folio novel ting.4

38
FOLIO NOVEL TINGKATAN 4 NAMA : NO.KAD PENGENALAN : KELAS :

Upload: poppin-dragon

Post on 21-Jul-2015

111 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio novel ting.4

FOLIO NOVEL

TINGKATAN 4

NAMA :

NO.KAD PENGENALAN :

KELAS :

Page 2: Folio novel ting.4

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/S

PENGHARGAAN

BIODATA DIRI

BIODATA PENULIS NOVEL

SINOPSIS NOVEL

TEMA DAN PERSOALAN

PLOT DAN TEKNIK-TEKNIK PLOT

WATAK DAN PERWATAKAN

LATAR TEMPAT,MASA &

MASYARAKAT

GAYA BAHASA

NILAI-NILAI MURNI

NILAI PENGAJARAN

BIBLIOGRAFI/SUMBER RUJUKAN

Page 3: Folio novel ting.4

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat - Illahi dengan limpah kurnia-Nya akhirnya

saya dapat juga menyiapkan folio Bahasa Melayu ini dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada …………………

selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu ketika saya berada di tingkatan …………

yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan untuk

menyiapkan folio novel ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya

ucapkan kepada ayah saya, ……………… , ibu saya………………. ,serta ahli keluarga

lain yang telah banyak membantu saya dari segi kewangan mahupun

pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan

seperjuangan yang lain iaitu ………………………………………………. Dan………………………

kerana banyak memberi kerjasama dengan berkongsi pengetahuan mengenai

folio ini melalui tunjuk ajar yang diberikan.

Page 4: Folio novel ting.4

BIODATA DIRI

NAMA :

NO.I/C :

NO.SURAT BERANAK:

TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

CITA-CITA :

TEMPAT TINGGAL :

NAMA SEKOLAH :

Page 5: Folio novel ting.4

BIODATA PENULIS

NAMA : HARTINI BINTI HAMZAH

TARIKH LAHIR : 3 SEPTEMBER 1970

TEMPAT LAHIR : SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN

PENDIDIKAN :

1) SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PURUN, TRIANG, PAHANG

2) MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG PENGAJIAN

PERNIAGAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

3) MEMPEROLEH SIJIL PERGURUAN PADA 1966 DAN KINI BERKHIDMAT

SEBAGAI PENDIDIK

PENCAPAIAN :

1) HADIAH SAGU HATI KATEGORI NOVEL REMAJA PADA SAYEMBARA

HADIAH SASTERA UTUSAN-PUBLIC BANK 1991- FATIN NABILA

2) TEMPAT PERTAMA KATEGORI NOVEL REMAJA PADA SAYEMBARA

HADIAH SASTERA UTUSAN-PUBLIC BANK 1997- PIA

3) HADIAH UTAMA KATEGORI CERPEN REMAJA PADA SAYEMBARA

HADIAH SASTERA UTUSAN-PUBLIC BANK 1991- SESUDAH MENDUNG

BERLALU

HASIL KARYA :

1) FATIN NABILA (1991)

2) SESUDAH MENDUNG BERLALU (1992)

3) PIA (1998)

4) MERENTAS KABUS (2002)

Page 6: Folio novel ting.4
Page 7: Folio novel ting.4

Sinopsis - Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan

sesebuah karya.

BAB 1

Fuad pulang agak lewat dari hutan dengan membawa kayu api. Selepas sembahyang isyak

di surau, dia dapati Borhan tiada. Dia pergi ke rumah Borhan. Dia mendapati anak Burhan demam. Dia mendapatkan kereta dan menghantar Borhan dan isteri ke klinik. Dia

meninggalkan Borhan di klinik dan memeriksa baki akaun di mesin ATM. Dia yakin ayahnya memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya. Dia hairan kenapa baru sekarang ayahnya mengingantinya. BAB 2

Sudah setahun Fuad berada di rumah Mak Salmah dan Pak Mail di Danau Seberang untuk memulihkan keadaan setelah ketiadaan Sofia. Selama itu dia telah dicemuh oleh orang-orang kampung dan juga Mak Salmah atas kehilangan dan kematian Sofia. Namun Pak

Mail yang mempertahankannya dan tekun mengajar dan membawanya ke surau untuk lebih mendekati Islam. Fuad dapat mencari dirnya sedikit demi sedikit. Mah Salmah

semakin menerima Fuad. Fuad memberitahu hajatnya untuk membeli tanah kepada Pak Mail. BAB 3

Fuad, Pak Mail dan Mak Salmah mengerjakan tanah yang dibeli oleh Fuad dengan harga

sepuluh ribu ringgit. Fuad meletakkan Pak Mail sebagai penama tanah pemilik tanah tersebut. Mak Salmah sedar Fuad cuba menebus kesalahannya. Jauh di hati Mak Salmah telah memaafkan Fuad. Cuma kenangan terhadap Sofia yang telah dirampas daripadanya

dan telah meninggal dunia masih lagi menebal. Cikgu Abas datang dan meminta Fuad

menjadi guru di sekolah Sofia dahulu. BAB 4

Fuad datang melapor diri di sekolah. Hari pertama di sekolah itu membuatkan dia rasa gugup. Cikgu Abas memaklumkan Fuad mengajar tingakatan tiga dan lima. Cikgu Abas

memperkenalkan Fuad kepada guru lain dan Farhana selaku ketua panitia Bahasa Inggeris. Farhana kemudiannya menerangkan serba sedikit tentang kaedah pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris serta buku-buku untuk membantu Fuad.

BAB 5

Farhana memikirkan program panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat hari itu. Fuad datang untuk memulangkan buku yang dipinjam. Farhana meminta idea Fuad untuk program tersebut. Fuad mencadangkan supaya diadakan bimbingan peribadi. Fuad

menekankan tentang pelaksanaan program dan bukannya hanya cantik di atas kertas.

Farhana rasa malu. Semasa pulang Fuad sedang membahagikan jagung yang dibawa kepada rakan-rakan. Farhana datang ke kereta Fuad untuk mendapat jagung yang dijanjikan oleh Fuad.

