falsafah pendidikan kebangsaan

Upload: abdulmuiz-ishak

Post on 18-Jul-2015

2.402 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BENTUK KURIKULUM Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-lauan. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya The Child and The Curriculum merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini. Pembentukan kurikulum menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and Education (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan individu. Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut : -Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001) -Isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R.1996)

1

-Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998) Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai : Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek : -Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran -Kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai : program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

2

Yusuf Hashim (2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Ingeris, kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorphosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih kompleks. Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah. Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

3

JENIS-JENIS KURIKULUM

Terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. 1.Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983) 2.Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM 1. Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (PPK, 1988) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah; i.Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii.Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii.Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. iv.Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. v.Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.5

vi.Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. vii.Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. viii.Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. ix.Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x.Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. xi.Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.(Kamaruddin Haji Husin, 1994) 2.Kehendak Masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba (1962: 24) menyatakan: "It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciriciri kurikulumnya adalah berbeza.

6

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid: menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. menguasai kemahiran mengira menguasai Bahasa Inggeris membina dan memupuk akhlak yang mulia meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam dapat bergaul dalam masyarakat mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

7

3.

Faktor Politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya Curriculum Planning menyatakan: Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education Wiles Bondi (1989) dalam bukunya Curriculum Development: A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan untuk menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan boleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

8

4.

Faktor Pembangunan Negara Dan Perkembangan Dunia

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962): Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995) 5. Faktor Perubahan Sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan muridmurid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Jika masalah ini tidak dibendung dengan segera, pastinya boleh merosakkan dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994)9

6.

Faktor Perancang Dan Pelaksana Kurikulum

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum, perancang harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum. Perancang dan Pelaksana kurikulum merupakan orang yang penting dalam penggubalan atau pembentukan kurikulum 7. Faktor Murid, Kehendak, Dan Keperluan Masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).

10

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. 8. Faktor Perkembangan Ilmu Dan Kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam

pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmuilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu

pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.

11

9.

Pengaruh Psikologi Pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa kurikulum dalam bidang kemahiran perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli fahaman perkaitan menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap sekolah ialah kurikulum dalam bidang kemahiran seperti matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi (Nik Aziz Nik Pa, 1992).

12

PEMBENTUKAN KSSR Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni. Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada teras kedua PIPP. Justeru, KSSR diperkenalkan bagi tujuan itu. KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja.13

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Selain itu, antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

14

Aspek-Aspek Yang Terdapat Dalam Perubahan Transformasi KSSR Transformasi KSSR ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Bentuk Kurikulum Kurikulum KSSR terbahagi kepada 6 tunjang utama iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusian, keterampilan, sains dan teknologi dan kerohanian sikap dan nilai Komunikasi ialah penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Komunikasi juga merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.15

Perkembangan Fizikal dan Estetika ialah perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan

bepengetahuan luas serta jauh. Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.

16

Kemanusian ialah penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan

perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. Keterampilan pula ialah pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti

kurikulum dan kokurikulum. Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin.

17

Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil katakata sebegini, semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. Bagi sains dan teknologi pula merupakan penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik serta penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi. Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.

18

Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan

pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai. Akhirnya kerohanian, sikap dan nilai ialah penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan muridmurid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilainilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.

19

Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Keenam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang,

berpengetahuan dan berketerampilan.

20

Organisasi dan peruntukan masa BIL MODUL MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK MODUL TERAS ASAS 1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 Pendidikan Islam / 180 120 360 360 300 300 150 360 300 150 SJKC SJKT

Pendidikan Moral 5 6 7 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik MODUL TERAS TEMA 8 Dunia Seni Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains Dan 60 Teknologi Modul Elektif 9 B.Arab / BCSK / B. Iban / 90 B. Kadazandusun Perhimpunan Jumlah 30 1380 30 1380 30 1380 60 60 30 30 30 60 60 60 60 30 180 60 30 180 120 60 30

21

Organisasi & Peruntukan Masa KSSR Tahap I

BIL MATA PELAJARAN

MASA DALAM SEMINGGU SK SJKC SJKT

MATA PELAJARAN TERAS 1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 5 6 Matematik Sains Pendidikan Islam 300 300 180 120 / 180 270 150 300 180 120 150 270 150 300 180 120 150

Pendidikan Moral 7 8 9 10 11 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pend. Seni Visual Pend. Muzik 60 30 60 30 60 30 60 30 60 60 30 60 30 60

Reka Bentuk & Teknologi / 60 TMK

12

Sejarah

60

60

60

MATA PELAJARAN ELEKTIF 13 B.Arab / BCSK / BTSK / B. 90 Iban / B. Kadazandusun / B. Semai Perhimpunan Jumlah 30 1500 30 1500 30 1500 -

22

Organisasi & Peruntukan Masa KSSR Tahap II

Selain itu, telah berlaku perubahan peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan

memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Kesimpulan, pada Tahap I (Tahun 1, 2, dan 3) adalah menggunakan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Manakala semasa Tahap II (Tahun 4, 5, dan 6) pula mempunyai Mata pelajaran Teras dan Elektif.

