flora dan fauna

31
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR NO. MATRIKULASI : 830706055058002 NO. KAD PENGNEALAN : 830706-05-5058 NO. TELEFON : 012-2305360 E-MEL : [email protected]

Upload: rahmatina2811

Post on 02-Aug-2015

362 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)(MUKA SURAT HADAPAN)FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER JANUARI 2012HBPE 3203 PENDIDIKAN LUARPUSAT PEMBELAJARAN:PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILANHBPE 3203ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan 1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia 1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekit

TRANSCRIPT

Page 1: Flora Dan Fauna

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBPE 3203

PENDIDIKAN LUAR

NO. MATRIKULASI : 830706055058002

NO. KAD PENGNEALAN : 830706-05-5058

NO. TELEFON : 012-2305360

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI

SEMBILAN

Page 2: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2

1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia 2

1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar 3

berdasarkan Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji 5

2.1 Flora – Pokok Bakau 6

2.2 Fauna – Orang Utan 7

3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna

3.1 Flora – Pokok Bakau 9

3.2 Fauna – Orang Utan 10

4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna

4.1 Flora – Pokok Bakau 12

4.2 Fauna – Orang Utan 13

5.0 Usaha-Usaha Konserversi

5.1 Flora – Pokok Bakau 15

5.2 Fauna – Orang Utan 16

6.0 Kesimpulan 17

7.0 Bibliografi 18

1

Page 3: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

1.0 Pengenalan

Bumi dan alam sekitar adalah ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Manusia dijadikan

Allah untuk menjaga alam sekitar yang telah diamanahkan kepada mereka. Menurut Kamus

Dewan edisi keempat (2007), alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit

dan di bumi. Sekitar pula bermaksud di satu tempat atau sekeliling. Perkataan alam sekitar

pula membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan yang membawa maksud apa

sahaja yang melingkungi manusia. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia (2004), alam

sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan

manusia. Ia termasuklah tanah, air, udara, iklim, bau, rasa, faktor biologi dan juga faktor

sosial. Kesemua benda-benda ini saling bergantungan antara satu sama lain.

1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia

Menurut Abu Bakar Yang (2004) pula, alam sekitar merupakan penampung kepada

keperluan benda-benda hidup yang ada di muka ini dengan membekalkan sumber makanan,

udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti amat penting untuk memelihara

hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Alam sekitar yang berkualiti

juga dapat mewujudkan hubungan yang erat di antara manusia, haiwan dan tumbuh-

tumbuhan. Manakala menurut Fadil Othman (1996), pengertian sains dan teknologi

berdasarkan alam sekitar ialah, segala apa yang ada disekeliling dan berhubung kait

dengannya sehingga menimbulkan suatu suasana atau persekitaran. Oleh itu, sesuatu yang

ada di alam ini mempunyai persekitaran masing-masing dan boleh menjadi persekitaran

kepada sesuatu yang lain.

Menurut agama Islam, ”invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid

menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut Hj

Husin (2011), terdapat hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa misi kerasulannya adalah

untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Oleh itu, sebarang pencemaran alam sekitar

yang berlaku adalah berpunca daripada ketidaksempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya,

alam dan tuhan. Akhlak yang tidak sempurna akan mendorong kepada kebinasaan kepada diri

sendiri dan alam sekitar. Oleh itu, konsep agama Islam menjadikan manusia sebagai khalifah

menunjukkan bahawa alam ini merupakan ciptaan Allah dan sebagai manusia, kita perlu

menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

2

Page 4: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar berdasarkan

Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976

Berdasarkan objektif pendidikan konserversi mengikut UNESCO 1976, terdapat enam

objektif yang perlu dilakukan bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Antara objektif-

objektif tersebut ialah kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran, kebolehan menilai dan

bekerjasama. Sekiranya kesemua objektif ini dapat dicapai, masalah-masalah yang berkaitan

dengan alam sekitar akan diatasi dan seterusnya akan dapat menghasilkan alam sekitar yang

sempurna untuk didiami oleh semula hidupan dimuka bumi ini.

Objektif yang pertama adalah untuk membentuk kesedaran terhadap setiap individu

terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Objektif ini sangat penting untuk dicapai oleh

setiap lapisan masyarakat supaya mereka dapat memberikan satu kesedaran dalam diri

mereka dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kesedaran yang berjaya dipupuk

dalam diri setiap individu juga dapat membantu meningkat keprihatinan mereka terhadap

pendidikan konservasi alam sekitar yang dilakukan. Sebagai contoh, kempen-kempen yang

dilakukan secara berterusan melalui media massa dapat membantu memberikan kesedaran

kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Antara kempen-kempen

tersebut ialah kempen menjaga kebersihan sungai, kempen mengelakkan pembakaran secara

terbuka dan sebagainya.

