folio kerjaya

Upload: anis-najwa-mohd-remeli

Post on 13-Jul-2015

2.837 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

FOLIO KERJAYA

NAMA:ANIS NAJWA BT MOHAMMAD REMELI NO.MAKTAB:11746 KELAS:407

ISI KANDUNGANBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 TAJUK M/SURAT

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada bonda pengetua PUAN FATIMAH BINTI DAUD diatas sokongan dan kebenaran menjalankan kerja folio kerjaya ini.

Tidak lupa juga kepada guru kaunseling saya iaitu EN. SHAMSUDIN dan PN. FAZILAWATI yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan bimbingan kepada saya.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu dari segi kewangan dan memberi sokongan kepada saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu dan maklumat dengan saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja folio ini.

PENGENALAN

PENGENALANPelajar tingkatan 4 MRSM Kubang Pasu telah ditugaskan untuk membuat folio kerjaya. Tujuan folio kerjaya dibuat kerana untuk menentukan kerjaya pelajar di masa hadapan mengikut minat masing-masing di dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, saya telah memilih kerjaya dalam bidang perubatan veterinar ataupun sebagai doktor haiwan. Sewaktu menyiapkan tugasan ini saya telah menjalankan beberapa kaedah kajian iaitu: Penyelidikan perpustakaan Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan kerjaya yang di pilih oleh saya. Sumber internet Selain itu, saya juga telah melayari internet bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi menyiapkan kerja ini. Pemerhatian Saya juga telah menjalankan kaedah ini ketika melawat ke tempat yang berkaitan dengan kerjaya yang saya pilih.

Saya memilih kerjaya ini kerana saya sangat meminati dalam bidang tersebut. Selain itu, kerjaya yang dipilih oleh saya mendapat sokongan dan dorongan sepenuhnya dari keluarga saya. Saya juga lebih meminati untuk mendekati hidupan-hidupan yang berada di bumi ini terutama haiwan.

Kursus doktor perubatan veterinar adalah berkaitan dengan haiwan. Kajiannya berkaitan haiwan normal dan tidak normal, pembedahan haiwan, sistem-sistem organ haiwan, penyakit- penyakit haiwan dan sebagainya. Mereka yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan Doktor veterinar akan melakukan aktiviti perubatan seperti memeriksa haiwan, mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, Memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan. Oeh kerana masih terdapat aktiviti ternakan dan pemeliharaan haiwan, permintaan pasaran di bidang ini masih di perlukan. Bidang ini merupakan satu bidang profesional yang melibatkan produksi ternakan dan perubatan haiwan. Doktor veterinar turut bertindak sebagai penasihat dalam memberi rawatan dan program perubatan pencegahan untuk haiwan peliharaan, hiwan temakan termasuk lembu susu dan daging, kambing, kambing biri-biri, ayam dan itik. Selain itu, melibatkan juga haiwan seperti burung, haiwan liar dan haiwan yang di gunakan penyelidikan perubatan manusia. Fakuhi Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakari, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini menyediakan kurikulum yang digubal dan disesuaikan dan semasa ke semasa mengikut keperluan negara. Fakulti ini ditubuhkan pada tahun 1972 merancang wawasan bagi melahirkan lebih ramai graduan di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan di negara ini. Sejak 1976 hingga 1996, UPM berjaya mengeluarkan 1183 siswazah dalam bidang berkaitan dan kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menambah bilangan itu dan semasa ke semasa, terutama di peningkat

ijazah lanjutan. Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk mengendalikan semua kursus yang ditawarkan termasuk mengadakan latihan amali ladang dan makmal luas milik universiti. Fakulti ini juga menggunakan komputer sepenuhnya bertujuan mengenal pasti semua masalah dengan cepat, meningkatkan mutu perkhidmatan, kajian dan juga akan penyelidikan dalam bidang perubatan veteninar. Kemudahan komputer ini membolehkan pelajar-pelajar jurusan itu mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Bidang veterinar di negara ini mempunyai prospek selaras perkembangan industri dalam bidang berkaitan membabitkan sektor awam dan swasta. Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri rnasih ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti pensyarah, membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi di sektor komersial yang melibatkan haiwan. Gaji seorang doktor veterinar di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,800 yang ditawarkan di sektor kerajaan, malah memperoleh lebih daripada jumlah ini jika terlibat dengan sektor swasta.CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (iv) (vi) Meminati profesion ini Mempunyai pengetahuan asas di bidang sains dan matematik Tidak takut atau geli pada haiwan Suka kepada haiwan Tidak takut kepada darah haiwan Sanggup bertugas tanpa mengira waktu dan tempat

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJ1AN Cara pertama: Lulus SPM/SPMV dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat SPM atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi SPM. Cara kedua: Melalui matrikulasi sains, calon perlu lulus SPM/SPMV dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dalam bahasa Melayu, matematik, dua daripada mata pelajaran sains dan satu mata pelajaran lain. Tempoh pengajian ini adalah selama satu hingga dua tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan ditawarkan mengikuti program ijazah perubatan veterinar. Cara ketiga: Untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara, calon perlu lulus STPM atau setaraf dalam mata pelajaran biologi, matematik, fizik dan kimia.

Universiti/Institusi

Kelayakan

Nilaitaraf

MALAYSIA 1. Universiti Putra Malaysia Doktor Perubatan Veterinar Diiktiraf sebagai kelayakan profesional untuk lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar dalam Perkhidmatan Awam atau lain-lain jawatan yang bersesuaian. Diiktiraf bagi maksud lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Veterinar dalam Perkhidmatan Kerajaan.

2.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan.

AUSTRALIA 1. University of Melbourne

Bachelor of Veterinary Science Bachelor of Veterinary Science

2.

University of Queensland

3.

University of Sydney

Bachelor of Veterinary Science

Diiktiraf setaraf dengan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari UPM "

CANADA 1. Ontario Veterinary College, University of Guelph University of Guelph Doctor of Veterinary Medicine "

Doctor of Veterinary Medicine Doctor of Veterinary Nota:

"

2.

Science 3. Western College of Veterinary Medicine, University of Saskatchewan Kelayakan-kelayakan ini adalah tersenarai dalam Akta Kedoktoran Veterinar 1974 (Jadual Kedua Bahagian 1) dan Perintah Doktor Veterinar (Pindaan bagi Jadual Kedua) 1976.

Doktor Haiwan

INDONESIA 1. Institut Pertanian Bogor

Doktor Haiwan (Ijazah Sarjana)

Doktor Haiwan 2. Universiti Gadjah Mada Jogjakarta (Fakulti Kedoktoran Haiwan) Universitas Indonesia (Fakultas Kedoktoran Haiwan dan Penternak, Bogor)

3.

Diiktiraf setaraf dengan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari UPM.

"