flyers-tid.pdf

3

Click here to load reader

Upload: syahrulsksk

Post on 13-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FLYERS-TID.pdf

BAHAGIAN SUKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN (TID)

APAKAH TID?

# PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG UNTUK

MEMILIH BAKAL-BAKAL ATLIT YANG BERBAKAT UNTUK DISERAPKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH

SUKAN.

MATLAMAT

# MENGENALPASTI ATLIT YANG BENAR-BENAR BERKEBOLEHAN DARI PERINGKAT AWAL.

UJIAN-UJIAN TID PERINGKAT SEKOLAH UJIAN ANTHROPOMETRIK

1. KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

2. KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT) 3. PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

4. BERAT BADAN

UJIAN KECERGASAN 5. LARI PECUT 40 METER.

6. JANGKAUAN MELUNJUR

7. LARI ULANG ALIK (1O METER) 8. LOMPAT JAUH BERDIRI

UJIAN 1 - KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

TUJUAN : Untuk mendapat ukuran ketinggian

murid semasa posisi berdiri.

PROSEDUR - Pita ukur dilekatkan secara menegak di

permukaan dinding yang rata setinggi dua (2)

meter. - Murid berdiri membelakangkan dinding dengan

kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di

tengah-tengah belakang badan tanpa memakai

alas kaki. - Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat

sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha.

- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang kehadapan.

- Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan

lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan

papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak

(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala.

(Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil).

- Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji. - Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada

0.1cm.

UJIAN 2 - KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)

TUJUAN : Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian atas dan bawah badan semasa

posisi duduk melunjur.

PROSEDUR

- Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2)

meter.

- Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam

keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan.

- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.

- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas,

tahan nafas dan memandang ke hadapan. - Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan

lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan

clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat

pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala

(Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa ukuran dibuat).

- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm

Page 2: FLYERS-TID.pdf

UJIAN 3 - PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

TUJUAN : Untuk mendapat ukuran panjang,

lengan semasa mendepa.

PROSEDUR - Pita ukur dilekatkan secara melintang di

permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar (0) pada pita ukur

hendaklah dilekatkan berada pada (1) penjuru

dinding. - Murid berdiri membelakangkan dinding dengan

posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding. Ke dua belah kaki

berada dalam posisi rapat.

- Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu dan ianya selari dengan pita ukur yang

dilekatkan secara melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke

hadapan. - Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki

menarik nafas dan tahan nafas serta memandang

ke hadapan. - Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari

tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan (Jika ada kecacatan anggota

tangan, ukur pada bahagian paling hujung

anggota tanagan). Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 diletakkan

rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan

dengan jari di hujung penjuru dinding.

- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

UJIAN 4 - BERAT BADAN

TUJUAN : Untuk mendapat bacaan berat badan.

PROSEDUR

- Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.

- Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).

- Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di tengah-tengah alat

penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke

hadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian yang ringan).

- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.

- Berasa tidak selesa

- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua

- Tumit terangkat

UJIAN 5 - LARI PECUT 40 METER.

TUJUAN : Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur kepantasan.

PROSEDUR

- Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter. Letakkan

dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat.

- Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam keadaan sebelah kaki

dominan berada di belakang garisan permulaan.

(Dibantu oleh seorang pembantu pelepas). - Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan

permulaan. Pelepas akan memberi isyarat ’sedia’ dengan mengangkat tangan lurus dengan

bendera pada paras bahu.

- Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke

bawah. - Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan

semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan.

- Setiap murid diberi dua (2) percubaan.

- Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.

**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang

setiap kali sahaja)

UJIAN 6 - JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN : Untuk mengukur tahap kelenturan dan

kelembutan sendi pinggul, ’trunk’, otot belakang

dan belakang paha (hamstring).

Page 3: FLYERS-TID.pdf

PROSEDUR - Murid duduk melunjur tanpa kasut.

- Tumit kaki di letak di belakang penanda 25cm. - Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.

Rakan memegang lutut. - Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang

tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan

perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.

– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.

- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. - Murid yang membantu memegang lutut pelaku

tidak menganggu pelaku.

UJIAN 7 - LARI ULANG ALIK (1O METER)

TUJUAN : Untuk mengukur tahap ketangkasan

dalam catatan masa yang paling singkat.

PROSEDUR - Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10

meter. - Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10

meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara

dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)

- Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.

- Apabila isyarat ’mula’ diberikan, peserta akan

berlari menuju ke garisan yang telah diletakkan

bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke

garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm

di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu

dan berlari semula ke garisan permulaan untuk

menamatkan lari ulang alik 10 meter. - Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan

semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu.

- Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai

memberi isyarat ’mula’ sehingga ’torso’ murid melepasi garisan setelah selesai mengambil

bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)

- Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.

- Pemarkahan: Catatan masa terpantas diambil

hampir kepada 0.1 saat **Nota :Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /

terjatuh,semasa berlari, larian perlu dihentikan dan ujian perlu dibuat semula.

UJIAN 8 - LOMPAT JAUH BERDIRI

TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatan

kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.

PROSEDUR

- Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata dengan tanda sifar (0)

tepat berada di garisan permulaan. - Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan

buka kaki seluas bahu. (tidak memijak / berdiri

terlalu jauh dari gaisan). - Murid berdiri di hujung bebola kaki.

- Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan tangan.

- Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang semasa

mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak

lompatan yang terbaik. - Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali

berturut-turut. - Murid diwajibkan memakai kasut sukan.

- Pemarkahan:Bacaan diambil hampir kepada 0.1

cm.

TID MANJUNG 2014 PORTAL : http://www.tidmanjung.com

EMAIL : [email protected]

FB : www.facebook.com/Tidmanjung

WhatsApp : 019-574 5569