final p.luar

36
821008016129001 HBPE3203 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR PENCEMARAN ALAM SEKITAR NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH NO. MATRIKULASI : 821008016129001 NO. KAD PENGNEALAN : 821008-01-6129 NO. TELEFON : 0107064439 E-MEL : [email protected] 1

Upload: adang30

Post on 13-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pendidikan luar

TRANSCRIPT

821008016129001

HBPE3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014HBPE 3203PENDIDIKAN LUARPENCEMARAN ALAM SEKITAR

NAMA

:SAIFUL AZRA BIN MD NOH

NO. MATRIKULASI

: 821008016129001

NO. KAD PENGNEALAN: 821008-01-6129

NO. TELEFON

: 0107064439

E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

( CAWANGAN BATU PAHAT )ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

M/SURAT

1. Isu 1: Pembuangan Sampah

3 Punca

3

Kesan

5

2. Isu 2: Pencemaran

6

Punca

7

Kesan

83. Isu 3: Pembakaran Terbuka

10

Punca

11

Kesan

12

4. Isu 4: Pembuangan Sisa Toksik

13

Punca

13

Kesan

15

5. Isu 5: Pertanian

16

Punca

16

Kesan

17

6. Kertas Kerja Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

18

7. Perincian aktiviti / Cadangan aktiviti

268. Instrumen Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Cadangan

28

9. Rujukkan

331.ISU 1:PEMBUANGAN SAMPAH

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dike luarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran. Sampah juga dapat dikategorikan. Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti:

Sampah Domestik

Sampah Klinikal

Sampah Industri

Sampah Komersial

Sampah perobohan dan pembinaan

Sampah pertanian

1.2Punca-Punca Pembuangan Sampah Sarap

1. Sikap Sambil Lewa Masyarakat

Amalan menjaga kebersihan adalah aspek yang perlu diterapkan ke dalam diri setiap manusia. Terdapat sebilangan individu yang menganggap menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab orang lain. Sampah sarap dibuang sewenang-wenangnya samada di tepi jalan, di dalam parit dan juga sungai. Mereka tidak memikirkan apakah kesannya ke atas alam sekitar untuk jangka pendek dan panjang

2. Tempat / Kawasan Pelupusan Sampah yang terhad

Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg. sampah setiap hari. Jumlah ini bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari). Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.3. Penerokaan Hutan Untuk Pertanian Dan Perindustrian

Bagi menjalankan aktiviti pertanian di kawasan-kawasan yang baru diteroka, banyak sisa-sisa / pokok-pokok yang di tebang. Sisa-sisa tidak diselenggara dengan baik. Ini menyebabkan longgokkan sampah sarap dan mengundang bahaya kepada kawasan persekitaran. Antaranya boleh menyebabkan banjir kilat, mengundang binatang berbisa seperti ular dan sebagainya.

1.3KESAN PEMBUANGAN SAMPAH SARAP

1. Mengundang Bau Busuk Dan Binatang Buas

Oleh kerana sistem penyelengaraan sampah tidak dilaksanakan dengan betul maka akan berlakulah longgokan sampah ditepi-tepi jalan. Ini akan menyebabkan kawasan persekitaran berbau busuk. Melalui sampah sarap yang berbau busuk ini juga akan mengundang haiwan-haiwan lain seperti anjing liar, lalat, tikus bahkan juga bakal menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes. Ini sekaligus membahayakan keselamatan penduduk di sekitar kawasan tersebut. Anjing anjing liar yang berkeliaran juga boleh mengancam nyawa, terutama bagi pejalan kaki dan juga penduduk yang menaiki basikal ataupun motorsikal.2. Menyebabkan Banjir Kilat

Hasil dari pembuangan sampah sarap ke longkang-longkang dan juga sungai, akan mengakibatkan longgokkan sampah yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Ini adalah kerana system perparitan tidak dapat mengalirkan air dengan baik dan tersumbat yang seterusnya menyebabkan berlakunya banjir.3. Mencacatkan Pemandangan Mata

