folio georgrafi pmr complete

21
SMK SERI GOMBAK KERJA KURSUS GEORGRAFI PMR 2011 Pencemaran Alam Sekitar di Taman Greenwood Nama : Mohamad Sufi Bin Mohamad Asri Kelas : 3 Amanah No.k.p : 111111-11-1111 Guru : Pn. Mairam

Upload: mohamad-sufi

Post on 04-Jul-2015

659 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Just for example..

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Georgrafi PMR Complete

SMK SERI GOMBAK

KERJA KURSUS GEORGRAFI PMR 2011

Pencemaran Alam Sekitar di Taman

Greenwood

Nama : Mohamad Sufi Bin Mohamad Asri

Kelas : 3 Amanah

No.k.p : 111111-11-1111

Guru : Pn. Mairam

( T.T Calon ) ( T.T Guru )

SENARAI KANDUNGAN

Page 2: Folio Georgrafi PMR Complete

Bil Tajuk m/s1 Penghargaan2 Pendahuluan3 Objektif Kajian4 Kawasan Kajian5 Kaedah Kajian6 Dapatan Kajian7 Rumusan8 Lampiran9 Rujukan

Penghargaan

Page 3: Folio Georgrafi PMR Complete

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam usaha melakukan kerja

kursus ini terutamanya kepada pengetua SMK Seri Gombak iaitu Pn. Rahimah bt. Omar.

Tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya iaitu Pn. Mariam yang telah

banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada saya.

Berterima kasih juga kepada ibu saya iaitu Rogayah Bt. Ab. Rahim dan bapa

saya iaitu Mohamad Asri B. Othman kerana memberikan sokongan moral dan dorongan

kepada saya ketika menjalankan kerja kursus ini. Penghargaan juga diberikan kepada

rakan-rakan dan respondens kerana memberi kerjasama untuk menjayakan kerja kursus

ini.

Pendahuluan

Page 4: Folio Georgrafi PMR Complete

Setiap calon PMR 2011 dikehendaki membuat satu kerja kursus yang merupakan

syarat wajib untuk lulus mata pelajaran geografi. Untuk tujuan itu, saya telah memilih

tajuk masalah pencemaran alam di kawasan kajian saya di Greenwood.

Saya memilih Greenwood ini sebagai kawasan kajian saya kerana di taman ini

terdapat pelbagai pencemaran seperti pencemaran sampah sarap, air dan lain-lain. Saya

juga memilih Greenwood ini kerana kawasan merupakan kawasan tempat tinggal saya.

Mudah bagi saya dan kawan-kawan saya untuk membuat kajian tersebut.

Tempoh masa kajian ini ialah dari bulan Februari hingga Mei.

Objektif Kajian

Page 5: Folio Georgrafi PMR Complete

Antara objektif kajian yang kami lakukan adalah :

Untuk memerhati dan mengetahui konsep pencemaran-pencemaran yang

berlaku seperti pencemaran bunyi, pencemaran udara, pencemaran air dan

sampah sarap.

Seterusnya, kami ingin mengkaji dan menyelidik jenis dan kesan

pencemaran alam sekitar tersebut dan sekaligus bagi memberi cadangan

untuk mengurangkan kesan pencemaran di taman Greenwood.

Akhir sekali, tujuannya ialah untuk penerapan nilai dan unsur patriotisma

dalam hasil kajian.

Kawasan Kajian

Page 6: Folio Georgrafi PMR Complete

Taman Greenwood terletak di negeri Selangor iaitu di daerah Gombak seperti yang

dapat dilihat di dalam peta. Kawasan ini dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Selayang (MPS).

Keluasan Taman Greenwood ialah 1214056 meter persegi ( sumber pejabat daerah

Gombak ). Kawasan ini telah dimajukan oleh sebuah syarikat swasta pada sekitar tahun

1976-1978. Kawasan perumahan ini terletak berhampiran pusat bandaraya.

Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Taman Greenwood ke Pusat Bandar

akan mengambil masa 30 minit jika tiada berlaku sebarang kesesakan lalu lintas.

Tambang bas yang dikenakan kepada orang awam ialah RM2 manakala bagi murid

sekolah ialah RM1.

( Sila masukkan peta daerah Gombak dan pelan kawasan kajian disini )

Kaedah Kajian

Page 7: Folio Georgrafi PMR Complete

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul dan mendapat

maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah :

Lawatan dan juga pemerhatian bagi mengenal pasti pencemaran alam sekitar di

Taman Greenwood.