Objektif yang kedua ialah pengetahuan. Pengetahuan bermaksud pemahaman yang

diperolehi mengenai alam sekitar dari sudut permasalahan, peranan dan tanggungjawab setiap

manusia terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Pengetahuan yang

diperolehi oleh setiap manusia akan memberikan mereka rasa tanggungjawab terhadap

penjagaan alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat mendidik masyarakat untuk

memberikan komitmen yang padu terhadap aktiviti-aktiviti konserversi alam sekitar. Sebagai

contoh, pelajar-pelajar di sekolah telah diberi pengetahuan oleh guru secara menyeluruh

tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui subjek pendidikan alam sekitar. Melalui

subjek ini, pelajar-pelajar ini akan mengetahui kepentingan penjagaan alam sekitar dan

manfaat yang boleh diperolehi sekiranya alam sekitar ini terjaga dan terpelihara.

3

Page 5: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

Objektif yang seterusnya ialah tentang sikap. Sikap yang dimaksudkan ialah sikap

individu yang sayangkan alam semula jadi. Sikap sayang ini akan dapat membuatkan mereka

bertindak dengan lebih proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara sikap

yang perlu dipupuk ialah keprihatinan yang mendalam terhadap alam sekitar, semangat dalam

menghargai alam secara lestari dan motivasi diri untuk menyertai usaha-usaha yang

dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk melindungi alam sekitar. Bukan itu sahaja,

pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan setiap daripada

kita lebih menghargai sumber-sumber alam dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, sesebuah

institusi kekeluargaan atau institusi pendidikan dapat memupuk dan membentuk anak-anak

supaya sayangkan alam sekitar. Ini supaya konsep menjaga alam alam sekitar dapat

diterapkan dalam dari mereka ketika mereka masih kanak-kanak lagi.

Objektif yang keempat ialah kemahiran. Kemahiran ialah peranan dan kepakaran

anggota masyarakat dalam memelihara alam semula jadi. Kemahiran yang diperolehi akan

dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar

yang berlaku disekeliling mereka dengan lebih efisyen lagi. Kemahiran yang diperolehi juga

dapat memberikan maklumat yang betul kepada kelompok masyarakat yang lain dalam

menggunakan sesuatu teknik atau cara bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

alam sekitar. Sebagai contoh, jika seseorang individu mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang mendalam terhadap penyelesaian bagi sesuatu masalah berkaitan dengan

alam sekitar, maka dia boleh menggunakan kemahirannya bagi membantu menyelesaikan

masalah tersebut.

Objektif yang kelima ialah kebolehan menilai. Kebolehan menilai bermaksud setiap

anggota masyarakat dapat menilai dan mengukur setiap tindakan yang mereka ambil yang

berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, kebolehan menilai ini juga dapat membantu setiap

lapisan masyarakat untuk menilai setiap program konservasi yang dijalankan dari segi

kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi oleh mereka dan alam sekitar. Sebagai contoh,

dalam aspek penjagaan kebersihan sungai, masyarakat boleh menilai sendiri tindakan yang

mereka lakukan seperti membuang sampah ke dalam sungai, dapat memberi kesan pada masa

akan datang. Sekiranya penilaian diambil sebelum sesuatu tindakan dilakukan, mereka akan

dapat menyedari bahawa tindakan yang mereka ambil akan membinasakan sungai dan

seterusnya alam sekitar.

4

Page 6: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

Objektif yang terakhir ialah bekerjasama. Pendidikan konservasi yang dilaksanakan

akan dapat menyatukan setiap lapisan masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian

dalam aktiviti konservasi alam sekitar yang dilakukan. Kerjasama dari semua pihak dapat

meningkatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap sesuatu masalah. Sebagai contoh,

terdapat beberapa kumpulan NGO yang sering mengadakan aktiviti membersihkan alam

sekitar seperti di kawasan perkelahan, pusat rekreasi dan taman-taman awam. Kumpulan-

kumpulan NGO ini bekerjasama dan berganding bahu dalam memberikan sumbangan tenaga

dan idea supaya alam sekitar berada dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Inisiatif yang

diambil oleh kumpulan-kumpulan ini merupakan satu kerjasama yang baik dan dapat

memberi manfaat kepada semua pihak.