Oleh kerana pembuangan sampah dilakukan sewenang-wenangnya, kawasan persekitaran akan menjadi kotor. Longgokkan sampah yang bertaburan ditepi-tepi jalan bakal menjejaskan Malaysia sebagai Hub Perlancongan. Kesannya, pelancong akan enggan datang ke Negara ini kerana masyarakat di Negara ini tidak mengamalkan kebersihan, terutama kawasan persekitaran. Akibatnya, ekonomi Negara akan menurun dan sector pelancongan di Negara ini akan terjejas.2.ISU 2:PENCEMARAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

i. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor SemulajadiPencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

ii. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah seperti membuang bahan toksid ke dalam sistem perairan, asap-asap yang dilepaskan daripada kenderaan, pembakaran secara terbuka dan banyak lagi.2.1PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ( UDARA, AIR, TANAH )

Pencemaran Udara

Pencemaran Udara berlaku apabila udara yang dilepaskan dalam bentuk gas ataupun asap bebas di udara. Pembebasan udara dan gas di udara ini boleh memudaratkan kesihatan Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila sampah sarap / bahan toksik dibuang di dalam kawasan berair seperti di sungai, tali air, laut dan sebagainya. Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah berlaku apabila kawasan-kawasan hutan di teroka dan

ditarah untuk kerja-kerja pembinaan dan untuk membuka lading bagi tujuan

pertanian. Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan

sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .2.2KESAN BURUK PENCEMARAN

i.Mengancam Kesihatan Dan Keselamatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak. Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul ii.Kehilangan Dan Kerosakkan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat.iii.Mengancam Flora Dan Fauna

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut.

3.ISU 3 : PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran terbukaditakrifkan sebagai "pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong." Secara umumnya, setiap kali anda menyalakan api di luar, anda membuat pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

3.1PUNCA-PUNCA PEMBAKARAN TERBUKA

1. Sikap Individu & Organisasi Yang Tidak Bertanggungjawab

Masyarakat secara umumnya tahu akan kesan buruk pembakaran secara terbuka kepada kawasan persekitaran. Namun, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membakar sampah secara terbuka. Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tersebut. Ini dapat dilihat apabila mereka membakar sampah secara terbuka, kerana ada diantaranya bahan yang dibakar itu mengandungi CFC (chlorofluorocarbon ) walhal mereka tahu yang bahan tersebut amat berpotensi dan menyumbang kepada penipisan ozon. Terdapat juga segelintir pengusaha perindustrian yang melepaskan ataupun membakar bahan buangan daripada kilang-kilang. Asap-asap dan debu yang berterbangan di udara mengundang pula kepada kejadian jerebu yang akan membahayakan kesihatan manusia.2. Kawasan Perlupusan Sampah Yang Terhad.

Pertambahan penduduk di samping pekerja asing memerlukan ruang untuk pembinaan kawasan kediaman. Di Malaysia, terdapat hampir 230 tapak pelupusan sampah dengan purata keluasan 15 hektar untuk setiap tapak. Pengurusan dan latihan operasi di kebanyakan tapak pelupusan ini secara keseluruhannya adalah lemah. Kawasan yang telah diperuntukkan tersebut juga adalah tidak mencukupi dan Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi menguruskan sampah-sampah berkenaan.

3. Penguatkuasaan Yang Lemah Dari Pihak Berkuasa

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 29A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001, kerajaan telah melarang orang ramai daripada melakukan pembakaran secara terbuka melainkan jika ianya ada kaitan dengan agama, majlis berbeku, dan pembakaran mayat. Selain daripada perkara yang disebutkan tadi, sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka adalah salah disisi undang-undang. Namun begitu, penguatkuasaan ini tidak dipantau dari semasa ke semasa. Lebih menyukarkan kerana aktiviti pembakaran secara terbuka ini sukar di kawal kerana ianya berlaku dimana-mana sahaja dan tidak mengira tempat.3.2KESAN-KESAN PEMBAKARAN TERBUKA

1. Mengundang Masalah Jerebu

Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar. Seperti yang kita ketahui, pembakaran terbuka ini membabitkan pelbagai jenis bahan. Antaranya ialah bahan plastik yang mengandungi CFC. Jika bahan yang mengandungi CFC ini di bakar, maka ia akan mengakibatkan lapisan ozon menjadi tipis dan kesannya untuk jangka panjang, cahaya ultraungu akan sampai ke bumi. 2. Punca Kepada Fenomena Pemanasan Global

Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kitaini. Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yangtidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara danseterusnya memerangkap haba.Oleh halyang demikian, pihak kerajaanseharusnya memperketat undang-undangagar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di mukabumi ini. Rentetan daripada perkara itu,masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akanberkurangan. Kita seharusnya sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita inimenjadi lebih melarat lagi

4.ISU KE 4 :PEMBUANGAN SISA TOKSIK

Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Ini kerana bahan buangan toksik berbahaya bersifat mudah terbakar, mudah menghakis, beracun atau mudah bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan separa pepejal.

4.1PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN SISA TOKSIK

1. Pembuangan Sisa Toksik Daripada Kilang

Kebanyakkan kilang dibina ditepi-tepi sungai. Oleh yang demikian, pengusaha kilang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik yang dihasilkan di kilang ke dalam system perparitan. Hal ini adalah demi untuk menjimatkan kos operasi kilang kerana untuk melupuskan sisa toksik berkenaan di pusat-pusat pelupusan memerlukan kos yang tinggi. Ini sekaligus dapat memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada pengusaha kilang berkenaan. 2. Kurang Kesedaran Sivik Terhadap Kesan Pembuangan Sisa Toksik

Kebanyakkan penduduk di Malaysia sedar akan kesan buruk yang akan dihadapi oleh alam sekitar sekiranya sisa toksik dibuang ke dalam sistem perparitan. Namun, oleh kerana terdapat segelintir individu yang tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi menyebabkan pencemaran sisa toksik ini berlaku juga. Kebanyakkannya sisa toksik tersebut dibuang melalui individu yang diupah untuk melaksanakan pembuangan sisa toksik tersebut. Mereka tidak menghiraukan apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya sisa toksik itu dibuang ke dalam laut ataupun di dalam sungai.3. Tumpahan Minyak Dan Pembuangan Sisa Toksik Daripada Kapal-Kapal

Dinihari, kita sering mendengar tentang perlanggaran kapal-kapal dilaut yang lazimnya akan menyebabkan tumpahan minyak. Terdapat sebilangan kes yang akan menyebabkan tumpahan sisa toksik yang bakal mencemarkan sistem perairan negara. Tumpahan minyak dan sisa toksik ini bakal memusnahkan ekosistem laut dan akibatnya, sumber dari laut seperti batu karang, ikan malah semua hidupan laut akan musnah.4.2KESAN PEMBUANGAN SISA TOKSIK

1. Melumpuhkan Ekosistem Laut

Kesan buruk pembuangan sisa toksik adalah ianya akan melumpuhkan sama sekali ekosistem laut. Ianya memberi kesan jangka panjang kepada hidupan akuatik kerana sisa toksik yang berada di dalam air sukar untuk dineutralkan.

2.Menjejaskan Kesihatan Manusia

Oleh kerana sisa toksik masuk ke dalam sistem perairan, ianya akan menjejaskan kesihatan manusia melalui air yang diminum. Walaupun air tersebut dirawat terlebih dahulu, namun kesan daripada pencemaran ini boleh dikesan melalui bau dan ianya sekaligus membahayakan kesihatan manusia.

3.Melumpuhkan Ekonomi Negara

Oleh kerana sisa toksik / tumpahan minyak berlaku diperairan negara, ianya akan menjejaskan ekonomi negara melalui sektor perlancongan. Pelancong akan berasa bimbang untuk bercuti dan menikmati keindahan pantai di negara ini.

5.ISU KE 5 : PERTANIAN

Pertanian merupakan agenda penting dan menjad penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara. Melalui aktiviti pertanian, ianya bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara, malah membantu rakyat melalui ruang-ruang pekerjaan yang ditawarkan. Namun, melalui pertanian juga, aktiviti yang dilakukan memberi impak negatif kepada kesejahteraan alam sekitar. Antara punca-puncanya adalah seperti berikut;

1.Penerokaan Hutan Secara Berleluasa Untuk Pembalakkan Dan PertanianPokok-pokok ditebang tanpa kawalan bagi mendapatkan balak dilihat antara punca berlakunya banjir lumpur dibeberapa kawasan. Selain itu, lereng-lereng bukit ditarah bagi menjalankan aktiviti pertanian seperti yang berlaku di Cameron Highland juga telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh. Ini adalah kerana apabila pokok-pokok ditebang, tanah tiada cengkaman terhadap akan dan mengakibatkan tanah bergerak mengikut air lalu terjadinya banjir lumpur dan tanah runtuh.

