falsafah pendidikan prasekolah

6
Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan. Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun- kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak- kanak. Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak- kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”

Upload: emiey-mieysagie

Post on 23-Jun-2015

6.269 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan prasekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan prasekolah

Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.

Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini  seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian

Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman.

Page 2: Falsafah pendidikan prasekolah

Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.

Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!

kesimpulan

Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman.

Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (    لطفل١    ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.

Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.

I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya  kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.

Page 3: Falsafah pendidikan prasekolah

Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…” 

Wallahua’lam

Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban

tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4

hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di

kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan

prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat. Namun begitu, sebagai ibu

bapa anda perlu bertanya pada diri sendiri mengapa anda harus mengambil berat

tentang pendidikan prasekolah anak-anak anda. Ada tiga alasan utama mengapa anda

sebaiknya tidak hanya mendaftar anak anda ke kelas prasekolah, tetapi menjadi aktif

terlibat di dalam proses pembelajarannya juga samada di kelas mahupun di rumah.

Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi

pendidikan anak anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan

sikap) anak anda pada peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik

terhadap pembelajaran anak anda ketika memasuki sekolah formal dan membawa

kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini kita mengharapkan anak-anak kita untuk

belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula memasuki umur 4-6

tahun( prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar asas-asas

seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-

anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di

prasekolah.

Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa

dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di

prasekolah anda akan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu

juga anak anda akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain

sambil belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu

loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak

prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah

ini akan membantu membuat anak anda bersemangat belajar seumur hidup mereka.

Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda

kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak

menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar

Page 4: Falsafah pendidikan prasekolah

tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan

formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang

sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Adakah anda ingin anak anda

berada di kelas ’hadapan’ atau tertinggal di ’belakang’?

Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal,

anda boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang

penting adalah anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu

sepertimana yang dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan

bantu mengajar dan buku-buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk

menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan walaupun di rumah.

Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan

prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting

sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi

bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan

memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan

jasmani.

Posted by prasekolahIPGM at 5:20 PM 2 comments 

Falsafah pendidikan prasekolah

Falsafah pendidikan prasekolah dibentuk berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

- Pengalaman bersepadu- Aktiviti terancang- Bermain sambil belajar- Mengambil kira perbezaan latar belakang individu- Penyesuaian dari rumah ke prasekolah.

Program pendidikan prasekolah

- Fleksibel dan tidak formal yang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang

- Mendedahkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni- Proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal melalui aktiviti permainan- Menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsangkan naluri ingin tahu, mengukuhkan

koordinasi motor (kasar dan halus), menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul,sifat hormat-menghormati dan berdisiplin

Page 5: Falsafah pendidikan prasekolah