folio ikan hiasan hanim

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 16-Oct-2015

385 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

RBT3120

TRANSCRIPT

PERANCANGAN PENYEDIAAN AKUARIUM Jadual Kerja

Peralatan, Bahan Dan Aksesori Yang Diperlukan Dalam Penyediaan Akuarium

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah : Ikan karnivorIkan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb. Ikan omnivor Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut: Warna sisik badan dan sirip yang menarik. Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif. Manja dan dapat mengenali tuannya. Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:

Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan. Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. Tahan terhadap perubahan mutu air. Tahan terhadap serangan penyakit.

MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

BEKALAN KARBON DIOKSIDATumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut:

Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

Pemilihan bekas

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium.

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz yang lebih besar.

Contoh bekas/akuarium

Memilih aksesori

Penyediaan aksesori adalah seperti berikut:

MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Isikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Kiri atas: Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah: Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas: Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah: Masukkan air.

MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Langkah 1Letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.

Langkah 2Buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.

Langkah 3Setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan Orydoras atau Loach. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.1) Makanan hidupMakanan hidup adalah seperti plankton (organisma halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

2) Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN

Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.

MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM1) pH airpH air ialah kemasaman air. Diukur dari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air untuk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.

2) Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.

3) Bahan beracunAmmonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan kerana, ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.

MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor penyebab:

Keadaan suhu air dalam akuarium terlalu sejuk. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. Penyakit Rintik Putih

Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik. Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit harus dipindahkan. Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air. Ubat lain juga boleh didapati di kedai akuarium.

Penyakit Kulat

Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas. Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka. Ikan ini perlu diasingkan.

Penyakit Bakteria

Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit. Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM1) BajaBaja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

2) CahayaCahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

PENGURUSAN AKUARIUM

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium -Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

PENGENALANPemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Kebiasaannya ia bermula daripada hobi dimasa lapang sehinggalah dapat berkembang hingga mampu menjana ekonomi untuk kehidupan seharian. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Ikan hiasan juga adalah penyumbang kepada pendapatan negara kerana cukai bagi ikan hiasan adalah antara cukai yang tertinggi. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.Selain itu, Di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis ikan air tawar, dan dianggarkan terdapat lebih daripada 250 spesies. Daripada jumlah itu, 1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa spesies sahaja yang dibiakkan secara meluas dan komersial seperti sepat ronggeng (Trichogaster trichopterus), sepat mutiara (trichogaster leeri), ikan kaloi (sungai, indonesia, sabah) (osphronemus goramy), jenis-jenis barb seperti Tiger Barb (Barbus tetrazona) dan jenis Danio (Brachydanio sp). Sebahagian besar daripada ikan hiasan yang dihasilkan di negara ini adalah jenis eksotik seperti ikan daripada keluarga Characidae yang berasal dari Amerika Selatan, ikan Cyprinidae berasal dari negara-negara Asia. Keadaan iklim dan persekitaran negara kita yang sangat sesuai menjadi faktor utama untuk penghasilan ikan-ikan hiasan. Pengusaha ikan hiasan yang telah lama terlibat dalam penghasilan benih ikan hiasan secara komersial mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pembiakan. Teknologi pembiakan yang mereka amalkan adalah hasil dari pengalaman tersebut.

Bahagian-bahagian luar ikan

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis deria Garis deria terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Gambarajah kepentingan ikan hiasan

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Ikan hiasan ini juga mampu memberi ketenangan kepada pemeliharanya apabila mereka berada dalam keadaan tertekan. Kecantikan ikan hiasan itu sendiri mampu memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya inikan pula pemeliharanya yang menyusun atur sendiri susun atur akuarium tersebut. Pelbagai lagi faedah yang kita dapat daripada hasil pemeliharaan ikan hiasan ini.

JENIS JENIS IKAN HIASANTerdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah beberapa contoh ikan hiasan yang sering jadi pilihan ramai di Malaysia.

IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri: a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F. g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina. Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina. Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang. IKAN EMAS Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang. Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.

Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan emas jantanikan emas betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam: a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m. Makanan yang diberikan: a) pellet yang mengandungi 30-35% protein. b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.

Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm).

Pembiakan ikan emas

Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu. Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi. Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari. Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur. Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan. Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan. Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi. Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang. Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam. Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

IKAN TIGER BARB

Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona) Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti) Cherry barb (Barbus conchonius) Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies). Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah: 'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat. 'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan. 'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang.

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb JantanIkan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah 2) Perut ikan jantan berbentuk langsing apabila mencapai kematangan. 3) Ikan jantan lebih agresif.

1) Warna ikan betina agak pucat.2) Setelah mencapai kematangan ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus. Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp. Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.

IKAN ANGEL

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet. Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare): a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih.

Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betinaIkan Angel jantan:Ikan Angle betina:

1) Badan lebih besar. 2) Pada pandangan atas, perutnya pipih dan kepala lebih besar. 3) Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. 4) Warna lebih terang. 5) Liang genital kecil panjang. 6) Lebih agresif.

1) Badan lebih kecil. 2) Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil. 3) Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. 4) Warna tidak secerah ikan jantan. 5) Liang genital lebih tebal apabila matang. 6) Kurang agresif.

Cara penjagaan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Pembiakan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

IKAN PEMBERSIH / IKAN BANDARAYA

Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

BAHAN DAN KEPERLUAN1. Memilih bekas (akuarium)Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faKtor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasa yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar. Jenis-jenis akuarium

2. Pam Oksigen

3. Undergravel Filter

4. Ornamen

5. Lampu Akuarium

6. Anti Klorin

7. Makanan Ikan

8. Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut : Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbon dioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

BAJET DAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BilPerkaraHarga Seunit (RM)Kuantiti (unit/kg)Jumlah Harga (RM)

1Bekas akuarium60.00160.00

2Pam air25.00125.00

3Pam oksigen20.00120.00

4Penapis air15.00115.00

5Latar belakang akuarium1.5011.50

6Lampu akuarium18.00118.00

7Ornamen 10.00330.00

8Tumbuhan hiasan5.00525.00

9Batu besar5.001 kg5.00

10Batu kecil5.001 kg5.00

11Pasir halus warna putih10.0010 kg10.00

12Pasir halus warna kuning2.002 kg4.00

13Pasir halus warna Hitam2.001 kg4.00

14Anti klorin3.001 botol3.00

15Makanan ikan4.003 paket12.00

16Ikan hiasan1.0015 ekor15.00

Jumlah KeseluruhanRM 252.50

Jumlah bajet dan anggaran kos perbelanjaan adalah sebanyak= RM 252.50

REKOD PENJAGAAN HARIANBeberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut: Sistem pengudaraan Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis airTerdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan airAir yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

AksesoriKebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasarPemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

JADUAL PENJAGAAN HARIANTARIKHCATATAN

16 Februari Bersihkan akuarium dan menyusun barang kelengkapan mengikut prosedur.

6 April Masukkan air dan ikan. Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan. Memastikan pH air di paras yang dikehendaki.

8 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

10 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.

12 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

14 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.

16 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Membersihkan akuarium dengan menggunakan berus magnet untuk membersihkan lumut dan kotoran yang berada di cermin akuarium. Memastikan pH air di paras yang dikehendaki.

18 April Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.

20 April Membersihkan akuarium secara minor cleaning. Menyusun atur kembali kelengkapan dan alatan dengan baik. Mengukur tahap pH dan memastikan ia di tahap yang dikehendaki. Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN KAMPUS PERLIS, PERLIS.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN KAMPUS PERLIS, PERLIS.

