fasakh di dalam enakmen undang-undang · pdf fileakta rahsia rasmi 1972) terhad (mengandungi...

25
FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongliem

Post on 02-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU

NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 14993 TAMAN IMPIAN MURNI, DR NASRUL HISYAM B NOR MUHAMAD BUKIT DATU, 21200 KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU. Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penyelia : DR NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 4: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

iii

FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI

SYARIAH TERENGGANU.

NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2011

Page 5: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

iv

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………

Nama Penulis : NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 6: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat, Tabi’dan Tabi’in serta

para Pejuang yang telah syahid di jalan Allah SWT

Ayahanda dan bonda yang disayangi

Mohammed bin Yusop dan Zaharah binti Ibrahim

Segala dorongan, sokongan, pengorbanan

dan iringan doa tulus kalian

Membuatkan anakanda tegar di sini

Abang dan adik-adikku yang dikasihi

Ahmad Firdaus, Nur Hafshah, Nur Sofiah Adawiyah,

Ahmad Zaffar Iqbal dan Ahmad Nazirul Mubin

Suka dan duka dikongsi dan dirasai bersama

Segala nasihat, tauladan dan semangat yang diberi

Sentiasa membakar semangat juangku

Pensyarah yang dikagumi

Dr Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad

Sekuntum terima kasih diberikan

Setelah mendidik dan mendorong dengan sepenuh hati

Sebagai pencetus kejayaan duniawi dan ukhrawi

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati

Ilmu yang dicurah tidak terhingga

Umpama air di lautan

Tidak mengenal erti jemu

Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Mengenali kalian saat terindah bagiku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan

Bersama mengharungi cabaran, mehnah dan ujian

Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya

Barakallahufikum...

Page 7: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

vi

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam

disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat

baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq

serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini.

Jutaan penghargaan buat Dr Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad selaku penyelia

Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan

segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek

ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa kandung yang

dicintai dan disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang

tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan

cemerlang.

Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun

Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu

sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih

kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan

mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang

diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin

Page 8: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

vii

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk diskriptif yang bertujuan untuk

menganalisis prinsip fasakh dalam hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa fasakh di

dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)

tahun 1985. Kajian ini juga menganalisis kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah

Terengganu dari tahun 2000 hingga 2009 serta mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh

di kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Untuk tujuan pengumpulan data,

penyelidik menggunakan metode perpustakaan dan lapangan. Kajian lapangan ini telah

dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dengan menemubual Ketua Hakim

Syarie Terengganu. Selain itu, rekod-rekod fail mahkamah berkenaan fasakh telah

dilihat dan dikenalpasti. Kajian yang dijalankan dapat menjelaskan prinsip fasakh dalam

hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-Undang

Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985. Data yang diperolehi telah

dianalisis dan mendapati bahawa kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah

Terengganu dari tempoh 2000 hingga 2009 adalah semakin meningkat. Faktor utama

kepada berlakunya kes fasakh adalah disebabkan penglibatan penggunaaan dadah dan

juga berlaku poligami yang tidak direstui. Di akhir kajian, beberapa cadangan

dikemukakan dan kajian lanjutan dijalankan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

viii

ABSTRACT

This study was a descriptive study aimed to analyze the principles of fasakh in

Syariah Law besides analyzing the fasakh jurisdiction in the Islamic Muslim Family

Administrative Law Enactment in Terengganu in 1985. The study also aimed to analyze

the fasakh cases in Terengganu Syariah High Court from year 2000 to 2009 besides

identifying the factors that contributed to fasakh occurrence among Muslim community

in Terengganu. For data collection, the researcher used the library and field studies as

the methodology. The field studies have been conducted at Terengganu Syariah High

Court by interviewing the chief judge. In addition, the records regarding fasakh had been

reviewed and identified. The study that had been conducted is hoped to explain the

fasakh principles in the Syariah Law and also the fasakh jurisdiction in the Islamic

Muslim Family Administrative Law Enactment (Terengganu) in the year 1985. Based on

the analysis, it was found that fasakh cases in Syariah High Court had increased from

year 2000 to 2009. The main factor in fasakh occurrence is due to drug abuse and also

uncondoned polygamy. At the end of the study, a few recommendations and suggestions

