faq poslaju flyers pack bm for customer

3
PosLaju Flyers Pack 1 FAQ Produk : Poslaju Flyers Pack Bil. Soalan/Jawapan Q1 Apakah PosLaju Flyers Pack? PosLaju Flyers Pack ialah medium pembungkusan iaitu plastik yang dipekkan mengikut saiz dan kuantiti tertentu dan untuk dijual kepada pelanggan PosLaju. Terdapat 8 jenis PosLaju Flyers Pack seperti berikut : 1. PosLaju Flyers Pack 10 S 2. PosLaju Flyers Pack 10 M 3. PosLaju Flyers Pack 10 L 4. PosLaju Flyers Pack 10 XL 5. PosLaju Flyers Pack 50 S 6. PosLaju Flyers Pack 50 M 7. PosLaju Flyers Pack 50 L 8. PosLaju Flyers Pack 50 XL Q2 Apakah saiz dan harga jualan PosLaju Flyers Pack yang ditawarkan oleh PosLaju? PosLaju Flyers Pack terdiri daripada empat (4) saiz berbeza dan harga jualan adalah seperti berikut : PosLaju Flyers Saiz Ukuran Sehelai Flyer Harga Pack 10 S 256 mm x 180 mm RM 2.00 Pack 10 M 330 mm x 260 mm RM 3.00 Pack 10 L 445 mm x 315 mm RM 4.00 Pack 10 XL 525 mm x 390 mm RM 5.50 Pack 50 S 256 mm x 180 mm RM 6.00 Pack 50 M 330 mm x 260 mm RM 11.00 Pack 50 L 445 mm x 315 mm RM 15.00 Pack 50 XL 525 mm x 390 mm RM 22.00 Q3 Dimanakah pelanggan boleh membeli PosLaju Flyers Pack? PosLaju Flyers Pack boleh didapati di Pusat PosLaju, Pejabat Pos, Kiosk PosLaju, Pusat Perkhidmatan PosLaju, Ejen Jualan PosLaju (eg MBE, Proton Edar), PosLaju Go2u dan PosLaju e-Store

Upload: amirul

Post on 17-Dec-2015

350 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

poslaju lol

TRANSCRIPT

  • PosLaju Flyers Pack

    1

    FAQ

    Produk : Poslaju Flyers Pack

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q1 Apakah PosLaju Flyers Pack?

    PosLaju Flyers Pack ialah medium pembungkusan iaitu plastik yang dipekkan mengikut saiz

    dan kuantiti tertentu dan untuk dijual kepada pelanggan PosLaju.

    Terdapat 8 jenis PosLaju Flyers Pack seperti berikut :

    1. PosLaju Flyers Pack 10 S

    2. PosLaju Flyers Pack 10 M

    3. PosLaju Flyers Pack 10 L

    4. PosLaju Flyers Pack 10 XL

    5. PosLaju Flyers Pack 50 S

    6. PosLaju Flyers Pack 50 M

    7. PosLaju Flyers Pack 50 L

    8. PosLaju Flyers Pack 50 XL

    Q2 Apakah saiz dan harga jualan PosLaju Flyers Pack yang ditawarkan oleh

    PosLaju?

    PosLaju Flyers Pack terdiri daripada empat (4) saiz berbeza dan harga jualan adalah seperti

    berikut :

    PosLaju Flyers Saiz Ukuran Sehelai Flyer Harga

    Pack 10 S 256 mm x 180 mm RM 2.00

    Pack 10 M 330 mm x 260 mm RM 3.00

    Pack 10 L 445 mm x 315 mm RM 4.00

    Pack 10 XL 525 mm x 390 mm RM 5.50

    Pack 50 S 256 mm x 180 mm RM 6.00

    Pack 50 M 330 mm x 260 mm RM 11.00

    Pack 50 L 445 mm x 315 mm RM 15.00

    Pack 50 XL 525 mm x 390 mm RM 22.00

    Q3 Dimanakah pelanggan boleh membeli PosLaju Flyers Pack?

