falsafah pendidikan barat

Upload: adawiyah-ajos

Post on 13-Jul-2015

5.846 views

Category:

Documents


215 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP FALSAFAH Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Philos (bermakna mencintai) dan sophia (kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. ( Mok Soon Sang ; 2009)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m.s 406), falsafah ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu ilmu lain.

Russell (1946) dalam Ilmu Pendidikan untuk KPLI (2009 ; 1) mentakrifkan falsafah sebagai suatu fahaman di antara teologi dan sains kerana falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D. Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah diertikan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Secara ringkasnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas dan pemikiran ini dihasilkan melalui usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran serta dijadikan pedoman untuk perkara yang penting dalam kehidupan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1

1.2 KONSEP PENDIDIKAN

Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya.

Menurut Yusuf al-Qardawi (1980), pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan, dan kepahitan.

Confucius (551-479 SM), seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di China berpendapat, pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang mulia.

John Dewey (1859-1952), seorang pakar pendidikan dari Amerika Syarikat mengatakan pendidikan ialah satu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.

Berdasarkan pentafsiran tokoh-tokoh tersebut, pendidikan dapat dirumuskan sebagai suatu proses untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang serta menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi faedah dan kemajuan dalam kehidupannya.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2

1.3 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN Tokoh-tokoh pendidikan berpendapat pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut. 1) Proses sosiolisasi - Pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain supaya mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak. 2) Pembentukan budaya - Pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. 3) Penempatan sosial - Pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akedemik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan. Secara umumnya, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas yang berhubungan dengan pendidikan. Sebagai contoh, falsafah pendidikan akan membantu seseorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pendidikan. Pengetahuan ini seterusnya akan mempengaruhi amalan sebagai seorang guru iaitu pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik mengajar perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, falsafah pendidikan sebenarnya membantu guru untuk memupuk jenis guru yang diidamkan serta murid yang ingin dibentuk. Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pada abad ke-21 ini, kita harus menggubal satu falsafah dan epistemologi baru yang sesuai bagi generasi anak muda kita. Di samping itu, pendidikan adalah bermatlamat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu usaha untuk memupuk pemahaman pengantarabangsaan serta menyemai perasaan cintakan kemanusiaan dalam kalangan anak muda kita.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam dapat ditakrifkan sebagai perihal mendidik agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Secara umumnya, falsafah pendidikan Islam berteraskan atau berasaskan ajaran al Quran.

Terdapat tujuh perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam yang telah dinyatakan oleh Hassan Langgung, 1979 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, m.s 134) iaitu keesaan Tuhan atau Tauhid, kepercayaan pesuruh pesuruhNya, kepercayaan kepada wahyu wahyu Tuhan kepada Nabi nabi, manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, kehidupan keduniaan serta akhirat dan persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam.

Selain daripada itu, ilmu Islam masa kini merangkumi dua disiplin yang utama menurut Syed Muhammad Al Naquib Al Attas (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, m.s 134) iaitu disiplin agama yang merangkumi ajaran Al Quran, teologi. metafizik, bahasa Arab serta Sastera dan disiplin kognitif yang merangkumi kemanusiaan, alam sekitar, sains gunaan serta teknologi.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4

2.1 KONSEP FALSAFAH ISLAM

Menurut Sheikh Mustafa Abd. Al Razak (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, m.s 88) ada menyatakan : ...falsafah Islam berkembangan di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam...hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik.

Ahli falsafah Al Farabi (870-950 AD) - Nama sebenar ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi. - Dilahirkan di Wasij, Farab (Turkistan) pada 870 AD. - Menamatkan pengajian awal di Farab dan Bukhara, kemudian pendidikan tinggi di Baghdad. - Seorang ahli falsafah, ahli sains serta pakar bahasa. -Menceburi bidang kehakiman (Qadi), kemudian guru. - Meninggal pada 950 AD di Damascus. Ibn Sina (980-1037AD) - Dikenali oleh ahli falsafah barat sebagai Avicenna. - Pengajian peringkat awal di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. - Mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. - Gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). II. II.