were given for future research

Page 10: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI CARTA xiv

SENARAI GRAF xv

SENARAI STATUT xvi

SENARAI KES xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

Page 11: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

x

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Fasakh 9

1.8.2 Enakmen 10

1.8.3 Undang-Undang Pentadbiran 10

Keluarga Islam

1.8.3.1 Undang-undang 10

1.8.3.2 Keluarga 10

1.8.3.3 Islam 11

1.8.4 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu 11

1.8.4.1 Mahkamah 11

1.8.4.2 Syariah 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembubaran perkahwinan 14

2.3 Pembubaran perkahwinan melalui fasakh 15

2.4 Prosedur pembubaran perkahwinan melalui fasakh 16

2.5 Pengertian fasakh 23

2.6 Dalil Fasakh 25

2.6.1 Al-Quran 25

2.6.2 Hadith 27

2.6.3 Qawaid Fiqhiyyah 28

2.7 Sebab-sebab berlaku Fasakh 29

2.7.1 Fasakh kerana kecacatan 29

2.7.1.1 Kecacatan yang berlaku kepada suami 31

dan isteri

2.7.1.1.1 Dalil 32

2.7.1.2 Kecacatan khusus pada isteri 33

2.7.1.3 Kecacatan khusus pada suami 33

Page 12: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xi

2.7.1.3.1 Kecacatan yang 34

berlaku selepas akad nikah

2.7.1.3.2 Mengubati kecacatan 34

2.7.2 Fasakh kerana suami tidak mampu 35

memberi nafkah

2.7.3 Fasakh kerana suami hilang 39

2.7.4 Fasakh kerana Dharar 41

2.7.4.1 Pandangan fuqaha’ tentang fasakh 41

kerana Dharar

2.7.4.2 Kesan pendapat yang tidak 44

membenarkan fasakh

2.7.4.3 Kesan pendapat yang mengharuskan 44

fasakh

2.7.5 Fasakh kerana pertukaran agama (murtad) 45

2.7.5.1 Kesan pertukaran agama ke atas 47

pernikahan dalam Islam

2.7.5.2 Kesan kemurtadan ke atas perkahwinan 49

2.8 Bidang kuasa Fasakh dalam Enakmen Undang-undang 51

Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)

tahun 1985

2.9 Kajian Lepas 54

3.0 Kesimpulan 56

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 58

3.2 Reka Bentuk Kajian 59

3.2.1 Metode Penentuan Subjek 59

3.3 Metode Pengumpulan Data 60

3.3.1 Metode Dokumentasi 62

3.3.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 62

3.3.3 Metode Kajian Lapangan 63

Page 13: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xii

3.4 Metode Analisis Data 64

3.4.1 Metode Induktif 65

3.4.2 Metode Deduktif 65

3.4.3 Metode Komparatif 65

3.5 Tempat kajian 66

3.6 Kesimpulan 66

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Perbincangan 68

4.2.1 Statistik kes fasakh 69

4.3 Purata keseluruhan kes fasakh di Mahkamah 77

Tinggi Syariah Terengganu

4.4 Purata keseluruhan kes fasakh di Mahkamah 78

Rendah Syariah Terengganu

4.5 Faktor-faktor berlaku kes fasakh 81

4.6 Kesimpulan 84

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Rumusan 86

5.3 Cadangan dan saranan 91

5.4 Cadangan kajian lanjutan 94

5.6 Kesimpulan 95

BIBLIOGRAFI 96

LAMPIRAN

Page 14: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 1 Bilangan kes fasakh di Mahkamah Tinggi 70

Syariah Terengganu bagi tahun 2000-2009

Jadual 2: Kadar kes fasakh bagi tahun 2000 71

.

Jadual 3 Kadar kes fasakh bagi tahun 2001 71

Jadual 4 Kadar kes fasakh bagi tahun 2002 72

Jadual 5 Kadar kes fasakh bagi tahun 2003 72

Jadual 6 Kadar kes fasakh bagi tahun 2004 73

Jadual 7 Kadar kes fasakh bagi tahun 2005 74

.

Jadual 8 Kadar kes fasakh bagi tahun 2006 74

Jadual 9 . Kadar kes fasakh bagi tahun 2007 75

Jadual 10 Kadar kes fasakh bagi tahun 2008 76

Jadual 11: Kadar kes fasakh bagi tahun 2009. 76

Jadual 12 Statistik keseluruhan kes-kes fasakh di 79

Mahkamah Rendah Syariah Terengganu.

Page 15: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xiv

SENARAI CARTA

NO CARTA TAJUK HALAMAN

Carta 1 Prosedur pendaftaran kes mal 17

Carta 2 (a) Prosedur pengendalian kes mal 18

Carta 3 Pengendalian kes fasakh sekiranya 19

saman sempurna/ responden tidak

hadir, plaintif hadir

Carta 4 (d) Saman permohonan sempurna, 21

plaitif/defenden tidak hadir

Carta4 (e) Saman permohonan sempurna, 21

pihak-pihak hadir

Carta 5 (f) Saman permohonan sempurna, plaintif 22

tidak hadir, defenden hadir

Page 16: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xv

SENARAI GRAF

NO GRAF TAJUK HALAMAN

Graf 1 Statistik keseluruhan kes fasakh di 78

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu

Graf 2 Statistik keseluruhan kes fasakh di 81

Mahkamah Rendah Syariah Terengganu

Page 17: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xvi

SENARAI STATUT

1. Sub seksyen 11 Enakmen 3 Mahkamah Syariah (Negeri Terengganu) tahun

2001 (Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah)

2. Sub seksyen 12 Enakmen 3 Mahkamah Syariah (Negeri Tengganu) tahun

2001. (Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah)

3. Seksyen 49 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri

Terengganu) tahun 1985

4. Seksyen 43 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri

Terengganu) tahun 1985

Page 18: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

xvii

SENARAI KES

1. Hasnah binti Omar lwn Zaaba bin Mohamad Amin, 25 Januari 1995. (Jurnal

Hukum, 1995)

2. Zaleha binti Zakaria lwn Sahabudin bin Ali, 26 Januari 1995. (Jurnal Hukum,

1995)

3. Kalthom lwn Ismail, 19 April 1995.(Jurnal Hukum, 1995)

Page 19: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sudah menjadi fitrah manusia menginginkan hidup berpasangan dan mahu

mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehidupan perkahwinan itu merupakan suatu

tujuan yang sangat diinginkan oleh Islam kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW.

Menurut Sulaiman Endut (1999:1), Allah SWT menjadikan semua makhluk di muka

bumi ini berpasangan, ada lelaki mahupun perempuan. Ini menggambarkan kebesaran

dan keagungan Allah SWT kejadian berpasangan ini bukan sahaja berlaku kepada

manusia dan haiwan, malah juga berlaku kepada makhluk Allah SWT yang juga

dijadikan berpasang-pasangan. Sebagai makhluk Allah SWT. yang paling istimewa,

manusia diberi amanah untuk menjadi khalifah iaitu pentadbir dan penguasa di alam ini.

Akad nikah adalah satu ikatan yang menghalalkan hubungan diantara lelaki dan

perempuan. Hubungan perkahwinan juga bukan suatu perkara yang sia-sia, malah ia

Page 20: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

2

adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama di antara suami dan isteri. Ikatan

perkahwinan juga adalah ikatan yang dapat mewujudkan rumah tangga sebagai tempat

berlindung, menikmati naungan kasih sayang, dan dapat memelihara anak-anak dengan

pertumbuhan dan didikan yang baik dan sempurna. Kerana itu, dikatakan bahawa ikatan

perkahwinan merupakan ikatan yang paling suci. Allah SWT menamakan ikatan

perjanjian antara suami isteri itu dengan mitsaqun ghalizhun (perjanjian yang kukuh).

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 21 yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil

balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah

terjalin antara satu Dengan Yang lain, dan mereka pula

(isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian

Yang kuat daripada kamu?”

[Surah An-Nisa4:21]

Menurut Sulaiman Endut (1999:1), manusia pertama diturunkan ialah Adam dan

Hawa. Daripada keduanya manusia terus berkembang biak hingga ke akhir zaman nanti.

Untuk memelihara keturunan manusia tetap suci dan bersih, maka Allah SWT

menurunkan syariat bagi mengatur urusan hidup manusia khususnya yang berhubungan

antara lelaki dan perempuan.

Perkahwinan adalah satu-satunya saluran yang mutlak bagi membiakkan

keturunan dan mengekalkan generasi manusia. Dengan perkahwinan jugalah seseorang

itu dapat mengatur kehidupan dan menjalin tali persaudaraan yang berdasarkan kasih

sayang dan saling memahami. Oleh yang demikian, sewajarnya perkahwinan itu

merupakan salah satu syarat penting dalam Islam. Islam menggalakkan perkahwinan

bagi umatnya kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW . Firman Allah SWT yang

berbunyi:

Page 21: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

3

Maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri

kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan

bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-

cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik

lagi halal; maka Patutkah mereka (yang ingkar itu)

percaya kepada perkara yang salah (penyembahan

berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?”

[Surah an-Nahl 16:72]

Islam juga membenarkan perceraian apabila perdamaian dan kesafahaman tidak

lagi wujud di antara suami dan isteri. Oleh itu, talak atau perceraian merupakan ubat

yang diwujudkan bagi menghilangkan penderitaan suami isteri, apabila mereka ditimpa

sesuatu penderitaan atau sukar untuk menyusun kehidupan bersama sehingga

mengharuskan perceraian. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud

berbunyi: (Mustofa Al-Khin at el :2009:804)

أبغض الحالل إلى اهلل الطالقMaksdunya: “Perkara halal yang dibenci oleh

Allah ialah talak”

Akan tetapi, Islam memerintahkan pasangan suami supaya bergaul dengan baik

bagi menghindarkan diri daripada perceraian yang dibenci oleh Allah SWT, sekalipun ia

dihalalkan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

Page 22: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

4

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, tidak

halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan

jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka

(dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu

hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu

telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka

melakukan perbuatan keji yang nyata. dan bergaulah

kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara

yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada

mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu

terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu

bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada

apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk

kamu).”

