faktor-faktor penentangan

3
FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN Faktor-faktor yang mencetus kebangkitan Dato’ Bahaman menentang British di Pahang adalah disebabkan oleh kehilangan hak untuk memungut cukai. Sejak pertengahan tahun 1889, jentera pentadbiran Inggeris telah berjalan berdampingan dengan pentadbiran tradisi. Collector dan Magistrate diberikan tugas untuk memungut cukai dari hasil rakyat tempatan yang menjadi hak Orang-orang Besar tradisi. Kini kuasa Orang-orang Besar dalam hal pengutipan cukai telah ditarik dan mereka sebaliknya diberi sara hidup. Rakyat tidak lagi dibenarkan mengutip hasil hutan dengan bebas. Kegiatan mereka yang lampau seperti memungut hasil hutan dan melombong hanya dapat dijalankan dengan menggunakan lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai Inggeris. Tanah mereka terpaksa dijual dan dikenakan cukai 40 sen satu ekar. Orang Kaya Bahaman yang dipandang tinggi dan sangat berpengaruh telah didesak oleh Orang-Orang Besar Negeri untuk mencari penyelesaian. Oleh sebab Dato Bahaman telah kehilangan hak istimewanya untuk mengutip cukai di daerah kekuasaanya, Semantan, maka Dato Bahaman telah merancang untuk menentang penjajah Inggeris. Misalnya, beliau menentang pelantikan I. A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di Temerloh. Kerajaan Inggeris belum lagi menyelesaikan tuntutan Orang-orang Besar Pahang, Orang Kaya Bahaman meneruskan kegiatannya mengutip cukai dan

Upload: yuriwa

Post on 23-Jun-2015

2.409 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor penentangan

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN

Faktor-faktor yang mencetus kebangkitan Dato’ Bahaman menentang British di

Pahang adalah disebabkan oleh kehilangan hak untuk memungut cukai. Sejak

pertengahan tahun 1889, jentera pentadbiran Inggeris telah berjalan berdampingan

dengan pentadbiran tradisi. Collector dan Magistrate diberikan tugas untuk memungut

cukai dari hasil rakyat tempatan yang menjadi hak Orang-orang Besar tradisi. Kini kuasa

Orang-orang Besar dalam hal pengutipan cukai telah ditarik dan mereka sebaliknya diberi

sara hidup. Rakyat tidak lagi dibenarkan mengutip hasil hutan dengan bebas. Kegiatan

mereka yang lampau seperti memungut hasil hutan dan melombong hanya dapat

dijalankan dengan menggunakan lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai Inggeris.

Tanah mereka terpaksa dijual dan dikenakan cukai 40 sen satu ekar. Orang Kaya

Bahaman yang dipandang tinggi dan sangat berpengaruh telah didesak oleh Orang-Orang

Besar Negeri untuk mencari penyelesaian. Oleh sebab Dato Bahaman telah kehilangan

hak istimewanya untuk mengutip cukai di daerah kekuasaanya, Semantan, maka Dato

Bahaman telah merancang untuk menentang penjajah Inggeris. Misalnya, beliau

menentang pelantikan I. A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di

Temerloh. Kerajaan Inggeris belum lagi menyelesaikan tuntutan Orang-orang Besar

Pahang, Orang Kaya Bahaman meneruskan kegiatannya mengutip cukai dan

membenarkan panglima-panglimanya berbuat begitu untuk membiayai pekerjaan dan

tanggungjawab mereka. Pihak Inggeris telah berkali-kali mengingatkan Orang Kaya

Bahaman bahawa beliau tidak lagi berhak mengutip cukai atau memberi kebenaran pada

orang lain berbuat demikian. Tetapi menuru satu sumber, Bahaman dan Clifford telah

bersetuju untuk membahagi dua hasil Semantan, sementara menanti jawapan yang

muktamad dari Gabenor tentang masalah sara hidup.

Selain itu, pembinaan balai polis juga merupakan salah satu faktor Dato’

Bahaman mencetus kebangkitan untuk menentang penjajah Inggeris di Pahang. I.A Wise

telah mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengan Orang Kaya

Bahaman. Tindakan British itu dianggap menceroboh dan mengancam kedudukan Dato’

Bahaman. Perkara ini menyebabkan konflik antara Orang Kaya Bahaman dan British

Page 2: Faktor-faktor penentangan

bertambah serius. Dato’ Bahaman berasa marah dan menentang penjajah British di

Pahang.

Di samping itu, perlucutan gelaran Orang Kaya Bahaman juga merupakan

perencah kepada kebangkitannya untuk menentang penjajah orang Inggeris di Pahang

Darul Makmur. Bahaman mempunyai pendirian yang tegas dan berpegang teguh kepada

prinsip hidupnya. Tanah airnya tidak boleh dipelbagaikan oleh orang asing. Apa yang

difikirkan sesuai dipraktikkan, diteruskannya. Melihatkan kedegilan Dato Bahaman, J.P

Rodger mendesak Tengku Mahmud untuk melucutkan jawatan Orang Kaya Bahaman.

Usul ini telah disampaikan kepada Sultan Ahmad untuk dipertimbangkan tetapi tidak

diluluskan kerana kasih baginda kepada Bahaman. Menurut laporan Clifford , dalam

bulan Disember 1890, Bahaman telah menulis sepucuk surat kepada Magistrate

Temerloh, Mr. Wise, menyatakan beliau tidak bersetuju dengan rancangan British hendak

mendirikan balai polis di Lubuk Terua. Surat ini juga telah menyatakan bahawa Orang-

orang Besar Pahang telah belot, cuma beliau sahaja yang belum menyerah kepada

Inggeris. Sultan telah memerintahkan Bahaman ke Pekan untuk diadili, tetapi Bahaman

tak hadir kerana beliau tidak mengaku menulis surat itu. Dalam bulan Februari 1891,

Datuk Maharaja Purba Jelai telah dititahkan untuk membawa Orang Kaya Bahaman ke

Pulau Tawar bertemu dengan Sultan tetapi apabila Tok Raja sampai ke Semantan

Bahaman telah pergi ke Kelantan.