faktor pemanasan global

3
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL Apakah pemanasan global? Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu pemansan global. Tetapi adakah kita tahu apa itu pemanasan global? Pemanasan global ialah keadaan dunia yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi dan mendadak berbanding dengan suhu normal. Menurut suatu kajian yang telah dilakukan, suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadar berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Jangan terkejut jika perubahan iklim yang biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jaraknya hanya 2 generasi sahaja. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita, manusia sendiri yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Penebangan hutan tanpa kawalan, merupakan salah satu factor yang menyebabkan pemanasan global. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan dan kegunaan, seperti pertanian, serta pembangunan. Penebangan hutan tanpa kawalan bukan sahaja menyebabkan kemusnahan habitat haiwan liar, tetapi mencenderung berlakunya pemanasan global. Apabila seseorang itu mengatakan “penebangan hutan” tentu sekali gambaran pertama yang menerpa minda kita ialah pokok-pokok dihutan ditebang oleh pekerja-pekerja buruh. Oleh itu, penebangan hutan menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang membantu menstabilkan suhu bumi berkurangan. Hal ini seterusnya meninggalkan kesan apabila kandungan gas karbon dioksida (CO 2 ) dalam atmosfera bumi meningkat serta kurangnya kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Tentu sekali kesan negatif itu membawa ke pemanasan global. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat menyaksikan betapa banyak kenderaan yang melalui jalan raya. Memang saya akui bahawa hal ini membuktikan bahawa negara itu semakin

Upload: nabilahjaejoong

Post on 19-Jun-2015

10.469 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Pemanasan Global

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL

Apakah pemanasan global? Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat

manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu pemansan global. Tetapi adakah kita tahu apa

itu pemanasan global? Pemanasan global ialah keadaan dunia yang mengalami peningkatan

suhu yang tinggi dan mendadak berbanding dengan suhu normal. Menurut suatu kajian yang

telah dilakukan, suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadar berbeza mengikut benua dan

kawasan tertentu. Jangan terkejut jika perubahan iklim yang biasanya berlaku dalam tempoh

10,000 tahun, tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jaraknya

hanya 2 generasi sahaja.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita, manusia sendiri yang

menyebabkan berlakunya pemanasan global. Penebangan hutan tanpa kawalan, merupakan

salah satu factor yang menyebabkan pemanasan global. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan

dan kegunaan, seperti pertanian, serta pembangunan. Penebangan hutan tanpa kawalan bukan

sahaja menyebabkan kemusnahan habitat haiwan liar, tetapi mencenderung berlakunya

pemanasan global. Apabila seseorang itu mengatakan “penebangan hutan” tentu sekali

gambaran pertama yang menerpa minda kita ialah pokok-pokok dihutan ditebang oleh pekerja-

pekerja buruh. Oleh itu, penebangan hutan menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang membantu

menstabilkan suhu bumi berkurangan. Hal ini seterusnya meninggalkan kesan apabila

kandungan gas karbon dioksida (CO2) dalam atmosfera bumi meningkat serta kurangnya

kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan. Udara yang kurang lembap tidak akan

membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Tentu sekali kesan negatif itu membawa ke

pemanasan global.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat menyaksikan

betapa banyak kenderaan yang melalui jalan raya. Memang saya akui bahawa hal ini

membuktikan bahawa negara itu semakin maju, tetapi cuba bandingkan keadaan udara pada

tahun 50-an atau 60-an yang mempunyai kuantiti kenderaan yang kecil dengan sekarang yang

kenderaannya seperti air sungai yang mengalir tidak henti-henti. Kita dapat konklusikan bahawa

semakin meningkat jumlah kenderaan, semakin bertambah pelepasan asap kenderaan ke

atmosfera. Pelepasan asap kenderaan membebaskan gas hidrokarbon, gas karbon dioksida dan

gas karbon monoksida ke atmosfera yang tinggi. Kesan pelepasan gas asap kenderaan ini lebih

terasa di bandar jika dibandingkan dengan di kawasan luar bandar atau kampung. Hal ini

menyumbang kepada berlakunya jerebu. Jerebu berlaku akibat daripada terdapat banyak debu,

asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Fenomena ini boleh

mengurangkan jarak penglihatan penglihatan manusia sekurang-kurangnya 2 meter. Pelepasan

Page 2: Faktor Pemanasan Global

asap kenderaan juga secara tidak langsung menyebabkan berlaku pulau haba bandar.

Fenomena atmosfera ini berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan

bandar yang mempunyai jumlah kenderaan yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Hasil kedua-dua fenomena atmosfera ini ialah pemanasan global.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pelepasan asap dari kilang dan

pembakaran terbuka semakin berlaku. Kilang yang dibangunkan semakin bertambah mengikut

pembangunan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara itu. Asap yang dilepas dari kilang

mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini bertindak balas dengan wap

air yang terkandung dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia

dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan cat

binaan dan kenderaan, mencemarkan air serta mengancam hidupan air. Kehidupan manusia

terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid. Pembakaran terbuka kebanyakannya berlaku

di kawasan pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasa industri dan tapak pembinaan, sisa

perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran terbuka juga akan

mendorong berlakunya jerebu. Akhirnya, kejadian ini juga berakhir dengan pemanasan global.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, rakyat perlulah berganding bahu

menanggani masalah pemanasan global ini. Fenomena negatif ini meninggalkan kesan kepada

semua manusia di atas bumi ini, bahkan kesemua hidupan di bumi ini. Kesihatan juga akan

terjamin. Jika tidak pun, fikirkanlah tentang generasi yang akan datang, adakah anda ingin

memberi mereka keadaan alam sekitar yang sudah musnah? Adakah anda ingin mereka

menunding jari ke arah anda dan menyatakan “Generasi sebelum ini yang menyebabkan

keadaan sebegini berlaku”? Tentu, tidak. Oleh itu, janganlah membazir masa kerana kekayaan

yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang boleh

diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jika semua rakyat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurh sama dituruni, insya-

allah masalah ini dapat diatasi.

(4, 117 patah perkataan)