Kesimpulannya, objektif pendidikan konserversi amatlah penting bagi membentuk

jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat. Pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar perlu dilakukan kerana alam sekitar merupakan satu elemen yang penting dalam

kehidupan manusia. Ia bersifat sejagat dan bukannya bersifat sementara. Segala pencemaran

yang berlaku kepada alam sekitar akan memberikan kesan buruk kepada manusia secara

langsung atau tidak langsung. Jadi, amatlah penting kepada kita sebagai manusia untuk sama-

sama berganding bahu bagi memastikan alam sekitar ini terjaga dan terpelihara.

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji

Flora dan fauna khazanah yang berharga kepada manusia. Menurut Kamus Dewan

edisi keempat (2007), flora membawa maksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat

di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup

disesuatu daerah tertentu. Menurut sumber dari majalah Dewan Kosmik 28 April 2011, di

Malaysia terdapat beberapa spesis flora yang hampir pupus. Antaranya ialah buah Setambun

Merah, Pokok Bakau, pokok Merawan Kanching, Keruing Layang, Putat, Orkid Jewel, Buah

Simpoh, Kulat Earth Ball dan sebagainya. Manakala menurut sumber dari laman sesawang

PERHILITAN, fauna yang dikesan hampir pupus di Malaysia ialah Badak Sumatera, Orang

Utan, Monyet Probascis, Gajah Asia, Linsang, Pipit Pinang, Harimau Belang, Kongkang,

Harimau Bintang dan sebagainya. Kesemua fauna yang hampir pupus ini dilindungi

sepenuhnya oleh PERHILITAN melalui akta perlindungan hidupan liar 2010 (akta 716).

5

Page 7: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

2.1 Flora – Pokok Bakau

Hutan hujan tropika merupakan satu ekosistem kompleks yang menampung pelbagai

jenis tumbuhan dan haiwan. Ia menyediakan habibat kepada pelbagai jenis flora dan fauna.

Selain itu, ia juga membantu untuk mengawal iklim, sumber air dan kestabilan alam sekitar.

Hutan hujan tropika terdiri daripada hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan pamah dan

bukit. Hutan paya laut atau dikenali sebagai hutan paya bakau merujuk kepada kawasan hutan

yang terdapat di pesisiran laut yang bercampur pasir laut apabila air pasang dan surut. Ia

merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau,

paya dan tanah gambut. Ia juga memiliki vegetasi rata, rapat dan memiliki tumbuhan

berdaun. Hutan paya laut mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna yang penting kepada

sistem ekologi dan biologi di Malaysia. Antara spesis utama hutan paya laut ialah pokok

bakau. Antara jenis-jenis tumbuhan bakau adalah seperti Bakau Minyak (Rhizophora

Apiculata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau

Kurap (Rhizophora Mucronata), Bakau Putih/Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tegar

(Ceriops Tagal).

Hutan paya bakau merupakan antara tempat penghasilan dan pembiakan sumber laut.

Ini kerana, kawasan paya bakau merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak ikan

berlindung dari ikan pemangsa. Terdapat beberapa spesis fauna seperti ikan dan udang yang

menggunakan paya bakau sebagai tempat untuk mereka mencari makanan, bertelur dan

membesar. Kawasan bakau dan dataran lumpur paya bakau merupakan tapak bagi burung-

burung residen dan hijrah mencari makanan dan membuat sarang. Kawasan paya bakau ini

6

Page 8: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

juga kaya dengan sumber makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar. Selain itu, ia juga

menjadi habitat kepada ketam yang merupakan makanan istimewa dan menjadi sumber

pendapatan kepada penduduk setempat. Kawasan paya bakau merupakan tempat yang sesuai

untuk menternak ikan atau udang dalam sangkar.

Bukan itu sahaja, hutan paya bakau juga berperanan sebagai benteng pemecah,

menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak. Ia juga dapat menghalang

hakisan tanah dan tiupan angin kencang. Pokok bakau telah terbukti dapat membantu

menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai

daripada menerima kerosakan yang lebih teruk. Selain itu, ia juga dapat menstabilkan

kawasan pantai dan bertindak sebagai pemampan semulajadi terhadap ribut taufan. Akar

daripada pokok bakau juga mengheningkan air yang berkelodak dan menjadikan air

dikawasan tersebut jernih. Bukan itu sahaja, kayu pokok bakau juga tahan lama dan mampu

terendam dalam air dalam tempoh waktu yang panjang. Ia sering digunakan dalam

pembinaan tiang jeti dan sesuai dibakar bagi menghasilkan arang.

2.2 Fauna – Orang Utan

Salah satu daripada fauna yang hampir pupus di Malaysia ialah orang utan. Nama

saintifik orang utan ialah pongo pygmeus. Orang utan adalah spesis hidupan liar yang

terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Dianggarkan kini terdapat hampir 20,000 hingga 27,000 orang utan yang masih wujud secara

bebas di kepulauan Borneo dan Sumatera. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan

pada paras 2400 M dari Gunung Kinabalu.

7

Page 9: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

Orang utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulu

dibadannya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Orang utan jantan mempunyai pad

pipi yang lebih yang lebih lebar apabila matang. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat

manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya berbentuk bujur dan

matanya bersaiz kecil. Mereka juga mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Bagi orang

utan jantan, purata panjang kepada dan badannya ialah adalah lebih kurang 96 sentimeter,

ketinggian 1.4 meter dan berat 70 kilogram hingga 100 kilogram. Manakala orang utan

betina mempunyai berat di antara 34 kilogram hingga 40 kilogram.

Mamalia ini membina sarang di atas pokok dengan menggunakan dahan-dahan

berdaun untuk mereka tidur pada waktu malam. Selalunya, orang utan membina sarang baru

setiap hari. Mereka merupakan antara haiwan yang suka bersendirian dan hanya hubungan

antara ibu dan anak sahaja yang berkekalan. Orang utan jantan hanya akan bergaul dengan

orang utan betina pada musim mengawan. Orang utan merupakan binatang pendiam dan

tidak menyerang haiwan lain. Pergaduhan jarang berlaku di antara orang utan dan mereka

jarang memonopoli kawasan kawalan. Orang utan hanya makan buah-buahan, daun-daun,

kulit kayu, bunga hutan dan pucuk-pucuk pokok. Kadang-kadang, mereka juga makan telur

burung dan cicak kecil. Mamalia ini boleh hidup melebihi 50 tahun. Ada juga yang mencapai

umur yang lebih panjang.

Seekor orang utan betina mampu melahirkan 3 hingga 4 ekor anak sekali dengan

purata seekor anak setiap tahun. Masa bunting adalah selama 9 bulan. Anak orang utan akan

disusukan selama beberapa tahun dan dibawa bersama ibunya selama 1 hingga 2 tahun

sebelum anak orang utan itu berdikari sendiri. Anak orang utan mempunyai kadar

pembesaran yang lambat kadang-kadang mengambil masa 5 hingga 7 tahun sebelum

mencapai kematangan seksual.

8

Page 10: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna

3.1 Flora – Pokok Bakau

Di Malaysia, hutan paya bakau boleh dilihat di kawasan Semanjung Malaysia dan di

Sabah dan Sarawak. Terdapat 646,000 hektar hutan paya Bakau di Malaysia iaitu 366,000

hektar di Sabah, 174,000 hektar di Sarawak dan 106,000 hektar di Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi pokok bakau ialah 6 buah

pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor. Negeri Sabah pula

mempunyai kawasan pokok yang bakau yang besar berbanding dengan negeri-negeri lain di

Malaysia.

Berdasarkan peta yang ditulis oleh Hanisah Mohd Amin (2005), dapat diperhatikan

bahawa hutan paya bakau kebanyakannya terdapat di kawasan pantai barat Semenanjung

Malaysia iaitu di negeri Perak, Selangor, Terengganu, Johor dan Kedah. Hutan paya bakau

juga terdapat di pantai timur Sabah dan pantai utara dan barat daya Sarawak. Hutan Bakau

utama di Terengganu ialah di Hutan Simpan Sungai Pimpin Dungun, Hutan Simpan Kuala

Kemaman, Kampung raja, Lagun Setiu, Kampung Benting Lintang, Kampung Kuala Bharu,

Batu Rakit dan beberapa tempat lagi. Walaupun kelihatan habitat hutan paya bakau ini

banyak, namun kini hutan paya bakau semakin diancam kepupusan akibat daripada sikap

9

Page 11: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 manusia yang tamakkan wang ringgit tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka

kepada ekosistem hutan paya bakau.