Pengertian Falsafah Islam Falsafah boleh dilihat dari dua sudut : I. Falsafah teori mengetahui

sesuatu yang ada. Contohnya ilmu matematik, ilmu fizik, metafizik dan sebagainya. Falsafah amalan mengetahui sesuatu yang seharusnya

diwujudkan dalam perbuatan. Contohnya ilmu akhlak (etika) dan falsafah politik.

Falsafah di kategorikan kepada: I. Ilmu wahyu termasuk makhlukmakhluk rohani yang membawa wahyu dan cara bagaimana

wahyu disampaikan. Ilmu akhirat badan manusia tidak rohnya dihidupkan yang lagi, itu maka akan dan

abadi seksa

mengalami kesenangan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5

2.2 TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat beberapa tujuan Pendidikan Islam berpandukan pada takrifan oleh para para ahli falsafah Islam seperti mendidik murid supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus dan sempurna, mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat dan muli, membiasakan diri murid dengan adab adab yang mulia, membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan amalan yang mulia.

2.3 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam mempunyai dua matlamat berdasarkan tujuan tujuan tersebut seperti membentuk dan memperkembangan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang bertakwa berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Selain itu, melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

6

2.4 BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Al Nafsiyah (pendidikan jiwa)

Al Imaniyah (pendidikan iman)

Al Khuluqiyah (pendidikan akhlak)

Al Jinisiyah (pendidikan seks)

PENDIDIKAN ISLAMAl Ijlimaiyah (pendidikan sosial)

Al Jismiyah (pendidikan jasmani)

Al - Aqiliyah (pendidikan mental)

Terdapat beberapa ahli falsafah mentakrifkan makna falsafah pendidikan Islam dan antara salah seorang ahli falsafah tersebut ialah Al Syaibany (1979). Menurut Al Syaibany, Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi seorang insan yang soleh (berteraskan roh Islam). Dengan kata lain, falsafah pendidikan Islam merupakan usaha perlaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan. Justeru, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek aspek seperti muamalat, kandungan dan dasar pendidikan Islam. Berteraskan prinsip prinsip berikut, maka perkara perkara yang penting dalam Falsafah Pendidikan Islam mencakupi bidang bidang Pendidikan Islam seperti bidang akidah, ibadah, keterampilan, kepimpinan, akhlak, jasmani, rohani, keibubapaan dan kemasyarakatan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

7

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah pendidikan barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme. Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme.

3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT 3.1.1 Perenialisme

Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud tidak berubah. Bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Oleh itu, pendidikan haruslah berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubahubah. Menurut ahli-ahli perenialisme, ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah. Antara ciri-ciri tersebut

termasuklah unsur rasionaliti yang penting untuk disemai dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Matlamat pendidikan adalah bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa.

Dalam konteks tumpuan perenialisme, hanya empat aspek yang ditumpukan iaitu jenis kurikulum yang digunakan, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar. Dari aspek jenis kurikulum yang digunakan, bidang kemanusiaan dan kesusasteraan adalah antara mata pelajaran kritikal yang diberi tumpuan kerana mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan mesin. Antara mata pelajaran yang disyorkan yang dapat memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan ialah bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

8

Guru memainkan peranan sebagai pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam dunia pendidikan dan pengetahuan. Tugas guru ialah untuk menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincangan kumpulan serta mendisiplinkan murid. Murid pula perlu berusaha untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Untuk itu, mereka dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh guru. Kaedah pengajaran yang ditekankan ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa pertanyaan sebarang soalan. Guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak murid mereka. Kaedah ini juga lebih dikenali sebagai one-way communication.

3.1.2 Esensialisme

Esensialisme

bermula

sebagai

satu

pergerakan

falsafah

yang

sistematik dalam bidang pendidikan pada tahun 1930an. Pada dasarnya, mazhab falsafah ini bersifat konservatif iaitu tidak mudah menerima perubahan tetapi telah berubah kepada sifat praktikal dan pragmatik ( mementinglan kesan sebenar daripada ciri teori). Berbanding dengan

mazhab perenialisme, mazhab ini lebih menumpukan kepada perkara-perkara asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara asas ini pula boleh berubah dari semasa ke semasa. Berdasarkan konsep tersebut, matlamat pendidikan esensialisme ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.

Dari segi tumpuan pula, fahaman esensialisme ini juga sama seperti fahaman perenialisme yang mementingkan empat aspek iaitu jenis kurikulum, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan di atas, tumpuan dalam kurikulum diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis (3M). Sains, sejarah, seni dan muzik merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari. Berbeza dengan perenialisme, bidang sastera dan kemanusiaan hanyalah dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 9

Guru pula disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Mereka mahir dari segi kawalan bilik darjah serta menjadi teladan atau role-model kepada murid mereka. Murid pula memainkan peranan untuk menumpukan perhatian dan berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Dari segi kaedah mengajar, kaedah yang digunakan adalah kaedah didaktik. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang hanya membuang masa sahaja. 3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

3.2.1 Progresivisme

Falsafah progresivisme ini telah berkembang daripada falsafah pragmatisme. Pandangan falsafah ini terhadap peranan sekolah adalah jauh berbeza daripada falsafah pendidikan barat tradisional. Bagi ahli progresivisme, mereka melihat perubahan sebagai intipati realiti. Ilmu dikatakan bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini dan tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya kerana masih boleh diubah. Berpegang kepada konsep di atas, maka pendidikan bermatlamat untuk menyediakan murid yang mampu untuk mengakomodasi iaitu berupaya untuk melakukan penyesuaian dengan perubahan dalam kehidupan seharian.

Menurut ahli progresivisme, ilmu hanya merupakan satu keterangan tentatif yang berpadanan dengan realiti masa kini. Berdasarkan pegangan tersebut, , aliran progresivisme ini mempunyai pandangan yang tersendiri dari segi aspek tumpuan jenis kurikulum, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar Pada dasarnya, manusia adalah bersifat baik. Oleh itu, murid diberi kebebasan dalam memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat

memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing apabila berpeluang untuk mempelajari apa yang diminati.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

10

Dalam aliran ini, guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan membantu anak murid mereka untuk menangani sebarang masalah dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan dan membimbing murid ke arah yang produktif. Murid pula harus berperanan untuk mencari keterangan masingmasing bagi menjelaskan soalan yang diberi oleh guru. Kaedah mengajar yang ditekankan ialah pendekatan induktif yang memberi peluang kepada murid untuk memberikan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah.

3.2.2 Rekonstruktivisme

Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Oleh itu, sekolah adalah satu landasan yang amat sesuai untuk membentuk masyarakat baru kerana dapat mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya. Sehubungan dengan itu, pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

Kurikulum falsafah ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan, di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan, guru berperanan sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Murid-murid pula harus mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan. Kaedah mengajar yang digunakan adalah

berpusatkan murid. Kaedah ini memberi penekanan kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

11

3.2.3 Eksistensialisme

Berbanding

dengan

falsafah

rekonstruktivisme,

falsafah

eksistensialisme lebih berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Seseorang individu perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat

keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Berpegang kepada konsep tersebut, sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan kepada murid. Oleh itu, matlamat pendidikan tidak digariskan.

Dari aspek kurikulum, falsafah eksistensialisme tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Namun, mata pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah masih dianggap sebagai relevan. Guru pula hanya memainkan peranan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. Kaedah mengajar yang digunakan adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Sejajar dengan kaedah mengejar tersebut, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang telah disediakan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

12

3.3 BANDING BEZA ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL DAN MODEN BARAT

TRADISIONAL

KONSEP Secara semulajadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah - ubah

Perenialisme

MATLAMAT PENDIDIKAN Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi Mengajar ilmu dan budaya yang asas sahaja.

TUMPUAN Kurikulum : Bidang kemanusiaan dan kesusateraan. Guru : Penyampai ilmu yang pakar. Kaedah Mengajar : Didaktik Murid : Menerima ilmu yang bersifat pasif Kurikulum : Kemahiran asas (3M) Guru : Penyampai ilmu yang mahir. Kaedah Mengajar : Didaktik Murid : penerima ilmu yang bersifat pasif

Esensialisme

Penekanan diberi kepada perkara perkara asas.

MODEN

KONSEP

MATLAMAT PENDIDIKAN Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.

TUMPUAN Kurikulum : Kebebasan memilih matapelajaran yang ingin dipelajari. Guru : Pembimbing dan pengurus. Kaedah Mengajar : Induktif Murid : Mencari ilmu dan bersifat aktif. Kurikulum : Bidang sains sosial Guru : Agen perubahan Kaedah Mengajar : Berpusatkan murid Murid : Berani mencuba dan bersifat aktif. Kurikulum : Bidang estetik dan falsafah. Guru : Pemangkin ilmu. Kaedah mengajar : Berpusatkan murid dan aktiviti Murid : Penerima ilmu yang bersifat aktif.

Progresivisme

Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan

Rekonstruktivisme

Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru

Mengasaskan corak budaya baru

Eksistentialisme

Manusia bertanggungjawab keatas diri sendiri.

Tidak digariskan

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

13

4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

4.1 PRINSIP Falsafah pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membina sesebuah negara dan ia merupakan satu proses aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan falsafah negara tersebut.

Oleh hal yang demikian, Falsafah Pendidikan Timur telah menggariskan beberapa prinsip dalam falsafah pendidikan mereka. Pertama, kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru masing-masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seorang nabi, sifu atau tok guru. Kedua, sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagian. Hal ini dapat dilihat dalam ajaran Buddha. Menurut ajaran Buddha, sekirannya kita hidup semata-mata untuk mengejar kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia. Prinsip ketiga yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan timur ialah setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana. Nirvana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1082 bermaksud dalam keadaan yang lenyap langsung dan aman sesudah mati yakni dalam agama Buddha. Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah kebahagiaan hidup sesudah mati. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan membuat kebaikan dan mengelak daripada membuat kejahatan. Manakala prinsip yang seterusnya ialah manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Ini bermakna bahawa refleksi kendiri atau muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap tuhan dan keinginan untuk bertaubat.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

14

4.2 FUNGSI

Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Pendidikan dari Negara Cina dan India. Menurut Falsafah Pendidikan Cina dan India, Falsafah Pendidikan Timur mempunyai beberapa fungsi seperti untuk membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. menggubal undang-undang

4.3 FALSAFAH PENDIDIKAN DI CHINA

Falsafah Pendidikan Timur digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu Konfusianisme dan Taoisme (China), Hinduisme dan Buddhisme (India), Nasionalisme dan Internasionalisme (India).

Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasas dari pemikiran Confucius (551479) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289), Xunzi (313-238) dan Hanyu (768-824) dari Negara China. Falsafah pendidikan Confucius berkonsepkan kepada pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira status sosio-ekonomi ataupun kedudukan sosial. Matlamat pendidikan menurut falsafah pendidikan Confucius pula adalah untuk menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi. Dari aspek kurikulum, falsafah pendidikan Confucius mengfokuskan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Moral. Antara nilai-nilai yang ditekankan dalam Pendidikan Moral ialah hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita (ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat-cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi), dan keberanian (yong). Selain itu, mata pelajaran yang ditekankan ialah Muzik, Puisi, Kesusasteraan, Sejarah dan Kod serta Tatacara Kelakuan yang Baik. Peranan guru mengikut falsafah pendidikan Confucius adalah sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Untuk itu, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberi.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

15

Di samping itu, guru juga perlu mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka. Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut untuk kebolehan individu. Beliau juga Maka, menggunkan mengikut strategi falsafah perbincangan menyampaikan pelajaran.