2.Penggunaan Racun Serangga Dan Baja Kimia

Dalam sektor pertanian, penggunaan baja kimia dan racun serangga adalah amat perlu bagi mendapatkan hasil yang berkualiti dan tidak rosak dimakan serangga. Penggunaan baja pula memainkan peranan penting agar tanaman subur dan hasil tuaian lebih sihat.

3.Pertanian Sejenis

Kebanyakkan trend pertanian pada zaman sekarang adalah penanaman satu jenis tanaman sahaja. Dengan kawdah ini, ianya dapat mengurangkan kos operasi dan menguntungkan para petani. Contoh tanaman sejenis adalah seperti pokok getah, pokok kelapa sawit dan penanaman padi.

5.2KESAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

1.Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh

Oleh kerana hutan diteroka dan pokok ditebang, maka tanah tiada apa untuk dicengkam. Sekiranya pokok tidak ditebang, ia masih ada akar untuk dicengkam. Apabila akar pokok sudah tiada maka akan berlakulah banjir lumpur dan tanah runtuh. seperti yang berlaku di Cameron Highland baru-baru ini.2.Membahayakan Kesihatan / Mengancam nyawa

Penggunaan racun serangga dan baja kimia mengancam keselamatan, terutama penduduk berhampiran. Ini adalah kerana habuk dan debu melalui semburan racun serangga dan baja kimia akan bergerak melalui udara dan masuk ke dalam sistem pernafasan kita.3.Menyebabkan Tanah Kehilangan Nutrien

Melalui penanaman satu jenis tanaman juga akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar, terutama kepada tanah. Ini akan menyebabkan tanah hilang nutrien dan kemiskinan tanah. Akibatnya, tanah akan mati dan tidak akan sesuai untuk digunakan bagi menanam tanaman yang lain pada masa yang akan datang.

KERTAS KERJAPERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

TAHUN 2014

TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI,

TONGKANG PECHAH, JOHOR

HARI / TARIKH:RABU

8 November 2014 ( Sabtu )

ANJURANUNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI

83000, JOHOR.

1.0 PENGENALANPerkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha memperbaiki disiplin dan lebih menghargai alam sekitarPerkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.

Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.

Disampingmenimbapengalaman,perkhemahanininantiakandapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAMPerkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI, TAHUN 2014

3.0 MATLAMATAntara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-masing. iii. Menanam sikap perihatin dan cintakan alam sekitar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan4.0 OBJEKTIFPada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Membina generasi yang bersemangat patriotic, cintakan Agama, Bangsa dan Negara.

ii. Memupuk semangat cintakan alam sekitar ke dalam diri murid-murid sejak dari bangku sekolah

iii. Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.

5.0 PENGISIAN PROGRAM

5.1 SENARAI AKTIVITIAKTIVITIPENGENDALI

Mengutip BenangEn. Hamzah b. Salleh

Menangkap IkanCik Nurbaiya bt Yassin

Demonstrasi Memadam KebakaranEn. Hussen b. Manaf

Membuat AnyamanPn. Noor Azreen bt Kusenan

Permainan KimEn. Wan Fadhli B. Ibrahim

Bilangan Peserta Perkhemahan :

Badan Unit BeruniformJumlah

LP

Pengakap20

Tunas Kadet Remaja Sekolah20

Pandu Puteri Tunas25

Bulan Sabit Merah510

Jumlah4535

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLAPENGERUSICIK NG GEK LUI

NAIB PENGERUSIEN. AZMAN B. HASSIAM

SETIAUSAHA

CIK NURBAIYA BT. YASSIN

BENDAHARI

En. Wan Fadhli B. Ibrahim

KETUA PERKHEMAHAN

EN. Hussen b. Manaf7.0 JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHANJAWATANKUASATUGASANKETUA

KETUA PERKHEMAHAN DAN PENOLONGa. Merancang segala pengisian aktiviti.

b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.En. Hussen

Pn. Zainaf

URUSETIAa. Menyediakan borang penyertaan dan mendaftar peserta.Cik Nurbaiya

Pn. Linda

PENEMPATANa. Merancang dan mengurus tempat penginapan.

b. Menyediakan khemah untuk peserta.Salwani

Asmad

PERALATAN, ELEKTRIK DAN SIARAYAa. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.

b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dalam keadaan baik dan sedia digunakan.

c. Memastikan segala peralatan disimpan dalam keadaan yang baik selepas aktiviti.En. Idham

En. Hasrie

KESELAMATAN DAN DISIPLINa. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin sepanjang aktiviti.

c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

d. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.En. Kamal

Pn. Fauziah

MAKANAN DAN MINUMANa. Merancang dan menentukan menu makanan

b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.Noorlela

Siti Nur Ain

DOKUMENTASI / BULETINa. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.

b. Mengambil gambar setiap aktiviti.

c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.

d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.En. Idham

HADIAH DAN SIJILa. Menyediakan hadiah, sijil dan cenderamata programAminah

Siti Hajjar

JAWATANKUASA AKTIVITI REKREASIa. Merancang, menyelaras dan menjalankan senaman setiap pagi.b. Merancang, menyelaras dan menjalankan program untuk slot rekreasi/permainan.Wan Fadli

Saiful

JAWATANKUASA AKTIVITI PERTANDINGANa. Merancang dan menyelaras aktiviti pertandingan.

b. Memastikan hadiah dan cenderamata telah disediakan.Wan Fadli

Saiful

8.0 BUTIRAN PERKHEMAHANPerkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Hari: SabtuTarikh: 8hb November 2014

Tempat: Sekolah Jenis Kebangsaan Seri BinjaiJurulatih: Guru-guru SK Seri Binjai

9.0 SASARAN PENYERTAANProgram ini adalah terbuka kepada semua ahli unit beruniform Darjah 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Seri Binjai ( 80 orang )

10.0 BAYARAN PENYERTAANTiada bayaran dikutip daripada peserta. Segala perbelanjaan dibayar dengan peruntukan kerajaan. Sumbangan daripada kerajaan adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:

i. Makan dan minuman

ii. Kad Aktiviti iii. Tanda Nama Peserta

iv. Pengurusan perkhemahan

v. Hadiah, sijil dan cenderamatavi. Bahan-bahan aktiviti / permainan

vii. Peralatan perkhemahan11.0 ANGGARAN KEWANGAN

BILSUMBER KEWANGANUNITANGGARAN PERBELANJAAN

(RM)

1

Makan Dan Minuman:

i. Minum pagi

ii. Makan tengah hari80

80

2Pengurusan Perkhemahan:

i. Dokumentasiii. Tanda nama peserta80

3Hadiah, Sijil Dan Cenderamata:

i. Pingat

ii. hamper3

10

4Bahan-Bahan Aktiviti / Permainan:

i. tali nylon

ii. plastik besar / sarung tangan

iii. Daun kelapa sawit

iv. kad gambar10 gulung

10 helai

10 ikat

30 keping

5Peralatan Perkhemahan

i. kompas

ii. lighter

iii. messtin

iv. dapur mudah alih & gas

v. hexamine stove & fuel tablet

vi. flysheet10

5

10 SET

5 SET

10 SET

5

JUMLAH

1.0 TENTATIF PROGRAMBILMASAAKTIVITI

17.15 pagiPendaftaran

27.45 pagiPembahagian kumpulan dan ice-breaking

38.00 pagiMengutip Dan Mencantum Benang

49.00 pagiminum pagi

509.30 pagiMenangkap Ikan

611.00 tengah hariRehat

711.30 tengah hariDemonstrasi Memadam Kebakaran

812.30 tengah hariMakan tengah hari

91.00 petangSolat Zohor

102.00 petangMembuat anyaman

113.00 petangPermainan Kim

124.00 petangMengemas tapak khemah

134.30 petangUpacara penutup / penyampaian hadiah

145.00 petangBersurai

Perincian Tentang Cadangan Aktiviti Perkhemahan

Aktiviti 1: Mengutip Benang ( Pembuangan Sampah )

