faq soalan am - hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faqbc.pdffaq soalan am 1. ruangan kotak yang...

27
FAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat dan P1 (Nama Pemegang Syer Utama) sekiranya petak-petak tersebut tidak mencukupi. J: Tulis nama syarikat / nama pemegang syer utama di atas kertas lain (lampiran) dan kemukakan bersama-sama dengan Borang C. 2. Syarikat Tidak Aktif (Dormant) S: Sekiranya syarikat tidak menjalankan perniagaan pada T/T 2006, tetapi telah mengemukakan Borang C untuk T/T 2005, adakah perlu syarikat membuat pengemukaan Borang C T/T 2006? J : Ya. Syarikat perlu mengisi dan mengemukakan Borang C 2006 3. Kod Perniagaan S1: Apakah kod perniagaan untuk perniagaan ‘dormant’? J1 : Tiada kod bagi syarikat ‘dormant’, isikan “---” dalam ruangan kod perniagaan. S2 : Apakah kod perniagaan untuk syarikat yang berhenti perniagaan dalam tempoh asas? J2 : Gunakan kod perniagaan berdasarkan aktiviti perniagaan yang asal. S3 : Bagaimana sekiranya syarikat tidak dapat mencari kod perniagaan yang tepat bagi jenis perniagaannya? J3 : Gunakan kod perniagaan yang paling berhampiran dengan jenis perniagaan yang dijalankan, jika tidak gunakan kod “t.t.m’ di bawah kategori perniagaan tersebut. S4 : Syarikat menjalankan kedua-dua aktiviti menanam getah dan menanam kelapa sawit, dalam lampiran G (kod perniagaan), hanya terdapat kod yang berasingan bagi ladang getah dan ladang kepala sawit tetapi tidak ada kod yang boleh dipakai untuk kedua-dua aktiviti sekali, apakah kod perniagaan yang seharusnya digunakan oleh syarikat? J4 : Lampiran G memang tidak memperuntukkan kod perniagaan untuk syarikat yang menjalankan dua jenis perniagaan yang dianggap sebagai satu punca pendapatan. Oleh itu, syarikat perlu menentukan manakah aktiviti perniagaan iaitu ladang getah atau ladang kelapa sawit yang telah menyumbang bahagian pendapatan yang lebih besar kepada syarikat. Sekiranya sebahagian besar daripada hasil syarikat adalah diperolehi daripada ladang kelapa sawit, maka kod perniagaan ialah 01117.

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

FAQ

Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi.

S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat dan P1 (Nama Pemegang Syer Utama) sekiranya petak-petak tersebut tidak mencukupi. J: Tulis nama syarikat / nama pemegang syer utama di atas kertas lain (lampiran) dan kemukakan bersama-sama dengan Borang C.

2. Syarikat Tidak Aktif (Dormant)

S: Sekiranya syarikat tidak menjalankan perniagaan pada T/T 2006, tetapi telah mengemukakan Borang C untuk T/T 2005, adakah perlu syarikat membuat pengemukaan Borang C T/T 2006? J : Ya. Syarikat perlu mengisi dan mengemukakan Borang C 2006

3. Kod Perniagaan S1: Apakah kod perniagaan untuk perniagaan ‘dormant’? J1 : Tiada kod bagi syarikat ‘dormant’, isikan “---” dalam ruangan kod perniagaan.

S2 : Apakah kod perniagaan untuk syarikat yang berhenti perniagaan dalam tempoh asas? J2 : Gunakan kod perniagaan berdasarkan aktiviti perniagaan yang asal.

S3 : Bagaimana sekiranya syarikat tidak dapat mencari kod perniagaan yang tepat bagi jenis perniagaannya? J3 : Gunakan kod perniagaan yang paling berhampiran dengan jenis perniagaan yang dijalankan, jika tidak gunakan kod “t.t.m’ di bawah kategori perniagaan tersebut.

S4 : Syarikat menjalankan kedua-dua aktiviti menanam getah dan menanam kelapa sawit, dalam lampiran G (kod perniagaan), hanya terdapat kod yang berasingan bagi ladang getah dan ladang kepala sawit tetapi tidak ada kod yang boleh dipakai untuk kedua-dua aktiviti sekali, apakah kod perniagaan yang seharusnya digunakan oleh syarikat? J4 : Lampiran G memang tidak memperuntukkan kod perniagaan untuk syarikat yang menjalankan dua jenis perniagaan yang dianggap sebagai satu punca pendapatan. Oleh itu, syarikat perlu menentukan manakah aktiviti perniagaan iaitu ladang getah atau ladang kelapa sawit yang telah menyumbang bahagian pendapatan yang lebih besar kepada syarikat. Sekiranya sebahagian besar daripada hasil syarikat adalah diperolehi daripada ladang kelapa sawit, maka kod perniagaan ialah 01117.

Page 2: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

S5 : Apakah kod perniagaan bagi syarikat pemegang pelaburan?

J5 : Kod perniagaan bagi syarikat pemegang pelaburan ialah 65991. Sekiranya pendapatan sewa syarikat pemegang pelaburan adalah ditaksir di bawah Seksyen 4(a), maka kodnya ialah 70102.

S6 : Syarikat telah mengisi kod perniagaan yang salah dalam Borang C T/T 2005, bolehkah syarikat membetulkan kod tersebut dalam Borang C T/T 2006? J6 : Syarikat dikehendaki mengemukakan surat makluman kepada Cawangan Syarikat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

4. Kod Perniagaan Syarikat Pemegang Pelaburan

S : Perlu atau tidak bagi Syarikat Pemegang Pelaburan memasukkan kod perniagaan di ruang K1?

J : Ya, kod perniagaan ialah 65991.

5. Notis Taksiran STS

S : Mulai daripada Tahun Taksiran 2001, Bagaimanakah syarikat hendak membuktikan taksiran cukainya memandangkan tiada Borang J akan dikeluarkan untuk taksiran yang disifatkan? J : Mukasurat pertama Borang C adalah dianggap sebagai notis taksiran. Oleh itu Cawangan Penaksiran dan Pusat Pemprosesan boleh mengesahkan salinannya merujuk kepada salinan asal / skrin dalam sistem STS jika diminta oleh pembayar cukai/agen cukai.

6. Pendapatan Perniagaan Perkongsian S :Dalam mengisi Borang C 2006, syarikat yang mempunyai pendapatan perkongsian. Akan tetapi, sekiranya tahun kewangan perkongsian adalah berakhir pada tarikh yang berlainan daripada syarikat, maka ia adalah tidak mungkin untuk menyatakan pendapatan perkongsian sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh berikut: Syarikat A menutup akaun pada 31/03/2006 dan dikehendaki memfailkan retan cukai untuk T/T 2006 pada 30/10/2006. Syarikat juga merupakan ahli kongsi dalam sebuah perkongsian yang menutup akaun pada 31/12/2006. Apabila syarikat memfailkan retan T/T 2006, pembahagian pendapatan berkanun daripada perkongsian adalah masih belum diketahui. Bolehkah syarikat membiarkan ruangan pendapatan perkongsian sebagai kosong? Jika tidak, bolehkah syarikat menganggarkan pendapatan perkongsian untuk tempoh tersebut? J : Ruangan untuk mengisi pendapatan perkongsian tidak boleh dibiarkan kosong. Syarikat hendaklah mengisi ruangan tersebut dengan menganggarkan pembahagian pendapatan perkongsian untuk tempoh asas tahun taksiran yang

Page 3: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

berkenaan. Apabila CP30 dikeluarkan oleh unit perkongsian, syarikat hendaklah mengemukakan surat rayuan bersama-sama dengan CP 30 tersebut supaya taksiran pindaan boleh dikeluarkan.