Konfusianisme, pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya mengekalkan kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka

menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Selain daripada Konfusianisme, Taoisme juga berkembang sebagai aliran pemikiran semasa kontemporari Confucius yang dikatakan pernah meminta tunjuk ajar daripada pelopor Taoisme Lao Zi.Menurut Lao Zi, Taoisme mengutamakan hidup etika berdasarkan ilmu komprehensif terhadap realiti semulajadi. Oleh itu, untuk memperoleh hidup yang sempurna, cara yang terbaik ialah bertindak berlandaskan fitrah diri sendiri. 4.4 FALSAFAH PENDIDIKAN DI INDIA

Di India, antara falsafah yang paling berpengaruh ialah Hinduisme dan Buddhisme yang menekankan ajaran agama. Pengasas Buddhisme aialah Siddharta Gautama. Falsafah di India boleh dihayati daripada penulisan tertua yang dikenali sebagai Vedas, bermakana ilmu suci. Moksa merupakan idea Hindu yang diperkembang daripada Vedas, membawa makna kelepasan daripada penderitaan. Penganut agama Buddha menyebutnya sebagai nirvana. Ramai penganut

Hinduisme dan Buddhisme percaya bahawa manusia hanya dapat dilepaska daripada penderitaan selepas berhidup secara kebijaksanaan dan melepaskan diri daripada nafsu keduniaan dalam kehidupannya. Di samping nirvana, mereka percaya bahawa manusia adalah diidkat dalam dalam kehidupan melalui karma, iaitu prinsip tindakan manusia menentukan kejadiannya. Menurut huraian Vedas, Karma yang menentukan kedudukan manusia dalam masyarakat adalah berdasarkan siste kasta iaitu Brahmin (sami dan sarjana), Kshatriga (pahlawan dan pentadbir), Vaisya (saudagar dan pedagang) dan Sudra (hamba dan buruh).

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

16

Seterusnya, aliran fahaman yang ketiga untuk Falsafah Pendidikan timur ialah Nasionalisme dan Internasionalisme yang telah diasaskan oleh Rabindranath Tagore, seorang ahli falsafah dan penyair dari India. Beliau mentafsirakan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Manakala matlamat pendidikan beliau adalah untuk menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dalam persekitaran. Kurikulum falsafah pendidikan

Rabindranath Tagore pula menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara mata pelajaran yang disyorkan ialah Muzik, Seni, Kesusasteraan, Drama dan Tarian, Sejarah serta Pendidikan Alam Sekitar. Menurut falsafah pendidikan Rabindranath Tagore, guru berperanan sebagai fasilitator serta pemangkin bagi megerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

17

5.0 PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 5.1 ISLAM

Terdapat

beberapa

pecahan

implikasi

falsafah

pendidikan

Islam

terhadap

perkembangan pendidikan di Malaysia seperti implikasi terhadap kurikulum serta implikasi kepada golongan pendidik.

1. Implikasi Terhadap Kurikulum Dalam falsafah pendidikan Islam, kesepaduan dan keseimbangan ditekankan dalam sukatan pelajaran dengan mengutamakan unsur penggabungjalinan (penyatuan kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi). Program pendidikan ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek serta Sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan turut dilaksanakan. Dalam sistem kurikulum juga, nilai-nilai murni turut diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, budaya sains dan teknologi turut dipupukkan untuk mengelakkan pelajar daripada menjadi buta ICT.

2. Implikasi Kepada Golongan Pendidik Setiap pendidik harus beriltizam dan berusaha untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mereka harus bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) baru untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Setiap pendidik perlu untuk mencipta inovasi dalam sistem pendidikan dan sentiasa berfikiran positif dan dinamik.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

18

Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia dinyatakan dalam menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat, keluarga dan negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Islam, ia menekankan perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana dapat dihayati di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melalui Pendidikan Agama, Moral, KBSR dan KBSM yang mencerminkan ciri ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan

tanggungjawab ini dengan baik maka lahirlah muslim yang soleh.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

19

5.2 BARAT

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, setia kepada Negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan Negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk

mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. Falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme. Kedua-duanya menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran. Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan kepada falsafah progresivisme, maka falsafah pendiidkan di Malaysia juga mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan belajar untuk

membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu.

