fakulti sains pertanian dan makanan · pdf file... pengurusan dan profesional jadual gaji :...

7
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK JAWATAN KOSONG Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:- KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2,080.00 – RM9,546.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,080.00); atau (ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,283.43) b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) lulus Peperiksaan Khas JAWATAN 1 : PEGAWAI TADBIR GRED N41

Upload: buiphuc

Post on 22-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

JAWATAN KOSONG

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:- KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2,080.00 – RM9,546.00 SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,283.43)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)

dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) lulus Peperiksaan Khas

JAWATAN 1 : PEGAWAI TADBIR GRED N41

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,797.00 – RM5,753.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,494.00 – RM5,674.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau

kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred G29 : RM1,494.00); atau

b) Diploma dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred G29 : RM1,847.86).

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,494.00 – RM5,674.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a ) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf

dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,494.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains

JAWATAN 2 : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

JAWATAN 3 : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

JAWATAN 4 : PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29

veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan : RM 1,923.06); dan

b ) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN 5 : PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,377.00 – RM4,052.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh

Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : RM1,493.24); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,493.24); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Logi, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) lulus Peperiksaan Khas

JAWATAN 6 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,352.00 – RM4,003.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,464.80)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau (ii) lulus Peperiksaan Khas

JAWATAN 7 : PEMANDU KENDERAAN GRED H11

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,218.00 – RM2,939.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,218.00); dan

b) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

c) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D RM 1,264.15

Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30

Lesen F/H RM 1,356.45

Lesen G/I RM 1,402.60

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

JAWATAN 8 : PEMBANTU AWAM GRED H11

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,218.00 – RM2,939.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,218.00); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

JAWATAN 9 : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI : RM1,205.00 – RM2,939.00 SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji Permulaan : RM1,205.00); dan

b) Syarat Lantikan Tambahan - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.

ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm

semasa menarik nafas (lelaki sahaja). v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji

berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan

yang berdaftar.

c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a (i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TARAF JAWATAN: Jawatan di atas bertaraf TETAP. SYARAT LAIN:

a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah

berumur tidak melebihi 50 tahun; d) Syarat umur bagi pertimbangan peningkatan secara lantikan (PSL)

• 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;

• 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

• 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

f) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan

yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut :

i. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua

daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

ii. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut- turut; dan

iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek- subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON : Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web www.btu.upm.edu.my.

PERHATIAN : Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. TEMPOH IKLAN : Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan mula dibuka pada 27 November 2017 (Isnin) dan akan ditutup pada 15 Disember 2017 (Jumaat).