flora dan fauna

16
FLORA DAN FAUNA

Upload: meshalinee

Post on 21-Jul-2015

266 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Flora dan Fauna

FLORA DAN FAUNA

Page 2: Flora dan Fauna

PENGENALAN

Page 3: Flora dan Fauna

Keindahan alam semula jadi di

Malaysia..

Page 4: Flora dan Fauna

Negara kita sememangnya diketahui sebagai salah satu negara di dunia

ini yang mempunyai alam sekitar yang cukup indah dan mempesonakan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dilahirkan di bumi

Malaysia yang mempunyai alam sekitar yang indah dan bebas daripada

bencana-bencana alam yang dahsyat.

Antara tempat-tempat di negara kita yang terkenal kerana mempunyai

alam semulajadi yang cantik ialah:-

a) Pulau Perhentian

b) Pulau Tioman

c) Pulau Sipadan

d) Pulau Redang

e) Pulau Pangkor

Page 5: Flora dan Fauna

PULAU PERHENTIAN

PULAU TIOMAN

PULAU SIPADAN

PULAU REDANG

Page 6: Flora dan Fauna

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Page 7: Flora dan Fauna

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar

kemewahan yang berlandaskan teknologi dan

kecanggihan cara hidup.

Tetapi harga yang perlu dibayar untuk mencapai

semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah

bumi terpaksa di korbankan untuk memenuhi

kehendak dan nafsu manusia masa kini.

Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka

flora dan fauna yang hampir pupus semakin

meningkat angkanya.

Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon

berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita

mempunyai masa.

Page 8: Flora dan Fauna

CONTOH FLORA DAN FAUNA YANG SUDAH SEMAKIN PUPUS

Page 9: Flora dan Fauna

TINDAKAN MANUSIA YANG MEMBAWA

KEPADA KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Page 10: Flora dan Fauna

Pembalakan haram

~ Manusia semakin giat melakukan kegiatan pembalakan untuk mendapatkan

bekalan kayu untuk menghasilkan perabot, kertas dan sebagainya. Ini menyebabkan

tanaman-tanaman berharga musnah akibat pembalakan secara berleluasa

Memburu haiwan

~ Manusia kini memburu haiwan-haiwan kerana terdapat sesetengah bahagian

haiwan boleh digunakan bagi kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, kulit buaya boleh

digunakan bagi menghasillkan beg dan sebagainya.

Pembinaan kawasan-kawasan perumahan dan kawasan perindustrian

~ Pembinaan kawasan-kawasan perumahan dan kilang setelah membalak pokok-

pokok di sesebuah kawasan juga boleh menyebabkan berlakunya kepupusan flora

dan fauna.

Pembinaan empangan di kawasan hutan

~ Pembinaan empangan di kawasan hutan sememangnya memerlukan keluasan

yang amat besar. Oleh itu, manusia mengambil langkah membalak semua pokok di

sesebuah kawasan. Ini akhirnya boleh membawa kepada kepupusan flora dan fauna.

Page 11: Flora dan Fauna
Page 12: Flora dan Fauna

LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN

MEMULIHARA…

Page 13: Flora dan Fauna

1. Mengawal kegiatan pembalakan yang dilakukan.

~ Pihak berkuasa wajar mengawal kegiatan pembalakan yang dilakukan

untuk mengelakkan pokok-pokok dibalak secara berlebihan tanpa kawalan.

2. Penanaman semula

~ Menanam semula spesis pokok yang telah ditebang bertujuan untuk

memastikan kewujudan spesis pokok tersebut dan juga bekalan kayu yang

berterusan.

3. Mewujudkan tempat perlindungan

~ Tempat perlindungan wajar didirikan untuk melindungi haiwan-haiwan yang

sudah semakin pupus untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab

memburunya.

4. Mewujudkan hutan simpan

~ Mewujudkan hutan simpan merupakan salah satu cara yang baik kerana kita

dapat mengekalkan hidupan di dalam hutan tidak kira flora dan fauna

5. Menguatkuasakan undang-undang

~ Pihak berkuasa wajar mendenda dan menghukum pihak yang cuba

memburu atau membalak secara haram untuk memberi kesedaran dalam diri

mereka.

Page 14: Flora dan Fauna

KEPENTINGAN FLORA DAN FAUNA

Page 15: Flora dan Fauna

1. KESEIMBANGAN EKOSISTEM

~ Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan

benda- benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam

sekitar.

~ Semua hidupan iaitu, tumbuhan , haiwan, dan manusia saling memerlukan

untuk hidup. Sebagai contoh, manusia dan haiwan memerlukan oksigen yang

dilepaskan oleh tumbuhan manakalan tumbuhan memerlukan karbon dioksida

yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan untuk proses fotosintesis.

2. TARIKAN PELANCONG

~ Kewujudan flora dan fauna amat penting kerana ia boleh menjadi faktor

tarikan pelancong untuk melancong ke negara kita.

3. EKONOMI NEGARA BERTAMBAH BAIK

~ Sekiranya kita memelihara flora dan fauna, sememangnya kita akan dapat

menambah pendapatan negara apabila ramai pelancong yang melancong ke

negara kita.

4. MENCEGAH BENCANA ALAM

~ Dengan memelihara dan memulihara alam sekitar, kita akan dapat

mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan hakisan tanah.

Page 16: Flora dan Fauna

SEKIAN TERIMA KASIH !!!