Di dalam tempat belajar pula, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, berkerja dan hidup dalam kumpulan. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah juga merangkumi pendidikan teknik dan vokasional iaitu mata pelajaran yang dititikberatkan dalam falsafah pendidikan berlandaskan

progresivisme. Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Dari segi sistem pendidikan pula, pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira) dititikberatkan dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru. Falsafah pendidikan di Malaysia turut dikatakan mengandungi unsur esensialisme yang bercorak tradisional.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

20

Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakarian Kasa (1994) dalam Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (2009 :28) merumuskan, falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme iaitu semua falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. 5.3 TIMUR Falsafah pendidikan timur memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mempunyai beberapa aspek yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Timur dan diubahsuai mengikut keperluan Negara Malaysia.

Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Cina dan India. Falsafah Pendidikan Confucius iaitu ahli pemikir dan tokoh pendidik dari Negara Cina mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi ataupun kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di Negara Malaysia, pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang kurang upaya. Pada masa ini, banyak sekolah pendidikan khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa seperti kanak-kanak normal supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Antara aspek-aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Timur adalah, aspek emosi, intelek dan jasmani di mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan. Sama seperti Falsafah Negara kita dimana para pelajar diajar mata pelajaran-mata pelajaran yang tidak teras seperti Muzik dan Pendidikan Seni Visual.EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 21

Selain itu, Falsafah Pendidikan Timur menekankan Pendidikan Moral iaitu nilai-nilai seperti ketekunan (min) dan kesetian (zhong). Untuk mempraktikkan nilainilai ini, Falsafah Pendidikan Negara mengandungi unsur-unsur seperti menanam semangat mahu belajar seumur hidup, dan supaya dapat mengikuti perkembangan serta perubahan sains dan teknologi dan menzahirkan perasaan taat setia, progresif, patriotik, toleran, liberal dan adil serta nilai budaya yang tinggi dengan harapan supaya mereka hidup aman dan damai. (Kamarudin Haji Kachar dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia :5) Menurut ahli falsafah dan pendidik serta penyair dari bumi India pula iaitu Rabindranath Tagore mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh bermakna. Menurut beliau, pendidikan harus menjadi

suatu proses yang hidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Impaknya kepada perkembangan pendidikan di Malaysia, seseorang murid yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah murid yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menunjukkan implikasi pendidikan untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran. Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas serta pendidikan kerohanian akan bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menembusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

22

Seterusnya, pendidikan adalah untuk perkembangan individu yang bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya selaras dengan falsafah pendidikan negara malaysia untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan mengikut Rabindranath Tagore adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara bertepatan dengan falsafah pendididkan kebangsaan dalam usaha melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Ini boleh dihayati daripada falsafah pendidikan konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

23

6.0 PENUTUP Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Falsafah Pendidikan di Malaysia. Pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan bertujuan untuk mengubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan rohani insan berasaskan nilai-nilai Islam. Antara bidangbidang Pendidikan Islam ialah Al-imaniyah, Al-Khuluqiyah, Al- Jismiyah, Al-Aqiliyah, Al- Nafsiah,Al- Ijlimaiyah dan Al-Jinisiah. Falsafah Pendidikan Islam juga mengcakupi bidang-bidang pendidikan islam dan komponen-komponen lain seperti aqidah, ibadah,ketrampilan dan kepimpinan. Menurut Falsafah Pendidikan Timur pula pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi seseorang baik di dunia dan akhirat. Ahli Falsafah Timur yang terkenal ialah Confucius dan Rabindranath Tagore. Falsafah Pendidikan Timur hanya menekankan aspek rohani dan emosi sahaja tanpa membicarakan tentang aspek jasmani. Falsafah Pendidikan Barat pula dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Falsafah pendidikan tradisional iaitu perenialisme dan esensialisme menggunakan kaedah didaktik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru berperanan sebagai penyampai ilmu yang mahir dan murid sebagai penerima ilmu yang bersifat pasif. Berbanding dengan falsafah pendidikan moden, guru bertindak sebagai pemangkin dan agen perubahan manakala pelajar sebagai penerima ilmu yang bersifat aktif. Dari segi perkembangan falsafah pendidikan di Malaysia, sebahagian unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam, Barat dan Timur turut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang dari segala aspek.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

