fal safah

Upload: sabariya82

Post on 18-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assingment falsafah

TRANSCRIPT

PERINGKAT KEDUA

PERINGKAT KEDUASELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (1946-1956)

LAPORAN DAN PERUBAHAN DASAR SEHINGGA PRA MERDEKA

RANCANGAN CHEESEMAN 1946Diperkenalkan oleh HR CheesemanTUJUAN :Langkah yang diambil oleh British bagi membina semula sistem pendidikan selepas pendudukan JepunMengembangkan setiap sistem pendidikan walaupun perpaduan kaum langsung tidak disentuh

RANCANGAN CHEESEMANCADANGAN UTAMA LAPORAN :Semua kanak-kanak tidak perlu bayar yuran jika hadir sekolah vernakular di peringkat rendah.Semua pelajar disekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa inggeris.Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.Pendidikan vokasional seperti mana termaktub di dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya.

LAPORAN BARNES 1950PENGENALAN :Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri.Oleh itu Jawatankuasa Barnes memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).

LAPORAN BARNES TUJUAN :Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu.Menghapuskan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

CADANGAN LAPORAN BARNES CADANGAN :Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi untuk mengurangkan beban ibubapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang.

LAPORAN FENN-WU 1952PENGENALAN :Laporan Fenn-Wu 1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat CinaLaporan diketuai oleh Dr. Fenn, dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina, serta Dr. Wu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka dalam Laporan Fenn-Wu 1952, terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

CADANGAN LAPORAN FENN-WU CADANGAN-CADANGAN :Sekolah Cina patut dikekalkan. Sukatan pelajarannya juga hendaklah berasaskan kepada negara China. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil - bahasa kebangsaan juga diadakan. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.Sekolah-sekolah vokasional pula terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

LAPORAN FENN-WU Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka.Reaksi - membawa kepada satu pengkajian lain iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji Laporan Fenn-Wu.

LAPORAN FENN-WU Ada berpendapat bahawa murid-murid dari sekolah rendah akan diajar Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Kuo Yu dan Tamil. Walaupun kebanyakan orang Cina bersedia untuk menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tetepi mereka masih ingin mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai identiti budaya mereka.Kesimpulannya, laporan ini tidak mempunyai unsur kesinambungan sejarah dan hak mutlak orang melayu (bias terhadap golongan Cina sahaja)

ORDINAN PELAJARAN 1952PENGENALAN :Satu jawatankuasa ditubuhkan pada 21 November 1952. Ianya bertanggungjawab menyatukan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dikenali sebagai Penyata Pendidikan 1952 atau Ordinan Pelajaran 1952.

CADANGAN ORDINAN PELAJARAN Antara cadangan-cadangan yang terkandung :Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga dikuatkuasakan di sekolah Cina dan Tamil.Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.Pendidikan agama diadakan samada dalam kawasan sekolah atau berhampiran.Sekolah-sekolah vernakular diperkembangkan.

IMPLIKASI ORDINAN PELAJARAN Ditafsir oleh orang Cina sebagai langkah membinasakan atau menghapuskan Pelajaran Cina.Ordinan tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak.Kaum mCina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu.

LAPORAN RAZAK 1956PENGENALAN :Pilihanraya 1955 telah dimenangi oleh Parti Perikatan. Oleh itu untuk menunaikan janji pilihanraya memberikan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk maka Kerajaan Perikatan telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK.Jawatankuasa dianggotai 9 orang Melayu dan 6 orang bukan Melayu.

LAPORAN RAZAK

TUJUAN :

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanUntuk melahirkan perpaduan antara kaum.Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesanMerapatkan jurang antara kaum di Tanah MelayuMewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin,terlatih, liberal dan progresifUntuk memenuhi keperluan negara merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

SYOR-SYOR LAPORAN RAZAKTerdapat 17 syor di dalam Laporan Razak . Antaranya ialah :

Persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu. Pihak berkuasa pelajaran tempatan bertanggungjawab bagi pelajaran rendah dan pertukangan.Menubuhkan jemaah nazir sekolahLembaga pengelola sekolah akan ditubuhkan bagi semua sekolahPenubuhan dua jenis sekolah sahaja iatiu sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuanGuru-guru akan dilatih dibawah rancangan yang sama

SYOR-SYOR LAPORAN RAZAK

Sekolah rendah ditukar menjadi sekolah umum dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan diadakan. Pelajaran teknik disusun semula dan dimajukan lagi.Penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama dan satu kurikulum yang boleh dimasukkan pelajaran semua bahasa dan kebudayaan.Peperiksaan sijil pelajaran rendah dan sijil pelajaran Tanah Melayu akan diambil oleh calon dari semua sekolah menengah.

REAKSI LAPORAN RAZAK

REAKSI ORANG MELAYU :Tidak puas hati dan syak wasangka kerana Laporan Razak tidak cukup berani dalam erti kata sanggup menentang kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah.

UMNO Johor menentang Laporan Razak kerana beranggapan membahayakan Bangsa Melayu.

Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) menentang Laporan Razak kerana berasa terhina apabila Laporan Razak ditulis dalam Bahasa Inggeris.

REAKSI LAPORAN RAZAK

REAKSI ORANG CINA DAN INDIAPenentangan terhadap LR adalah berkaitan dengan bahasa pengantar di sekolah.

Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil menentang LR kerana takut dengan terlaksananya laporan tersebut, kemajuan sekolah Tamil akan terencat.

Kesatuan Guru-Guru Sekolah Cina dan akhbar berbahasa Cina membuat tentangan awal terhadap LR khususnya berhubung perenggan 12 yang memperakukan bahawa objektif akhir dasar pelajaran kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.

IMPLIKASI LAPORAN RAZAK

Bantuan yang sama kepada semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.Perkembangan pelajaran teknik akan melahirkan pekerja yang mahir.Penggunaan sukatan pelajaran yang sama bertujuan mewujudkan standard pelajaran yang sama.

LAPORAN RAZAK KESIMPULAN :Laporan Razak masih mengekalkan jurang persekolahan kerana masih terdapat aliran bahasa di sekolah rendah. Ini bermakna ia masih mengekalkan status quo bahasa-bahasa lain dalam sistem pendidikan rendah dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari sistem penjajahan Inggeris.Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan.