fiqh luar negara

30
FIQH LUAR NEGARA

Upload: syafiq-khalil

Post on 22-Jun-2015

1.278 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqh luar negara

FIQH LUAR NEGARA

Page 2: Fiqh luar negara

طهارة

Menyapu khufDalil keharusan :• Hadis Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al- Bajili, katanya: Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil wuduk

setelah menunaikan qada’ hajat. Baginda telah berwuduk dan kemudiannya meyapu kedua khuf (yang dipakai oleh) baginda”. (Sahih Bukhari, Nombor 1478; Sahih Muslim, Nombor 272).

• Al-Mughirah bin Syu’bah juga ada meriwayatkan, katanya: “Ketika saya berada bersama Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir, saya ingin membukakan khuf baginda, tetapi baginda melarangnya untuk baginda menyapunya”. (Sahih Bukhari, Nombor 203; Sahih Muslim, Nombor 274).

Page 3: Fiqh luar negara

Syarat

• Hanya selepas dia telah mengambil wuduk yang sempurna.

• Hendaklah ia menutupi kaki sehingga paras buku lali.

• Hendaklah ia menghalang air dari menembusinya.

• Hendaklah ia diperbuat daripada kulit yang suci dan telah melalui proses penyucian

Page 4: Fiqh luar negara

Tempoh menyapu

• Musafir : 3h3m• Mukim : 1h1m

Perkara yang membatalkan

• Jika si pemakainya membuka khuf tersebut• Habis tempoh penyapuan• Hadas besar

Page 5: Fiqh luar negara

Stoking = Khuf

• HARUS = stoking itu diperbuat daripada kulit & menutup buku lali

• Sekiranya stoking itu daripada bulu / kapas :1) Abu Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan

bermazhab Maliki dan majoriti golongan bermazhab Syafie. Golongan ini tidak membenarkan seseorang yang memakai stoking biasa menyapu stokingnya sebagai ganti basuh kaki semasa berwuduk kerana stoking yang tidak diperbuat daripada kulit tidak dipanggil khuf dan tiada ketahanan dibawa berjalan dan tidak telus air.

Page 6: Fiqh luar negara

Stoking = Khuf

2) Golongan yang mengHARUSKAN - Sebahagian mazhab Syafie, tetapi dengan syarat stoking itu perlu

tebal dan boleh dibawa berjalan jauh & perlu menutupi buku lali. - Mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab hanafi. Mereka

mengharuskan perbuatan menyapu ke atas stoking seperti keharusan menyapu ke atas khuf.

Dr Wahbah al-Zuhaili, ulamak bermazhab Syafie kontemporari, memilih pendapat kedua yang mengharuskan menyapu ke atas stoking sebagai pendapat yang kuat berbanding pendapat pertama.

Page 7: Fiqh luar negara

Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram

Mazhab Syafie: Hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri. Batal yang menyentuh dan disentuh walaupun tanpa syahwat.

Mazhab Maliki: Batal wuduk dengan menyentuh seseorang dan naik syahwat. Sama ada sentuhan dari lelaki atau wanita. Walaupun yang disentuh kanak-kanak yang belum baligh. Walaupun menyentuh isterinya sendiri atau orang asing atau mahramnya atau menyentuh kuku atau rambut atau dengan lapik. Sama ada sentuhan sesama lelaki atau sesama wanita.

Mazhab Hanbali: Batal wuduk jika menyentuh kulit wanita dengan syahwat dan tanpa lapik. Tidak ada perbezaan antara mahram atau orang asing, kecil ataupun besar.

Page 8: Fiqh luar negara

Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram

Mazhab Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan. Walaupun yang menyentuh dan yang disentuh keduanya bertelanjang. Contohnya kedua suami isteri tidur di dalam satu selimut dan bertelanjang keduanya dan melekat di antara satu sama lain. Wuduk mereka tidak terbatal kecuali pada 2 keadaan:Keluar dari mereka berdua sesuatu seperti mazi dan seumpamanya. Menyentuh kemaluan suami ke kemaluan isteri. Dalam keadaan ini batal wuduk suami jika: o Tegang kemaluan suami. o Tidak ada penghalang yang menghalang panas badan.Adapun wuduk isteri terbatal hanya dengan melekat pada tubuh suaminya.