24

Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakarian Kasa (1994) dalam Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (2009 :28) merumuskan, falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme iaitu semua falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan terhadap para pelajar. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERI di mana tata tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping

mempunyai perwatakan yang sopan. Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat. Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan di sekolah. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

25

7.0 RUJUKAN

1) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2) Kamarudin Hj kachar. (1989). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : teks Publishing Sdn Bhd. 3) Kamus Dewan. (4th ed.) (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4) Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

5) Mok Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 6) Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Diambil pada 20 Mac 2011 dari http://notapismp.blogspot.com/2009/02/falsafah-pendidikan-barattradisional.html.

7) Nordin Tahir. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Diambil pada 21 Mac 2011 dari http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%205%20%20Implikasi%20Falsafah%20Terhadap%20Perkembangan%20Pendidikan %20Di%20Malaysia.pdf

8) Perkembangan Falsafah pendidikan Barat, Timur Dan Islam. Diambil pada 21 Mac dari http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/perkembangan-falsafah-pendidikanbarat.html

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

26

REFLEKSI

(NUR ADAWIYAH BINTI MUHAMAD AJOS)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dan ahli kumpulan, Nur Fahana bt Muda dan Noor Adnin Othman dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini dengan jayanya. Tuagasan yang perlu dilakukan ialah Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam, Barat, dan Timur Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan Islam, Barat dan Timur, falsafah pendidikan di Malaysia mempunyai ciri yang tersendiri. Namun, ia turut mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Islam, Barat dan Timur.

Falsafah pendidikan Islam mencakupi bidang-bidang Pendidikan Islam dan komponen-komponen lain seperti akidah, ibadah, keterampilan dan kepimpinan. Falsafah pendidikan barat pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Falsafah pendidikan Timur pula

menganggap pendidikan adalah sesuatu yang sangat penting baik di dunia mahupun di akhirat sana. Setiap falsafah menekankan matlamat pendidikan yang berbeza. Dalam falsafah pendidikan Islam, matlamat yang ditekankan adalah untuk membentuk insan supaya menjadi muslim yang berilmu dan beramal serta melahirkan insan yang taat kepada Allah. Falsafah pendidikan Timur pula bermatlamat untuk menghasilkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Bagi falsafah pendidikan barat pula, pendidikan adalah untuk menghapuskan penyakit sosial, membekalkan murid dengan budaya dan ilmu serta menyediakan murid dengan penyesuaian perubahan dalam kehidupan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

27

Sebagai bakal pendidik, apa yang saya dapat simpulkan ialah ketigatiga falsafah menekankan tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Guru bertindak sebagai pemangkin untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kehidupannya. Seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu bukan sahaja duniawi tetapi juga ukhrawi. Sesungguhnya, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Nabi sendiri menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan. Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka perspektif baru kepada saya dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan maklumat serta mengenai matlamat pendidikan itu sendiri.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

28

REFLEKSI

(NOOR ADNIN BINTI OTHMAN) Saya Noor Adnin binti Othman dari kelas Pendidikan Khas Pendidikan Jasmani / Bahasa Melayu bersama dua ahli kumpulan lagi iaitu Nur Farhana binti Muda dan Nur Adawiyah binti Muhamad Ajos telah diberikan suatu tugasan kerja kursus iaitu bertajuk Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam, Barat dan Timur terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia di mana perlu dihantar tepat bertarikh 31 Mac 2011.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai maklumat dan ilmu dengan lebih mendalam mengenai Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam, Barat dan Timur terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Segala maklumat yang saya perolehi sama ada pada buku rujukan mahupun melalui sumber internet, saya luaskan pandangan saya lalu muatkan di dalam tugasab kerja kursus ini. Pelbagai informasi yang saya perolehi dan sebagai contohnya mengenai

perkembangan falsafah pendidikan Islam terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Di dalam tajuk ini, saya dapat mengetahui konsep serta asas sebuah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bercirikan Falsafah Pendidikan Islam serta Falsafah Barat dan Timur.