3.2 Fauna – Orang Utan

Orang utan adalah haiwan yang sukar ditemui di dalam hutan. Menurut ”Newsletter”

keluaran Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tembadau Sabah, baru-baru ini JHL dibiayai oleh

DANIDA/Projek SWD-CAP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perancis-HUTAN telah

memulakan Kajian Fauna Kedua di Sabah. Aktiviti ini akan membolehkan mereka

menentukan saiz populasi orang utan dan taburannya di negeri ini. Pada masa ini, cara yang

paling tepat adalah dengan menggunakan teknik pengiraan sarang orang utan disepanjang

transek. Walau bagaimanapun teknik ini banyak menggunakan tenaga, masa, kakitangan,

kewangan dan kawasan yang dapat ditinjau dari tanah adalah terhad.

Sejak 3 tahun lepas, Kinabatangan Orang Utan Conversation Projek (KOCP) telah

bekerjasama di kawasan Kinabatangan untuk membangunkan kaedah pengiraan sarang orang

utan melalui bancian dari udara, dengan menggunakan helikopter. Hasilnya, penggabungan

kedua-dua kaedah ini boleh menentukan saiz taburan dan populasi orang utan dengan lebih

tepat. Sehingga kini, kumpulan daripada JHL dan KOCP telah membuat kajian lebih kurang

separuh daripada kawasan hutan di Sabah. Hasil awal untuk sebilangan hutan simpan yang

telah ditinjau sehingga kini adalah seperti di bawah.

10

Page 12: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

Kawasan Hutan Simpan Saiz Habibat

(km ²)

Kepadatan Orang

Utan (seekor/km²)

Saiz Populasi

(seekor)

Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan (SHLK)

247 2.00 495

Hutan sekeliling SHLK 320 1.44 460

Hutan Simpan Gunung Rara 2200 0.11 240

Hutan Simpan Kalabakan 2200 0.20 440

Hutan Simpan Malua 340 2.41 820

Hutan Simpan Ulu Segama 1600 1.86 2980

Hutan Simpan Danum Valley 420 0.80 335

Hutan Simpan Segaliud Lokan 570 1.48 840

Hutan Simpan Tangkulap 270 1.79 480

Hutan Simpan Deramakot 530 1.78 945

Hutan Simpan Ulu Kalumpang 500 0.20 100

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa taburan orang utan tidak seragam

dan ia lebih tertumpu di hutan bahagian Timur Sabah. Walau bagaimanapun, terdapat juga

sebilangan kecil populasi yang terpencil dibahagian Croker dan Taman Kinabalu. Selain itu,

11

Page 13: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 Hutan Simpan Samantolong, Madai, Baturong, Sugut dan Paitan yang mempunyai kepadatan

orang utan yang agak rendah. Populasi orang utan yang terdapat di Ulu Segama, Malua,

Kuamut, Gunung Rara, Hutan Simpan Kalabakan dan lembah Danum yang kesemuanya

dibawah jagaan Yayasan Sabah, adalah populasi yang terbesar di Malaysia, dengan bilangan

minima sebanyak 5000 individu, populasi ini merupakan tempat terakhir bagi spesis orang

utan ini di Borneo. Ia juga merupakan peluang terakhir bagi orang utan untuk terus hidup

dalam jangka masa yang panjang.

Malua adalah hutan simpan yang mempunyai kepadatan orang utan tertinggi dalam

konsesi Yayasan Sabah iaitu 2.41 individu/km² dengan lebih daripada 800 ekor orang utan.

Manakala di Hutan Simpan Ulu Segama menyokong lebih 3000 ekor orang utan dengan

corak taburan berbeza manakala rekod kepadatan tertinggi adalah di sekeliling Lembah

Danum. Menurut kajian juga, kepadatan orang utan di bahagian selatan Hutan Simpan Ulu

Segama adalah tinggi walaupun di kawasan itu habitatnya hampir musnah. Selain itu, Hutan

Lembah Danum mempunyai populasi lebih kurang 500 individu orang utan. Hutan Dara

Lembah Danum merupakan hutan simpan kelas pertama. Walaupun Lembah Danum adalah

kawasan habitat penting untuk orang utan, ia mempunyai kawasan yang terhad. Ini kerana,

hutan dara mempunyai sumber makanan yang terhad mengikut musim. Walaupun hutan dara

digemari oleh spesis orang utan, namun adalah mustahil bagi mereka untuk mendiami

kawasan tersebut dalam tempoh waktu yang lama.

