faiz izwan 666

17
LATAR BELAKANG Dato’ Seri Ahmad Bin Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohammad dan Wook Binti Ali. Beliau dilahirkan pada tanggal 15 februari 1957 di teluk kalung, kemaman, Terengganu. Beliau dilahirkan daripada keluarga hidup yang susah. Bapa beliauhanya bekerja sebagai nelayan dan juga dikenali sebagai Tok Nyandat iaitu penyandat nira kelapa bagi menyara kehidupan keluarga. Walaupun hidup susah, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar. Sejak kecil lagi, selain membaca, beliau juga serasi dengan kehidupan sebagai seorang budak kampong ‘kampung boy’. Sejak kecil, Ahmad memiliki sikap pejuang. Sikap tidak mudah mengalah dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diimoikan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berani dan tidak mudah kalah. Beliau juga seorang mementinglan disiplin dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang tidak

Upload: muhammad-hafizuddin

Post on 06-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gempak mak bapak

TRANSCRIPT

Page 1: Faiz Izwan 666

LATAR BELAKANGDato’ Seri Ahmad Bin Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohammad dan

Wook Binti Ali. Beliau dilahirkan pada tanggal 15 februari 1957 di teluk kalung, kemaman,

Terengganu. Beliau dilahirkan daripada keluarga hidup yang susah. Bapa beliauhanya bekerja

sebagai nelayan dan juga dikenali sebagai Tok Nyandat iaitu penyandat nira kelapa bagi menyara

kehidupan keluarga.

Walaupun hidup susah, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar. Sejak kecil lagi,

selain membaca, beliau juga serasi dengan kehidupan sebagai seorang budak kampong ‘kampung

boy’.

Sejak kecil, Ahmad memiliki sikap pejuang. Sikap tidak mudah mengalah dan akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diimoikan. Beliau juga dikenali sebagai

seorang yang berani dan tidak mudah kalah. Beliau juga seorang mementinglan disiplin dan tidak

boleh berkompromi dengan orang yang tidak berdisiplin. Malah beliau turut dikenali sebagai

seorang yang telus, berterus terang dan tidak suka orang berbohong.

Pengalaman hidup yang penuh mencabar banyak membantu membina jati diri Ahmad Said

sebagai seorang insan yang amat prihatin terhadap nasib anak bangsa.

Page 2: Faiz Izwan 666

Pendidikan

Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964-1969 di Sekolah Kebangsaan Telok

Kalon, Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di sekolah ini dari tahun 1 hingga

tahun.

Beliau kemudianya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah

Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974. Ketika di sekolah menengah, Ahmad pernah

dilantik sebagai Kapten Asrama. Beliau juga dikenali sebagai kapten asrama yang tegas. Sikap

kepimpinan beliau sudah mula disemai ketika di peringkat sekolah lagi.

Ahmad juga dikenali sebagai individu yang aktif dalam kegiatan sukan. Antara sukan

kegemarannya ialah bola sepak dan hoki. Beliau melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Maktab

Adabi, Kuala Terengganu bagi menduduki peperiksaan STPM (1975-1976). Beliau belajar

bersungguh-sungguh dan memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM.

Selepas mendapat keputusan STPM, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti

Sains Malaysia (USM) dalam Jurusan Sains Politik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains

Kemasyarakatan (Kepujian). Ketika melanjutkan pelajaran di USM, beliau mula mengasah bakat

kepimpinan. Ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai sebagai Yang di Pertua Persatuan Anak-

Anak Negeri Terengganu selama 2 tahun. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi

Persatuan Sains Politik dan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa USM.

Page 3: Faiz Izwan 666

Kerjaya

Ahmad memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Pentadbir Tanah II Daerah Kemaman pada tahun

1985. Pada tahun 1986, beliau dilantik menjadi Pengetua Pusat Pupuk Semangat Negeri

Terengganu selama 2 tahun.

Tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Setiu. Bermula tahun 1990

hingga 1995, beliau meneruskan kerjaya sebagai Yang Di Pertua Majlis Daerah Kemaman.

Sepanjang tahun 1992 hingga tahun 2000, beliau juga telah diberi peluang menimba pengalaman

di dalam sektor swasta dengan memegang pelbagai jawatan di dalam sektor berkenaan.

Antaranya, beliau pernah menjadi Pengerusi Pesama Timba Corporation Sdn.Bhd, Pengerusi

PESAKA Terengganu Berhad, Pengarah Golden Pharos Berhad, Pengerusi Kumpulan Kayu

Kayan Berhad dan Pengerusi GP Furniture.

Page 4: Faiz Izwan 666

Pengalaman Politik

Beliau mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun ketika dilantik

sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman. Beliau memegang jawatan

tersebut sehingga tahun 1978. Belaiu juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda

UMNO pada tahun 1982 sehingga tahun 1986.