7. Status Syarikat

S : Syarikat adalah dikehendaki mengisi ruangan ‘status syarikat’ sama ada ia adalah merupakan sebuah syarikat harta tanah (Real property company –RPC) atau tidak. Secara praktiknya adalah susah untuk menentukan sama ada sebuah syarikat itu berbentuk harta tanah atau tidak, khususnya sekiranya ia memegang pelaburan dalam banyak subsidiari. Sila jelaskan definisi syarikat harta tanah dimaksudkan di dalam ruangan tersebut? J : Syarikat hendaklah mengisi ruangan ini sekiranya ia merupakan sebuah syarikat RPC. Definisi RPC adalah diperuntukkan dalam Para 34A, Jadual 2, Akta RPGT 1976. Perkara-perkara berikut hendaklah ditentukan untuk mengesahkan syarikat sebagai RPC: i) Syarikat Terkawal - Dikawal oleh pemegang saham yang tidak melebihi 5 orang . - Tidak melebihi 50 orang pemegang saham. - dikawal dalam cara yang diterangkan di bawah seksyen 139 ACP 1967 ii) Memiliki harta tanah atau saham dalam sebuah RPC, nilai tertentu (Defined value DV)adalah sekurang-kurangnya75% daripada jumlah aset nyata (Total Tangible Assets-TTA) TTA – Harta tanah + Saham dalam syarikat RPC yang lain + nilai aset nyata yang lain; DV – Nilai pasaran harta atau harga belian saham Saham – Tidak termasuk saham yang di ‘subscribed’ dalam memindah milik harta sendiri kepada anak syarikat(di bawah Para 34).

8. Surat Penyelesaian Cukai (SPC)

S : Bagaimanakah prosedurnya untuk sebuah syarikat yang di bawah pembubaran /dorman untuk memperolehi surat penyelesaian cukai .

J : Syarikat diminta mengemukakan surat permohonan SPC ke Jabatan Cukai Korporat / Unit Syarikat di Cawangan dimana fail dikendalikan.

(a) SPC Syarikat Bukan Dorman (Pengulungan Sukarela oleh Ahli / Pengulungan Oleh Pemiutang) Syarikat perlu kemukakan dokumen lengkap dan juga Borang Nyata C & R;/ R31 sehingga tahun taksiran terkini.

Page 4: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

(b) SPC Syarikat Dorman (Pernah Beroperasi tetapi tamat / berhenti

perniagaan / Tidak Pernah Beroperasi Sejak Penubuhannya) (i) Kemukakan Borang Nyata C & R terkini . (ii) Borang CP7 (Notis Mendapatkan Maklumat DiBawah Seksyen 81 ACP

1967- Penyata Untuk Pembubaran Syarikat Dorman)

9. Cukai Terlebih Bayar Di Bawah S107C.

S : Bagaimana syarikat hendak mendapat balik cukai terlebih bayar olehnya di bawah STS? J: Untuk mendapat balik cukai terlebih bayar, syarikat terlebih dahulu hendaklah mengemukakan Borang C untuk T/T yang berkenaan. Ini adalah untuk mengesahkan cukai yang sebenarnya dapat ditentukan dan disifatkan (deemed) dalam sistem sebelum pembayaran balik boleh diproses. Sebelum persetujuan kredit dapat diberikan oleh Cawangan Pungutan, proses mendebitkan cukai yang dikenakan ke dalam akaun, perlu selesai dibuat terlebih dahulu.

10. Rayuan Taksiran Disifatkan.

S : Syarikat ingin membuat rayuan ke atas taksiran T/T 2005 yang telah dikemukakan, bagaimanakah prosedurnya? J : Syarikat dikehendaki mengemukakan surat rayuan dengan menerangkan dengan jelas pindaan yang hendak dibuat dan kemukakan surat tersebut ke Cawangan Cukai Korporat bersama-sama dengan berikut: a) Kepilkan bersama pengiraan cukai sekiranya pindaan tersebut melibatkan taksiran kurangan atau tambahan.

b) Fotostat dan kemukakan mukasurat Borag C yang terlibat, ‘highlight’ angka di mana pindaan kena dibuat dan letakkan angka pindaan di tepi angka yang lama.

11. Tuntutan Abatement of Adjusted Income (S36. PIA 1986)

S : Syarikat menuntut Abatement (S36 PIA 1986) for exports and indigenous material incorporated in export yang bawa bawah dari tahun taksiran yang lepas dalam Tahun Taksiran 2001 dan pada masa yang sama syarikat menuntut RA (Jadual 7A, ACP 1967). Persoalannya di ruangan manakah dalam bahagian G (Tuntutan Insentif) bagi abatement boleh dimasukkan? J : Bagi tuntutan abatement, syarikat boleh membuat dalam HK-PC5 selepas pendapatan berkanun supaya mendapatkan pendapatan berkanun selepas pelepasan abatement, kemudian barulah tolak pelepasan RA tertakluk kepada 70%. Walaupun tiada ruangan khas yang diperuntukkan untuk tuntutan abatement, tuntutan abatement tersebut boleh dimasukkan dalam ruangan G6.

Page 5: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Lampirkan bersama penjelasan G6 adalah tuntutan semasa bagi pelepasan abatement.

12. Pertukaran Tempoh Perakaunan Akaun Baru Melebihi 12 Bulan S1 : Syarikat yang biasanya menutup akaun pada 31/12 telah menukar

tarikh perakaunannya kepada 30/4 dan menyediakan akaun seperti berikut: 01/01/2005-30/04/2006 (16 bulan) dan seterusnya pada 30/4 setiap tahun. Bilakah tarikh penghantaran Borang-Borang C bagi T/T 2005 & 2006? Bagaimanakah mengisi borang sekiranya maklumat pendapatan statutori melibatkan 2 tempoh perakaunan?

J1 : Tempoh asas adalah seperti berikut: T/T 2005 : 01/01/2005 – 31/12/2005 T/T 2006 : 01/01/2006 – 31/12/2006 T/T 2007 : 01/05/2006 – 30/04/2007

T/T 2005 akan melibatkan akaun untuk tempoh 01/01/2005 – 31/04/2006 T/T 2006 akan melibatkan akaun untuk tempoh berakhir 30/04/2006 – 30/04/2007 T/T 2007 akan melibatkan tempoh berakhir 30/04/2007. Tempoh bertindih adalah dari 01/05/2005-31/12/2005 dan perlu dilaporkan dalam T/T 2006 sahaja.

Penghantaran Borang C adalah seperti berikut: Borang C Tahun Taksiran 2005 perlu dihantar sebelum 30/10/2006, manakala Borang C T/T 2006 dan T/T 2007 perlu dihantar sebelum 30.10.2007. Sementara itu bagi tujuan mengisi Borang C bagi T/T 2005 bahagian maklumat Kewangan Syarikat (L), syarikat perlu mengambil maklumat dari akaun berakhir 30/4/2006

Bagi orang C T/T 2006 dan T/T 2007 pula maklumat akaun adalah sama iaitu dari akaun berakhir 30/04/2007. Syarikat perlu pastikan semasa mengira pendapatan larasan tersebut mestilah mengambil kira tempoh asas yang telah ditetapkan seperti di atas.

Tempoh Perakaunan Bagi Syarikat Di Bawah Pembubaran. S1 : Syarikat menutup akaun biasanya pada 31/07 setiap tahun. Syarikat mula dibubarkan pada 09/02/2005 Oleh itu akaun berakhir syarikat ialah pada 08/02/2005 Bagaimana cara untuk menentukan tempoh asas syarikat dan bilakah tarikh penghantaran Borang C?

J1 : Tempoh asas adalah seperti berikut: T/T 2005: 01/0/8/2004 - 08/02/2005( 6 Bulan) T/T 2006 : 09/02/2005-08/08/2005 ( 6 Bulan) T/T 2006 : 09/08/2005 – 08/02/2006 ( 6 Bulan)

Page 6: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Tarikh akhir penghantaran Borang C bagi T/T 2005 adalah pada 08/10/2005 (08/02/2005+ 8 bulan) dan T/T 2006 pada 08/08/2006 ( 08/02/2006 + 6 Bulan)* * Terdapat Pindaan dengan Lanjutan Masa yang dibenarkan sehingga 7 bulan.

Akaun Baru melebihi 12 Bulan Mengikut Syarikat Pegangan S1 : Ketetapan Umum tidak menerangkan situasi di mana syarikat menukar tempoh perakaunan ke suatu tempoh yang melebihi 12 bulan supaya mengikut tarikh penutupan akaun syarikat pemegang seperti contoh berikut: Tempoh perakaunan syarikat A ditutup pada 31/12. Selepas pengabungan, ia menyediakan akaun untuk 18 bulan (01/01/2005 – 30/06/2006) supaya bersama dengan tarikh penutupan akaun syarikat pegangannya. Bagaimanakah hendah menentukan tempoh asas dalam kes seperti ini?

J1 : Memandangkan Ketetapan Umum 7/ 2001 tidak menerangkan situasi di mana syarikat menukar tempoh perakaunan ke suatu tempoh yang melebihi 12 bulan supaya mengikut tarikh penutupan akaun syarikat pemegang, maka penentuan tempoh asas untuk kes seumpama ini adalah seperti biasa, bagi kes di atas penentuan adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tempoh Asas

2005 01/01/2005 – 31/12/2005 2006 01/01/2006- 31/12/2006 2007 01/07/2006 – 30/06/2007

Perniagaan Baru – Akaun Baru Kurang Daripada 12 Bulan S1 : Syarikat baru memulakan perniagaan pada 01/04/2005 dan seterusnya pada 30/09/2006. Apakah tempoh asas syarikat dan tarikh akhir penghantaran Borang C & R ?

J1 :

Tahun Taksiran

Tempoh Asas Tarikh Akhir Pengemukaan

Borang 2005 01/04/2005 – 31/12/2005 31/03/2006 2006 01/10/2005 – 30/09/2006 30/04/2007

13. Akaun Syarikat Pemegang Pelaburan

S1 : Syarikat adalah Syarikat Pemegang Pelaburan. Setiap tahun syarikat menutup akaun pada 31/3. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun kebelakangan taksiran yang dibangkitkan adalah bagi tempoh asas 1 Januari hingga 31 Disember. Bagaimana laporan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2001 perlu dibuat? Bagi akaun yang berakhir 31/03/2001 ( 01/04/2000-31/03/2001), pendapatan bagi tempoh 01/01/2000-31/03/2000 telah

Page 7: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

pun dilaporkan di dalam Tahun Taksiran 2000 (CYB) dan telah pun dibangkitkan?

J1 : Di dalam Borang C T/T 2001, pendapatan yang perlu dilaporkan di dalam ruang C1 adalah pendapatan bagi tempoh 0/01/2001-31/03/2001 ( 3 bulan), sementara pendapatan bagi tempoh 01/04/2000 – 31/12/2000 akan dibangkitkan di dalam Tahun Taksiran 2000 (CYB) dan ini akan mengakibatkan Taksiran Tambahan bagi T/T 2000 (CYB). Pada masa yang sama dalam Borang C Tahun Taksiran 2001, ruang J1 perlulah dipenuhi bagi menunjukkan ada pendapatan bercukai bagi tahun kebelakangan.

14. “Prospecting Expenditure Carried Forward”

S : Bagaimana perbelanjaan “Prospecting Expenditure Carried Forward” perlu dilaporkan di dalam Bahagian L? J : Kalau perbelanjaan di atas bermaksud perbelanjaan Para 13, Jad. 4 ACP 1967, maka ruang yang berkenaan adalah C23 dan juga G7. Ini bukanlah perbelanjaan biasa perniagaan dan ia bukan direkodkan dalam bahagian L.

15. Akaun Pengecualian

S : Syarikat telah kemukakan Borang C T/T 2000 (P/Y) ke LHDN, tetapi sehingga sekarang taksiran belum dibangkitkan lagi. Bolehkah syarikat mengambil jumlah seperti pengiraan yang telah dikemukakan sebagai akaun yang dikecualikan dan ditunjukkkan di dalam ruang I1 di dalam Borang C 2001? J : Syarikat dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan daripada cawangan yang berkenaan sebelum jumlah ini dianggap sebagai kredit akaun pengecualian yang dibawa hadapan.

16. Alamat Pengeluaran Borang C

S: Alamat yang mana satu yang akan digunakan untuk pengeluaran Borang C? J : Alamat surat menyurat. Walau bagaimanapun, selalunya alamat surat –menyurat adalah alamat agen cukai.

17. Nombor Rujukan Fail Cukai Pendapatan Untuk Perempuan Yang Berkahwin

S : Jika pengarah syarikat adalah seorang isteri, bagaimana untuk memasukkan (1) di belakang nombor rujukan fail suami sahaja.

Page 8: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

J : Oleh kerana ruang yang disediakan tidak mencukupi, sila nasihatkan pembayar cukai supaya menulis nombor rujukan fail suami sahaja.

18. Bahagian R

S : Bolehkah ruang R ditandatangani oleh syarikat percukaian. Contohnya :Tax Service S/B, dan bukan ditandatangani oleh pekerja syarikat berkenaan.

J : Boleh 19. Resit bayaran Ansuran S107C

S : Adakah perlu melampirkan resit bayaran cukai untuk mendapatkan cukai terlebih bayar? Kalau perlu, apa yang perlu dibuat sekiranya LHDN tidak keluarkan resit pada penyerahan Borang C? J : Tidak perlu, sebab rekod boleh didapati daripada lejer dan tarikh pembayaran yang akan diambilkira adalah tarikh penyerahan bayaran tersebut dan bukan pada tarikh resit dikeluarkan.

20. Pengemukaan Borang C Untuk Syarikat Dormant

S : Bagi syarikat dorman, perlu atau tidak kemukakan Borang C? Kalau perlu, bagaimana perlu diisikan, samada ‘0’atau ‘-’ ataupun tulis sahaja perkataan dorman di dalam borang yang berkenaan. Sekiranya Borang C perlu dihantar, perlu atau tidak mengemukakan nombor rujukan E dan sekiranya tiada nombor E, adakah perlu daftarkan fail majikan. Bagaimana dengan helaian kerja HK-PC1 dan kod perniagaan, perlukah ianya diisikan?

J : Syarikat Dorman sejak Dari Mula Ditubuhkan. 1. Jika syarikat tidak menerima Borang C syarikat tidak perlu mengemukakan borang tersebut ke Pusat Pemprosesan. 2. Sekiranya syarikat telah menerima Borang C syarikat dikehendaki mengemukakan borang tersebut ke Pusat Pemprosesan untuk dimasukkan sebagai rekod di tahun-tahun akan datang.

