folio geografi

17
TAJUK KAJIAN: SUATU KAJIAN TENTANG PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI KAWASAN PAGOH JAYA, MUAR, JOHOR

Upload: nurul-qistina

Post on 22-Jul-2015

268 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN: SUATU KAJIAN TENTANG PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI KAWASAN PAGOH JAYA, MUAR, JOHOR

SENARAI KANDUNGAN TAJUK Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1 konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan pagoh jaya 8.2 kepentingan perniagaan runcit di kawasan pagoh jaya 8.3 faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan pagoh jaya 8.4 kesan negatif perniagaan runcit di pagoh jaya 8.5 cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan pagoh jaya MUKASURAT 1 2 3 4 5 6 9

10

Rumusan Lampiran Rujukan

16 17 21

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Johor, Tuan Haji Idris bin Ahmad, yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Encik Abdul Jais bin Abdul Rashid, yang telah memberikan banyak tunjuk ajar dan panduan kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa, Encik Md Sallih bin Samad dan Puan Rohani binti Misken, yang banyak memberikan dorongan dan sokongan dari segi kewangan selama saya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan panduan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN Nama kajian saya ini ialah suatu kajian tentang perniagaan runcit pasar malam di kawasan Pagoh Jaya, Muar, Johor. Saya telah memilih Pagoh Jaya sebagai kawasan kajian untuk kerja kursus ini. Pagoh Jaya terletak di arah Timur Muar, kira-kira 25km dari pusat bandar. Saya memilih kawasan kajian ini kerana di kawasan ini terdapatnya banyak kawasan runcit. Selain itu, kawasan ini terletak di tempat yang strategik dan sesuai untuk saya menjalankan kajian, selain memudahkan saya untuk mengumpul data dan membuat analisis. Kawasan ini juga beri kemudahan untuk mendapat barang untuk keperluan harian. Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dari bulan 3 hingga 6.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: 1. Mengenalpasti konsep dan jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan Pagoh Jaya 2. Membincangkan kepentingan perniagaan runcit di kawasan Pagoh Jaya 3. Membincangkan factor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan Pagoh Jaya 4. Mencadangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan Pagoh Jaya 5. Memberikan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan Pagoh Jaya. 6. Menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian di kawasan Pagoh Jaya.

KAWASAN KAJIAN Pendahuluan Nama kawasan kajian saya ialah suatu kajian tentang perniagaan runcit pasar malam di kawasan Pagoh Jaya, Muar, Johor. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari Isnin bermula 5.00 petang hingga 9.00 malam. Pelabagai barangan dijual seperti sayur, ikan, ayam dan lain-lain. Pagoh Jaya terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Muar. Bentuk mukabumi Pagoh Jaya adalah rata. Keluasannya lebih kurang 1000 hektar. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 25km dari pusat Bandar Muar dan boleh dihubungi dengan jalan raya yang menghala ke Kluang di Utara dan Kota Tinggi di Selatan. Kawasan kajian ini terletak berhampiran dengan rumah saya iaitu kira-kira 5 km jauhnya Terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan di Pagoh Jaya. Antaranya adalah sekolah, kedai, pengangkutan awam seperti bas dan teksi, surau dan taman permainan.

a) Peta Lakar Peta Daerah PETA DAERAH MUAR

U

PETUNJUK:

-

Peta Kawasan Kajian PETA KAWASAN PAGOH JAYA

PETUNJUK:

KAEDAH KAJIAN Pemerhatian saya telah membuat pemerhatian di pasar malam ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan di Pagoh Jaya.

Buku Rujukan Saya membuat rujukan pada buku Geografi Fokus U PMR, Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling dan Darmindar Singh, 2005, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

HASIL / DAPATAN KAJIAN 8.1 Mentakrifkan konsep dan menghurai jenis perniagaan runcit di Pagoh Jaya Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Jenis barangan yang dijual Makanan dan minuman Ikan dan barangan segar Sayur-sayuran buahan Pakaian 3 dan buahBilangan kedai yang jual 6 3 4

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di Pagoh Jaya

1) menyediakan peluang pekerjaan - perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga makanan dan minuman dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Perniagaan pasar mala mini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kerana merka yang berniaga akan memerlukan pekerja untuk menolong mereka menguruskan perniagaan.