Dalam aktiviti perkhemahan ini, murid diberikan arahan untuk mengutip benang berdasarkan warna yang telah ditetapkan. Benang-benang tersebut telah digunting dalam ukuran 4 - 5CM bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti benang kumpulan masing-masing. Benang tersebut ditabur di sepanjang jalan berhampiran sekolah. Jarak perjalanan untuk aktiviti ini dalam anggaran 2.5 KM. Setelah sampai di garisan penamat, setiap kumpulan hendaklah menyambungkan benang-benang tersebut agar dapat ditentukan pemenangnya. Peserta diberi masa lebih kurang 1 jam untuk menyempurnakan aktiviti ini.

RASIONAL :

Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat / sikap menjaga kebersihan persekitaran dan mengelakkan dari membuang sampah merata-rata tempat. Sampah-sampah haruslah diletakkan di tempat yang telah disediakan.

AKTIVITI 2: MENANGKAP IKAN ( Isu Pencemaran )Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan ditugaskan untuk menangkap sekurang-kurangnya 8 ekor ikan talapia yang terdapat di dalam kolam sekolah. Setiap ahli kumpulan wajib untuk menangkap ikan tersebut dengan menggunakan tangan. Apabila ikan telah ditangkap, ia perlu ditunjukkan pada pegawai yang bertugas di stesen tersebut. Kumpulan yang telah berjaya menaikkan 8 ekor ikan dalam masa yang paling pantas dikira sebagai pemenang.

RASIONAL:

Memupuk semangat cintakan alam sekitar, terutamanya kawasan air kerana air merupakan sumber yang amat penting dan seharusnya kita menjaganya demi kesejahteraan hidup.

AKTIVITI 3: MEMADAM KEBAKARAN ( PEMBAKARAN TERBUKA )Dalam aktiviti ini, pihak sekolah telah menjemput pihak bomba untuk membuat satu demonstrasi cara untuk memadamkan api sekiranya berlaku satu-satu kes kebakaran. Demonstrasi ini dilakukan di padang sekolah. Pihak Bomba juga menunjukkan satu contoh aktiviti menyelamat mangsa kebakaran. Berdasarkan kepada contoh aktiviti menyelamat yang telah ditunjukkan, setiap kumpulan harus melakonkan watak dalam suasana kebakaran dan bagaimana tindakkan menyelamat dilakukan oleh anggota kumpulannya. Kumpulan yang dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna dikira sebagai pemenang.

RASIONAL:

Melalui aktiviti ini, ianya melatih para peserta untuk menghadapi saat-saat kecemasan ( terutama kebakaran ). Latihan ini juga dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dan dapat menghindarkan dari melakukan pembakaran secara terbuka.

AKTIVITI 4: Membuat Anyaman ( Pertanian )

Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan 3 anyaman yang berbeza dari segi coraknya. Daun-daun kelapa sawit diagihkan kepada semua kumpulan dan setiap peserta mestilah mengambil bahagian dengan membantu sama lain bagi membuat anyaman. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk menghasilkan anyaman tersebut. Pemenang dikira berdasarkan anyaman yang paling kreatif dan menarik.

RASIONAL:

Menggalakkan murid menghasilkan kraftangan dengan menggunakan bahan terbuang. Dengan itu, ianya akan menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam bidang seni disamping menghargai dan menggunapakai sumber-sumber terbuang untuk melaksanakan aktiviti. Aktiviti ini juga dilakukan agar murid lebih menghargai alam sekitar dan memelihara sumber semulajadi untuk warisan generasi yang akan datang.

AKTIVITI 5: Permainan Kim

Permainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang memerhati benda yang dipamerkan selama dua minit sebelum ditutup dengan sehelai kain.Sekiranya ahli berjaya mengenalpasti sekurang-kurangnya 25 dari 30 benda yang dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.

RASIONAL:

Dalam permainan ini, ia melatih peserta untuk mengingat dan menghafal objek yang ditunjukkan. Objek tersebut berupa gambar-gambar sungai berserta namanya. Sungai-sungai tersebut ada yang bersih dan ada yang tercemar dengan sisa toksik. Ianya melatih daya ingatan para perserta disamping menghargai sumber air yang ada di negara kita.