3. Jika syarikat hanya dorman bagi beberapa tahun kebelakangan tetapi pernah beroperasi di tahun–tahun terdahulu, syarikat dinasihatkan supaya mengemukakan Borang C. Bagi syarikat sebegini arahan berkenaan pengisian ‘0’ atau ‘-’ masih terpakai. Syarikat tidak dibenarkan menulis perkataan dorman di dalam ruang yang disediakan tetapi dikehendaki mengisikan setiap ruang ‘0’ atau ‘-’ .

4 Jika kes dorman dan belum ada fail C, fail majikan tidak perlu didaftarkan.

Page 9: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

5 Helaian kerja HK-PC1 perlu diisi sekiranya ada melibatkan pengiraan , contohnya syarikat yang dorman tetapi mahukan rugi b/h dan juga elaun modal b/h diambilkira. Syarikat belum dianggap berhenti oleh pihak LHDN.Kod perniagaan perlulah diisi bagi kes yang pernah menjalankan perniagaan.

21. Belanja Layak Kenderaan

S : Jika syarikat membeli sebuah kenderaan sebagai aset syarikat yang berharga RM300,000.00, berapakah perbelanjaan layak bagi tuntutan elaun modal ke atas aset tersebut. J : Merujuk kepada Jadual 3, Para 2, jika sebuah kenderaan baru dibeli pada atau selepas 28/10/2000, dan kos kenderaan tersebut tidak melebihi RM150,00.00 perbelanjaan layak kenderaan tersebut terhad RM100,000.00, jika syarat-syarat yang dinyatakan di atas tidak dipenuhi maka perbelanjaan layak terhad RM50,000.00

22. Belian Aset Sebelum Permulaan Perniagaan

S : Jika sesuatu aset dibeli secara sewa-beli pada bulan Aug 2004 dan perniagaan bermula pada Okt 2004. Semasa pembelian, syarikat telah membayar deposit dan ansuran bermula pada penghujung bulan Aug 2004. Akaun pertama perniagaan disediakan pada 01/08/2004 hingga 31/08/2005 dan akaun kedua disediakan 01/09/2005 hingga 31/08/2006. Adakah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh syarikat sebelum perniagaan bermula layak dianggap sebagai perbelanjaan layak bagi pengiraan elaun modal dalam tahun taksiran 2004. J : Perbelanjaan yang dilakukan sebelum tarikh perniagaan bermula akan dianggap dibelanjakan pada aset tersebut boleh digunakan bagi tujuan perniagaan iaitu pada tarikh perniagaan bermula Para 55(a) Jadual 3 ACP 1967

23. Tuntutan Elaun Modal Bagi Tempoh Asas Bertindih

S : Jika sesebuah syarikat mempunyai tempoh asas yang bertindih, bagaimana dengan tuntutan elaun modal. J : Bagi tempoh asas yang bertindih, sekiranya syarikat memperolehi apa-apa aset dalam tempoh tersebut, Elaun Permulaan hanya boleh dituntut dalam tempoh asas yang pertama dan bagi Elaun Tahunan syarikat layak menuntut dalam kedua-dua tempoh asas. (Para 78, 79 Jadual 3 ACP 1967)

Contoh

Page 10: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Syarikat memulakan operasi pada 30/01/2006 Tarikh perakaunan pertama syarikat ini berakhir 30.06.2006. Pada tahun 2006 syarikat telah membeli sebuah lori berharga RM 100,000.00. Elaun permulaan adalah RM 20,000.00 dan Elaun tahunan adalah RM 20,000.00. Pendapatan larasan bagi tahun taksiran tersebut adalah:

Tahun Taksiran Pendapatan Larasan

2006 700,000.00 2007 900,000.00

Pengiraan jumlah pendapatan adalah seperti berikut:

T/T 2006 (Tempoh asas 30.01.2006-31.12.2006)

Pendapatan larasan perniagaan RM 700,000.00 Elaun modal -Elaun Permulaan RM 20,000.00 -Elaun Tahunan RM 20,000.00

RM 40,000.00 Pendapatan berkanun./ Jumlah pendapatan RM 660,000.00

T/T 2007 (Tempoh asas 01.07.2006-30.06.2007)

Pendapatan larasan perniagaan RM 900,000.00 Elaun modal -Elaun Tahunan RM 20,000.00

RM 20,000.00 Pendapatan berkanun./ Jumlah pendapatan RM 880,000.00

24. Yayasan

S : Memandangkan tidak terdapatnya pengarah untuk sesebuah Yayasan, bolehkah ruangan N10 hingga N15 (butir-butir pengarah) dalam Borang C dibiarkan kosong? J : Tidak boleh. Maklumat berkenaan orang yang menguruskan Yayasan adalah diperlukan. Sila isikan butir-butir pemegang amanah (trustees) dalam ruangan N10-N15 dalam Borang C.

25. Syarikat di bawah Pembubaran

S : Untuk syarikat di bawah pembubaran, adakah ruangan N10 hingga N15 boleh diisikan dengan butir-butir pembubar (liquidatior)? J : Tidak. Ruangan N10 hingga N15 masih perlu diisikan dengan butir-butir Pengarah.

Page 11: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

26. Akaun Cawangan (Branch Account)

S : Di dalam ruangan manakah dalam Borang C “Akaun Ibu Pejabat”(Head Office Account) hendak diisi? J : Ruangan L47, iaitu Akaun Perasingan untung / rugi kerana “akaun Ibu Pejabat” bersifat modal dari ibu pejabat.

27. Syarikat Yang Menjalankan Melebihi Satu Jenis Perniagaan.

S : Syarikat menjalankan 8 jenis perniagaan. Ia telah memasukkan kesemua 8 jenis perniagaan tersebut di bawah perniagaan utama. Manakala dalam Borang C, K1 adalah hanya untuk perniagaan utama sahaja dan perniagaan yang lain adalah di bawah K8. Apakah yang seharusnya syarikat lakukan sedangkan ia telah mengemukakan Borang C yang berkenaan? J : Sekiranya amalan sebelum ini telah melapurkan kesemua 8 jenis perniagaan tersebut sebagai satu punca dan telah dibenarkan oleh Cawangan Cukai Korporat yang berkenaan, maka apa yang telah dilaporkan oleh syarikat di dalam Borang C tersebut adalah betul. Sekiranya sebagai punca-punca pendapatan perniagaan yang berbeza, maka syarikat hendaklah mengemukakan surat rayuan kepada Cawangan Cukai Korporat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

28. Elaun Pelaburan Semula (EPS)

S1 : Perlukah Borang EPS bagi tuntutan Elaun Peaburan Semula dihantar ke Cawangan Syarikat dan juga ke Bahagian Teknikal? Kalau perlu adakah perlu kelulusan EPS didapati dahulu baru kemukakan Borang C ke Bahagian Pemprosesan? J1 : Borang EPS hanya perlu dihantar ke Bahagian Teknikal sahaja. Sementara itu tuntutan EPS boleh dibuat di dalam Borang C .

S2 : Jika dalam tahun semasa, syarikat yang telah mendapat insentif Elaun Pelaburan Semula tidak membuat apa-apa perbelanjaan dan hanya menuntut perbelanjaan Elaun Pelaburan Semula yang tidak dapat diserap daripada tahun-tahun sebelum, adakah perlu syarikat menghantar borang tuntutan Elaun Pelaburan Semula ke Jabatan Teknikal. J : Tidak perlu menghantar borang tuntutan tersebut kerana tuntutan tersebut telah dibuat dalam tahun-tahun sebelum dan tuntutan Elaun Pelaburan Semula bagi EPS yang tidak dapat diserap hanya melibatkan pengiraan cukai.

29. Syarikat Perintis

S : Bolehkah syarikat yang mempunyai perniagaan selepas perintis menuntut elaun modal dan rugi yang tidak diserap dalam tempoh selepas perintis tersebut dengan produk yang tidak mendapat taraf perintis atau dibawa ke tempoh asas yang berikutnya.