2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk - perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.

3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan - pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Muar. - dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.

4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan - pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain. Melalui perniagaan runcit,ekonomi negara dapat ditingkatkan. Kita mestilah bersatu padu meningkatkan ekonomi Negara kita Malaysia.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pagoh Jaya 1) Pertambahan penduduk - kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. - penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini 2) Darjah ketersampaian - Pasar malam ini terletak berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. Oleh yang demikian, penduduk yang tinggal di kawasan ini mudah untuk melakukan urusan jualbeli. 3) Peningkatan taraf hidup - Taraf hidup penduduk semakin hari semakin meningkat. Oleh itu,kuasa beli juga turut meningkat. Penduduk mampu memperoleh barangan keperluan mereka dengan lebih mudah. 4) Governan - Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan. TEKUN juga telah memberikan pinjaman modal kepada sesiapa yang ingin berniaga. Kita hendaklah bersyukur dan memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di Pagoh Jaya 1) Masalah social - Perniagaan pasar malam ini juga telah mengundang beberapa masalah gejala sosial yang melibatkan remaja. Antaranya ialah menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan,melepak, merokok, mencuri dan banyak lagi. Ibu bapa seharusnya mengawasi aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. 2) Kesesakan lalu lintas - Gerai-gerai yang dibuka sewaktu di pasar malam telah menutup beberapa jalan utama yang sering digunakan oleh penduduk. Hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas. 3) . Barangan tidak berkualiti - terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak. - jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan. 4) Pencemaran - Pembukaan pasar malam telah mnyebabkan banyak pencemaran berlaku seperti pencemaran bunyi.pencemaran udara juga turut berlaku apabila asap-asap masakan jualan terbebas di uadra. Sampah-sarap yang dibuang merata-rata di kawasan pasar malam akan mnyebabkan pencemaran alam sekitar. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk membanteras pencemaran ini daripada terus berlaku.

KESAN KEGIATAN PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI PAGOH JAYA

Pencemaran

Masalah sosial

Kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pagoh jaya

Kesesakan lalu lintas

Barangan tidak berkualiti

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Pagoh Jaya

1) Kuat kuasa undang-undang - Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga.

2) Pengawalan harga - kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.

3) Kempen kesedaran - boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

4) Menyediakan kemudahan asas - pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut. Kita mestilah bersatu padu bagi mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar mala mini daripada terus berlaku sebelum nasi menjadi bubur.

RUMUSAN Hasil daripada kajian ini, dapatlah saya rumuskan bahawa, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran. Saya dapat mengenalpasti konsep dan jenis perniagaan runcit di Pagoh Jaya. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Seterusnya, saya juga dapat menyatakan kepentingan perniagaan runcit di Pagoh Jaya seperti menyediakan banyak peluang pekerjaan. Saya juga dapat mengenalpasti factor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pagoh Jaya seperti pertambahan penduduk di Pagoh Jaya. Selain itu, saya juga dapat menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pagoh Jaya ini seperti masalah sosial yang berlaku akibat perniagaan runcit pasar mala mini. Saya juga telah dapat memberikan cadangan untuk mngurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Pagoh Jaya seperti kuat kuasa undangundang. Akhir sekali, saya berasa sangat berbangga kerana Pagoh Jaya mempunyai kegiatan perniagaan runcit pasar malam yang memudahkan penduduk mendapatkan barangan untuk keperluan seharian. Semua penduduk Pagoh Jaya hendaklah mengamalkan sikap mengahargai dan bersatu padu untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pagoh Jaya ini daripada terus berlaku tanpa mencapai titik noktahnya.

RUJUKAN 1. Buku Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh, 2005. Geografi, Fokus U PMR; Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

2. Laman Web1. http://www.jkrjohor.gov.my/jkrjohor_gov_my/media/Image/petamuar.jpg 2. http://www.geocities.com/k3

3. Peta Atlas Progresif Baru KBSM, 1991. Petaling Jaya; Penerbitan Fajar Bakti.