Kajian yang dilakukan dari udara dibahagian selatan Hutan Simpan Kuamut

menunjukkan kehadiran sarang orang utan yang banyak. Walau bagaimanapun, hanya

sebilangan kecil kawasan Hutan Simpan Kuamut yang telah ditinjau dan terlalu awal untuk

membuat anggaran saiz populasi dan taburan orang utan di hutan simpan ini. Kebanyakan

populasi orang utan yang dikenalpasti tinggal di luar kawasan yang dilindungi iaitu di dalam

kawasan yang dieksploitasi oleh manusia. Bagi memastikan kehadiran spesis orang utan

berkekalan di negeri Sabah, ia harus dilindungi secara aktif dan efektif.

4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna

4.1 Flora – Pokok Bakau

12

Page 14: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kepupusan hutan pokok bakau di

Malaysia. Antaranya ialah aktiviti pembalakan kayu bakau secara berleluasa, aktiviti

penternakan ikan dan udang, penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian atau

pembangunan, pencemaran minyak dan bahan buangan industri, pemburuan haiwan-haiwan

di kawasan hutan bakau dan penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan. Faktor yang

pertama ialah pembalakan hutan pokok bakau secara berleluasa. Terdapat segelintir manusia

yang lebih mementingkan keuntungan daripada alam sekitar. Hutan paya bakau ditebang

sesuka hati bagi mendapatkan batang pokok bakau. Batang pokok bakau mendapat

permintaan ramai pihak kerana ia boleh dijadikan sebagai benteng penahan ombak, kayu

pengikat bot dan sampan dan juga boleh dibakar untuk dijadikan arang. Maka disebabkan itu,

permintaan terhadap kayu pokok bakau semakin tinggi dan menyebabkan penebangan pokok

bakau semakin berleluasa. Faktor yang kedua ialah aktiviti penternakan ikan dan udang di

kawasan hutan bakau boleh menyebabkan habitat pokok bakau terjejas. Ini kerana, aktiviti

tersebut dapat menjejaskan ekosistem yang ada di kawasan tersut dan seterusnya

mengganggu pokok bakau daripada berkembang.

Faktor yang ketiga ialah penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian

atau pembangunan. Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat pembangunan pesat

membangun di kawasan sekitar tepi pantai atau sungai. Terdapat banyak chalet dan hotel-

hotel yang dibina dikawasan hutan paya bakau dan sekaligus memusnahkannya. Faktor yang

keempat ialah pencemaran minyak dan bahan buangan industri. Terdapat banyak kilang-

kilang dan perusahaan-perusahaan kecil yang dibina berhampiran kawasan hutan pokok

bakau. Kilang dan perusahaan ini akan mengalirkan minyak dan bahan buangan industri

mereka ke dalam kawasan hutan pokok bakau. Ini akan menyebabkan banyak hidupan

akuatik di kawasan tersebut terjejas dan menyebabkan ekosistem dikawasan tersebut terjejas.

Faktor yang seterusnya ialah pemburuan haiwan di kawasan hutan bakau oleh

pemburu-pemburu haram. Kegiatan yang tidak bermoral ini boleh mengganggu tumbesaran

pokok bakau dan haiwan-haiwan yang berada di sekitarnya. Ini kerana, pemburu-pemburu ini

tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka kepada keadaan sekitar malah mereka

akan berasa bangga apabila hajat mereka untuk mendapatkan haiwan tertentu tercapai. Faktor

yang terakhir ialah penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan kawasan sekeliling.

Cara pengendalian peralatan perikanan yang tidak betul seperti penggunaan jala atau pukat

13

Page 15: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 ikan akan menyebabkan kawasan hutan pokok bakau terjejas dan memusnahkan habitat hutan

paya bakau secara perlahan-lahan.

4.2 Fauna – Orang Utan

Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan orang utan di

Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Menurut sumber dari akhbar Berita

Harian bertarikh 27 Februari 2012, antara punca-punca bilangan orang utan semakin

berkurangan dan diancam kepupusan ialah pemburuan haram, pembalakan haram, gangguan

manusia terhadap habitat orang utan, pemerdagangan hidupan liar oleh manusia, pembukaan

kawasan untuk penanaman kelapa sawit dan sebagainya. Faktor pertama kepupusan spesis

orang utan ialah pemburuan haram. Pemburuan orang utan secara haram sering berlaku

kerana mendapat permintaan yang tinggi. Pemburuan ini akan mengakibatkan spesis orang

utan semakin pupus dan akan menyebabkan kemusnahan kepada habitat orang utan.