BAB 6

Page 8: Folio novel ting.4

Chin datang menemui Fuad di sekolah. Dia menasihati agar Fuad melawat apaknya di Kuala Lumpur. Apaknya ingin sangat bertemu dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan

untuk pergi berjumpa dengan apak di Kuala Lumpur walaupun apaknya merupakan bapa kandungnya. Chin juga menasihati Fuad agar melawat apak di Sungai Ruan yang

merupakan bapa saudara yang telah membesarkannya sejak kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini fikirannya telah dipengaruhi oleh apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan keluarga ibunya. Pulang dari sekolah, Fuad menjelaskan

segalanya kepada Pak Mail. Fuad ingin menziarahi apaknya di Sungai Ruan pada masa cuti sekolah akan datang. BAB 7

Fuad singgah Kuala Terengganu dalam perjalanan ke Sungai Ruan. Dia menemui Farhana

dan menumpangkannya ke Kuantan. Dalam perjalanan Fuad menjelaskan kepada Farhana bahawa dia memang dilahirkan dalam syariat Islam. Dia Cuma kesal dengan sikap bapa

kandungnya yang memeluk Islam hanya untuk mencapai keinginannya. Fuad singgah di rumah Farhana. Dia bertolak ke Sungai Ruan setelah solat Asar. Fuad memberikan nombor telefonnya kepada Farhana. BAB 8

Kedatangan Fuad mengejutkan keluarga apaknya Peter Lim. Peter Lim semakin uzur dan tidak ada selera makan. Keadaan Peter Lim yang sakit menyebabkan kehidupan keluarga itu semakin perit. Fuad menyuapkan bubur nasi. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah

Soh dan berjanji akan menanggung segala perbelanjaan pelajaran adik-adik sepupunya. Ketika Farhana menelefon Fuad, Fuad menamatkan perbualan tergesa-gesa kerana

keadaan Peter Lim mencemaskan. Fuad menjelaskan kepada Peter Lim bahawa dia ingin mencari ibunya. Fuad berkenalan dengan Pak Said yang ingin menolongnya mencari

ibunya di Lembah Klau.

BAB 9

Perasaan Farhana terganggu memikirkan Fuad yang tergesa-gesa memutuskan perbualan

mereka melalui telefon. Memikirkan soal memasak, Farhana mengingati keperitan hidupnya semasa belajar di London. Dia terpaksa memaksak sendiri demi berjimat. Dia

pulang dengan harapan yang tinggi untuk mendidik anak-anak muridnya. Namun semangatnya semakin luntur apabila mendapati anak-anak petani dan nelayan tidak berminat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Dia kagum dengan semangat Fuad mendidik

anak-anal murid. Dia mendapat semangat untuk berganding dengan Fuad untuk memajukan mata pelajaran Bahasa Inggeris. BAB 10

Fuad dan Pak Said bertolak ke Lembah Klau pada pukul Sembilan pagi. Mereka menemui

Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias,

ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawa oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak

Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak

Page 9: Folio novel ting.4

Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi. Kembali ke rumahnya di Sungai Ruan,

Fuad memberitahu bahawa ibunya masih hidup. Peter Lim menjelaskan bahawa Robert Lim ada menyimpan gambar lama ibunya. Fuad mendail nombor apaknya di Kuala Lumpur

dan menyerahkan telefon kepada Peter Lim untuk berbincang. Robert Lim meminta Fuad ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar dan sebentuk cincin yang dapat dijadikan petunjuk untuk mencari ibunya. Namun, Fuad enggan. BAB 11

Cikgu Abas marah apabila mendapati satu kelas bising semasa kelas lanjutan pada pukul 1.30. Dia mendapati guru yang bertanggungjawab pada masa itu ialah Cikgu Zamani. Dia mendapati Cikgu Zamani sedang berbual di bilik guru perempuan. Cikgu Abas bertambah

marah. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikg Abas dengan tegas dan marah telah membangkitkan soal ponteng kelas. Dia menegaskan tentang tanggungjawab guru

dan amahan yang dipikul. Dia juga mengungkit tentang rezeki yang tidak halal dengan gaji yang diterima sekiranya guru ponteng kelas. Selepas mesyuarat sehingga pulang ke rumah, Fuad menilai dirinya dalam menjalankan tugas.

BAB 12

Farhana menerima sekeping kad hari jadi daripada Fuad. Fuad mengajak Farhana keluar makan pada petang itu. Farhana bersetuju. Mereka keluar bersiar-siar dan makan pada

petang itu. Fuad memberitahu Farhana bahawa Cikgu Zamani mengajaknya ke rumah malam itu. Lewat petang Fuad membawa Farhana pulang ke rumah. Dia memperkenalkan

Farhana kepada Mak Salmah dan Pak Mail. Mak Salmah kelihatan gembira dan ceria bersama Farhana. Selepas solat Isyak, Fuad menghantar Farhana sebelum pergi ke

rumah Cikgu Zamani.

BAB 13

Fuad mendengar bunyi hingar di rumah Cikgu Zamani semasa dia sampai. Hanya terdapat

Cikgu Armin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli di rumah itu. Isteri Cikgu Zamani, Cikgu Sakinah menjemput mereka makan. Dia melayan anak-anak di ruang tamu. Fuad memberitahu bahawa dia membawa Farhana berjumpa dengan ibunya. Cikgu Zamani menasihati Fuad

agar mencari pasangan hidup yang baik. Fuad terkilan dengan sikap Cikgu Zamani. Selepas makan mereka duduk di ruang tamu. Fuad melihat buku-buku agama dan akhbar

pembangkang di atas meja. Cikgu Zamani mengajak Fuad untuk menyertai jemaahnya. Fuad melihat dasar yang kuat pada diri Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah. Fuad memberi berbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan ajakan Cikgu Zamani.

BAB 14

Robert Lim pulang ke rumah. Dia seorang diri. Dia teringatkan Mariana. Dia melihat cincin perkahwinannya dengan Mariana. Dia menyesali kesilapannya yang lalu. Chin

mengajaknya keluar makan. Robert Lim meminta bantuan Chin untuk pergi berjumpa dengan Fuad. Pada hari yang lain mereka bertolak ke Terengganu. Mereka sampai ke

rumah Pak Mail pada pukul 9.20 malam. Robert Lim memberitahu Pak Mail dan Mak Salmah bahawa kedatangannya berniat baik. Dia juga meminta maaf daripada Pak Mail dan Mak Salmah atas kesalahannya atas kehilangan Sofia. Dia memberitahu tentang cincin

ibu Fuad yang dibawanya. Pak Mail memberitahu Robert Lim bahawa Fuad ke Kuantan pada pukul empat petang tadi untuk menemui Farhana dan melawat ibu Farhana yang

dimasukkan ke hospital Kuantan. Robert Lim ingin segera ke Kuantan. Pak Mail ikut bersama.