Selain itu juga, saya telah menggunakan kaedah temu bual dimana sesi temu bual

dilakukan di hadapan kedai-kedai dan kawasan perumahan.

Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Sebelum saya memulakan soal

selidik, saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diisi oleh penduduk.

Saya telah meletakkan borang tersebut di bahagian Lampiran.

Akhir sekali, kaedah yang digunakan ialah kaedah rujukan. Saya telah

menggunakan buku teks tingkatan 2 dan internet sebagai sumber rujukan.

Dapatan Kajian

Page 8: Folio Georgrafi PMR Complete

8.1 : KONSEP

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, haba, tenaga

dan cahaya ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang akan memusnahkan

dan membahayakan kesihatan manusia, sumber alam dan ekosistem serta kegunaan halal

alam sekitar.

Terdapat beberapa pencemaran yang berlaku di bumi kita, antaranya :

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair dan

zarah yang terdapat di udara sehingga boleh berlakunya perubahan dan

menjejaskan kehidupan dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara

dan memberi kesan yang tidak baik kepada manusia, haiwan dan juga tumbuh-

tumbuhan.

Bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan

berupaya menyekat aliran oksigen ke dalam salur-salur darah dan akan

menyebabkan berlakunya penyakit berbahaya seperti kekejangan, barah, asma,

dan anemia. Habuk, asap, wap dan lain-lain juga merupakan contoh bentuk

pencemaran udara yang boleh menghalang penglihatan mata.

Pencemaran Bunyi

Page 9: Folio Georgrafi PMR Complete

Bunyi bising mempunyai banyak istilah, dan istilah paling mudah bagi

perkataan tersebut adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh

diperkatakan sebagai sebarang bunyi yang memberi gangguan psikologi dan

kesan sosial kepada seseorang individu atau kumpulan. Contohnya seperti

gangguan percakapan, kerja, rehat, dan lain-lain. Bunyi boleh tersebar melalui

medium udara, air dan bahan pepejal lain seperti kayu dan sebagainya.

Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak ada seorang pun pada

hari ini yang akan terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana ia

terjadi tanpa mengira batasan politik dan sosial dan juga telah mengganggu

kualiti kehidupan manusia.

Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi seringkali dilupakan dan tidak

dipedulikan berbanding pencemaran lain seperti air dan udara. Ini mungkin

juga kerana pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang tidak

meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.

Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila berlaku sesuatu perubahan dari segi warna,

keadaan dan kandungan sehingga tidak sesuai dan mendatangkan kesan buruk

apabila digunakan.

Pencemaran berlaku bukan sahaja di sungai, malah ia juga berlaku di laut sama

ada ianya berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini biasanya datang

dari kilang yang membuang bahan pencemar.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, pencemaran air adalah seperti kebocoran

dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air.

Page 10: Folio Georgrafi PMR Complete

Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 didefinisikan sebagai

apa-apa perubahan langsung atau tidak terhadap sifat-sifat fizikal, haba,

rodioaktif atau biologi iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang

melepaskan dan mengeluarkan buangan ini sehingga mendatangkan bahaya

kepada kesihatan, kesihatan dan kebajikan pihak awam serta kehidupan lain

seperti burung dan hidupan akuatik.

Pencemaran Sampah Sarap

Sampah sarap ialah bahan buangan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia

seperti industri dan pertanian dan lainnya yang dianggap tidak berguna. Selain

itu, sampah juga berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu

pengurusan kerana pengurusan adalah alat yang penting bagi memastikan

sistem dapat berfungsi dengan baik.

8.2 : JENIS

Setelah mengkaji tentang pencemaran yang berlaku di Taman Greenwood,

pencemaran tersebut dapat dibahagikan dan dikategorikan kepada beberapa jenis. Antara

pencemaran tersebut ialah pencemaran udara, air, dan juga sampah sarap. Saya amat

berbangga dan bersyukur kerana di kawasan tempat tinggal saya di Taman Samudera

tidak mengalami masalah pencemaran seperti di Taman Greenwood. Namun , pencemaran

yang amat ketara dapat dilihat di Taman Greenwood ialah pencemaran sampah sarap.

Carta di bawah menunjukkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan mengenai

pencemaran yang berlaku di Taman Greenwood.

8.3 : PUNCA

Page 11: Folio Georgrafi PMR Complete

Punca berlakunya pencemaran sampah sarap di Taman Greenwood adalah kerana

aktiviti pasar pagi dan pasar malam. Ini kerana sikap penjual mahupun pembeli yang

tidak bertanggungjawab akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dengan

membuang sampah dengan sesuka hati.