Faktor yang kedua ialah pembalakan haram. Terdapat segelintir manusia yang

menebang pokok secara haram jauh di dalam hutan kerana pokok-pokok yang berharga

selalunya terdapat di kawasan hutan yang masih belum diterokai lagi. Aktiviti ini dilakukan

dikawasan hutan tebal kerana pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak mahu aktiviti

pembalakan haram mereka dikesan oleh pihak berkuasa. Disebabkan aktiviti ini, banyak

habitat haiwan liar musnah termasuklah habitat orang utan. Faktor yang ketiga ialah

gangguan manusia ke atas habitat orang utan. Kawasan habitat orang utan tidak boleh

diganggu atau dimusnahkan. Ini kerana, orang utan merupakan haiwan yang sensitif terhadap

gangguan, Sekiranya perkara ini berlaku, orang utan akan meninggalkan kawasan mereka dan

berpecah daripada kumpulan mereka. Sekiranya mereka hidup bersendirian, risiko diserang

haiwan lain adalah tinggi dan seterusnya akan mengancam nyawa mereka.

Faktor yang seterusnya ialah pemerdagangan hidupan liar. Terdapat beberapa

kumpulan manusia yang memperdagangkan hidupan liar disebabkan permintaan yang tinggi

oleh sesetengah individu. Ini sebabkan kerana, populasi orang utan yang hanya terdapat di

Malaysia dan Indonesia. Orang utan yang ditangkap akan diseludup ke negara luar dan dijual

dengan harga yang tinggi. Akibat daripada perbuatan ini akan menyebabkan habitat orang

14

Page 16: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 utan semakin pupus dan diancam kemusnahan. Faktor yang terakhir ialah pembukaan

kawasan untuk penanaman kelapa sawit. Terdapat beberapa kawasan habitat orang utan yang

berada dalam kawasan pertanian milik Yayasan Sabah. Kawasan tersebut merupakan

kawasan yang dicadangkan untuk penanaman pokok kelapa sawit. ¼ kawasan tersebut telah

dibangunkan dan ini menyebabkan orang utan yang mendiami kawasan tersebut terpaksa

berpindah ke kawasan lain. Sewaktu perpindahan tersebut, mereka terdedah dengan bahaya

diburu dan dibunuh oleh pemburu-pemburu haram.

5.0 Usaha-Usaha Konserversi

5.1 Flora – Pokok Bakau

Bagi mengatasi masalah kepupusan pokok paya bakau di Malaysia, terdapat beberapa

inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini.

Antaranya ialah menggubal satu akta baru bagi mencegah pencerobohan hutan paya bakau.

Akta ini penting bagi menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan

sesuka hati mereka terhadap habitat hutan paya bakau. Usaha yang kedua ialah dengan

menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap kawasan-kawasan panas ini bagi

mengelakkan pokok bakau ditebang sesuka hati. Jabatan Perhutanan dan Pihak Maritim telah

menjalinkan satu usahasama bagi membendung pencerobohan hutan pokok bakau secara

berleluasa. Usahasama ini terbukti berkesan apabila terdapat penurunan terhadap kes-kes

penebangan pokok-pokok bakau secara haram di sekitar Semenanjung Malaysia.

Usaha yang ketiga ialah program penanaman semula pokok bakau. Terdapat beberapa

tempat yang telah menjalankan projek penanaman semula pokok bakau bagi mengelakkan

kepupusannya. Contohnya seperti sebuah badan bukan kerajaan iaitu Global Environment

15

Page 17: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 Centre (GEC) yang telah mengambil inisiatif untuk membuat projek penanaman semula

pokok bakau di Kuala Gula, Perak yang telah mengalami masalah kepupusan pokok bakau.

Bukan itu sahaja, GEC juga telah menubuhkan Sahabat Hutan Bakau bagi menyelamatkan

ekosistem di sekitar Kuala Gula.

Selain itu, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta di Malaysia yang

bergiat cergas dalam aktiviti memulihara dan memelihara alam sekitar. Antaranya ialah

Kementerian Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia Nature Society,

Sahabat Alam Malaysia, World Wildlife Fund Malaysia dan sebagainya. Agensi-agensi ini

bersama-sama memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga

alam sekitar, cara-cara untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar dan pelbagai perkara

yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara contoh kempen yang dilaksanakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah kempen ”Satu Pelajar, Satu Pokok”. Kempen ini

berjaya memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap pelajar yang menyertai

program ini.

