filem talentime review updated

3
Filem Talentime adalah salah satu karya terbaik Yasmin Ahmad dan sesuai untuk dikaitkan isu perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Struktur penceritaan yang tersusun dan disertai oleh sub-plot yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat meletakkan filem ini di dalam kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan lain di Malaysia. Talentime menceritakan tentang program pencarian bakat yang sinonim dengan kebanjiran program-program realiti di Malaysia yang menggunakan latar belakang sebuah kampung terpencil di ibu kota sebagai lokasi utama penceritaan filem ini. Ia mengisahkan satu pertandingan pencarian bakat yang menemukan dua hati iaitu seorang gadis Melayu kacukan bernama Melur dan seorang pelajar lelaki berbangsa India yang bernama Mahesh. Bagi pendapat saya, saya bersetuju bahawa filem ini sesuai untuk dikaitkan dengan kesepaduan sosial kerana penekanan pengarah filem itu sendiri iaitu Yasmin Ahmad melalui babak-babak dialog yang berbaur sinis yang bertujuan mengkritik persoalan sosial rakyat Malaysia yang meliputi kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Sebagai contoh, keharmonian keluarga Harith dan anaknya Melur digambarkan dalam suasana aman dan kemesraan antara ibu bapa dan anak dan keluarga Malaysia yang mempunyai pembantu rumah mewakili salah satu gambaran realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Dalam suasana kemesraan keluarga Melayu yang menetap di bandar, terdapat masih lagi sikap prejudis terhadap kaum-kaum yang lain walaupun setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Di sinilah filem Talentime dapat memainkan peranan penting untuk memecah tembok perbezaan yang ketara di kalangan kaum Melayu, Cina dan India

Upload: rozano

Post on 15-Sep-2015

108 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Talentime Review Updated

TRANSCRIPT

Filem Talentime adalah salah satu karya terbaik Yasmin Ahmad dan sesuai untuk dikaitkan isu perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Struktur penceritaan yang tersusun dan disertai oleh sub-plot yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat meletakkan filem ini di dalam kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan lain di Malaysia. Talentime menceritakan tentang program pencarian bakat yang sinonim dengan kebanjiran program-program realiti di Malaysia yang menggunakan latar belakang sebuah kampung terpencil di ibu kota sebagai lokasi utama penceritaan filem ini. Ia mengisahkan satu pertandingan pencarian bakat yang menemukan dua hati iaitu seorang gadis Melayu kacukan bernama Melur dan seorang pelajar lelaki berbangsa India yang bernama Mahesh. Bagi pendapat saya, saya bersetuju bahawa filem ini sesuai untuk dikaitkan dengan kesepaduan sosial kerana penekanan pengarah filem itu sendiri iaitu Yasmin Ahmad melalui babak-babak dialog yang berbaur sinis yang bertujuan mengkritik persoalan sosial rakyat Malaysia yang meliputi kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Sebagai contoh, keharmonian keluarga Harith dan anaknya Melur digambarkan dalam suasana aman dan kemesraan antara ibu bapa dan anak dan keluarga Malaysia yang mempunyai pembantu rumah mewakili salah satu gambaran realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.Dalam suasana kemesraan keluarga Melayu yang menetap di bandar, terdapat masih lagi sikap prejudis terhadap kaum-kaum yang lain walaupun setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Di sinilah filem Talentime dapat memainkan peranan penting untuk memecah tembok perbezaan yang ketara di kalangan kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia melalui kisah cinta dua individu yang berbeza kaum dan agama . Di dalam filem ini pula digambarkan pula bagaimana suasana kepelbagaian kaum melalui pemilihan pelakon yang meliputi semua kaum di Malaysia. Tambahan pula, hasil perkahwinan campur antara kaum yang berlaku di Malaysia juga dipaparkan melalui watak Melur yang merupakan individu berbangsa Melayu yang bercampur dengan bangsa lain. Selain itu, suasana murid-murid di sekolah menengah kebangsaan juga merupakan saksi utama bagaimana kepelbagaian kaum dapat hidup bermasyarakat di bawah satu bumbung.

Kita tidak harus lupa bahawa tujuan asal penubuhan sekolah kebangsaan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan di antara kaum. Oleh itu filem Talentime amat sesuai dan tepat untuk dikaitkan kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia dengan penceritaan kisah dan lokasi yang dipilih seperti sekolah kebangsaan. Filem Talentime juga menunjukkan bukti bahawa perpaduan berbilang kaum yang ada di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni tanpa ada sikap bersangka buruk terhadap kaum lain. Dari segi aspek yang lain, sikap bertolak ansur antara kaum juga dapat memberi satu kesan positif untuk mendapatkan kestabilan dari segi sosial, ekonomi, politik di Malaysia. Hasil daripada perpaduan sosial di antara kaum juga dapat mempelajari dan menghayati budaya sesebuah kaum dan akan menimbulkan rasa hormat terhadap budaya mereka dalam keadaan harmoni. Seperti diceritakan dalam filem itu sendiri di mana seorang gadis Melayu bernama Melur secara tidak langsung dapat mempelajari budaya kaum India melalui perkenalan Melur dengan Mahesh.Rasa kasih sayang dari segi percintaan juga dapat disatukan walaupun berbeza kaum dan agama. Filem Talentime dapat memberi satu gambaran jelas yang akan berlaku di negara kita sekiranya tidak ada jurang perbezaan di antara kaum dan agama. Kita jarang melihat bagaimana dua kaum dan agama yang berbeza dapat mengenali antara satu sama yang lain dari segi aspek sosial dan ini cuba diketengahkan melalui filem Talentime dan juga filem-filem lain di bawah arahan Yasmin Ahmad. Mesej ini amat berguna bagi seluruh rakyat Malaysia bahawa kita tidak harus meletakkan jurang perbezaan di antara kaum sebagai sebab utama mengapa kita tidak boleh mengenali dan bertolak ansur antara satu sama yang lain. Hampir kesemua babak di dalam filem Talentime mempamerkan kaum Melayu, Cina dan India dalam semua aspek kehidupan seperti babak di sekolah kebangsaan, babak Melur beriadah bersama rakan-rakannya yang berlainan kaum dan babak cikgu-cikgu yang sedang bermesyuarat dan menjadi juri dalam pertandingan Talentime. Tidak lupa juga kepelbagaian murid pelbagai kaum dalam pertandingan bakat Talentime menunjukkan satu sisi yang tidak dapat kita lihat setiap hari dalam suasana seharian di Malaysia.