Page 10: Folio novel ting.4

BAB 15

Peristiwa imbas kembali sebelum peristiwa yang berlaku pada bab 14. Perasaan Fuad terganggu dengan pertengkaran yang berlaku antara Farhana dengan Cikgu Zamani.

Farhana meluahkan perasaan kepada Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas dan ponteng kegiatan kokurikulum. Cikgu Zamani tidak bertanggungjawab. Dia makan di rumah untuk menjaga hati Mak Salmah. Petang itu dia ke rumah Borhan dengan perasaan gelisah. Dia

meninggalkan rumah Borhan dengan tergesa-gesa. Fuad menelefon Farhana. Panggilannya disambut oleh kawan Farhana yang memberitahu bahawa Farhana pulangke

Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Fuad bertolak ke Kuantan pada pukul empat petang itu juga.

BAB 16

Fuad tiba di hospital pada pukul enam petang. Dia menemui Farhana dan memaklumkan

ibunya semakin pulih. Farhana terharu dengan keprihatinan Fuad terhadapnya. Selepas solat Maghrib Fuad pergi ke rumah Farhana untuk melihat adik-adik Farhana. Dia kembali ke hospital menjelang pukul sebelas malam. Dia mendapati Farhana sedang tidur. Dia

berjanji pada diri bahawa dia akan meluahkan perasaan apabila pulang dari hospital nanti. Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama

ibunya Mariana binti Osman. Fuad mengajak Farhana turun ke bawah setelah Farhana

terjaga dari tidur. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana.

Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Fuad menenangkan keadaan

dan mencadangkan agar mereka menyiasat perkara itu. Chin, Robert Lim dan Pak Mail

sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Dia mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia dapat

buat pengecaman. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Farhana terus menangis.

Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad

menangis. Doanya selama ini termakbul. Dia menemui ibu dan seorang adik yang dapat menggantikan Sofia.

BAB 17

Fuad dan Farhana berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu mereka untuk sementara. Fuad menguruskan semuanya membuatkan Mariana berharap

Fuad akan menjadi menantunya. Fuad dan Farhana pulang ke Kuala Terengganu. Mereka terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan sebenar. Cikgu Abas terkejut. Mereka mahu Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru agar tidak

Page 11: Folio novel ting.4

mendatangkan fitnah. Fuad menerima kiriman berupa sampul besar daripada Bahagian Pendidikan Guru. Fuad gembira tetapi merahsiakannya daripada Farhana. Mereka juga

mengetahui bahawa Cingu Zamani akan bertukar pada tahun hadapan. Fuad cuba menggembirakan Farhana dan belajar menerima hakikat bahawa mereka bersaudara.

Fuad memberitahu bahawa dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK sebulan lagi. BAB 18

Peristiwa imbas kembali. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana

yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayahnya. Dia hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayahnya

meniggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang anak. Mariana percaya Abd.

Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim. BAB 19

Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail mengerjakan umrah. Ketika di KLIA,

Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adik dengan baik. Robert Lim datang. Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa dialah yang memberitahu apaknya

tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah. Robert Lim berpesan supaya menjaga ibunya dengan baik. Dia akan menyusul kemudian. Robert Lim menarik Fuad ke dalam pelukan.

Page 12: Folio novel ting.4
Page 13: Folio novel ting.4

Tema -Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari

sesebuah cerita.

Contoh:

Tema novel ini ialah kehidupan seorang mualaf yang menjadi mangsa keadaan dan

masih mencari penghidupan baharu serta mencari asal usul dirinya. Hal ini terbukti apabila

Fuad lebih rela tinggal bersama ibu bapa angkatnya demi menebus segala penderitaan

yang dialami oleh mereka akibat kehilangan Sofia. Fuad menjadi mangsa keadaan apabila

lahir dalam Islam hasil daripada perkahwinan campur namun dibesarkan tanpa Islam

kerana dilarikan oleh bapa saudaranya yang berbangsa Cina. Fuad juga tidak sanggup

untuk berhadapan dengan bapa dan bapa saudaranya lagi kerana ingin mencari sesuatu

yang beliau rasa belum diperolehinya. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk mencari

pusara ibunya yang disangka telah meninggal dunia. Pada masa yang sama, Fuad mula

menyenangi Farhana tanpa mengetahui Farhana ialah adiknya sendiri. Rupanya ibu

Farhana ialah ibu yang dirinduinya selama ini dan seterusnya terpaksa melupakan hasrat

untuk mengahwini Farhana apabila yang ingin dikahwini itu ialah adiknya sendiri yang

berlainan bapa. Sejarah pahit hidupnya berulang buat kali kedua apabila beliau jatuh cinta

pada adik sendiri. Rupanya perjalanan hidupnya yang agak perit adalah untuk melunasi

rindu yang dicari selama ini.

Contoh:

Akhlak dan pegangan agama dalam masyarakat hari ini.

Persoalan –Perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungan-

nya dengan tema sesuatu karya.

Page 14: Folio novel ting.4

Fuad yang merupakan seorang mualaf mempunyai pegangan agama

Islam yang kuat selain Pak Mail. Fuad suka sembahyang berjemaah di

surau. Kalau tidak dia akan berjemaah di rumah. Dia lebih memahami

tentang agama Islam berbanding dengan Farhana dan Cikgu Zamani.

Semasa di rumah Cikgu Zamani, dia melihat Cikgu Zamani lebih

cenderung kepada pembangkang. Namun dia melihat dasar yang kuat

pada diri Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah. Cikgu Zamani

hanya tahu mencari kesilapan orang lain tanpa ada usaha untuk

membetulkan-nya. Penilaian itu menyebabkan Fuad memberi berbagai

alasan untuk tidak bersetuju dengan ajakan Cikgu Zamani supaya Fuad

menyertai jemaah mereka.

Fuad berani menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana

adalah mahramnya iaitu adiknya ketika berada di hospital.

Tanggungjawab seorang guru terhadap tugas dan pelajar.

Cikgu Zamani sering tidak masuk ke kelas sehingga mengganggu

proses pembelajaran. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada

waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Sikap itu telah ada

dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu.

Namun, kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas Cikgu

Zamani semasa kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising.

Cikgu Zamani tidak ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada

keesokan harinya Cikgu Abas dengan marah memberi amaran bahawa

tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak

halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.

