falsafah alat muzik bertali

Upload: epal-hijau

Post on 12-Jul-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

6.3 falsafah alat muzik tradisional bertali Disebalik penciptaan alat-alat muzik tradisional terdapat falsafah atau ciri-ciri konotasi di dalamnya yang menjadikan instrument muzik tradisional ini berbeza daripada alatan muzik moden yang kita dapati pada hari ini. Hal ini demikian kerana, unsur perlambangan telah digunakan dalam penciptaan sesuatu alatan muzik bertali itu. Salah satu daripada alatan muzik tradisional bertali ialah rebab yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur di Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Rebab sangat terkenal penggunaan muziknya di dalam persembahan seperti makyung, selampit, dan pateri. Bentuk rebab disimbolikkan sebagai seorang wanita dan mempunyai bahagian-bahagian yang menyerupai bahaian tubuh manusia iaitu kepala, leher, tengkok,muka, dan kaki. Rebab yang mempunyai tiga tali dikatakan mewakili tujuh anggota manusia dan tujuh tingkat suara, jumlah tujuh itu didapati dengan menambah bilangan tiga tali yang terdapat pada rebab dan empat jari manusia yang memetik tali-tali berkenaan. Erhu, merupakan alat muzik tradisional orang cina. Erhu alat muzik dua tali yang berasal daripada keluarga huqin dipercayai berasal daripada sebuah suku puak di Mongolia. Bunyi yang dikeluarkan oleh erhu dikatakan mirip kepada suara manusia, selain daripada itu erhu juga boleh menghasilkan bunyi-bunyian alam semulajadi seperti bunyi burung-burung berkicauan, salakan anjing dan bunyi kuda. Dikatakan kebanyakkan bunyi erhu melodi mendayu-dayu itu sebenarnya mewakili kesedihan yang dialami oleh para tawanan perang melalui gesetkan pada tali-tali erhu, sewaktu tercetusnya ekspedisi tentera China ke Asia Tengah, namun begitu, selain memainkan muzik berentak melankolik erhu juga boleh menghasilkan muzik yang berentak riang. Sape merupakan instrument muzik tradisional yang berasal dari Sarawak. Motif sape adalah ditentukan oleh pembuat sape iaitu orang ulu di Sarawak, kebanyakkam motif diambil dari pengembaraan atas pohon dari kehidupan alam semulajadi. Alat muzik yang mempunyai dua tali pemetik dan tiga frets ini dahulunya hanya digunakan dalam upacara ritual. Dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh petikan sape mampu membuatkan seseorang itu seakan-akan dipukau atau tidak sedarkan diri namun, kini muzik sape telah telah mengalami perkembangan kerana melodinya turut digunakan dalam mengiringi tarian dan juga diguakan sebagai instrumen hiburan.

Seterusnya gambus,instrumen muzik yang berasal dari keluarga ud dikatakan datang dari semenanjung tanah arab. Jenis gambus terbahagi kepada dua iaitu gambus hadramaut(yang memiliki sebelas tali) dan hijjaz(yang mempunyai lapan tali). Mengikut kronologi evolusi,gambus adalah merupakan sebagai ancestor kepada gitar akustik masa kini. Gambus diperbuat daripada jenis kayu yang keras kerana kayu yang keras bukan sahaja tahan lama tetapi ia juga dipercayai dapat menghasilkan alunan irama yang nyaring. Penciptaan gambus adalah dikatakan simbolik rasa kasih seorang isteri terhadap suaminya, yang telah melarikan diri, kerana berkahwin bukan atas dasar cinta. Si isteri yang begitu sayangkan suaminya akan mengikut kemana sahaja si suami pergi kerana takut ditinggalkan. Oleh yang demikian, si isteri akan memeluk suaminya setiap kali tidur, namun tindakan si isteri hanyalah sia-sia kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokannya dia bukan memeluk suaminya tetapi memeluk sebatang kayu. Disebabkan rasa kasih yang mendalam, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan dinamakannya gambus.