folio geografi 2009

24
SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,TAIPING,PERAK BENTUK MUKA BUMI DI TAIPING DIBANDINGKAN DENGAN JEPUN NAMA :MUHAMMAD ZUL HUSNI BIN ZAWAWI NO. I/C :940920-02-5981 NAMA GURU :CIK SHUHAIMAH BINTI ZAMRI

Upload: uchihazul

Post on 10-Jun-2015

4.835 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN

SHAH,TAIPING,PERAK

BENTUK MUKA BUMI DI TAIPING

DIBANDINGKAN DENGAN JEPUN

NAMA :MUHAMMAD ZUL HUSNI BIN ZAWAWI

NO. I/C :940920-02-5981

NAMA GURU :CIK SHUHAIMAH BINTI ZAMRI

SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan02 Pendahuluan03 Objektif Kajian04 Kawasan Kajian05 Kaedah Kajian06 Dapatan Kajian07 Rumusan08 Lampiran09 Rujukan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah

megurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan

sempurnanya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua cemerlang,Puan Rahimah binti

Mohd,Sura yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga

ingin berterima kasih kepada Cik Shuhaimah binti Zamri, guru Geografi yang sentiasa memberi

dorongan, galakan dan nasihat kepada saya.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penghulu dan penduduk-penduduk Bandar Taiping. Tidak Ketinggalan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya

yang sentiasa memberi galakan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik khususnya

Muhammad Zul Husni bin Zawawi yang banyak membantu saya. Sekian…

PENDAHULUAN

Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang dikehendaki

untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.Kawasan yang saya kaji ialah Bandar Taiping.Negara

yang dibandingkan ialah Jepun yang terletak di Asia Timur.

Selain itu,bentuk muka bumi yang pelbagai di kawasan ini juga memudahkan saya untuk

menjalankan kajian ini.

Saya telah menjalankan kajian ini dengan bantuan penduduk sekitar. Kajian yang dibuat in

memakan masa selama 4 minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk

menulis laporan dengan lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dapat mengkaji dan mengenalpasti di kawasan kajian saya iaitu di Bandar Taiping

berbanding dengan Negara Jepun dari aspek :

.bentuk muka bumi dan ciri-cirinya

.potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.

.halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

.kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

.langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

.

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih tempat tinggal saya iaitu Bandar Taiping sebagai kawasan kajian

saya.Bentuk muka bumi di sekitar Bandar Taiping adalah kawasan tanah pamah.

Bandar Taiping terlatak di dalam daerah Larut, Matang dan Selama,negeri Perak.

Jarak relatif bagi seorang dewasa dari Kamunting ke Taiping dengan menaiki Bas

awam RM0.90 manakala RM4.50 dengan menaiki teksi. Masa yang dianggarkan untuk sampai

di Taiping dari Kamunting adalah kira-kira 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta.

KAEDAH KAJIAN

RUJUKAN DI PUSAT SUMBER

Saya bersama-sama rakan saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi dan faktor-faktor ysng mempengaruhi sumbangan terhadap kawasan kajian.Selain itu, maklumat kesan dan langkah-langkah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar juga didapati daripada buku-buku tertentu.

PEMERHATIAN

Saya telah memerhatikan kawasan kajian saya selama beberapa hari untuk mengenalpasti bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Taiping ialah tanah pamah. Ia sesuai untuk pelancongan. Jenis tanih di kawasan kajian ialah tanih aluvium dan laterit.Saya juga melihat teknologi yang digunakan dalam pertanian dan pengambilan gambar serta menyiapkan dapatan kajian.

TEMUBUAL

Saya juga telah menemubual beberapa orang responden yang juga merupakan penduduk sekitar Taiping. Antara responden yang ditemubual ialah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII. Selain itu, saya juga menemubual beberapa orang responden yang bekerja sebagai tentera.

DAPATAN KAJIAN

JENIS –JENIS KEGIATAN EKONOMI

Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi negara ialah pertanian, perikanan, perlombongan, perindusrtian, perkhidmatan dan pembalakan.

PERTANIAN

Bumi Malaysia yang subur serta beriklim panas dan lembap sepanjag tahun amat sesuai untuk kegiatan pertanian.Pertanian merupakan kegiatan utama di negara kita Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Pertanian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanaman jualan dan tanaman makanan.

Tanaman makanan adalah tanaman yang ditanam untuk keperluan dan keluarga, manakala selebihnya dijual. Tanaman utama negara kita ialah padi. Kedah terkenal dengan tanaman padi yang luas dan juga digelar negeri “Jelapang Padi Malaysia”. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Malaysia iaitu padi sawah (kawasan tanah rendah) dan padi huma (kawasan berbukit). Tanaman jualan utama di negara Malaysia adalah kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit diusahakan secara kebun kecil dan ladang. Getah ditanam di tenggara Johor, Pahang dan selatan Kelantan. Tanaman jualan lain adalah seperti koko, tembakau, kelapa, teh, tebu, kopi dan banyak lagi.

PERIKANAN

Kerja menangkap dan memelihara ikan adalah aktiviti ekonomi yang dilakukan penduduk Malaysia. Ikan merupakan sumber protein utama yang sangat penting. Di Malaysia, terdapat empat jenis kegiatan perikanan utama iaitu perikanan air tawar, perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam akuakultur dan penternakan ikan hiasan.

PERLOMBONGAN

Mineral utama yang terdapat di Malaysia ialah petroleum dan gas asli. Mineral lain yang dilombong ialah emas, kuprum, bauksit dan bijih timah Industri perlombongan juga membantu perkembangan ekonomi negara.

PEMBALAKAN

Malaysia dapat menjalankan pembalakan kerana terdapat kawasan hutan terdiri daripada kayu keras. Hasil kayu ini adalah penting dan mendapat pasaran yang baik. Kayu balak diproses menjadi produk yang bernilai tinggi.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan terdiri daripada pelancongan, perdagangan, kewangan, pengangkutan dan pendidikan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi yang terpenting. Globalisasi ekonomi menggalakkan peningkatan dalam tambahan sektor perkhidmatan.

(KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN)

PERTANIAN

Pertanian adalah kegiatan aktiviti ekonomi yang utama dan penting di Kampung Sungai Ranggam. Kegiatan ini menghasilkan pendapatan kepada penduduk Sungai Ranggam. Di Sungai Ranggam terdapat kawasan penanaman padi dan kelapa sawit.

>Tanaman Padi

Luas kawasan tanaman padi di Sungai Ranggam ialah 5000 hektar. Ia dituai 2 kali setahun untuk mengekalkan kesuburan tanih. Jenis padi yang ditanam di Sungai Ranggam ialah padi sawah. Sebahagian penduduk bekerja di kawasan padi. Hasil penanaman padi akan dibawa dan dikumpul di Kompleks Padi Bernas Berhad Sungsi Ranggam untuk diproses menjadi beras.

>Tanaman Kelapa Sawit(sampingan)

Luas kawasan penanaman kelapa sawit di Sungai Ranggam ialah seluas 3000 hektar. Hasil daripada tanaman sawit akan dihantar ke tempat pengumpulan sawit. Selepas itu ia akan dihantar ke kilang sawit untuk diproses.

PERKHIDMATAN

Antara kegiatan ekonomi berdasarkan perkhimatan ialah pendidikan. Di kawasan Kajian terdapat perkhidmatan pendidikan yang disediakan kepada penduduk Sungai Ranggam. Perkhidmatan pendididkan itu ialah Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Ini menyediakan pekerjaan pendududuk sebagai guru. Selain itu, khidmat perubatan juga terdapat di kawasan kajian. Penduduk mendapat pekerjaan berdasarkan perubatan dengan menjadi doktor dan jururawat.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

PELUANG PEKERJAAN

Setiap sektor ekonomi dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Malaysia. Kegiatan pertanian dan Perkhidmatan iaitu pendidikan di Sungai Ranggam menyediakan banyak pekerjaan untuk pendududuk. Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran sangat rendah di Sungai Ranggam. Contoh pekerjaan yang boleh didapati ialah guru, pemandu lori, peladang, pesawah, pembekal baja dan banyak lagi.

PENDAPATAN

Kegiatan ekonomi telah menyumbangkan pendapatan bagi membiayai pebelanjaan mengurus dan mentadbir negara. Kegiatan ekonomi di Sungai Ranggam seperti hasil pad dan kelapa sawit sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam ekonomi negara.

PENGURANGAN PERGANTUNGAN BARANGAN IMPORT

Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah pertanian terutama pengeluaran barang makanan. Kemajuan dalam bidang pertanian di Sungai Ranggam dapat mengurangkan barangan import dari luar negera dalam pengimportan makanan.

PENINGKATAN TARAF HIDUP

Taraf hidup penduduk telah meningkat hasil daripada pendapatan yang diperolehi darpiada dalam penglibatan dalam kegiatan ekonomi apabila pendapatan penduduk meningkat. Oleh itu, pendududuk dapat memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan dan pakaian. Pendududuk Sungai Ranggam dalam kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan akan mudah mendapat rawatan apabila terdapatnya klinik desa.

*Dengan semua sumbangan ini, semangat patriotisme seperti cinta akan tanah air dapat dicapai.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP

Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Sungai Ranggam yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan tanaman padi sawah dan juga kelapa sawit.

PENCEMARAN

Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Sungai Ranggam, aktiviti pertanian padi telah menyebabkan pencemara udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari kilang padi dilepaskan ke udara. Pencemaran air berlaku apabila bahan kimia daripada penggunaan baja kimia digunakan penduduk.

PENIPISAN LAPISAN OZON

Penipisan lapisan ozon berlaku apabila asap yang dihasilkan daripada petroleum dan menghasilkan gas nitrogen. Lapisan ozon berada di ketinggian 10 hingga 50 kilometer. Kegiatan ekonomi di Sungai Ranggam seperti pertanian yang menggunakan bahan kimia akan bertindak balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

HUJAN ASID

Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari kilang dan kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Sungai Ranggam, kilang padi banyak melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Sungai Ranggam.

KEMPEN

Penduduk Sungai Ranggam diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

PENDIDIKAN

Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Sungai Ranggam tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains)

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)

Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam. Sungai Ranggam juga menggunakan teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

JADUAL DATA KAJIAN

BILANGAN PEKERJAAN DI SUNGAI RANGGAM

BIL. JENIS PEKERJAAN JUMLAH

1 Pesawah padi 20

2 Guru 5

3 Peladang 15

4 Pengurus Kilang 2

5 Pekedai 18

6 Buruh 10

7 Kilang 13

8 Lain-lain 17

JUMLAH 100

GRAFIK

CARTA PAI

GRAF

RUMUSAN

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.

Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.

.

Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di Sungai Ranggam. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.

RUJUKAN