Selain daripada konsep serta asas sebuah falsafah tersebut, saya juga dapat menimba ilmu serta mengetahui bahawa setiap falsafah mempunyai matlamat, fungsi serta tujuannya yang tersendiri yang merangkumi aspek aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial bagi mendapat insan yang seimbang dari semua aspek tersebut serta harmonis untuk masyarakat, keluarga serta negara. Semua falsafah ini dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya pemikiran pemikiran tokoh yang ternama dan dipercayai.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

29

Oleh itu, penting bagi setiap guru seperti saya dalam memahami serta menghayati konsep konsep serta matlamat suatu falsafah dalam

memperkembangkan pendidikan di Malaysia yang mempunyai nilai murni yang mulia serta sedia melaksanakan strategi proses pengajaran dan pembelajaran baru dan kreatif bagi melahirkan insan yang seimbang serta optimis.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

30

REFLEKSI

(NUR FAHANA BINTI MUDA)

Pendidikan adalah teras pembangunan Negara. Perkembangan pendidikan di Malaysia mempunyai beberapa aspek yang dicedok daripada Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan di Malaysia. Dalam falsafah pendidikan islam, beberapa ahli falsafah Islam seperti Al- Khindi, AlFarabi dan Ibnu Sina telah mengemukakan takrifan mengenai falsafah pendidikan islam mengikut pemikiran masing-masing. Pendidikan islam merupakan satu proses yang berterusan bertujuan untuk mengubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan rohani insan yang berasaskan nilai-nilai islam. Oleh itu, sebagai bakal guru apa yang saya peroleh daripada falsafah pendidikan islam adalah untuk menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu ukhrawi. Hal ini kerana untuk menjadi seorang guru yang cemerlang saya perlu mendidik murid berakhalak mulia, melakukan perkara yang baik, terhormat dan mulia serta mengasuh murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amala yang mulia seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan Islam. Seterusnya Negara Malaysia dapat melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggunjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. Seterusnya ialah falsafah pendidikan timur. Falsafah pendidikan timur berasaskan falsafah cina dan India dan ia hanya menekankan aspek intelek dan rohani sahaja tanpa mengambil kira aspek jasmani. Tetapi, saya ingin menekankan tentang peranan guru menurut falsafah Confucius dan Rabindranath Tagore iaitu guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Falsafah pendidikan timur ini merupakan panduan untuk saya apabila menjadi pendidik kelak. Saya ingin menjadi guru yang berperanan sebagai fasilitator dan pemangkin bagi mengerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid. Untuk itu, saya perlu memberi sepenuh komitmen terhadap tugas dan tanggugjawab yang diberi. Selain itu, Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Oleh itu, saya perlu mengajar murid mengikutEDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 31

tahap dan kebolehan mereka. Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai masyarakat untuk membawa kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Dalam Falsafah Pendidikan Barat pula, ia merangkumi mazhab tradisional dan moden Falsafah tradisional barat ialah perenialisme dan esensialisme manakala falsafah moden barat ialah progresivisme, rekonstruktivisme dan eksisitentialisme. Bagi falsafah esensialisme, guru disisfatkan sebagai seorang yang berwibawa dan mahir dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Oleh itu, kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis (3M) dititikberatkan. Apa yang saya dapat ambil daripada salah satu mazhab dalam falsafah pendidikan barat ini ialah menjadi bakal pendidik yang mampu dan mahir untuk mengawal bilik darjah kelak serta menjadi teladan dan role model kepada anak-anak murid. Sesungguhnya, terlalu banyak pengetahuan dan panduan yang saya peroleh daripada tugasan ini untuk menjadi seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ilmu-ilmu yang diperoleh akan saya guna pada suatu hari nanti untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

EDU 3101 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

32