23

Pedagogi Kemahiran Berfikir Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Belajar Cara Belajar Pembelajaran Masteri Pembelanjaran Secara Konteksual Pengajaran Berasaskan Masa Depan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)

Kandungan Kurikulum Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu Dr Julaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan. Enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akan dilaksanankan secara berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam. Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai

pengetahuan sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Ia membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Pendidikan seks akan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat24

dan budaya. Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahan pengajaran turut disediakan. Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi akan memberi pendedahan kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on. 2. Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. Murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik. Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR. Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual persekolahan. Sekolah perlu25

melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengukit kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. Sekiranya sekolah tidak dapat menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi. Contoh kombinasi mata pelajaran ialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggeris selama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dan keupayaan sekolah. Bagi Tahap Dua pula, akan dilaksanakan pada tahun 2014. Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah. Manakala subjek sedia ada termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

26

Kaedah Pentaksiran Pentaksiran Sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik. Proses Pentaksiran Sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. Murid dapat menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki dan belajar dengan kaedah tersendiri. Selain itu, murid dapat mensntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta. Murid akan lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran, dapat melalui proses pembelajaran dengan berjaya serta berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. Pentaksiran formatif untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.27

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas murid tidak sepatutnya mengandungi atau pernyataan persaingan.

perbandingan

antara

tentang

kebolehan,

kedudukan

Maklumbalas perlu mengandungi elemen-elemen seperti kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan, tahap pembelajaran yang diharapkan dan maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan

memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran bukan hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau

28

meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Antara kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah ialah melalui kaedah pencerapan. Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru

mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

29

Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu

membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan.

30

Bahan Bahan kurikulum merupakan dokumen standard yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap subjek yang ditawarkan dalam KSSR mempunyai dokumen standard yang khusus. Bahan sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran dan pembelajaran serta buku panduan untuk guru Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard. Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif

(pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan magi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.

31

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), modul didefinisikan sebagai unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponen yang melaksanakanfungsi tertentu dan dapat dirangkaian dengan unit-unit lain di dalam sesuatu yang lebih besar. Selain itu, modul juga merupakan kursus pengajaran (latihan dan seumpamanya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Malihat kepada dua definisi ini, kita boleh mentakrifkan modul sebagai suatu bahan pengajaran yang lengkap dengan isi pelajaran khas yang telah dirancang dan merangkumi soalan-soalan sama ada objektif atau subjektif bagi menguji tahap pemahaman pelajar supaya mereka dapat mencapai kemahiran-kemahiran tertentu yang dikehendaki. Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

32

Faktor keberkesanan pelaksanaan KSSR Faktor bagi keberkesanan pelaksanaan KSSR boleh merujuk kepada keenam- enam tunjang dalam bentuk kurikulum. Antaranya dari segi bentuk komunikasi, ia merupakan interaksi secara lisan (penutur dengan pendengar) ataupun tidak lisan seperti komunikasi antara perkataan dengan pembaca. Kelebihannya dapat ditonjolkan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), komunikasi amat penting dan berperanan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar ataupun pembaca. Muridmurid dapat memperoleh maklumat menerusi komunikasi secara aktif dan mampu menimba ilmu pengetahuan di dalam buku. Menerusi komunikasi juga murid-murid mampu bersedia untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR. Bukan itu sahaja, murid-murid sekarang tidak dapat berucap dengan bahasa yang betul serta tidak dapat bergaul rapat dengan orang lain secara senang hati kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya, tanpa komunikasi, murid-murid tidak dapat bermain bersama dan tidak dapat mengenal antara satu sama lain. Komunikasi ini juga merupakan bidang yang dititikberatkan di dalam KBSR kerana tanpa komunikasi, P&P tidak dapat dijalankan. Kehidupan kami semakin maju dan pengetahuan tentang sains dan teknologi amat signifikan untuk kita terus bermaju pada era globalisasi ini. Sains dan teknologi ini mementingkan para murid untuk menguasai pengetahuan sains dan matematik, bersikap saintifik dan berpengetahuan berasaskan teknologi. Hal ini amat penting kerana ia mendatangkan banyak kelebihan dan menjadi satu unsur yang baharu dalam kurikulum kita. Penggunaan ICT juga amat diperlukan. Sebagai contohnya, sekarang para murid boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka secara online. Bukan itu sahaja, saya rasa murid-murid sekarang juga lebih sensitif terhadap teknologi terkini, mereka suka sangat kerja Power Point dan flash yang lebih bernyawa berbanding dengan belajar di atas kertas sahaja yang dianggap kolot dan tradisional, hal ini mampu mengungkitkan perasaan ingin belajar dalam sanubari para murid. Ia juga memudahkan para murid mencari maklumat yang luar daripada buku teks agar menjadikan pembelajarannya lebih menyeluruh berbanding dengan KBSR yang lebih berfokus kepada buku teks.33

Dari segi perkembangan Fizikal dan Estetika, ia menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan diri murid serta menggalakkan para murid memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasinya. Hal ini juga merupakan unsur yang baharu dalam KSSR ini. Sebelum ini, KBSR lebih menekankan kejayaan akademik iaitu berasaskan keputusan peperiksaan. Namun demikian, kokurikulum pelajar juga amat penting dan diwajibkan semua murid mengambil bahagian dalamnya. Hal ini amat bermakna dan mempunyai banyak kelebihannya. Sebagai contoh, murid-murid dapat berinteraksi dan mengenal dengan aktiviti sukan yang berbeza di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat serta dapat meluangkan masa dalam perkara yang berfaedah. Selain itu, kelab dan persatuan juga dapat membentuk dan memupuk bakat dan kreativiti muridmurid menerusi pelbagai aktiviti seperti pertandingan menyanyi, malam kebudayaan dan lain-lain lagi. Kerohanian, sikap dan nilai juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam KSSR ini. Murid-murid digalakkan dan diberikan peluang untuk menghayati amalan agama, kpercayaan, sikap dan nilai yang murni. Selain daripada akademik, ICT dan kesihatan, kerohanian juga amat penting bagi menghasilkan murid yang seimbang. Unsur ini amat penting dalam membawa perubahan yang positif dalam masyarakat kini. Murid-murid sekarang banyak terdedah dengan gejala sosial. Masalah yang sering berlaku dalam sekolah merupakan kes buli dan vandalisme. Hal ini memerlukan guruguru menyalurkan pendidikan agama dan moral yang kuat dalam hati para murid agar tidak mudah terpedaya dan dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini juga amat penting untuk membina murid yang seimbang dari segi emosi. Sikap dan nilai yang positif juga membolehkan seseorang murid itu dihormati dan menghasilkan seorang modal insan Negara. Murid-murid dapat memupuk sikap berdisiplin menerusi penyertaan badan beruniform. Contohnya sentiasa terikat dengan peraturan-peraturan dan juga menepati masa menghadiri mesyuarat dan lain-lain lagi. Dari segi kemanusiaan pula, murid-murid diminta untuk menguasai ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, Negara dan global. Selain itu, murid-murid juga akan didedahkan dengan penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan terutamanya di Malaysia yang berbilang bangsa ini. Saya berasa hal ini34

amat memberikan kesan yang positif kepada umum. Contohnya di Malaysia terdapat 3 bangsa utama iaitu melayu, cina dan india, kita semua mempunyai budaya dan amalan yang berlainan, namun kita perlu menghormati adat orang lain dan bertoleransi dengan mereka dalam pergaulan seharian. Kita manusia hidup secara berkelompok dan perlu sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain agar mampu mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sesetengah murid yang tidak dapat hidup bersama secara aman dengan murid lain akan berasa murung dan tidak bersemangat sehingga menyebabkannya bergaul dengan rakan yang buruk ataupun menghindarkan dirinya daripada masyarakat. Selain itu, semangat patriotisme juga amat dititikberatkan dalam KSSR ini. Pada pendapat saya, tanpa semangat ini, para murid akan meletakkan nama Malaysia pada kedudukan yang paling akhir. Kita dilahirkan di tanah air ini, maka tempat inilah yang perlu kita berkhidmat dan kita berjasa. Justeru, unsur kemanusiaan ini dalam KSSR amat penting dalam membentuk sebuah generasi baru yang perpaduan dan harmoni serta mempunyai nilai cinta akan Negara. Perkara yang terakhir dari segi bentuk KSSR ini adalah keterampilan diri. Hal ini memerlukan guru-guru untuk memupuk sifat kepimpinan dan sahsiah diri murid melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sifat kepimpinan amat penting pada dewasa ini kerana seorang pemimpin merupakan ketua dan bertugas untuk mengagihkan kerjakerja dengan efektif serta menghasilkan sebuah organisasi yang mantap dan efisen. Sebagai contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan dalam kelas dan memilih ketua-ketua untuk menjalankan pertandingan seperti pertandingan matematik dalam kelas. Di luar bilik darjah pula boleh melantik seorang kapten bagi pasukan bola sepak dan kapten akan mengaturkan strategi perlawanan serta membawa pasukannya berlatih setiap hari. Hal ini amat penting kerana sifat kepimpinan ini merupakan aset dalam diri seseorang untuk memimpin sesebuah organisasi. Generasi baru ini akan bakal memimpin kita pada masa akan datang. Justeru, keterampilan diri ia amat bermakna dan merupakan khazanah bagi murid-murid pada masa hadapan. Selain itu, kemudahan prasarana di sekolah merupakan salah satu faktor yang juga akan menjejaskan keberkesanan melaksanakan KSSR. Hal ini kerana dalam35