    PosLaju Flyers Pack boleh didapati di Pusat PosLaju, Pejabat Pos, Kiosk PosLaju, Pusat

    Perkhidmatan PosLaju, Ejen Jualan PosLaju (eg MBE, Proton Edar), PosLaju Go2u dan

    PosLaju e-Store

  • PosLaju Flyers Pack

    2

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q4 Bagaimana untuk menggunakan PosLaju Flyers Pack?

    1. Beli PosLaju Flyers Pack. Pastikan saiz dan kuantiti PosLaju Flyers adalah sesuai untuk menampung isi kandungan.

    2. Masukkan isi kandungan yang ingin dihantar ke dalam PosLaju Flyers. Lekatkan PosLaju Flyers dengan kemas.

    3. Isi Borang Kiriman Domestik dan masukkan di ruang yang disediakan.

    4. Hantar item di kaunter PosLaju terdekat atau hubungi On Demand Pick-up Hotline 1 300 22 5258 dan buat bayaran mengikut berat item.

    Q5 Bolehkah saya memulangkan PosLaju Flyers Pack yang telah dibeli?

    PosLaju Flyers Pack yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan tetapi boleh ditukar dengan

    PosLaju Flyers Pack yang baru (yang setara harga dan saiz) hanya sekiranya :

    1. Kuantiti PosLaju Flyer tidak mencukupi/sama seperti tertera di label.

    2. PosLaju Flyer rosak (cth: terkoyak atau warna cetakan kabur)

    3. PosLaju Flyers Pack hanya boleh dipulangkan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh pembelian di mana-mana cawangan PosLaju dan pelanggan perlu kemukakan

    bersama dengan resit asal pembelian.

    Pihak PosLaju tidak akan melayan sebarang permohonan untuk pemulangan atau pertukaran

    produk sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi. PosLaju Flyers Pack tidak boleh

    ditukar dengan wang tunai. Sehubungan itu, pelanggan adalah dinasihatkan untuk

    memastikan saiz dan kuantiti PosLaju Flyers adalah betul semasa pembelian.

    Q6 Adakah pengiraan skala volumetrik digunapakai untuk PosLaju Flyers?

    Ya. Pengiraan berat berdasarkan skala volumetrik digunapakai sekiranya item yang

    dibungkus bersaiz besar dengan salah satu sisi melebihi 30 cm yang dimasukkan di dalam

    PosLaju Flyer saiz XL. Kaedah pengiraan adalah sama seperti amalan semasa.

    Q7 Bolehkah pelanggan kontrak membeli PosLaju Flyers Pack?

    Boleh. Walau bagaimanapun, pelanggan kontrak adalah disaran untuk mendapatkan flyers

    yang telah dikhaskan untuk pelanggan kontrak iaitu flyer yang tertera Not For Sale.

    Q8 Adakah PosLaju Flyers Pack sama dengan PosLaju Prepaid?

    Tidak sama kerana harga PosLaju Flyers tidak termasuk dengan harga pengeposan.

    Q9 Jika saya menggunakan PosLaju Flyers, bolehkah saya mengambil perlindungan

    insurans dengan PosLaju?

    Boleh. Pembelian insurans ditawarkan untuk semua produk PosLaju.

  • PosLaju Flyers Pack

    3

    Bil. Soalan/Jawapan

    Q10 Adakah saya boleh menuntut gantirugi sekiranya isi kandungan didapati rosak

    apabila dimasukkan ke dalam PosLaju Flyers?

    Boleh. Dengan syarat kerosakan itu disahkan berlaku akibat kecuaian PosLaju.

    PosLaju tidak akan bertanggungjawab jika kerosakan disebabkan PosLaju Flyers tidak dapat

    menampung berat isi kandungan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan

    untuk memastikan pembungkusan yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin diposkan

    sekiranya mendapati PosLaju Flyer tidak sesuai dengan isi kandungan tersebut.

    Q11 Adakah pengendalian item saya berbeza jika saya menggunakan PosLaju

    Flyers?

    Kendalian item adalah seperti amalan biasa kerana PosLaju Flyers hanya berfungsi sebagai

    medium pembungkusan.

    Q12 Bolehkah saya membeli hanya sehelai PosLaju Flyers?

    Maaf. PosLaju hanya menjual PosLaju Flyer secara Pek.