Fuad dan Farhana sentiasa berusaha memastikan anak murid mereka

Berjaya. Fuad mengadakan kelas Bahasa Inggeris sehingga lewat

petang pada setiap hari. Manakala Farhana pula sebagai Ketua Panitia

sentiasa membantu Fuad mengenai teknik pengajaran kerana Fuad

bukanlah seorang guru terlatih.

Kasih sayang antara ahli keluarga.

Mak Salmah begitu sayangkan Sofia walaupun Sofia hanya merupakan

anak angkatnya sehingga terlantar di hospital apabila Sofia dilarikan oleh

Fuad.Walaupun Fuad sebagai abangnya cuba untuk menebus

kesalahan, namun Mak Salmah tidak mudah untuk memaafkan Fuad

yang bertanggungjawab melarikan Sofia.

Setelah menyedari kesilapannya, Robert Lim amat mengharapkan agar

Fuad dapat menerimanya. Dia dapat menerima Fuad sebagai seorang

Islam. Dia telah menari Fuad setelah Fuad tidak dapat memenuinya. Dia

membawa cincin perkahwinan dengan ibu Fuad supaya Fuad

mempunyai petunjuk untuk mencari ibunya.

Page 15: Folio novel ting.4

TEKNIK PLOT

1)Imbas muka = Peristiwa yang diramalkan,dibayangkan atau dijangka akan berlaku.

Contoh :

Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk

meneruskan pengajian. Dia juga membayangkan bahawa dialah orang yang paling

sibuk menguruskan pendaftaran adiknya itu sambil diperhatikan dengan bangga

oleh Pak Ismail dan Mak Salmah.

2) Imbasan kembali = Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan

memalui penceritaan semula.

Contoh :

Peristiwa imbas kembali yang telah berlaku pada tahun 1960-an yang menjadi

punca kepada perpisahan antara Abd. Halim dengan ibu kandungnya Mariana

diceritakan dalam bab 18. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di

Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk

menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan

menyesal kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia

kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dia

Page 16: Folio novel ting.4

hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk ular.

Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke

Kuantan dan mendapat lima orang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh

keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada

masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim.

3) Pemerian = Peristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan secara menyeluruh

oleh pengarang.

Contoh :

Penulis telah menggambarkan suasana pantai dan laut di Pantai Batu Buruk semasa

Fuad pergi ke sana seorang diri. Di situ Fuad melayani perasaan. Teknik pemerian

ini menceritakan penderitaan yang dialami oleh Fuad akibat kehilangan Sofea.

4) Dialog = Pertuturan antara watak samada dalam bentuk perbualan,

perbincangan,pertengkaran dan sebagainya.

Contoh :

Dialog antara Farhana dengan Cikgu Zamani semasa mereka bertengkar dalam bilik

guru pada halaman 163 membolehkan pembaca mengetahui perwatakan Cikgu

Zamani. Daripada dialog Farhana, pembaca mengetahui Cikgu Zamani tidak hadir

perjumpaan PBSM pada hari Sabtu. Selain daripada itu Cikgu Zamani juga tidak

bertanggungjawab terhadap tugasnya dan tidak masuk ke kelas sebagaimana yang

telah dijadualkan.

Dialog antara Fuad dengan Farhana semasa Fuad membawa Farhana keluar

makan seperti yang terdapat pada halaman 130. Dialog itu menggambarkan

perasaan sayangnya kepada Fuad dan perasaan cemburu apabila Farhana

menyebut tentang Sofia.

5) Monolog = Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya

sendiri atau orang lain.

Contoh :

Pak Mail bersyukur apabila Fuad menyetakan hajatnya untuk mencari kubur ibunya.

Pak Mail membisikkan ‘alhamdulillah’.

6) Monolog dalaman = Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang

difikirkan.

Contoh :

Semasa melihat Mariana, Fuad berbicara dalam hatinya tentang wajah Mariana jika dibandingkan dengan Farhana terutamanya tentang warna kulit dan hidung. Farhana

tidak mewarisi warna kulit dan bentuk hidung ibunya.

Page 17: Folio novel ting.4

Cikgu Abas berdoa dalam hatinya supaya sikap Fuad terhadap tugas dan pelajarnya tidak berubah. Sebaliknya terus mengajar dengan tekun sebagaimana yang dilihat

oleh Cikgu Abas. Fuad sekali lagi bermonolog dalam dirinya ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke

Kuala Terengganu bersama Farhana. Hati Fuad berkata bahawa segala yang

berlaku dan sedang dihadapi olehnya dan Farhana merupakan satu dugaan dalam kehidupan.

7) Kejutan.

Contoh :

Kejutan pertama ialah kehadiran Chin ke sekolah untuk menemui Fuad. Fuad juga terkejut dengan kedatangan Chin. Kedatangan itu juga mencetuskan konflik dalam

diri Fuad kerana Chin telah mengingatkan kembali bapa kandungnya Robert Lim sedangkan Fuad masih tidak dapat menerima perbuatan bapanya dahulu.

Kejutan kedua pula ialah semasa Fuad menelefon Farhana dan memaklumkan Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Berita itu mengejutkan Fuad membuatkan dia mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke

Kuantan pada petang itu juga. Kejutan itu menjadi titik perkembangan dan perubahan plot novel ke kemuncaknya.

Kejutan besar kepada Fuad apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan

nama ibunya. Tambah mengejutkan apabila dia mendapat pengesahan daripada Farhana dan bapanya sendiri setelah melihat Mariana.

8) Saspens

Contoh :

Pembaca berasa suspens tentang penerimaan Mak Salmah terhadap Fuad. Kemungkinan Mak Salmah tidak menerima Fuad kerana perasaannya masih tidak dapat menerima perbuatan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan Sofia.

Pembaca juga berasa suspens semasa Fuad pergi ke Lembah Klau dan Kampung Sedili untuk mencari kubur ibunya. Dia mengetahui ibunya masih hidup dan dapatkah dia menemui ibunya kembali.

Manakala teknik suspens ini ketara pada kemuncak cerita ketika Fuad dan Farhana berada di hospital Kuantan. Pembaca berasa suspens tentang tindakan dan penerimaan Farhana terhadap keadaan yang berlaku. Pembaca juga suspens

semasa Robert Lim masuk untuk memgecam Mariana.

Page 18: Folio novel ting.4
Page 19: Folio novel ting.4

Jenis watak:-

1)Watak bulat =watak yang dibangunkan secara keseluruhan diberi

pelbagai kemungkinan sifat manusia.