5.2 Fauna – Orang Utan

Di Sabah, orang utan adalah haiwan yang dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan

Haiwan 1963. Oleh itu, Jabatan Hidupan Liar Malaysia telah mengambil inisiatif untuk

membuka penempatan orang utan seperti di Semanggoh Sarawak dan di Sepilok Sabah bagi

membendung kepupusan orang utan ini daripada berleluasa. Penempatan ini dapat membantu

mengambil anak orang utan yang kehilangan ibu mereka akibat daripada pemburuan haram

dan dijaga di penempatan tersebut. Anak-anak orang utan ini akan dijaga dan diberi makanan

supaya mereka dapay meneruskan hidup. Pada peringkat umur tertentu, mereka akan

dibebaskan di kawasan hutan yang sebenar.

Usaha konserversi yang kedua ialah dengan memulakan pelan pembangunan negeri

untuk spesis orang utan dengan kerjasama oleh Jabatan Hidupan Liar, DANIDA/Projek

SWD-CAP, di mana ia melibatkan penglibatan semua pihak iaitu Jabatan Hutan Yayasan

Sabah, pengurus syarikat konsesi pembalakan, komuniti tempatan dan sebagainya. Satu

perjanjian telah dimeterai oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk melindungi dan menjauhi

kawasan habitat hidupan orang utan supaya ekosistem dikawasan tersebut tidak terjejas dan

seterusnya menghalang habitat orang utan daripada pupus. 16

Page 18: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

Pendidikan konservasi alam sekitar juga merupakan salah satu daripada inisiatif yang

dilakukan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang alam sekitar. Setiap

kanak-kanak dididik tentang kepentingan menjaga alam sekitar daripada kemusnahan dan

kehancuran. Pendidikan konservasi ini juga penting bagi memberi pengetahuan dan

membantu kanak-kanak untuk mengenal dan memahami betapa penting penjagaan terhadap

alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberikan mereka kesedaran tentang

kewajipan mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar mereka.

Di Malaysia juga terdapat beberapa akta yang diwujudkan bagi memulihara dan

memelihara alam sekitar. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), antara akta-akta yang diwujudkan ialah Akta

Perhutanan Negara 1984 (313), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (akta 716) dan

beberapa akta-akta yang lain. Akta-akta ini wujud bagi membendung kegiatan-kegiatan yang

boleh memusnahkan dan mengancam hidupan flora dan fauna terutamanya orang utan.

Menurut sumber daripada akhbar Berita Harian bertarikh 28 April 2003, Penolong Pengarah

Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah iaitu Agustine Tugga, tindakan tegas oleh kerajaan

dengan mengetatkan pelaksanaan undang-undang Pemeliharaan Hidupan Liar 1957 antara

faktor kepupusan orang utan dapat dikawal. Berdasarkan kepada undang-undang tersebut,

sesiapa yang melakukan kesalahan memelihara tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman

penjara selama lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen

42 Enakmen yang sama.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Malaysia merupakan tempat yang mengandungi pelbagai spesis flora

dan fauna yang berharga dan jarang ditemui ditempat lain seperti spesis orang utan dan pokok

bakau. Spesis ini merupakan khazanah negara yang amat bernilai. Disebabkan itu, objektif

pendidikan konserversi UNESCO 1976 diwujudkan bagi memupuk dan membentuk jiwa

yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat supaya spesis flora dan fauna dapat

dilindungi daripada diancam kepupusan dan kemusnahan. Jadi, adalah penting bagi kita

sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara, memulihara dan seterusnya memastikan flora dan

17

Page 19: Flora Dan Fauna

HBPE 3203 fauna ini masih terjaga dan terpelihara dengan baik supaya generasi yang seterusnya

mendapat manfaat daripadanya.

Bibliografi

Abu Bakar Yang. (2004). Alam Sekitar Anugerah Tuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fadil Othman. (1996). Permasalahan Alam Sekitar. Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hjh Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanisah Mohd Amin. (2005). Atlas Informatif:KBSR Tahun 4,5 dan 6. Selangor: Penerbir Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haji Husin. (2011). Era Hijau: Ke Arah Generasi Lestari. Selangor: UPM Holding Sdn Bhd.

Zaini Ujang. (2011). Dewan Kosmik. Kuala Lumpur: Nikaz Publications.

Newsletter Jabatan Hidupan Liar Tembadau Sabah. 7 Mac 2003. Vol. 3.

Akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2012

18

Page 20: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Apr03%2028d.htm

http://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20110428_M_DWK_NEWS_pg54,55_21309e_Spesies%20Tumbuhan%20Ter.pdf

http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf

http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf

19

Page 21: Flora Dan Fauna

HBPE 3203

20