kandungan KSSR, ianya memerlukan bahan teknologi maklumat seperti alat LCD dan komputer dalam sesi pengajaran. Jikalau sesebuah sekolah itu tidak mempunyai makmal komputer yang menyediakan komputer dalam sesi pengajaran maka pelaksanaan KSSR tidak akan membawa sebarang kesan dalam masa jangka pendek. Tambahan pula, jika kekurangan alat LCD juga akan menambahkan kesukaran untuk melaksanakan KSSR bagi cikgu yang mengajar. Pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan KSSR Menurut pandangan dan maklumat, saya berpendapat bahawa kekuatan antara

perubahan dari KBSR ke KSSR yang paling menonjolkan dari segi pentaksiran ialah KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan Pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Cikgu tidak lagi menilai prestasi seseorang murid menggunakan kaedah peperiksaan dan keputusan peperiksaanlah yang menentukan tahap perkembangan dan prestasi murid di kelas tetapi lebih mengutama kepada kaedah pentaksiran yang digunakan uintuk membolehkan berasaskan sekolah bersifat

penilaian yang lebih autentik dan holistic. Pentaksiran

formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan cara sebegini, murid tidak lagi berasa pergi ke sekolah semata- mata untuk menjalani peperiksaan dan peperiksaan itu merupakan satu bebanan yang berat bagi mereka. Murid- murid dapat merasai keseronokan belajar di sekolah dan dapat pergi ke sekolah secara rela hati. Di samping itu, aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini36

mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila muridmurid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan37

dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya juga memberi pendapat tentang kekuatan KSSR ialah perubahan atau transformasi yang berlaku dalam KSSR dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.

38

RUMUSAN Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas yang mengandungi: menganalisis, merekabentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh. Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu

menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri

39

REFLEKSI MOHAMMAD SHAFIQ BIN SHAFIE 920617-11-5679 Menerusi kerja kursus saya pada sem ini, saya memperoleh banyak maklumat penting tentang perubahan kurikulum yang digubal kerajaan. Setiap soalan yang diajukan membuka minda dan pemikiran supaya saya mendapat lebin maklumat tentang sebab berlakunya transformasi itu. Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara dan persoalan-persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat kerana kekurangan sumber. Seperti yang kita tahu, KSSR adalah masalah baru kurikulum bagi tahun ini. Jadi sumber rujukan yang kami peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet, akhbar serta beberapa responden yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSR. Jadi persoalan-persoalan yang diutarakan agak sukar untuk dijawab. Walau bagaimanapun, kami dapat melakukan pembentangan yang agak lengkap walaupun sumber adalah terhad. Dokumen-dokumen yang diperoleh dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia banyak membantu kami menerangkan dengan lebih mendalam tentang KSSR. Tetapi keberkesanan KSSR tidak dapat dijelaskan dengan lebih lanjut memandangkan transformasi kurikulum ini baru berjalan selama 2 bulan. Maka kami tidak dapat memberi bukti keberkesanan perubahan kurikulum tersebut. Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan peubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Sekiranya tiada perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari dalam pelajaran mahupun dalam aktiviti sosial. Transformasi kurikulum yang digubal oleh kerajaan diharap dapat membentuk pelajar yang berketrampilan, bersahsial serta berilmu dalam menyumbang tenaga mereka kepada Negara suatu hari nanti. Saya berharap agar perubahan kurikulum yang digubal kerajaan memberi impak positif kepada semua pihak terutama kepada pelajar dan tidak akan membebankan sesetengah pihak untuk melaksanakan perkara tersebut40