2)Watak pipih =tetapi diperkenalkan melalui satu aspek peribadinya

sahaja.Kalau si watak itu jahat,kita akan dihidangkan dengan tindak -

tanduknya yang jahat.Biasanya watak sampingan dianggap watak

pipih.

3)Watak dihamis =watak yang penuh bertenaga dan sentiasa

mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.Watak dihamis

ialah watak bulat.

4)Watak statis =watak yang beku(tidak mengalami apa-apa per-

ubahan)sepanjang cerita.Watak statis ialah boleh dianggap watak

pipih.

5)Watak utama =watak yang memainkan peranan utama dalam

sesebuah lakonan.

6)Watak sampingan =watak pembantu yang membantu watak utama.

Perwatakan -Sifat-sifat manusia secara menyuluruh yang dilihat

melalui perasaan,keinginan,cara berfikir,cara bertindak.

Watak Utama

Watak –Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka.Mereka

dicipta untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan

mengembangkannya.

->akhir cerita

->watak dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-

sifat manusia.

Page 20: Folio novel ting.4

Joshua/ Fuad/ Abdul Halim

Seorang pemuda yang berusia 27 tahun.

Semasa kecil atau baru dilahirkan dia diberi nama Abd. Halim oleh datuknya. Fuad

adalah anak kepada Mariana dan Robert Lim/ Roslan.

Fuad dilarikan oleh keluarga Robert Lim setelah beberapa hari tinggal bersama

datuknya di Lembah Klau. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter

Lim. Namanya bertukar kepada Joshua.

Dia tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Dia

menggunakan nama Fuad.

Dia diminta menjadi guru di sekolah Sofia dahulu iaitu Sekolah Menengah Seri Setia.

Memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Amerika Syarikat.

Bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.

Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad

tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia

telah membelikan sebuah motosikal kepada Pak Mail agar Pak Mail dan Mak

Salmah dapat ke sesuatu tempat dengan mudah. Fuad juga membelikan

sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut.

Fuad selalu memberikan keperluan dapur semasa pulang dari sekolah.

Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuad

menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya.

Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran

peperiksaan Ah Soh dan menanggung belanja persekolahan adik-adik

sepupunya.

Suka menolong orang lain.

Dia telah menolong Borhan dengan mengeluarkan wangnya untuk

menampung perbelanjaan perkahwinan Borhan. Semasa dia melawat Borhan

pada suatu malam, anak Borhan demam. Dia telah mendapatkan kereta dan

membawa Borhan, isteri dan anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Fuad juga kerap menolong Farhana. Dia telah menumpangkan Farhana dari

Kuala Terengganu ke kampung Farhana di Kuantan apabila dia mendapati

Farhana tidak mendapat tiket bas. Semasa Farhana menunggu ibunya

Mariana yang sakit di hospital, Fuad menolong Farhana pergi ke rumah

Farhana untuk melihat adik-adik Farhana. Fuad kembali ke hospital pada

pukul sebelas malam.

Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa.

Dia tahu Mak Salmah sukar untuk menerimanya sebagai anak angkat kerana

Fuad sendiri bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun dia tidak

berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah. Dia tidak marah atau

kecewa walaupun Mak Salmah tidak begitu melayanynya selama bertahun-

tahun dia tinggal di rumah itu. Dia melakukan apa yangtermampu untuk

memujuk perasaan Mak Salmah.

Sebagai guru, Fuad juga gigih dalam mendidik pelajarnya. Dia mengajar

dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap

pelajarnya. Selain daripada itu dia mengajar kelas lanjutan yang bermula

pada pukul 1.15 tengahari.

Watak Sampingan

Page 21: Folio novel ting.4

Farhana

Dia merupakan anak kepada Mariana yang juga ibu kandung kepada Fuad. Farhana

ialah adik beradik seibu dnegan Fuad. Ayahnya Fakhrudin telah meninggal dunia.

Dia mempunyai empat orang adik.

Merupakan seorang guru ketua panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri

Setia iaitu sekolah yang sama dengan Fuad.

Periang.

Sifat itu disedari oleh Fuad sendiri bermula pada peringkat awal perkenalan

mereka lagi. Fuad melihat Farhana sebagai seorang guru yang tidak

mempunyai masalah. Dia mudah ketawa apabila diusik oleh Fuad. Sebagai

seorang yang periang, dia suka bergurau. Farhana kerap bergurau dengan

Fuad ketika mereka berbual di bilik guru perempuan terutamanya ketika Fuad

memberitahu bahawa dialah yang memerikan kad hari jadi kepada Farhana.

Farhana juga bergurau dengan Fuad semasa mereka keluar dan makan pada

petang tersebut.

Tegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru.

Dia ingin mencari Cikgu Zamani apabila seorang pelajar mengadu kepadanya

bahawa guru tidak masuk ke kelas semasa program ‘Jawab untuk Jaya’ yang

diadakan dalam kelas masing-masing. Apabila menemui Cikgu Zamani

Farhana memaklumkan perkara tersebut kepada Cikgu Zamani. Cikgu

Zamani sebaliknya berkasar dengan Farhana menyebabkan Farhana

mengungkit pula tentang perjumpaan PBSMi Sabtu. Cikgu Zamani tidak

datang sedangkan Farhana terlihatnya di Hock Kee Seng. Farhana

mengungkitkan soal tanggungjawab kepada Cikgu Zamani.

Berjimat-cermat

Farhana begitu berjimat cermat ketika belajar di Kota London. Dia terpaksa

mengikat perut demi memastikan pengajiannya tidak terganggu dengan

masalah kewangan.

Pak Mail

Suami kepada Mak Salmah. Bapa angkat kepada Fuad. Dia tidak mempunyai anak.

Berilmu dan taat kepada perintah agama.

Fuad telah kembali kepada ajaran Islam dan tinggal di rumah Pak Mail

sebagai anak angkat setelah kehilangan Sofia. Pak Mail yang

bertanggungjawab membimbing, memberikan ilmu agama dan keyakinan

kepada Fuad.

Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran

di surau selepas solat Maghrib. Fuad meminta Pak Mail mendengar dan

menegur bacaannya. Selain daripada itu Pak Mail juga sentiasa solat

berjemaah di surau.

Rasional dan tidak berdendam.

Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad

bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun Pak Mail sebaliknya

berfikiran terbuka dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas

ketiadaan Sofia. Lebih daripada itu Pak Mail telah membela Fuad daripada

cercaan masyarakat kampung.

Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab

merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika

Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima

Page 22: Folio novel ting.4

kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf

daripada Robert Lim.

Mak Salmah

Isteri kepada Pak Mail.

Mempunyai seorang anak angkat yang telah meninggal dunia iaitu Sofia. Fuad

menjadi anak angkat keduanya

Penyayang

Hal ini dibuktikan apabila dia begitu menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit

apabila Sofia dilarikan oleh Fuad untuk diserahkan kepada bapa kandungnya,

iaitu Robert Lim.

Taat perintah agama

Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketika Fuad

sampai ke rumah pada waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat

Maghrib. Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail,

Mariana dan Fuad di Mekah.

Mariana

Ibu kepada Farhana dan Fuad.

Berkahwin dengan Robert Lim dan Fakrudin. Anak kepada Osman. Tinggal di

Lembah Klau. Ditinggalkan oelh Robert Lim setelah 3 bulan berkahwin.

Berpenyakit semput. Mengalami depresi selepas melahirkan Abdul Halim (gila

meroyan)

Penyayang.

Sayang akan anak-anaknya iaitu Farhana dan 4 orang adik Farhana. Dia

amat merindui dan mengingati Abdul Halim walupun sudah 27 tahun

berpisah.

Amat mengambil berat tentang anak-anaknya.

Sentiasa bertanya Farhana tentang kesediaannya untuk berkahwin. Dia

sentiasa mengharapkan Farhana mendapat suami yang bertanggungjawab

Berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya dengan baik semasa

dia ke Mekah mengerjakan umrah bersam-sama Fuad, Pak Ismail dan Mak

Salmah.

Perahsia.

Mariana amat berahsia tentang masa silamnya dengan Robert Lim daripada

pengetahuan Farhana dan adik-adik Farhana.

Robert Lim

Bapa kepada Fuad. Suami pertama Mariana.

Berkahwin dengan Susan setelah meninggalkan Mariana. Mempunyai tiga orang

anak dengan Susan.

Mengalami krisis dengan Fuad kerana sikapnya yang tidak serius berpegang pada

agama. Adik beradik dengan Peter Lim. Menanggung perbelanjaan Peter Lim

sekeluarga.

Penyayang

Walaupun mengalami krisis dengan Fuad, dia masih memasukkan wang

senyak RM 200,000 ke dalam akaun Fuad kerana tahu Fuad tidak

mempunyai pekerjaan. Dia menghantar Chin untuk berjumpa Fuad bagi

mengetahui perkembangan hidup Fuad.

Page 23: Folio novel ting.4
Page 24: Folio novel ting.4

Latar –Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah

cerita termasuklah masa,tempat dan masyarakat.

1) Latar masa = merujuk kepada masa atau zaman. Contohnya, zaman pemerintahan

Jepun. Ataupun waktu. Contohnya, subuh, jam 8 malam.

Contoh:

Waktu pagi

Fuad memandu untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia pada waktu pagi. Dia

tiba di sekolah itu tiga minit sebelum pukul tujuh pagi. Dia melaporkan diri

kepada Cikgu Abas yang datang ke rumahnya sebelum itu.

Fuad bertolak ke Lembah Klau juga pada waktu pagi iaitu sekitar pukul

Sembilan untuk mencari ibu kandungnya.

Fuad dan Farhana bertolak dari Kuantan pada waktu awal pagi setelah ibu

mereka dibawa pulang dari hospital. Mereka terus ke sekolah pada pagi itu

juga dan memaklumkan keadaan mereka kepada Cikgu Abas.

Waktu malam

Fuad membaca al-Quran di hadapan Pak Mail selepas sementara menunggu

waktu Isyak di surau.

Robert datang ke rumah Pak Mail juga pada waktu malam iaitu sekitar pukul

9.20 malam untuk menemui Fuad. Oleh sebab Fuad berada di Kuantan,

Robert Lim terus bertolak ke Kuantan pada malam itu juga. Pak Mail juga ikut

bersama.

Peristiwa yang menjadi kemuncak plot novel ini juga berlaku pada waktu

malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad mengetahui nama ibu

Farhana daripada rekod rawatan. Segala kekusutan terbongkar apabila

Farhana mengesahkan pertanyaan Fuad dan Robert Lim yang datang

kemudiannya. Fuad menemui ibu kandungnya apabila bapanya Robert Lim

mengesahkan bahawa Mariana adalah bekas isterinya.

Akhir tahun 1960-an

Peristiwa itu tidak diketahui oleh watak lain yang ditemui oleh Fuad sama ada

Pak Ngah Lias Lembah Klau atau Pak Shamsudin di Kampung Sedili. Mariana

sebenarnya mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah

sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan

Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana

asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan

Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana.

Dua hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk

ular.

Page 25: Folio novel ting.4

Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke

Kuantan dan mendapat lima orang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa

oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih

membahang pada masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim.

Waktu senja

Mak Salmah menegur Fuad yang pulang daripada mencari kayu di hutan

menghampiri waktu Maghrib merisaukannya dan Pak Ismail.

2) Latar tempat =tempat sesuatu peristiwa berlaku.Contohnya,Hutan Bandar,rumah Tuk

Ngah.

Contoh:

Rumah Pak Mail di Danau Seberang, Terengganu

Tempat ini merupakan tempat tinggal Pak Mail dan Mak Salmah. Adik Fuad

iaitu Sofia pernah tinggal di tempat ini bersama Pak Mail dan Mak Salmah

sebagai anak angkat. Fuad telah membeli sebidang tanah untuk bercucuk

tanam.

Cikgu Abas datang ke rumah tersebut untuk menemui Fuad bagi meminta

Fuad mengajar di sekolahnya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad membawa Farhana pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada Pak

Mail dan Mak Salmah.

Pada bahagian akhir cerita, bapa Fuad iaitu Robert Lim telah datang ke rumah

Pak Mail untuk menemui Fuad. Robert Lim juga meminta maaf atas apa yang

telah dilakukan dahulu sehingga Sofia meninggal.

Page 26: Folio novel ting.4

Sungai Ruan

Di situ Fuad telah melawat apaknya Peter Lim yang merupakan bapa saudara

yang telah menjaga dan membesarkannya. Peter Lim sedang sakit dan

kehidupan mereka agak sukar. Kedatangan Fuad yang sekian lama

meninggalkan keluarga itu telah memberi sinar. Peter Lim semakin sihat

apabila melihat Fuad. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan

berjanji akan menanggung kos persekolahan adik-adik sepupunya.