[Surah an-Nisa’: 4:19]

Dalam Islam, kuasa talak hanya terletak pada suami. Tetapi para isteri juga diberi

kuasa talak dengan memohon cerai melalui fasakh. Fasakh boleh dilakukan dengan

adanya syarat-syarat tertentu tanpa ucapan talak. Perceraian fasakh ini boleh dilakukan

melalui hakim atau qadi. Perceraian melalui fasakh ini juga tidak dapat dirujuk. Jika si

suami mahu kembali kepada isterinya, harus bagi si suami itu dengan akad baru. Jika

perceraian fasakh dilakukan berulang-ulang lebih dari tiga kali, dibolehkan kembali lagi

dengan akad nikah yang baru.

Page 23: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

5

1.2 Latar belakang masalah

Dewasa ini kita sering mendengar di kaca televisyen, lembaran akhbar mahupun

media massa lain akan kes-kes perceraian. Malah perceraian pada hari ini menjadi

sinonim untuk semua lapisan masyarat untuk memperkatakan mengenainya. Gerbang

perkahwinan yang disemai daripada benih-benih cinta akhirnya berkecai kerana tidak

ada kesefahaman antara suami isteri. Sudah menjadi perkara biasa kes perceraian ini di

kalangan artis-artis di Malaysia yang menjadi idola ramai dan juga diistiharkan sebagai

ikon Negara. Hakikatnya, mereka ini telah mencalarkan arang ke muka mereka sendiri.

Perkahwinan yang tidak disemai dengan asas-asas agama dan kefahaman yang baik

mengenai Islam, sudah pasti tidak diselit bersama keberkatan daripada Allah SWT. (Dr.

Mustofa Al-Khin & e.t.al (2009). Firman Allah SWT yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan jika keduanya bercerai, maka Allah

akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah

kurniaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah

kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.”

[Surah an-Nisa’4:130]

Dalam agama Islam, kuasa menjatuhkan talak menjadi hak kaum adam. Namun

begitu, untuk memelihara hak-hak kaum hawa dan juga untuk menolak kemudaratan

menimpanya, maka syariat Islam mengharuskan (membolehkan) wanita yang cukup

umurnya (baligh) memfasakhkan (membubar) pernikahannya dengan perantaraan qadi

atau Hakim Mahkamah dengan syarat-syarat tertentu yang membolehkan si isteri

memperolehi hak perceraian melalui fasakh. (Hj Mohd.Sanusi bin Hj.Mahmood, 1978)

Page 24: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

6

Oleh itu, penyelidik begitu berminat untuk menganalisis prinsip fasakh mengikut

Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam disamping mengkaji bidang kuasa fasakh di

dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)

tahun 1985 bagi menganalisis data serta mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh

dikalangan pasangan suami isteri.

1.3 Penyataan Masalah

Mempunyai keluarga yang bahagia adalah impian setiap orang. Ini juga adalah

salah satu daripada tuntutan agama yang mulia agar setiap manusia mampu mencapai

ketenangan dari anak-anak dan suami atau isteri yang soleh dan solehah. Namun begitu

bukan semua orang mampu mencapai tahap bahagia yang diimpikan itu. Kes fasakh

banyak berlaku pada hari ini yang menyebabkan berlaku penganiayaan dan penderitaan

terhadap isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, pihak isteri berani untuk tampil ke

hadapan untuk membebaskan diri mereka daripada permasalahan itu dengan membuat

tuntutan pembubaran perkahwinan.

Merujuk kepada latar belakang masalah yang dikemukakan, penyelidik

merasakan perlunya laksanakan satu kajian yang berkaitan dengan fasakh. Kajian ini

dijalankan untuk mengetahui prinsip fasakh di dalam hukum syarak serta bidang kuasa

fasakh di Dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri

Terengganu) tahun 1985. Selain itu juga, kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti

statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu dari tahun

2000 sehingga tahun 2009. Kajian juga dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor

berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Islam khususnya di Daerah Kuala

Terengganu.

Page 25: FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF fileAKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

7

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Menganalisis prinsip fasakh dalam hukum syarak.

2. Mengkaji bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran

Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985.

3. Mengkaji statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri

Terengganu dari tahun 2000-2009.

4. Mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Islam di

Negeri Terengganu.

1.5 Persoalan kajian

1. Apakah kedudukan fasakh di dalam hukum syarak?

2. Apakah bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran

Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985.

3. Bagaimanakah kedudukan kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri

Terengganu dari tahun 2000-2009.

4. Apakah faktor-faktor berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Negeri

Terengganu hari ini?