Page 12: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

J : Boleh kerana bagi perniagaan selepas perintis status taraf perintis yang telah diberikan kepada sesebuah syarikat telah tamat dan ianya dianggap sebagai satu perniagaan baru.

Contoh :

Syarikat ABC mempunyai perniagaan yang berkaitan satu aktiviti yang digalakkan dan telah diberi taraf perintis. Tempoh pelepasan cukai bermula pada 1.7.99 dan telah berakhir pada tahun 2005. Maklumat bagi perniagaan selepas tempoh perintis adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran

Tempoh Asas Perniagaan Selepas Perintis

Elaun Modal (Slps Perintis)

Perniagaan Bukan Perintis

Elaun Modal (Bkn Perintis)

2006 1.1.2006 – 31.12.2006

(15,000) 2,000 35,000 1,500

T/T 2006 Perniagaan selepas perintis Pendapatan larasan Tiada (-) Elaun Modal Tiada Pendapatan Agregat Tiada

Perniagaan bukan perintis Pendapatan larasan 35,000 (-) Elaun Modal Bkn Perintis 2,000 (-) Elaun Modal Selepas Perintis 1,500 Pendapatan Agregat 31,500 (-) Rugi perniagaan selepas perintis {S44(2)} 15,000 Jumlah Pendapatan / Pendapatan Bercukai 16,500

30. Tuntutan Cukai Terlebih Bayar

S : Syarikat mempunyai cukai yang terlebih bayar selepas mengemukakan Borang C T/T 2006, bolehkah syarikat membuat permohonan untuk menggunakan kredit cukai tersebut di ‘offset’ dengan bayaran ansuran cukai T/T 2007, Jika tidak, apakah prosedurnya untuk meminta bayaran balik kredit cukai tersebut? J : Syarikat tidak boleh menggunakan kredit cukai untuk ‘offset’ dengan bayaran ansuran cukai T/T 2007. Segala lebihan bayaran cukai akan dipulangkan kepada syarikat selepas taksiran syarikat disifatkan(deemed) dalam sistem.

Page 13: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

31. Cukai Pegangan S107A

S : Sebuah syarikat tidak bermastautin telah dikenakan cukai pegangan di bawah Seksyen 107a atas bayaran kontrak yang diterima. Di dalam ruangan manakah syarikat tersebut hendak memasukkan jumlah cukai pegangan tersebut? J : Memandangkan cukai pegangan S 107A bukan merupakan cukai yang akhir (final tax) dan ia bersifat bayaran pendahuluan cukai, maka jumlah ini boleh dimasukkan dalam ruangan B2.

32. Borang Nyata Terpinda

S: Adakah setiap pindaan Cukai/taksiran, syarikat perlu mengemukakan Borang Nyata Terpinda. Dalam keadaan/situasi mana harus syarikat kemukakan Borang tersebut? J: Mulai TT 2009 syarikat di beri kebenaran meminda taksiran sendiri dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda C dibawah seksyen 77B .(prescribed form CP 6) ke Cawangan yang mengendalikan fail syarikat. Borang Nyata Terpinda tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengemukaan Borang C.Syarat-syaratnya ialah: (a) Borang C hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan; (b) Pindaan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Isu kenapa taksiran di pinda ialah :

(a) Kesilapan berhubung dengan pendapatan terkurang/tidak lapor atau perbelanjaan terkurang

(b) Tidak lapor atau perbelanjaan elaun modal, insentif dimana pindaan tersebut akan menyebabkan taksiran

(i) Dari tidak kena Cukai kepada kena Cukai (taksiran Asal) (ii) Dari kena Cukai kepada Cukai Tambahan (Taksiran Tambahan) dan (iii) Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik (Taksiran Asal).

Bagi taksiran pindaan yang melibatkan Cukai Kurangan syarikat hanya perlu hantar pindaan akaun beraudit bersama-sama salinan Borang C ke Cawangan dimana fail syarikat dikendalikan.

Page 14: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

SOALAN PENGISIAN BORANG C 1. Syarikat yang tidak mempunyai nombor rujukan.

S: Syarikat telah beroperasi tetapi masih belum mempunyai nombor C. Bagaimanakah syarikat boleh menghantar Borang C? Apakah yang perlu dilakukan.

J: Syarikat perlu mendaftarkan fail C di Cawangan Cukai Korporat yang berkenaan dahulu sebelum mengemukakan Borang C. Tuan dinasihatkan membuat pendaftaran No fail C serta-merta apabila syarikat telah memulakan operasi. Bagi tujuan pendaftaran fail, sila kemukakan maklumat i) hingga v) dalam ‘lettterhead’syarikat. i) Alamat yang didaftarkan dengan SSM ii) Nama dan alamat wakil cukai, jika ada iii) Tarikh perniagaan mula beroperasi iv) Tempoh perakaunan v) Alamat tempat perniagaan dijalankan. vi) Satu salinan Memorandum dan Artikel Persatuan dan Sijil Perbadanan vii) Dua salinan Borang ( Perakuan Perbadanan Syarikat) viii) Dua salinan Borang 49 (Nama dan Alamat Pengarah-Pengarah sekarang) ix) Satu salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) x) Dua salinan Borang 13 (Pertukaran Nama Syarikat , sekiranya ada. Setiap dokumen bernombor (vi) hingga (x) hendaklah disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah.

2. Nombor Rujukan Fail Majikan

S : Syarikat beroperasi tetapi tidak mempunyai pekerja yang menerima gaji sampai tahap kena PCB, perlukah syarikat ini mendaftar fail E dan isikan nombor E dalam Borang C ataupun ‘dash out’ sahaja?

J : Bagi mana-mana syarikat yang didaftarkan fail, secara automatik akan didaftarkan fail E. Adalah dinasihatkan syarikat untuk merujuk Majikan cawangan yang berkenaan berkenaan pendaftaran fail E.

3. Tarikh Mula & Tarikh Tutup Akaun

S1 : Syarikat Permai Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 01/05/2006. Akaun pertama disediakan dari 01/05/2006 hingga 31/12/2006.Bagaimanakah cara mengisi ruangan VII dan VIII?

J1 : Di ruang tarikh mula, isikan 01/05/2006 dan ruang tarikh tutup, isikan 31/12/2006.

Page 15: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

S2 :Jika terdapat 2 akaun yang disediakan dalam sesuatu tempoh asas (bagi kes-kes tempoh asas yang bertindih), akaun manakah yang harus digunapakai untuk dimasukkan di dalam VII dan VIII di dalam borang nyata.

J2 :Akaun yang kedua akan digunapakai bagi mengisi ruang VII dan VIII di

borang nyata.

Contoh

Syarikat A memulakan operasi pada 30 Januari 2006. Tarikh perakaunan pertama syarikat ini berakhir 30.06.2006. Tempoh asas dan tarikh penghantaran borang C & R syarikat A adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan

Tempoh Asas

Tarikh

Penghantaran Borang C & R

2006 30/01/2006 -30/06/2006

30/01/2006 – 31/12/2006

31/01/2007

2007 01/07/2006 -30/06/2007

01/07/2006 – 30/06/2007

31/01/2007

Dalam borang C & R T/T 2006, bagi ruangan Tarikh Mula dan Tarikh Tutup Akaun, sila isikan tarikh perakaunan kedua syarikat iaitu 01.07.2006 dan 30.06.2007

4. Pematuhan Ketetapan Umum

S : Bagaimana untuk mengisi ruangan di Lampiran H (Ketetapan Umum Ketua Pengarah) di Buku Panduan C, sekiranya terdapat ketetapan yang tiada berkaitan. Samada perlu tandakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.Ini adalah kerana arahan mengatakan Ketetapan Umum di ruangan X (muka surat 1) hanya boleh di tanda ‘Ya’ sekiranya kesemua ketetapan di bahagian Pematuhan bertanda ‘Ya’

J : Syarikat perlu merujuk Ketetapan Umum yang berkaitan sahaja dan

menyemak setiap Ketetapan Umum yang berkaitan dipatuhi atau tidak.

Jika Ketetapan Umum tersebut berkaitan dan dipatuhi sila tandakan ‘Ya’,

Page 16: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Jika Ketetapan Umum tersebut berkaitan dan tidak dipatuhi, tandakan ‘Tidak’, Jika Ketetapan Umum tersebut tidak berkaitan, sila tandakan ‘Ya’

Sekiranya semua Ketetapan Umum tersebut bertanda ‘Tidak’ sila tandakan di kotak ‘Tidak’ bagi ruang X

5. Relif Kumpulan S1: Apakah syarat-syarat yang membolehkan syarikat yang menyerah dan syarikat yang menuntut menikmati relif kunpulan? J1: Kedua-dua syarikat yang menuntut dan syarikat menyerah mestilah:

(i) Ditubuhkan di Malaysia (ii) Bermastautin di Malaysia (iii) Merupakan syarikat berkaitan sepanjang tempoh asas bagi suatu tahun

taksiran dan sepanjang tempoh 12 bulan sebaik sebelum tempoh asas bagi tahun taksiran tersebut.

(iv) Mempunyai modal berbayar berkenaan syer biasa melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran

(v) Mempunyai tempoh asas 12 bulan yang berakhir pada tarikh yang sama

(vi) Membuat pilihan yang tidak boleh ditarik balik dalam borang nyata cukai pendapatan yang dikemukakan untuk tahun taksiran berkenaan di bawah seksyen 77A dan

(vii) Tertakluk kepada para 2, Jadual 1 ACP 1967

S2: Sekiranya syarikat saya sedang menukmati taraf perintis, adakah saya layak meunutut relif kumpulan? J2 : Sekiranya syarikat sedang menikmati insentif taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun pelaburan semula atau 100% potongan perbelanjaan modal di bawah Jadual 4A adalah tidak layak menuntut relif kumpulan. S3 : Syarikat P memegang secara langsung 100% syer biasa dalam syarikat A dan 60% syer biasa dalam syarikat B.

Syarikat A memegang secara langsung 45% syer biasa dalam syarikat C sementara syarikat B memegang secara langsung 55% syer biasa dalam syarikat C. Keempat-empat syarikat berkenaan adalah ditubuhkan (i) dan bermastautin (r) di Malaysia. Adakah setiap syarikat layak menuntut relif kumpulan?

Page 17: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

J3 : Sama ada relif kumpulan adalah layak atau tidak di antara syarikat P, syarikat A,

syarikat B dan syarikat C ditunjukkan seperti berikut:

1 0 0 % s y e r b ia s a 6 0 % s y e r b ia s a

5 5 % s y e r b ia s a4 5 % s y e r b ia s a

( i + r )

S y a r ik a t B( i + r )

S y a r ik a t A( i + r )

S y a r ik a t C( i + r )

S y a r ik a t P

Pemegangan syer oleh/atau melalui syarikat tidak ditubuhkan di Malaysia atau melalui syarikat tidak bermastautin di Malaysia, tidak diambilkira dalam menentukan pemilikan 70% syer. Dengan kata lain, jika pemegangan syer melibatkan syarikat tidak bermastautin (nr) atau syarikat yang tidak ditubuhkan di Malaysia (ni), maka rantaian pemilikan akan terputus dan relif kumpulan tidak dibenarkan.

Hubungan syarikat

Pemegangan syer biasa (secara langsung atau tidak langsung)

Relif kumpulan dibenarkan

P & A 100% (langsung) Ya

P & B 60% (langsung) Tidak

P & C 78% (tidak langsung) [(100% X 45%)] + (60% X 55%)]

Ya

A & B P & A = 100% (langsung) P & B = 60% (langsung)

Tidak

A & C P & A = 100% (langsung) P & C = 78% (tidak langsung)

Ya

B & C P & B = 60% (langsung) P & C = 78% (tidak langsung)

Tidak

Page 18: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

S4 : Menggunakan kes di atas, syarikat A tidak bermastautin (nr) di Malaysia. Bagaimanakah menentukan relif kumpulan?

J4 : Syarikat A tidak layak menuntut relif kumpulan kerana tidak memenuhi syarat-syarat untuk menuntut relif kumpulan

S5 Bagaimanakah cara merekodkan tuntutan relif kumpulan secara

percukaian?

J5 : Contoh pengiraan relif kumpulan

Syarikat A dan syarikat B merupakan satu kumpulan syarikat yang sama. Pada

tahun taksiran 2006 (tahun 1) dan tahun 2007 (tahun 2), syarikat A mengalami

kerugian sementara syarikat B memperolehi keuntungan. Kedua-dua syarikat

telah bersetuju untuk menuntut relif kumpulan, di mana syarikat A (syarikat

menyerah) bersetuju menyerahkan 50% kerugian tahun semasa yang dialaminya

kepada syarikat B (syarikat menuntut) dan syarikat B bersetuju menuntut kerugian

berkenaan. Tuntutan relif kumpulan telah dibuat dalam Borang C bagi tahun

taksiran 2006 dan 2007 masing-masing. Berikut adalah pengiraan relif kumpulan

bagi kedua-dua tahun taksiran berkenaan.

Syarikat P(i + r)

Syarikat B(i + r)

Syarikat C(i + r)

Syarikat A(i + nr)

60 % syer biasa

55% syer biasa45% syer biasa

100% syer biasa

(*)

Page 19: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Tahun 1

Syarikat A (Syarikat Menyerah)

RM

Syarikat B

(Syarikat Menuntut)

RM

Pendapatan statutori perniagaan I (rugi larasan 300,000) Pendapatan statutori perniagaan II (rugi larasan 50,000) Pendapatan statutori sewa Pendapatan agregat Tolak: Rugi tahun asas [sek. 44(2)] Tolak: Derma [sek. 44(6)] (10,000) Jumlah pendapatan Lebihan rugi larasan tahun semasa mengikut subseksyen 44(4) dan 44(5)

(350,000-60,000) = (290,000) Diserahkan 50% = (145,000) Rugi h/h (145,000) Amaun rugi (145,000) ini kekal di syarikat menyerah.

tiada

tiada

60,000 60,000

(60,000)

tiada

- tiada

Pendapatan statutori perniagaan I Pendapatan statutori perniagaan II Agregat pendapatan statutori perniagaan I dan II Campur: Pendapatan statutori sewa Pendapatan agregat Tolak: Derma [sek.44(6)] Pendapatan agregat ditentukan (defined agregat income) Tolak: 50% kerugian dituntut Jumlah pendapatan

200,000

20,000

220,000

50,000 270,000

(20,000) 250,000

(145,000) 105,000

Page 20: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Tahun 2

Syarikat A Syarikat Menyerah

RM Syarikat B Syarikat Menuntut

RM

Pendapatan statutori perniagaan I (rugi larasan 200,000) Pendapatan statutori perniagaan II Agregat pendapatan statutori perniagaan I dan II Tolak: Rugi b/h [sek. 43(2)] Campur: Pendapatan statutori sewa Pendapatan agregat Tolak: Rugi tahun asas [sek. 44(2)] Jumlah pendapatan Rugi b/h dan dih/h = (85,000) [(1) (145,000) - (60,000)] [ Lebihan subseksyen 44(4) dan 44(5)] [(200,000) - (50,000)] = (150,000) Diserahkan 50% (75,000) (75,000) + rugi b/h (85,000) Rugi h/h (160,000) Amaun rugi (160,000) kekal di syarikat menyerah

tiada 60,000 60,000

(60,000)

(1) tiada

50,000

50,000

(50,000) tiada

Pendapatan statutori perniagaan I Pendapatan statutori perniagaan II Agregat pendapatan statutori perniagaan I dan II Campur: Pendapatan statutori sewa Pendapatan agregat/ Pendapatan agregat ditentukan Tolak: 50% rugi larasan dituntut Jumlah pendapatan

50,000

30,000

80,000

20,000 100,000

(75,000) 25,000

Page 21: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

6.. Perubahan Sebahagian Besar (substantial change) Pemegangan Syer Dalam Syarikat.