Fuad singgah sekali lagi di Sungai Ruan setelah menjejaki kubur ibunya dan

mendapati ibunya masih hidup. Dia meminta Peter Lim menghubungi bapanya

Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin. Fuad

masih enggan menemui bapanya.

Kuantan

Dalam perjalanan ke Sungai Ruan, Fuad telah menumpangkan Farhana yang

ketiadaan tiket bas ekspres. Dia singgah di rumah Farhana di Kuantan dan

berkenalan dengan Mariana, ibu Farhana.

Sekali lagi Fuad datang ke Kuantan apabila mengetahui Farhana pulang dan

ibu Farhana dimasukkan ke hospital.

Fuad juga dating melawat adik-adik Farhana di rumah Farhana

memandangkan mereka ditinggalkan kerana Farhana menjaga ibu mereka

yang sakit di hospital.

Hospital Tengku Ampuan Afzan

Di hospital Fuad terkejut apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan

nama ibu kandungnya. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang

nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh

Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut.

Farhana menangis.

Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital. Robert Lim terkejut dengan

penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Apabila ditanya oleh Robert Lim,

Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang

bernama Mariah. Setelah Robert Lim masuk ke dalam bilik, dia menggeletar

dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil “emak’’

kepada Mariana. Fuad menangis.

Sekolah Menengah Seri Setia

Tempat Fuad bekerja sebagai guru sandaran di sekolah tersebut. Fuad datang

melapor diri di sekolah. Hari pertama di sekolah itu membuatkan dia rasa

gugup. Cikgu Abas memaklumkan Fuad mengajar tingakan tiga dan lima.

Chin datang menemui Fuad di sekolah. Dia menasihati agar Fuad melawat

apaknya di Kuala Lumpur. Apaknya ingin sangat bertemu dengan Fuad.

Page 27: Folio novel ting.4

3) Latar masyarakat =keadaan atau gambaran masyarakat yang ter dapat dalam

cerita.Termasuk cara hidup mereka, cara berfikir, cara bekerja, status atau kedudukan

mereka .Contohnya orang bunian.

Contoh:

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang

diberikan.

Cikgu Zamani suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan

kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Selain

daripada itu Cikgu Zamani juga lewat ke kelas lanjutan pada petang

menyebabkan pelajar dalam kelas bising. Sikap itu telah ada dalam perhatian

Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas

memendamkan hal itu memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan

sikapnya yang tidak boleh ditegur. Dalam mesyuarat guru pada keesokan

harinya Cikgu Abas dengan marah memberi amaran bahawa tugas dan

tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya

guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.

Masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam.

Fuad suka sembahyang berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung

tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Fuad belajar ilmu

agama dan membaca al-Quran dengan Pak Mail.

Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil dan

memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa mereka

makan dalam perjalanan ke Kuantan.

Semasa berada di rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad makan di rumah itu

kerana dia pasti keluarga Peter Lim tidak makan makanan yang diharamkan

oleh orang Islam.

Fuad juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya

menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya

semasa mereka berada di hospital.

Page 28: Folio novel ting.4

Masyarakat pendidik di sekolah menengah di luar bandar.

Masyarakat ini termasuklah Farhana, Cikgu Abas, Cikgu Zamani, Fuad sendiri

dan beberapa guru lain. Mereka mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala Cikgu

Zamani mengajar mata pelajaran geografi. Mereka bekerja dan menghadapi cabaran dan masalah mereka sendiri.

Cabaran Farhana dan Fuad ialah sikap pelajar luar bandar yang tidak berminat

terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Farhana juga menghadapi perselisihan faham dengan rakan sekerja seperti Cikgu Zamani kerana sikap tidak

bertanggungjawab terhadap tugas.

Masyarakat yang bertanggungjawab.

Fuad juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu

bapa dan keluarga. Walaupun hanya sebagai anak angkat, Fuad tetap

memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah

membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah kepada Pak Mail. Dia

selalu membeli keperluan dapur semasa pulang dari sekolah.

Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada bapa

saudaranya Peter Lim yang telah menjaga dan membesarkannya. Dia

melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah

Soh. Dia juga menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya

Page 29: Folio novel ting.4
Page 30: Folio novel ting.4

Gaya bahasa –Susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha

mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya.

Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan pada awal kata-kata yang

berturutan.

Anafora Pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang

biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan

tertentu.

Analogi Persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal

yang dapat dipakai untuk dasar perbandingan.

Antitesis Penggunaan kata atau dalam frasa,ayat dan sebagainya untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan

yang seimbang.

Asonansi Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata.

Bahasa

Arab

Perkataan-perkataan Arab yang diterapkan ke dalam

prosa bagi memberikan kesan yang berbeza.

Bahasa

berirama

Ungkapan puisi yang dapat menimbulkan kesan yang

mendalam tentang sesuatu peristiwa.

Bahasa

Inggeris

Perkataan seperti street fighter,superman,supermarket,key,

futsal,design

Bahasa

istana

Bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi

dengan kerabat diraja.

Bahasa

kiasan

Penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pe-

merian.

Bahasa

klasik

Penggunaan perkataan Melayu klasik seperti sebermula,

syahadan,kararlah.

Page 31: Folio novel ting.4

Diksi Pemilihan dan penggunaan kata baik dalam cerpen,novel,

drama dan puisi.

Epifora Pengulangan kata-kata di akhir baris puisi untuk penegasan

.

Hiperbola Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara ber-

lebih-lebihan.

Hybrid Penyatuan dua kata menjadi satu kata.

Inversi Pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim.

Istilah sains

Perkataan seperti virus,skrin LCD,karbonit asid.

Metafora Perbandingan secara terus atau langsung tanpa

menggunakan kata-kata seperti bak,umpama,ibarat.

Sinkope Penyingkatan perkataan.

Personafi-kasi

Pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu binatang, benda,tumbuhan-tumbuhan atau peristiwa.

Paradoks Penyatuan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan unsur negatif dalam satu baris)terapi ke-

nyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat

umum atau realiti.

Simile Pemakaian kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza

daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan)

menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak.