Page 9: Fiqh luar negara

Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram

Dalil : “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah: 6)

Ulama Syafie : bersentuhanUlama Hanafi : jimak • Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ulamak Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafie dan Hanafi

Page 10: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?

(Cara) Menyucikan bekas kamu sekiranya dijilat anjing ialah dengan membasuhkan sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah, atau dimulakan dengan tanah, atau basuhan kelapan dengan tanah

2 hukum : - najis keseluruhannya - tidak najis keseluruhannya

Page 11: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?Pendapat Pertama Seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat

Mazhab al-Syafi‘iy dan Hambali. Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas. Memandangkan lidah dan

mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya - yakni seluruh badannya – adalah najis juga.

Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis: Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundang ke rumah satu

kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”

Page 12: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?Pendapat kedua• Anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada

Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis

• Disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala ( 5:04)

Page 13: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?

Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua kerana :1. Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh

anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah.2. Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallammemenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha‘if).

Page 14: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?

Pendapat Yusuf Al- Qardhawi :• Najis ialah air liur anjing.• Cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang

hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi.

Page 15: Fiqh luar negara

Anjing Najis ?

Alternatif lain selain tanah untuk samak• Pendapat terkuat dalam mazhab Syafie menyatakan tiada

alternatif dibenarkan untuk tanah dalam samak. Ini kerana cara cucian tersebut telah diterangkan secara jelas dalam nas hadis.

• Pandangan jumhur di dalam mazhab Hanbali menyatakan boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan.

• Ada yang menyatakan boleh sekiranya sukar atau ada halangan untuk mendapatkan tanah.

Page 16: Fiqh luar negara

Sekilas tentang babi

al-An'am: 145 : HARAM dimakan3 perkara menjadi khilaf ulama :1) Kategori najis – jumhur kata mutawassitah. Imam Syafie

sahaja kata mughalazah2) Cara menyucikan – basuh macam biasa.3) Mana-mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah

disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur). - jumhur ulamak melarang pengunaannya samada sebagai

perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis.

Page 17: Fiqh luar negara

صالة

Solat JamakHadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”

Jamak sebab hujan• Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja• Jamak taqdim sahaja• Hujan tidak berhenti hingga jemaah selesai solat•Hujan lebat

Page 18: Fiqh luar negara

Jamak sebab sakitImam Ahmad berpendapat harus bagi individu yang sakit tenat dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani dengan menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berehat.

Jamak sebab hajatAbdullah bin Syaqiq berkata, ‘’ Pada suatu hari Ibn Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas asar hingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata ‘’ Solat, solat’’ tetapi dia tetap berpidato lagi. Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan ‘’ Solat, solat’’. Lalu Ibn Abbas berkata ‘’ Apakah engkau mengajarku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata, ‘’ Aku melihat Nabi Muhammad menjamakkan antara zohor dan asar, maghrib dan isyak. Syarat – syarat Tidak dijadikan kebiasaan atau adat Hajat itu benar-benar mendesakTidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat

Page 19: Fiqh luar negara

Solat QasarAn-Nisa’ : 101Imam Muslim merekodkan daripada Ya’la bin Umayyah, beliau bertanya kepada Umar berkaitan ayat di atas dengan mengatakan, ‘’ Sekiranya manusia berada dalam keadaan aman dan tidak takut apakah mereka boleh mengqasarkan solat mereka juga? Dia membalas, ‘’Aku pun merasa hairan mengenainya dan pernah bertanya kepada Nabi Muhammad. Beliau menjawab, ‘’Ianya adalah sedekah daripada Allah kepada kamu, terimalah sedekah daripada Allah.’’