S1 : Syarikat DEP Sdn Bhd menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. Pemegang syer seperti berikut:

Tarikh Peratusan pemegangan syer

31.12.2006 P : S (50% : 50%)

01.01.2008 P : S ( 1% : 99%)

Adakah berlaku perubahan dalam pemegangan syer?

J1 : Dalam kes ini, tidak berlaku perubahan sebahagian besar pemegang syer dalam DEP Sdn Bhd kerana pemegang syer biasa pada kedua-dua tarikh berkenaan masih merupakan pemegang yang sama iaitu P dan S, dan di antara mereka masih memegang lebih 50% syer. Perubahan berlaku hanya dari segi peratusan pemegangan antara P dan S. Oleh itu, kerugian larasan serta elaun modal bagi tahun taksiran 2006 yang tidak dapat diserap boleh dibawa hadapan dan diserap dalam tahun taksiran 2008.

S2 : Alis Sdn Bhd telah membuat penstrukturan dalam kumpulan di mana pemegang syer syarikat Q telah bertukar daripada syarikat M kepada syarikat P seperti rajah berikut:

S e b e lu m

A lis S d n B h d

S y k t M S y k t P

S y k t Q

1 0 0 %

1 0 0 %

A lis S d n B h d

S y k t M S y k t P

S y k t Q

1 0 0 %

1 0 0 %

S e le p a s

Page 22: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

Adakah berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan syer dalam syarikat?

J2 : Dalam kes ini, perubahan besar sebahagian besar pemegangan syer telah berlaku dalam syarikat Q. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak berlaku perubahan sebahagian besar dalam pemegangan syer terakhir (ultimate shareholder) iaitu Alis Sdn Bhd masih memegang secara tidak langsung 100% syer syarikat Q, maka tidak berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan syer syarikat Q.

S3 : Sebelum perubahan pemegangan syer, syarikat O ialah subsidiari kepada syarikat N yang memegang 80% syer syarikat O. Pada masa yang sama, syarikat N adalah subsidiari syarikat M yang juga memegang 80% syer dalam syarikat N. Syarikat M mempunyai 3 pemegang syer individu iaitu individu A memegang 60%, individu B memegang 20% dan individual C memegang 20%. Individu A, kemudiannya telah menjual kesemua syernya kepada individu D.

Struktur pemegangan syer pada masa sebelum dan selepas pindah milik syer boleh digambarkan seperti berikut:

J3 : Dalam kes ini telah berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan langsung syer dalam syarikat M (pemegang syer terakhir bagi syarikat N dan O)

Individu A

Individu B

Individu C

Sykt M Sykt N Sykt O

60%

20%

20% 80%

Sebelum

Individu D

Individu B

Individu C

Sykt M Sykt N Sykt O20%

20%

80% 80%

Selepas

80%

60%

Page 23: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

apabila pemegang syer telah bertukar daripada individu A kepada individu D walaupun pemegang syer bagi syarikat M iaitu individu B dan C masih sama. Ini disebabkan kedua-dua individu B dan C tidak memegang lebih 50% syer syarikat M pada masa sebelum dan selepas pindah milik.

Justeru, perubahan sebahagian besar pemegangan tidak langsung syer dalam syarikat N dan O dianggap telah berlaku walaupun pemegangan syer langsung dalam kedua-dua syarikat berkenaan tidak berubah.

S4 : Cantik Sdn Bhd menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. Pada bulan November 2006, salah seorang pemegang syernya Encik Azizi telah memindahkan syernya kepada Encik Asri dan Puan Farizan dengan peratusan pemegangan syer seperti berikut:

Pemegangan syer pada 31.12.2006

Peratusan Pemegangan syer pada 01.01.2008

Peratusan

Encik Asri 40,000 40 60,000 60 Encik Azizi 60,000 60 Tiada Tiada Puan Farizan Tiada Tiada 40,000 40 100,000 100 100,000 100

J4 :Dalam contoh ini, telah berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan syer dalam Cantik Sdn Bhd. Walaupun En cik Asri memegang 60% syer biasa syarikat selepas pindah milik tetapi Encik Asri bukan pemilik sebahagian besar syer biasa syarikat sebelum pindah milik kerana dia hanya memiliki 40% syer biasa syarikat.

7. Elaun Modal

S : Apakah perbezaan di antara ruang E1(a) dan E11 J : Ruang E1(a) adalah jumlah elaun modal yang dituntut bagi tahun taksiran semasa, termasuk aset yang sedia ada dan juga aset yang baru diperolehi dalam tahun semasa. Ruang E11 hanya melibatkan elaun modal bagi aset yang diperolehi dalam tahun taksiran semasa sahaja. Sekiranya aset diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya elaun modal ke atas jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

8. Aset Tetap S : Apakah yang dikehendaki di ruang L29A Borang C2006 J :Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

9. Perbelanjaan Pembangunan Untuk Pemaju Perumahan

Page 24: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

S : Bagi pemaju perumahan, di manakah perbelanjaan pembangunan hantar hadapan harus diisi dalam Borang C? K1 hingga ke K6 adalah hanya untuk syarikat perdagangan (trading company)? Untuk pemaju perumahan, akauntan membuat pertanyaan sama ada mereka boleh mengisi perbelanjaan pembangunan bawa hadapan sebagai stok awal dan perbelanjaan pembangunan hantar hadapan sebagai stok akhir dan perbelanjaan langsung (direct expenses) sebagai belian? J : Untuk pemaju perumahan, perbelanjaan pembangunan hendaklah diisi dalam ruangan K35 iaitu aset semasa lain. K1 hingga K6 adalah terpakai untuk semua jenis perniagaan kecuali untuk syarikat pemegang pelaburan di mana pendapatannya adalah dicukai di bawah Seksyen 4(d). Stok untuk syarikat pemaju perumahan adalah merujuk kepada unit rumah yang masih belum dijualkan dan bukan merujuk kepada perbelajaan pembangunan. Perbelanjaan langsung adalah sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan. Untuk perbelanjaan pembangunan yang diiktirafkan dalam tahun semasa, masukkan jumlahnya dalam ruangan K4.

10. Akaun Pengecualian Tahun Berakhir Tahun Sebelum( TBTS-2000 PY) (Seksyen 12, Akta 1055) S : Di bahagian I, manakah jumlah pengecualian daripada Akaun Pengecualian TBTS (seksyen 12, Akta 1055) perlu dimasukkan? J : Jumlah tersebut perlu dimasukkan ke dalam ruang I1.