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2014

UNIT BERUNIFORM

SK SERI BINJAI ( 08 NOVEMBER 2014)

Aktiviti: Mengutip & Menyambung Benang

Arahan : Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai.

0Tidak memuaskan

1Kurang memuaskan

2Memuaskan

3Sangat memuaskan

Kriteria yang dinilai

BilkriteriaSkala

0123

1Menepati masa

2Arahan yang diberi sesuai

3Kerjasama kumpulan

4Tugasan yang diberikan menarik

5Kawalan keselamatan yang baik

6Peralatan yang disediakan mencukupi

7Kebersihan sepanjang aktiviti

8Memberi peluang kepada semua murid

9Aktivit berkaitan pembuangan Sampah

10Pengalaman yang diperolehi

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2014

UNIT BERUNIFORM

SK SERI BINJAI ( 08 NOVEMBER 2014)

Aktiviti: Menangkap Ikan

Arahan : Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai.

0Tidak memuaskan

1Kurang memuaskan

2Memuaskan

3Sangat memuaskan

Kriteria yang dinilai

BilCriteriaSkala

0123

1Menepati masa

2Arahan yang diberi sesuai

3Kerjasama kumpulan

4Tugasan yang diberikan menarik

5Kawalan keselamatan yang baik

6Peralatan yang disediakan mencukupi

7Kebersihan sepanjang aktiviti

8Memberi peluang kepada semua murid

9Aktiviti Berkaitan Dengan Pencemaran

10Pengalaman yang diperolehi

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2014

UNIT BERUNIFORM

SK SERI BINJAI ( 08 NOVEMBER 2014)

Aktiviti: Demonstrasi Memadam Kebakaran

Arahan : Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai.

0Tidak memuaskan

1Kurang memuaskan

2Memuaskan

3Sangat memuaskan

Kriteria yang dinilai

BilCriteriaSkala

0123

1Menepati masa

2Arahan yang diberi sesuai

3Kerjasama kumpulan

4Tugasan yang diberikan menarik

5Kawalan keselamatan yang baik

6Peralatan yang disediakan mencukupi

7Kebersihan sepanjang aktiviti

8Memberi peluang kepada semua murid

9Aktiviti berkaitan dengan pembakaran terbuka

10Pengalaman yang diperolehi

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2014

UNIT BERUNIFORM

SK SERI BINJAI ( 08 NOVEMBER 2014)

Aktiviti: Membuat Anyaman

Arahan : Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai.

0Tidak memuaskan

1Kurang memuaskan

2Memuaskan

3Sangat memuaskan

Kriteria yang dinilai

BilCriteriaskala

0123

1Menepati masa

2Arahan yang diberi sesuai

3Kerjasama kumpulan

4Tugasan yang diberikan menarik

5Kawalan keselamatan yang baik

6Peralatan yang disediakan mencukupi

7Kebersihan sepanjang aktiviti

8Memberi peluang kepada semua murid

9Aktiviti berkaitan dengan isu pertanian

10Pengalaman yang diperolehi

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2014

UNIT BERUNIFORM

SK SERI BINJAI ( 08 NOVEMBER 2014)

Aktiviti: Permainan Kim

Arahan : Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai.

0Tidak memuaskan

1Kurang memuaskan

2Memuaskan

3Sangat memuaskan

Kriteria yang dinilai

BilCriteriaskala

0123

1Menepati masa

2Arahan yang diberi sesuai

3Kerjasama kumpulan

4Tugasan yang diberikan menarik

5Kawalan keselamatan yang baik

6Peralatan yang disediakan mencukupi

7Kebersihan sepanjang aktiviti

8Memberi peluang kepada semua murid

9Aktiviti berkaitan dengan pencemaran sisa toksik

10Pengalaman yang diperolehi

RUJUKAN

1. Azizi Ahmad. (2007). Keselamatan dan kesihatan industri. Kuala Lumpur

2. Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America : Oxford University Press

3. ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah

4. Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM

5. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala Lumpur :Penerbit Mikamas

6. Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd3

_1446986973.bin