Selain itu juga, sikap penduduk Taman Greenwood yang tidak mahu menjaga

kebersihan kawasan perumahan mereka dengan meletakkan sampah di hadapan rumah

dan keadaan bertambah teruk apabila pihak yang berkenaan tidak mengutip sampah itu

dan ia menjadi busuk.

Di samping itu, jalan raya yang terletak berhampiran dengan kawasan Taman

Greenwood menyebabkan pencemaran udara. Banyak kereta yang melalui jalan tersebut

kerana ia menghubungkan Taman Greenwood ke pusat-pusat bandar.

Akhir sekali, pencemaran air pula berpunca dari longkang yang tersumbat.

Kebanyakan longkang di Taman Greenwood tersumbat akibat sikap penduduk yang suka

membuang sampah merata-rata terutamanya ke dalam longkang. Apabila hari hujan,

sampah-sampah yang dibuang akan menyekat air daripada mengalir dan membuatkan air

bertakung dan melimpah.

8.4 : KESAN

Page 12: Folio Georgrafi PMR Complete

Kesannya ialah, pencemaran udara menyebabkan kesihatan manusia terjejas.

Dengan kenderaan yang digunakan, gas monoksida dikeluarkan dan boleh membunuh

sekiranya terkumpul di kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil

melalui kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat

beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Pencemaran air pula memberi kesan bukan sahaja kepada kehidupan manusia

bahkan turut memberikan kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah

terhadap kesihatan mereka sendiri. Antara kesan yang kronik ialah penyakit anomalia,

iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan

badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Ada juga yang berakhir dengan

kelumpuhan dan ada juga yang menemui ajal.

8.5 : CADANGAN

Page 13: Folio Georgrafi PMR Complete

Hasil daripada kajian ini, pelbagai pengetahuan yang saya peroleh tentang

pencemaran yang berlaku di Taman Greenwood. Kajian ini juga telah menanam sikap

prihatin dan bertanggungjawab dalam diri saya terhadap kebersihan alam sekitar. Jadi,

pada pendapat saya, langkah segera perlu diambil oleh pihak yang berkenaan bagi

mengurangkan masalah pencemaran yang berlaku di Taman Greenwood ini.

Memandangkan lebuh raya DUKE telah menjadi tumpuan pengguna jalan raya,

saya mencadangkan supaya pihak kerajaan membina lebuh raya jauh dari kawasan

perumahan. Langkah ini dapat menyelesaikan masalah gangguan psikologi yang berlaku

kepada penduduk kesan dari pencemaran udara dan juga bunyi. Selain itu , Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur juga perlu menyediakan bilangan tong sampah yang

mencukupi di kawasan ini bagi mengelakkan pembuangan sampah dengan sesuka hati.

Seterusnya, dengan adanya teknologi moden dan canggih, penapis udara telah

dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga

diperkenalkan dan sepatutnya digunakan oleh pemandu kenderaan. Ini dapat

mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan

manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil juga

adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam. Jentera-jentera

dan mesin-mesin juga diubahsuai bagi mengurangkan pencemaran.

( Masukkan jadual dan graf pencemaran kawasan kajian disini )

Page 14: Folio Georgrafi PMR Complete

Rumusan

Hasil dari kajian ini ialah saya dapat mengenal pasti dan mengetahui jenis-jenis pencemaran

yang berlaku di Taman Greenwood serta punca-puncanya. Selain itu juga, saya juga dapat mengetahui

kesan pencemaran alam sekitar tersebut terhadap penduduk di kawasan tersebut. Di samping itu,

kajian ini dapat menunjukkan saya tentang langkah dan cadangan yang boleh diambil oleh setiap

pihak bagi mengurangkan dan membendung masalah pencemaran yang berlaku.

Saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat memberikan perhatian yang

sensitif terhadap masalah ini kerana alam merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Kajian ini

juga telah menerapkan sikap bertanggungjawab dan sifat lebih peka ke dalam diri saya serta

menanamkan semangat patriotisme yang tinggi negara Malaysia yang tercinta.

Page 15: Folio Georgrafi PMR Complete

Lampiran

( Masukkan gambar pencemaran yang terdapat di kawasan kajian dan boring kaji

selidik disini )

Page 16: Folio Georgrafi PMR Complete

Rujukan

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl Majlis Perbandaran Selayang.

Page 17: Folio Georgrafi PMR Complete

Tamat