11. Bahagian L – Tempoh Bertindih S : Bagaimana maklumat kewangan di Bahagian L perlu diisi apabila tempoh asas bagi T/T 2004 melibatkan 2 tahun kewangan?

J : Bahagian L (Maklumat Kewangan) hanya perlu diisi bagi tahun kewangan yang telah ditunjukkan di ruang Vii dan VIII di muka surat 1 Borang C. Contohnya bagi T/T 2006 apabila melibatkan 2 tahun kewangan iaitu tahun berakhir 30/04/2005 dan 30/04/2006, maka akaun yang terlibat di ruang ini ialah bagi tahun berakhir 30/04/2006 sahaja.

12 Bahagian L – Maklumat Aset dan Liabiliti S : Bagi ruang yang melibatkan aset dan liabiliti, perlu atau tidak maklumat tersebut diseimbangkan seperti dalam akaun beraudit sebab ruang aset seperti arahan Nota Penerangan perlu mengambilkira kos sebenar aset. J : Tidak perlu seimbang. Sekiranya seimbang bererti jumlah kos aset telah ditolak dengan susutnilai dan ini tidak betul.

Page 25: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

13 Syarikat Pemegang Pelaburan (S60F) S : Bagi Syarikat Pemegang Pelaburan (S60F), betul atau tidak memasukkan perbelanjaan seperti gaji di ruang L14 sebanyak ¼ dan bakinya sebanyak ¾ dimasukkan di ruang L24 ataupun kesemua gaji dimasukkan diruang L14?

J: L14 adalah jumlah kesemua perbelanjaan yang dituntut dalam Untung & Rugi akaun beraudit, manakala L24 adalah jumlah perbelanjaan yang merujuk kepada perenggan 1.2.3 Bahagian II, Nota Penerangan. Oleh itu bagi kes Syarikat Pemegang Pelaburan tidak perlu asingkan perbelanjaan tersebut. Sila masukkan kesemua perbelanjaan tersebut di ruang L14.

14. Goodwill

S : Di ruangan manakah perlu dimasukkan aset ‘Goodwill’ dan Perbelanjaan Pembangunan J : Masukkan aset ‘Goodwill’ di ruang L28 dan Perbelanjaan Pembangunan di L35.

15.‘Pre-Operating Expense’

S : Bagaimana perlu diisikan di bahagian L, sekiranya syarikat mempunyai ‘Pre-operating expenses’

J : Di ruang L21.

16. Syarikat Sdn Bhd S : Sekiranya syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad, dimanakah perlu ditandakan di dalam O1? J : Tandakan di dalam ruangan ‘lain-lain’ di bawah O1 bagi Borang C tahun Taksiran 2002 ke atas, manakala Borang C T/T 2001 tiada ruangan tersebut disediakan. Oleh itu secara automatiknya sekiranya syarikat tidak menandakan mana-mana ruang, ianya akan dibaca sebagai status Sdn. Bhd.

17. Syarikat Yang Tidak Beroperasi S : Bagi syarikat yang tidak beroperasi, bagaimana perlu diisi pada alamat premis perniagaan di O5 ?

J : Isikan seperti tidak berkaitan iaitu ‘-’

18. Fail Cukai Pendapatan Pengarah S : Pengarah Syarikat yang tidak mempunyai fail cukai SG / OG kerana tidak sampai tahap kena cukai, bagaimana O12 (bagi TT 2006 ke bawah) dan O13 (TT 2007) perlu diisi?

J : Isikan ‘-’ sahaja.

19. Kegagalan Mengisi Nombor Rujukan Cukai Untuk Pengarah

Page 26: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

S : Pengarah tidak mahu melapor nombor rujukan fail cukai pendapatan di ruang N13. Adakah dianggap Borang C tidak lengkap. J : Borang C dianggap sebagai tidak lengkap jika ianya tidak diisi dengan lengkap / sepenuhnya. Sila nasihatkan Pengarah Syarikat tersebut supaya mengisi dengan lengkap. Jika tidak, Borang C akan dikembalikan kepada mereka.

20. Maklumat Pemegang Saham Utama

S : Syarikat mempunyai 10 orang pemegang saham dan 4 orang sahaja pemegang saham utama. Adakah perlu untuk mengisi ruang P5 walaupun pemegang saham ke 5 bukan pemegang saham utama? J : Maklumat yang diperlukan adalah pemegang saham yang utama. Sila nasihatkan pembayar cukai supaya mengisi nama-nama 4 pemegang saham yang utama sahaja.

21 S: Apakah yang dimaksudkan dengan Q2 iaitu Ketetapan Awal?

J: Ketetapan Awal ialah satu kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarah berhubung layanan cukai terhadap suatu urusan atau transaksi yang akan dikendalikan oleh pembayar cukai. Ciri-ciri utama sistem ketetapan awal ialah

i) Permohonan perlu dibuat dalam borang yang ditetapkan, ii) Permohonan untuk ketetapan awal akan dikenakan fi iii) Ketetapan awal hanya terpakai untuk pemohon sahaja iv) Ketetapan awal hendaklah berdasarkan fakta sebenar dan bukan

berdasarkan andaian dan v) Ketetapan awal yang dikeluarkan oleh LHDN tidak terpakai sekiranya

fakta yang digunakan semasa membuat ketetapan awal adalah salah atau berbeza.

Sekiranya syarikat telah memohon ketetapan awal, sila tandakan ‘Ya’

22 S: Sekiranya syarikat memohon Ketetapan Awal adakah syarikat tertakluk dan perlu mematuhi ketetapan tersebut (Q2b)? J: Mengikut Subseksyen 138B(4) dan (5), sesuatu ketetapan awal yang diberi berdasarkan suatu cadangan perkiraan adalah tertakluk (binding) kepada LHDNM dan pemohon sekiranya cadangan perkiraan dilaksanakan. Pemohon mempunyai pilihan samada untuk melaksanakan perkiraan yang dicadangkan setelah mendapat ketetapan awal daripada KPHDNM atau pun tidak melaksanakannya.

23. S: Sekiranya berlaku perubahan ketara, adakah syarikat terikat dengan ketetapan awal di bahagian Q2c? J: Sekiranya Syarikat melaksanakan perkiraan, tetapi perkiraan itu telah berubah dengan ketara, maka ketetapan awal yang diberi tidak lagi terpakai ke atasnya. Dengan itu, KPHDNM dan syarikat tidak lagi terikat kepada ketetapan awal yang telah diberi. Perubahan ketara dalam perkiraan bermaksud apabila

Page 27: FAQ Soalan Am - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQBC.pdfFAQ Soalan Am 1. Ruangan kotak yang tidak mencukupi. S: Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat

perkiraan yang dicadangkan telah berubah dari segi fakta ke tahap di mana ketetapan awal yang diberi tidak lagi releven atau boleh dipakai. Ketetapan awal ini tidak boleh diguna pakai mungkin disebabkan isu-isunya berbeza dan oleh itu peruntukan ACP 1967 yang diberi juga tidak lagi tepat.

24. Pengakuan Borang C S1 : Bahagian pengakuan di Borang C, boleh atau tidak ianya ditandatangani oleh pengarah yang telah meletak jawatan di dalam syarikat berkenaan? J1 : Tidak boleh. Bahagian ini perlulah ditandatangani oleh pengarah yang masih berada di dalam syarikat iaitu pengarah syarikat yang terkini.

S2 : Bagaimana sekiranya salah satu ruangan di Bahagian Pengakuan tidak dipenuhi?

J2 : Ia akan dianggap sebagai tidak lengkap, dan borang C akan dikembalikan. Tarikh kemaskini : 28 April 2010