Pada bulan Ogos 1990, Ahmad telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kijal setelah berjaya memenangi kerusi Dun Kijal pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan di

Kijal. Beliau juga berjaya mengekalkan kerusi sebagai ADUN Kijal dalam Pilihan Raya Umum

yang Ke-9 pada tahun 1995. Beliau berjaya menewaskan calon PAS dengan majoriti 1834 undi

yang mengekalkan beliau sebagai ADUN Kijal. Dengan kemenangan ini, beliau dilantik sebagai

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, EXCO Pemuda UMNO Malaysia Dan Pengerusi

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.

Walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, menyaksikan beliau kalah dengan

majoriti 264 undi. Namun situasi ini tidak melemahkan semangat beliau apabila beliau kembali

bangkit dengan mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004.

Beliau berjaya menewaskan calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 3469. Kemenangan ini

membolehkan beliau kekal sebagai Adun Kijal dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.

Page 5: Faiz Izwan 666

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan

calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala

Hazri 5,012 undi. Kemenangan ini juga bermulanya titik tolak kebangkitan dan kemuncak

kerjaya Dato Seri Ahmad bin Said.

Beliau menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke 13 pada

tanggal 23 Mac 2008 daripada Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Selepas menjadi Menteri Besar, beliau dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO

Terengganu pada 14 Jun 2008.

Beliau berdepan pelbagai cabaran dengan penuh keberanian dan ketabahan. Walaupun demikian,

beliau sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Di bawah

pentadbiran beliau yang berpaksikan pendekatan berjiwa rakyat, mesra rakyat serta menawan

hati rakyat amat dikagumi oleh seluruh rakyat Negeri Terengganu. Malah semangat jitu beliau

untuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat Negeri Terengganu turut diperakui dan

dikagumi oleh rakan-rakan perjuangan beliau.

Page 6: Faiz Izwan 666

Kepimpinan semasa Menjadi Menteri Besar

Terengganu

Setelah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Bin Said memberi

tumpuan utama kepada pelaksanaan pembangunan yang berpaksikan rakyat atau people-centric.

Beliau memperkenalkan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju

utama dalam kepimpinan beliau. Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak utama

pentadbiran beliau dan menjadi keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan

permasalahan rakyat diselesaikan. Beliau juga menegaskan bahawa apa jua perkhidmatan yang

dilaksanakan haruslah demi kepentingan rakyat

Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan

Slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” dengan 8 nilai[5] teras utama turut

memfokuskan kepada memperkasakan modal insan, meningkatkan daya saing negeri dan

memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan. Justeru itu, beliau menyeru kepada kakitangan

awam agar bekerjasama antara satu sama lain bagi menjamin kecemerlangan bekerja dan

memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Malah beliau menyeru agar pegawai sentiasa

turun padang untuk mendekati rakyat bagi mendengar masalah mereka supaya apa jua masalah

yang dihadapi oleh rakyat dapat segera diatasi

Page 7: Faiz Izwan 666

8 Nilai Utama Merakyatkan Pentadbiran Dan

Pembangunan

BUDAYA ILMU Budaya ilmu atau pendidikan yang berkesan adalah asas bagi kejayaan rakyat.

Ayat al-quran yang pertama diturunkan ialah iqra’, yakni bacalah yang membawa maksud ilmu

adalah keutamaan.

CEMERLANG Cemerlang adalah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak dalam

semua aspek. Pemimpin, pentadbir dan rakyat cemerlang itulah harapan kita semua untuk

menjadikan negeri ini terbilang.

CAKNA Cakna adalah perkataan dalam dialek Terengganu. Ia boleh diertikan sebagai prihatin,

ambil berat atau memberi perhatian. Sememangnya Kerajaan Barisan Nasional amat mengambil

berat dan memberi perhatian terhadap keperluan, kebajikan dan pembangunan rakyat.

AMANAH Amanah adalah suatu nilai yang tinggi dan merupakan sifat rasulullah. Apabila

adanya sifat amanah kita tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi baik

sebagai pemimpin, pentadbir atau rakyat biasa.

Page 8: Faiz Izwan 666

SETIA Setia kepada Negara, pemimpin dan kepada organisasi yang kita bernaung di bawahnya

adalah nilai yang amat penting. Jika kita tidak setia, maka kita akan mengkhianati perjuangan

suci dan bertindak membuka pintu kepada musuh untuk menceroboh Negara.

MUAFAKAT Muafakat adalah perkara penting dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.

Pepatah melayu ada menyebut, ‘lidi yang sebatang mudah dipatahkan, tetapi lidi seberkas tidak

mungkin dapat dipatahkan’.