RUJUKAN Iskandar ( Teng Ching Sing) . 2003. Panduan Menjaga Ikan Hiasan Dan Akuarium . Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. http://ikanhiasanmalaysia.blogspot.com/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/312-pertanian-komersial/6180-arowana-ikan-hiasan-berharga.html http://www.slideshare.net/mizawahit/ikan-hiasan-full http://khskcyberjaya.blogspot.com/2011/12/ikan-hiasan-tahun-5.html http://dunia-khsr.blogspot.com/2010/03/pengenalan-ikan-hiasan.html http://adlanaquarium.blogspot.com/2010/06/salam-pengenalan.html http://penjagaanikanhiasan.blogspot.com/ http://kolamikanhiasan.blogspot.com/

LAMPIRAN

Membersihkan akuarium

Membuat lakaran

Memasukkan air Memasukkan klorin

Memasukkan ikan

MENGENAL PASTI SIMPTOM PENYAKIT BIASA PADA IKAN HIASAN DAN LANGKAH MENCEGAH DAN MERAWATNYA

Ikan hiasan yang dipelihara mudah terdedah kepada penyakit sekiranya langkah penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah :a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah 26C.b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut waktu yang ditetapkan.c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada bahagian badan ikan.

Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah :a) Murung dan pasif.b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar.c) Warna badan pudar dan pucat.d) Siripnya longlai.e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak.

Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah : a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium.b) Air dan bahan hiasan tidak bersih.c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit.d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.

MENGENAL PASTI SPESIS IKAN HIASAN TROPIKATerdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Antara yang biasa kita dapati di kedai adalah seperti berikut : Ikan FlowerhornIkan Arowana

\

AngelishIkan Pelaga

Ikan EmasIkan Koi

PENYEDIAAN BEKAS MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORIa) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16 inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut.c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup.d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air pump yang dikawal sendiri. Pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan penggunaannya.f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat memberi suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.

MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS AKURIUMa) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUMi. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah seperti yang berikut :a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di dalam akuarium.c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.

PENGURUSAN MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKANa) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah faktor yang sangat penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara.b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu makanan hidup, makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan.c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat di dalam air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti.e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad dan bayam.f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini terdiri daripada pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang yang membuat makanan. Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau pembekal makanan haiwan.

MENGENAL PASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIS IKAN HIASANi. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan kepala serti ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan makanan rumusan yang dapat terapung di permukaan air seperti pallet.ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam.iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya, iaitu :

a) Ikan KarnivorIkan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan mempunyai rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oscar dan Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan karnivor ialah makanan hidup seperti katak, cengkerik, anak ikan atau kulat.b) Ikan HerbivorIkan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan. Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi tumbuhan akuatik.

c) Ikan OmnivorKebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan omnivor ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan, atau pallet.

d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam airIkan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan mikroorganisma di dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black Tetra, dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak.

KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASANa) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual pemakanan yang betul.b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang disyorkan pula tidak tetap dan mengikut keperluan ikan.

MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIRa) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut. Kandungan mutu air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung kepada beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan beracun.b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14 menunjukkan air itu berada pada tahap kemasaman paling rendah atau paling alkali.c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa.d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar 26C hingga 27C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat menyebabkan ikan mati manakala suhu dibawah 26C pula menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan urin dan najis.f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium.

MELAKUKAN KERJA PEMBERSIHAN BEKAS, MENUKAR AIR, DAN MENCUCI PENAPISa) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis ialah rutin mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan akuarium.b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan tiga kali sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan.d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau kembang. Ikan yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan dirawat.e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam akuarium.f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan, penapis, dan lampu dapat berfungsi dengan baik.g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida dengan menggunakan alat yang sesuai.h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebanyak atau 1/3 bahagian daripada isipadu tangki.i) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas.j) Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis dngan air yang bersih.m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal.n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan.

Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium

Jenis-jenis ikan hiasan

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-langkahberikut perlu di ikuti ; bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan (jika ada) masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam masukkan ikan hiasan