faktor mempengaruhi masyarakat menggunakan · pdf fileini diharap dapat memberi input yang...

Download Faktor Mempengaruhi Masyarakat Menggunakan · PDF fileIni diharap dapat memberi input yang berguna kepada agensi percukaian di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengguna

If you can't read please download the document

Upload: vuongcong

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 203 210

    ISSN: 2231-962X

    Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

    Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

    Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011

    Faktor Mempengaruhi Masyarakat Menggunakan Perkhidmatan e-

    Kerajaan: Kajian Terhadap Penggunaan e-Filing

    Factors Influencing Societys Usage of e-Goverment Services: A Study on e-Filing

    Nor Hazwani Hassan ([email protected])

    Mohd Rizal Palil ([email protected])

    Pusat Pengajian Perakaunan

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRAK

    Pelaksanaan E-Filing telah diperkenalkan pada tahun 2006 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan

    merupakan salah satu perkhidmatan e-kerajaan yang dapat membantu pembayar-pembayar cukai

    perseorangan menghantar borang pembayaran cukai secara elektronik. Namun begitu, sejak dari

    pelaksanaan sistem e-filing di Malaysia, pembayar cukai individu yang berkelayakan masih diberi alternatif

    untuk memilih sama ada penghantaran borang cukai dilakukan menggunakan e-filing iaitu secara

    elektronik atau pun secara manual iaitu berdasarkan kertas dan menghantarnya ke LHDN. Objektif kajian

    ini adalah bertujuan untuk mengkaji factor yang mempengaruhi keinginan pembayar cukai individu untuk

    menggunakan sistem e-filing. Faktor-faktor keinginan yang dikaji terdiri daripada jangkaan prestasi,

    jangkaan usaha, pengaruh sosial, penerimaan risiko, kepercayaan dan optimisme bias. Kajian ini akan

    menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik dan responden untuk kajian ini

    hanya bertumpu hanya kepada pembayar cukai individu di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

    Melalui kajian ini, kita juga dapat melihat penerimaan sistem ini semenjak ia dilancarkan pada tahun 2006

    dan diharap dapat memberi input yang berguna kepada agensi percukaian di Malaysia dalam usaha untuk

    meningkatkan jumlah pengguna e-filing supaya kecekapan pentadbiran cukai serta peningkatan kutipan

    cukai di Malaysia dan seterusnya mampu untuk menjana dan mentransformasikan ekonomi

    Malaysiadengan lebih mapan seiring dengan dasar kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun

    2020 yang mana memeiliki masyarakat yang berpendapatan tinggi.

    Kata Kunci; e-filing, e-kerajaan, cukai

    ABSTRACT

    The implementation of E-filing in Malaysia was introduced in 2006 by the Inland Revenue Board (IRB) and

    is one of the e-government services that can help individual taxpayers to submit tax payments electronically.

    However, since the implementation of e-filing system in Malaysia, individual taxpayers who are qualified

    were given alternatives to choose between sending tax returns electronically or manualy. The main

    objective of this study is to examine what are the factors that encourage individual taxpayers to use e-filing.

    Factors examined in this study are divided into five which are desire of performance expectancy, effort

    expectancy, social influence, risk acceptance, trust and optimism bias. A survey using questionnaire was

    conducted among individual taxpayers of Selangor and Kuala Lumpur. The results of this study are

    expected to provide useful inputs to the IRB in order to increase the number of users of e-filing so that the

    efficiency of tax administration in Malaysia can be improved and hence also, the total tax collection will

    also be increased.

    Keywords: e-filing, e-government, tax

    mailto:[email protected]:[email protected]

  • 204 Nor Hazwani Hassan, Mohd Rizal Palil

    PENGENALAN

    Pelaksanaan E-Filing telah diperkenalkan pada tahun 2006 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan

    merupakan salah satu perkhidmatan e-kerajaan yang dapat membantu pembayar cukai perseorangan

    menghantar borang pembayaran cukai melalui elektronik. E-kerajaan adalah proses reformasi cara kerja

    kerajaan dan perkongsian maklumat dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan

    luaran dan khususnya memanfaatkan teknologi maklumat kepada semua rakyat.( Ambali, 2009). E-

    Kerajaan juga merupakan satu perancangan untuk menuju ke arah negara maju yang berkonsepkan sistem

    pengurusan yang berinformasi sejajar dengan pembentukan dan objektif Wawasan 2020 yang telah

    dilancarkan pada bulan Ogos tahun 1996. (Nayan, Zaman dan Sembuk, 2010).

    E-filing adalah alternatif kepada pembayar cukai selain dari menghantar borang cukai secara

    manual iaitu penghantaran cukai terus kepada pejabat cukai negeri. Sumber dari Utusan Malaysia ( April,

    2010) menyatakan penggunaan e-Filing telah meningkat melebihi sejuta pengguna dan menunjukkan

    lonjakan sebanyak 29.18 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

    Objektif utama pelaksanaan e-Filing adalah pertama, meningkatkan keberkesanaan pemprosesan

    borang cukai yang dihantar oleh pembayar cukai kepada agensi percukaian. Ini penting kerana setiap tahun,

    kadar kelayakan pembayar cukai perseorangan meningkat dari semasa ke semasa dan secara tidak langsung,

    tenaga kerja dan masa diperlukan oleh agensi cukai untuk memproses semua borang cukai yang diterima

    juga meningkat. Melalui e-filing, ketepatan pemprosesan dapat mengurangkan sebarang kesilapan semasa

    pemprosesan borang cukai kerana ciri-ciri yang terdapat dalam sistem e-filing direka khas untuk

    memudahkan pembayar cukai mengisi borang cukai tersebut.

    Kesimpulan di sini, pelaksanaan sistem ini memberi impak yang baik kepada pembayar cukai

    mahu pun kepada agensi percukaian. Disini, pihak LHDN masih mengharap agar pembayar cukai

    perseorangan yang berkelayakan yang menggunakan sistem ini mencapai 80 peratus dalam tempoh kurang

    lima tahun daripada tarikh sistem ini diperkenalkan (2011).

    PENYATAAN MASALAH

    Sejak dari pelaksanaan sistem e-filing di Malaysia, pembayar cukai individual yang berkelayakan masih

    diberi alternatif untuk memilih sama ada penghantaran borang cukai dilakukan menggunakan e-filing iaitu

    secara elektronik atau pun secara manual iaitu berdasarkan kertas dan menghantarnya ke agensi percukaian.

    Keinginan pembayar cukai untuk menggunakan e-filing telah dijadikan isu yang penting untuk kajian ini

    dilaksanakan. Dengan ini, permasalahan kajian ini adalah untuk mengkaji apakah fakto-faktor yang

    mempengaruhi keinginan penduduk Malaysia yang berkelayakan membayar cukai memilih untuk

    menggunakan sistem e-filing untuk menghantar borang cukai.

    Berdasarkan kajian lepas, menurut Ramayah (2008), majoriti pembayar cukai mengelak dari

    memilih untuk menggunakan sistem e-filing adalah kerana kesulitan untuk mendapatkan nombor PIN 16-

    digit yang perlu didapatkan di agensi percukaian. Menurut beliau lagi, ini adalah kerana pembayar cukai

    perlu beratur di depan agensi percukaian untuk mendapatkan nombor PIN tersebut dan kurangnya

    kepercayaan tentang kerahsiaan dan keselamatan maklumat persendirian yang dihantar melalui sistem

    tersebut. Menurut Lai, Obid dan Meera (2004) hubungan antara keinginana menggunakan sistem e-filing

    ini dengan kebersediaan teknologi (technology readiness) mempunyai hubungan yang positif dan di

    katakan juga bahawa kebersediaan teknologi juga merupakan motivasi kepada pengamal cukai untuk

    menggunakan sistem e-filing.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif utama kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keinginan pembayar cukai individu yang

    berkelayakan memilih untuk menggunakan sistem e-filing untuk menghantar borang cukai.

    Selain daripada itu, kajian ini juga ingin mengkaji sejauh mana jangkaan keinginan tersebut

    mempengaruhi keputusan pembayar cukai. Kajian ini juga akan mengaplikasikan model yang telah

    diperkenalkan oleh Schaupp et.al (2009) dan keunikan kajian ini ialah dengan menambah pembolehubah

    yang baru iaitu kepercayaan (trust). Melalui model ini, kajian ini mengkaji sejauh mana kesemua

    pembolehubah tersebut memberi impak kepada keinginan pengguna menggunakan sistem e-filing.

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 205

    Dengan mengunakan model yang telah diaplikasikan dari kajian lepas, kajian ini diharap dapat

    memberi gambaran tentang faktor-faktor pemilihan sistem e-filing dikalangan pembayar cukai individu

    yang berkelayakan di Malaysia. Melalui kajian ini juga, kita dapat melihat penerimaan sistem ini semenjak

    ia dilancarkan pada tahun 2006. Ini diharap dapat memberi input yang berguna kepada agensi percukaian di

    Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengguna e-filing supaya kecekapan pentadbiran cukai

    di Malaysia dapat ditingkatkan dan dengan itu juga, jumlah kutipan cukai juga akan meningkat.

    KAJIAN KESUSASTERAAN

    Sejak sistem e-filing ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2006, tidak banyak kajian-kajian

    lepas yang membincangkan tentang kepenggunaan sistem ini di Malaysia. Lai et.al (2004) telah mengkaji

    sejauh mana tahap kesediaan teknologi dan keinginan menggunakan sistem e-filing di kalangan pengamal-

    pengamal cukai di Malaysia dan faktor kebersediaan teknologi tersebut memberi impak yang positif

    sebagai motivasi penggunaan e-filing. Selain dari itu, Kamarulzaman dan Che Azmi (2010) telah melihat

    dari sudut penerimaan risiko (perceived risk) dan prestasi risiko dalam konteks e-filing di Malaysia dengan

    menggunakan model teori penerimaan