BERSYUKUR Bersyukur pula adalah suatu amalan mulia yang sudah diketahui umum. Syukur

yang sebenar ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati

dan dilaksanakan dalam perbuatan.

ISTIQAMAH Istiqamah pula, jika dilihat pada struktur Bahasa Arab bermaksud terus berdiri.

Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayu yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri,

yakni berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap sesuatu pegangan mahupun amalan.

Istiqamah bermakna konsisten dan tidak lari dari perjuangan. Kita tidak mahu menjadi seperti

lalang, yang sekali tegak, sekali ke kiri atau ke kanan mengikut arah angina

Page 9: Faiz Izwan 666

Kontroversi

Isu Mercedes

Kualiti buatan serta kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive mula dipersoalkan

berikutan satu kontroversi pada Julai 2008 apabila kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad

Said dari Barisan Nasional membeli 14 buah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor, yang

bertujuan untuk menggantikan kereta 2004 Perdana V6 Executive sedia ada sebagai kereta rasmi

kerajaan negeri.[6] Ketua Setiausaha Negeri Terengganu Mokhtar Nong menegaskan bahawa

keputusan tersebut dibuat berikutan kekurangan kebolehbergantungan Perdana, dengan

mendakwa bahawa kereta-kereta Perdana tersebut memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi,

terutamanya pada kotak gear, semasa digunakan dalam perjalanan jauh.[6] Dua daripada Perdana

V6 tersebut memerlukan kos baik pulih masing-masing sejumlah RM175,229.97 dan

RM132,357.76 sejak 2004.

Proton menafikan tuduhan kos penyelenggaraan yang tinggi oleh kerajaan negeri Terengganu,

dengan mengatakan kos penyelenggaraan berkala (penggantian minyak enjin dan penapis

minyak) bagi Perdana ialah sekitar RM200. Kontroversi tersebut telah menyebabkan timbul

tuduhan mengenai penyelewengan penyelenggaraan oleh kerajaan Terengganu,[7]

memandangkan kos penyelenggaraan berkala terkumpul pagi sebuah Perdana V6 biasa pada

tempoh yang sama jauh lebih rendah seperti yang didakwa, serta berikutan tiada tuntutan waranti

yang dibuat oleh kerajaan negeri sejak Oktober 2004 bagi salah satu kereta yang rosak.

Page 10: Faiz Izwan 666

Berikutan dengan kes tersebut, seorang pemilik bengkel di Chendering telah didakwa memberi

invois mengandungi butiran palsu. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen

dari keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya tanpa perlu dipanggil membela diri, kerana

satu dokumen penting berkaitan kes itu hanya dibekalkan kepada pembela semasa kes berkenaan

telah berjalan.

Saman dua blog

Pada 4 Oktober 2011, dua blog iaitu http://msomelayu.blogspot.com dan

guanopulok.blogspot.com telah memfitnah Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di

Hilton Sentral.Pada 9 November 2011, beliau membuat laporan polis dan akan memfailkan

saman di mahkamah.[10]

Tiada pembangunan di kawasan BN kalah

Satu kontroversi telah tercetus setelah Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai MB bagi

penggal ke 2.Kenyataan Akhbar berbunyi"Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang

meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Page 11: Faiz Izwan 666

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan

DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk

meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu

milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang

dimenangi BN

Letak jawatan sebagai MB dan keluar parti

Rencana utama: Krisis politik Terengganu 2014

Pada 12 Mei 2014, beliau menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar

Terengganu kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Kemudian, beliau bersama-sama

ADUN Ajil menghantar pula surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku

Adnan Tengku Mansor. Penyandang jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif

Page 12: Faiz Izwan 666

Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan

Sultan Mizan Zainal Abidin pada sebelah malamnya. Walau bagaimanapun, beliau kembali

bersama UMNO keesokan harinya

Pilihan raya 2013

PRU 2013 merupakan PRU pertama bagi Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Pengerusi

Perhubungan UMNO Terengganu.Pada PRU 2013,BN dibawah kepimpinan Ahmad Said

memenangi Kerusi DUN dengan 17 kerusi BN dan 15 kerusi untuk PR.BN Terengganu tidak

berjaya mengekalkan majoriti 2/3 yang sebelum ini pernah dikecapi(PRU 11 & PRU 12).BN

Terengganu tumpas 3 kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN dirampas PAS.Keadaan di Terengganu

bagi PRU 2013 berbeza dengan negeri-negeri lain yang kembali ditangan BN iaitu Perak dan

Kedah.Perak dan Kedah berjaya menambah kerusi DUN dan membentuk kerajaan.PRU untuk

negeri Terengganu telah memberi isyarat kepada BN Terengganu dibawah kepimpinan Ahmad

Said