keseluruhan laluan Tg Aru-Tenom dibuka

semula pada 21 Februari 2011 dan perjalanan bakal mengambil masa selama 2

jam 15 minit pada kelajuan purata 80 km/j berbanding 50 km/j sebelum ini.

Perkhidmatan kereta api kali ini menggunakan lokomotif baharu yang lebih

berkuasa keluaran China Railway Co. bagi menggantikan lokomotif lama Hitachi.

Terdapat 14 stesen kesemuanya antara Sembulan ke Tenom: Sekretariat-

Tg Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar-Kimanis-Bongawan-Membakut-Beaufort-

Saliwangan Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom.

ASPEK PENTADBIRAN

Rangkaian kereta api ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kereta Api

Negeri Sabah (JKNS), sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah.

Kerja baik pulih landasan dilakukan dengan kerjasama Keretapi Tanah

Melayu, syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan

rangkaian kereta api di Semenanjung Malaysia. Sungguhpun demikian, JKNS

beroperasi dan ditadbirkan sebagai sebuah badan yang berasingan daripada

KTM, serta menggunakan peralatan pengendalian yang berbeza.

SENARAI PENGARAH JABATAN KERETA API NEGERI SABAH

12

Page 13: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Tahun Nama Pengarah Jabatan

1896 – 1945 tiada rekod ditemui

1945 – 1950 En. Lougi

1950 – 1957 En. Harry Jetford

1957 – 1963 En. A.F. Lucorotti

1963 – 1978 Datuk Wong Len Hin

1978 – 1988 En. Daniel Wong Thien Sung

1989 – 1994 Datuk Mohd. Tahir Jaafar

1994 – 1997 Datuk Hj. H.A. Majin

1998 Ir. Datuk Cosmas Abah (6 bulan)

1998 - 2006 Ir. Benny Wang

2006 - 2008 Ir. James Wong, P. Eng.

2008 - 2010 En. Mohd. Arshad Hj. Abd. Razak

2010 - sekarang

Tuan Hj. Mohd Zain bin Hj. Mohd Said

PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PERKHIDMATAN KERETA API YANG

ADA PADA HARI INI

13

Page 14: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Sejajar dengan pembangunan negara dan permintaan pengguna, perkhidmatan kereta api juga ditingkapkan. Jalan kereta api yang sedia ada dinaikkan taraf dan perkhidmatannya. Landasan lama dibaik pulih. Landasan berkembar juga dibina di Lembah Klang dan dipanjangkan dari Rawang ke Ipoh. Koc-koc lama digantikan dengan koc-koc baru yang berhawa dingin. Lokomotif lama digantikan dengan yang baru dan moden misalnya dari enjin wap kepada enjin diesel dan menggunakan elektrik.

Kereta api digunakan sebagai jalan alternatif kepada jalan raya atau lebuh raya. Terdapat dua jenis perkhidmatan kereta api iaitu kereta api penumpang dan kereta api barang. Contoh perkhidmatan kereta api penumpang iaitu Senandung Malam, Ekspres Timuran dan Ekspres Wau. Kereta api mampu mengangkut penumpang dan barangan dalam jumlah yang banyak dan kos lebih murah. Dalam tahun 2000, jumlah berat barangan yang diangkut oleh kereta api di negara Malaysia ialah 5.5 juta tan.

14

Page 15: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

Di Bandaraya Kuala Lumpur, sistem pengangkutan kereta api dipermoden dengan pembinaan landasan berkembar dan perkhidmagan rel bersepadu. Contohnya komuter, Translit Aliran Ringan (LRT), monorel dan Ekspres Rail Link (ERL).

Komuter menghubungkan Rawang dengan Seremban dan Sentul dengan Pelabuhan Klang melalui Kuala Lumpur. Pengangkutan ini menyediakan pengangkutan setiap lima belas minit.

Sistem LRT pula terdiri daripada STAR-LRT dan PUTRA-LRT. STAR-LRT mempunyai laluan sepanjang 27 kilometer dan menghubungkan antara Sentul Timur dengan Ampang dan Sri Petaling. Star-LRT mempunyai 13 buah stesen.

15

Page 16: Folio Perkembangan Sistem Perkhidmatan Kereta Api di Negara Kita

PUTRA-LRT pula mempunyai laluan sepanjang 29 kilometer dan menghubungkan bahagian timur dan barat pinggir bandar raya iaitu dari Terminal Putra sehingga ke Kelana Jaya. Terdapat juga perkhidmatan bas pengantara bagi stesen-stesen LRT tertentu.

Sistem monorel pula menghubungkan Titiwangsa dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Perkhidmatan ERL menghubungkan Stesen Sentral Kuala Lumpur dengan KLIA.

Sistem pengangkutn rel yang moden dan berhawa dingin memberi perkhidmatan yang cekap, selesa, selamat dan cepat. Perkhidmatan ini mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Masa perjalanan juga dapat dipendekkan. Penggunaan rel elektrik boleh mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi.

ERL memberi perkhidmatan kepada para penumpang dari bandar raya ke KLIA atau kembali ke bandar dengan lebih cepat. Sistem monorel pula digunakan pula digunakan sebagai sokongan dan digabungkan sebagai sokongan dan digabungkan dengan sistem kereta api lain.

Perkhidmatan rel di luar bandar mampu meningkatkan tahap ketersampaian kawasan itu. Koc-kow berhawa dingin memberi perjalanan yang

selesa kepada penumpang atau pelancong. Terdapat juga perkhidmatan rel antarabangsa contohnya, Kereta Api Trans Asean. Perkhidmatan ini bermula dari Singapura, kemudian ke Malaysia, Thailang, Cambodia, Vietnam dan seterusnya ke Kunming di China.

16