Gaya Bahasa

Peribahasa,simpulan bahasa,perumpaan =darah daging

Page 32: Folio novel ting.4

a) Peribahasa

Dia tahu manusia Fuad itu lurus bendul orangnya dan barangkali tidak

langsung ingin menyinggung perasaannya. (Halaman 45)

Memand dia berat tulang sedikit dalam hal masak-memasak. (Halaman 92)

Orang seperti Cikgu Zamani itu cuma ibarat nila setitik rosak susu

sebelanga saja. (Halaman 182)

b) Personafikasi

Hembusan bayu basah Disember itu menampar pipinya. (Halaman 10)

Keharuaan yang serta-merta menerpa benaknya. (Halaman 30)

Mereka saling mengangguk sambil meleparkan sejuring senyuman.

(Halaman 36)

Jarum jam belum tiba ke angka sepuluh, tetapi kehangatan sudah mula

menggigit. (Halaman 97)

c) Hiperbola

Kontras sekali dengan hatinya masih mahu berpelangi. (Halaman 10)

Dia selalu membiarkan dirinya hanyut dalam ilusi. (Halaman 14)

Tengah hari esoknya dalam mesyuarat guru, berapi-api kemarahannya

diletuskan. (Halaman 113)

d) Simile

Farhana seperti hilang kata-kata setelah dipintas sebegitu. (Halaman 37)

Fuad seperti orang pekak, tidak mahu langsung mendengar cakap orang.

(Halaman 21)

Emapat orang hero, mesti rumah macam kapal karam. (Halaman 162)

e) Inversi

Berduit engkau? (Halaman 18)

Tidak mahu dia sampai diketahui orang lain. (Halaman 118)

f) Sinkope

Tanah siapa tu sebenarnya. (Halaman 17)

Jagung pun dah naik harga sekarang ni. (Halaman 26)

g) Metafora

Moga kehadiran Fuad nanti akan membakar semangatnya. (Halaman 31)

Cikgu Abas telah Berjaya meruntuhkan benteng resahnya. (Halaman 35)

Kekagumannya menimbun. (Halaman 50)

Page 33: Folio novel ting.4
Page 34: Folio novel ting.4

Nilai murni –Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh

dijadikan teladan.

Nilai Kerjasama

Fuad dan Farhana bekerjasama dan

berbincang untuk mencari pendekatan

terbaik dalam pendidik pelajar mereka dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad

memberikan buah fikiran tentang program

yang akan dilaksanakan oleh panitia Bahasa

Inggeris apabila diminta oleh Farhana. Pak

Mail, Mak Salmah dan Fuad bekerjasama

mengerjakan tanah yang baru dibeli oleh

Fuad untuk bercucuk tanam.

Nilai Keinsafan

Mariana insaf dan sedar akan perbuatannya

yang terlalu mengikut perasaan setelah

ditinggalkan oleh Roslan / Robert Lim. Akibat

daripada kesedihan itu dia menangis

sehinggalah selepas melahirkan anak. Dia

telah menjadi gila meroyan sehingga

anaknya terpaksa diserahkan kepada

ayahnya dan kemudiannya dilarikan oleh

keluarga Roslan. Selain itu, Robert Lim juga

telah insaf dan menyedari kesilapannya

sebelum itu yang

menyebabkan Sofia meninggal dan Fuad

melarikan diri daripada keluarga.

Nilai Tolong-menolong

Fuad sentiasa ingin membantu

penduduk kampung yang mengalami

sebarang masalah sehinggakan wang

yang diberikan oleh apaknya digunakan

untuk membeli sebuah kereta bagi

kemudahan orang kampung. Fuad

menyewa kereta untuk membantu

membawa anak Borhan yang demam

panas ke hospital.

Nilai Kasih Sayang

Dia juga menyayangi Farhana. Dia

masih tetap sayang kepada Farhana

setelah mengetahui Farhana juga

adalah adiknya. Begitu juga dengan

perasaan Farhana terhadap Fuad.

Perasaan sayang juga mendorong

Fuad menjejaki kubur ibunya. Robert

Lim juga sayang kepada anaknya

Fuad. Fuad melawat Peter Lim di

Sungai Ruan kerana dia masih

menyayangi keluarga itu. Dia telah

memasukkan wang dengan jumlah

yang banyak ke dalam akaun Fuad.

Page 35: Folio novel ting.4
Page 36: Folio novel ting.4

Pengajaran –Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat

dijadikan pedoman,peringatan atau yang perlu dijauhi.

PENGAJARAN CONTOH 1) Kita perlulah taat mengerjakan

suruhan Tuhan

Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun

dalam musafir dan rajin membaca Al-Quran.Fuad mencari masjid dan bersembahyang qasar dalam

perjalanan ke Kuantan dan Sungai Ruan. Selain itu, Pak Mail dan Fuad selalu mengerjakan sembahyang termasuklah sembahyang

berjemaah di surau. Mak Salmah juga menjaga auratnya dalam hubungannya dengan Fuad

kerana Fuad hanyalah anak angkat kepada mereka. Mak Salmah tidak mendedahkan rambutnya kepada Fuad.

2) Kita patutlah menerima takdir yang telah ditentukan.

Pada mulanya Fuad marah dengan tindakan bapanya Robert Lim setelah dia mengatahui

kedudukan dirinya yang sebenar dan peristiwa yang menyebabkan kematian Sofia. Namun setelah setahun berada bersama Pak Mail hatinya

telah memaafkan bapanya. Dia menerima takdir yang berlaku. Cuma dia belum dapat berhadapan

dengan bapanya. Selain itu, Fuad dan Farhana mula dapat menerima kenyataan setelah mereka mengetahui bahawa mereka adalah adik-beradik

dalam tempoh yang agak singkat.

3) Kita perlulah bertanggungjawab

terhadap keluarga.

Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah

sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan sebuah motosikal dan

sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Selain daripada itu

Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa

saudaranya tetapi Fuan menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah

membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah

adik-adik sepupunya..

4) Kita sepatutnya memaafkan

kesalahan orang lain dan menjauhi perasaan dendam yang timbul dalam

hati.

Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad

kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun setelah setahun Fuad

berasa di rumahnya, Mak Salmah sudah

Page 37: Folio novel ting.4

memaafkan Fuad. Cuma dia tidak menzahirkan hal tersebut. Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Pak Mail juga

tidak berdendam dengan Robert Lim yang

bertanggungjawab dengan merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak

Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan

menerima permohonan maaf daripada Robert Lim.

RUJUKAN Bagi mendapatkan maklumat untuk melaksanakan tugasan saya ini, saya

telah merujuk perkara di bawah :

Novel Melunas Rindu Tingkatan Empat

Buku Rujukan Komsas Tingkatan Empat

Internet

Page 38: Folio novel ting.4

TAMAT