41

Abdul Muiz Bin Ishak

Pertama sekali kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, En

Rozman Bin Rosely kerana memberikan nasihat, tunjuk ajar kepada kami semua dalam menyelesaikan tugasan ini. Yang terakhir, segala penghargaan kepada

teman-teman saya terutama rakan sekumpulan dengan saya iaitu Mohammad Shafiq Bin Shafie atas kerjasama dan komitmen pelaksanaan kerja kursus ini. yang telah diberikan sepanjang proses

Pada awal Februari 2012, kami telah mendapat satu kerja kursus Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (EDU 3101). Ahli kumpulan kami terdiri daripada 2 orang ahli.Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk menjelaskan konsep kurikulum, factorfaktor pembentukan kokurikulum, aspek-aspek yang terdapat dalam perubahan tranfomasi KSSR dan yang paling mencabar sekali bagi saya iaitu memintapan dengan tentang keberkesanan pelaksanaan KSSR di sekolah yang saya pilih semasa PBS ( Pengalaman Berasaskan Sekolah). Semasa menjalankan tugasan ini, kami telah berbincang dengan pensyarah berkaitan dengan sesetengah bahagian yang agak sukar untuk difahami terutama berkaitan dengan keberkesanan pelaksanaan KSSR di sekolah. Alhamdulillah, pensyarah En Rozman Bin Rosely, telah memberikan segala tunjuk ajar dan tips-tips yang amat berguna supaya tugasan yang kami lakukanakan menjadi lebih sempurna. Kami telah bekerjasama dalam mencari buku-buku rujukan diperpustakaan dan sumber dari internet untuk melicinkan perjalanan kerja kursus ini. Di sana, kami mendapat banyak bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan kami. Kami juga mencari bahan-bahan yang berkaitan dalam usaha memastikan kerja kami dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan, Selain itu juga, tugasan yang kami lakukan ini hendaklah dibuat dalam bentuk kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI), perkara itu sangat merisukan saya kerana perlu pekaakan semua aspek berkaitan maklumat, ketepatan isi dan gaya penulisan.

42

Selain itu juga saya menghadapi sedikit kekangan dimana computer riba saya menghadapi masalah dan tidak dapat digunakan kerana ianya rosak, semua bahanbahan yang saya telah cari tidak dapat digunakan. Oleh sebab itu, saya terpaksa mencari dan membuat semula kerja-kerja bahagian yang perlu saya buat dalam kumpulan saya. Perkara tersebut tidak menjadi batu penghalang bagi saya untuk menyiapkan tugasan ilmiah ini. Dalam proses melakukan tugas ini, kami secara tidak langsung telah belajar dan memahami tentang proses pelaksanaan KSSR di sekolah meskipun KSSR begitu asing lagi bagi kami. Hal ini juga selari dengan tugas kami sebagai seorang bakal guru yang akan berkhidmat sepenuh masa di sekolah apabila tiba masanya nanti. Pengetahuan yang saya dapat ini akan saya aplikasikan ke dalam proses pembelajaran saya di dalam kelas dan juga dalam kehidupan sebagai seorang guru apabila berkhidmat di sekolah nanti.

Setelah selesai mencari sumber maklumat yang diperoleh, kami mula menaip segala maklumat yang di peroleh ke dalam Microsoft Word dan seterusnya akan di hantar kepada pensyarah kami. Kami telah membahagikan tugas masing-masing. Menaip semula maklumat yang di peroleh ke dalam Microsoft Word amat meletihkan, tetapi kami kuatkan semangat dan tekad demi memperolehi markah yang semaksimum mungkin dalam melaksanakan tugasan yang di amanahkan kepada kami.Bak kata pepatah Bersusah-susahdahulu, bersenang-senang kemudian. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami telah mengetahui sedikit sebanyak tentang kurikulum dan pelaksanan KSSR di sekolah. Ini amat mengembirakan saya kerana selain mendapat ilmu saya juga dapat mengenal rakan-rakan yang selalu menolong saya terutama dalam proses mendapatkan maklumat. Hal ini mengajar kami semangat setia kawan dan kekitaan. Selain itu, kami telah mengetahui cara untuk bekerja dalam satu kumpulan serta tahu mengumpul penyelidikan dan maklumat dalam banyak cara. Ini telah mengajar kami kemahiran yang mungkin berguna untuk masa depan kami semua nanti.

43

Kesimpulannya, kami belajar banyak perkara semasa melakukan tugasan ini. Kami telah benar-benar menikmati pengalaman dalam menyelesaikan tugasan ini dan kalau difikir balik tugasan ini memang menyeronokkan di samping member suatu pengalaman yang sangat berharga terhadap diri kami semasa mencari maklumat di sekolah yang kami telah menjalankan PBS tempoh hari, Pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi ini akan disemat dalam diri kami.

(ABDUL MUIZ ISHAK)

.................................................................

44