Cara : zohor dengan asar, maghrib dengan isyak

Hukum : rukhsah. harus dilakukan dan harus ditinggalkan. namun melakukannya adalah lebih menepati amalan rasulullah.

Page 20: Fiqh luar negara

Solat QasarJarak perjalanan yang dibenarkan :Tiada jarak khusus yang ditetapkan oleh Allah dan rasul Nya.Dalil : Yahya bin Yazid radhiallahu 'anhu berkata, ‘’Aku bertanya kepada Anas tentang mengqasarkansembahyang dan saat itu aku akan keluar menuju Kufah (iaitu dari Bashrah), apakah aku sembahyang dua rakaat dua rakaat hingga kembali.” Anas juga berkata: “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda sembahyang 2 rakaat - riwayat Imam Ahmad

1) Mazhab Hanafi – 3 malam iaitu lebih kurang 125km2) Mazhab Maliki, Hanbali – 2 marhalah ( 80km)3) Mazhab Syafie – 2 marhalah (96km)

Page 21: Fiqh luar negara

Solat QasarTempohTiada tempoh khusus yang ditetapkan Allah dan rasul Nya.Kewujudan hadis-hadis dengan jumlah hari yang berbeza menunjukkan tidak ada batasan jumlah hari yang tertentu

dalam hal ini. Perbezaan jumlah hari tersebut hanyalah menunjukkan keragaman corak musafir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari (dan baginda) mengqasarkan sembahyang - riwayat Imam Abu Dawud

1) Mazhab Hanafi – kurang daripada 15 hari.

2) Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali – berniat menetap di suatu tempat kurang daripada 4 hari tidak termasuk hari tiba dan keluar.

3) Bagi mereka yang tidak menetapkan tempoh – jumhur sepakat harus melakukan qasar sepanjang tempoh tersebut

Page 22: Fiqh luar negara

Solat Dalam PenerbanganMenentukan waktu solat dalam penerbanganDalil – 04: 103 - Rasulullah bersabda, ‘’Waktu Zuhur itu ialah ketika matahari telah condong ke Barat sehingga bayang-bayang orang seperti tingginya selama belum masuk waktu Asar dan akhir waktu Asar itu ialah selama mana belum menguningnya matahari, dan waktu solat Maghrib hingga sebelum hilangnya awan mega merah dan waktu Isya' ialah hingga tengah malam dan waktu subuh mulai dari terbit fajar hingga selama matahari belum terbit’’ – sahih Muslim

Zohor / Asar – guna pen / pensilSubuh – lihat ufuk timurMaghrib / Isyak – lihat ufuk barat

Page 23: Fiqh luar negara

Solat Dalam PenerbanganMengadap Qiblat Dr. Ahmad asy-Syarbashi, seorang tokoh fiqh kontemporer dari Al-

Azhar, Mesir : seseorang itu tetap wajib berusaha mencari ruang bagi

membolehkan dia bersolat fardhu sesempurna mungkin. tanyalah kepada anak-anak kapal akan ruang dan ketika yang

sebaiknya untuk bersolat Jikalau ruang yang ada hanya mencukupi untuk berdiri ke arah

qiblat tetapi tidak untuk rukuk dan sujud maka berdirilah ke arah qiblat

Jika semua ini masih tidak terdaya untuk dilaksanakan maka hendaklah seseorang itu sebagai alternatif terakhir bertakbir ke arah qiblat dan kemudiannya meneruskan solatnya itu ke arah mana yang termampu.

Page 24: Fiqh luar negara

Ijtihad Mencari Arah QiblatMuadz bin Jabal radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada hari yang mendung dalam satu perjalanan dengan menghadap ke arah selain qiblat. Tatkala solat telah ditunaikan maka mataharipun muncul lalu kami berkata - Wahai Rasulullah, kita telah solat bukan ke arah qiblat. Maka beliau menjawab: Solatmu telah diterima oleh Allah Azza waJalla kerana haknya - riwayat Imam ath-Thabrani

Ulamak Hanafi dan Hanbali menegaskan supaya diteruskan solat apabila disedari kesilapan arah qiblat ketika sedang solat dan tidak diwajibkan mengulangi semula solat jika arah qiblatnya yang berdasarkan ijtihad disedari silap sesudah solat.

Ulamak Maliki : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat hanya dalam al-waqt ad-daruri ( waktu yang harus menjamakkan antara 2 solat )

Ulamak Syafie : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat tersebut

Page 25: Fiqh luar negara

Bilangan Sah Solat JumaatDalil - Jumu’ah : 09Mazhab Syafie : 40 orang yang bermukim. Jika kurang, tidak wajib menunaikan solat jumaat malah wajib menunaikan solat zohor.

Mazhab Hanbali : 50 orang yang bermukim

Mazhab Hanafi : 4 orang

Apa yg tersirat di sebalik ayat ini adlah apabila kamu mendengar azan memanggil solat jumaat dan bilangan kamu cukup bg berjemaah, tunaikanlah solat jumaat. Bilangan bg berjemaah adlah 2 org yg mukalaf, maknanya apabila cukup 2 org maka boleh tunaikn solat jumaat. Pendapat ini dipopularkn oleh Ibn Hazm Zahiri. Pendapat ini gk disokong oleh kebanyakan ulama moden zaman ini.

Page 26: Fiqh luar negara

Solat dengan memakai kasut

Said bin Yazid al-Azdiy r.a. katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah s.a.w. pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya.

Dibolehkan solat dengan memakai kasut sama ada dalam suasana sukar atau senang, samada di tempat asal atau musafir.

Syaratnya ialah dengan penglihatan biasa dipastikan bahawa kasut itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada, maka cara pembersihan ialah dengan menggosoknya di atas tanah. Jikalau tiada tanah, maka wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat.

Page 27: Fiqh luar negara

Solat di Tempat – Tempat Awam Dalil : 2 – 238Satu ketika Imran bin Hushain radiallahu-anhu menderita sakit buasir (haemorrhoid) yang berat lalu dia bertanya kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mengenai cara solatnya maka beliau bersabda: Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring. – riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud.

Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya - riwayat Imam Ahmad

Page 28: Fiqh luar negara

ماكاننIstihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau

sifatnya atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.

Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis tersebut. Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali sifatnya di dalam air tersebut

Page 29: Fiqh luar negara

ماكننGelatin haiwan yang diharamkan atau disembelih secara tidak syar’I

1) Resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih dengan sembelihan syar’i kerana gelatin yang mengalami perubahan sebahagian unsurnya tidak termasuk dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal bintang yang diharamkan

2) Bukan semua enzim yang berasal dari tulang atau lemak babi haram hukumnya secara qat`ii. Najis apabila telah berubah, berubahlah hukumnya. Apabila ada illah (sebab) ada hukum dan jika tiada illah (sebab) tiada hukum. Ia berubah melalui perubahan kimia, maka tidak lagi dianggap sebagai najis dan tidak lagi dianggap sebagai hukum babi yang diharamkan

Page 30: Fiqh luar negara

ماكننMakan Di Restoran Bukan Islam

Halal atau haram sesuatu makanan terletak pada: 1. Sumbernya - bukan dicuri, bukan hasil rasuah, riba, judi atau sebagainya. 2. Bahannya - Hukum asal semua benda yang boleh dimakan di atas muka bumi ini

adalah halal kecuali yang dinyatakan keharamannya oleh al-Quran atau hadis.

Tips nak order makanan1. Pastikan sumber makanan ( ayam / daging halal ). Lihat simbol halal kalau ada.2. Lihat kondisi kedai itu ( kebersihan, penjual )3. Pastikan peralatan yang digunakan tidak secara terang-terangan bercampur

dengan halal dan haram.