ex2023 kuliah14 present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk is ke kanan dari is(g 1, e 0)...

28
18/02/2004 Kuliah 14 1 SELAMAT DATANG KE KULIAH 14 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh [email protected] www.ukm.my/zainudin

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 1

SELAMAT DATANGKE KULIAH 14

EX2023 MAKROEKONOMI II

FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIAProf. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh

[email protected]/zainudin

Page 2: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 2

DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA

v Aliran Modal Sempurna

- Modal/Aset dalam negeri dan luar negeri ialah pengganti sempurna.- Modal bergerak bebas antara negera tanpa risiko pergerakan yang besar dan tanpa kos

transaksi yang tinggi .- Aliram modal menyamakan r (kadar bunga dalam negeri) dan rf (kadar bunga luar

negeri).- Jika r > rf. maka modal akan mengalir masuk ke dalam negeri sehingga kadar bunga

menjadi sama – negara kecil- Jika r < rf. maka modal akan mengalir keluar ke luar negeri sehingga kadar bunga

menjadi sama – negara kecil- Model Mundell-Fleming - andaian mobiliti modal sempurna memberi erti keluk BP

adalah mendatar dan dapat digambarkan oleh persamaan berikut;r = rf

v Aliran Modal Tak Sempurna

- Modal/Aset dalam negeri dan luar negeri tidak pengganti sempurna.- Perubahan di luar negara (seperti kadar bunga) tidak mempunyai pengaruh penuh ke

atas ekonomi ini – negara besar. - r ? rf.

Page 3: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 3

v SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH

1. Mobiliti Modal Tak Sempurna1. Dasar Kewangan2. Dasar Fiskal

2. Mobiliti Modal Sempurna1. Dasar Kewangan2. Dasar Fiskal

v SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP

1. Mobiliti Modal Tak Sempurna1. Dasar Kewangan2. Dasar Fiskal

2. Mobiliti Modal Sempurna1. Dasar Kewangan2. Dasar Fiskal

DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA

Page 4: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 4

SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAHMOBILITI MODAL TAK SEMPURNA

DASAR KEWANGANv Kenaikan stok wang dari M0 ke M1 menganjak keluk LM ke sebelah kanan

dari LM(M0) ke LM(M1) dan mengalih titik keseimbangan dari E0 ke E1.v Kerana titik E1 berada di sebelah kanan daripada keluk BP maka negara

berkenaan mengalami imbangan pembayaran defisit. Kenapa? Pengembangankewangan telah menyebabkan kejatuhan r dan kenaikan y. Kejatuhan r menyebabkan berlaku aliran keluar modal yang menjejaskan imbangan akaunmodal dan kenaikan y menaikkan import yang menjejaskan imbangan akaunsemasa » imbangan pembayaran defisit.

v Imbangan pembayaran defisit bererti permintaan terhadap matawang tempatan< penawaran matawang tempatan atau dengan kata lain permintaan matawangasing > penawarannya » harga matawang tempatan jatuh atau harga matawangasing atau kadar pertukaran naik.

v Kenaikan E menyebabkan harga eksport lebih murah pada pandangan asinglalu menaikkan permintaan eksport dan harga barang import menjadi mahalpada padangan penduduk tempatan lalu menurunkan import. Kenaikan eksportdan kejatuhan import ini bererti eksport bersih naik. Ini mengalih keluk IS kekanan dari IS(E0) ke IS(E1) dan juga mengalih keluk BP ke kanan dari BP(E0)ke BP(E1). Titik keseimbagan baru adalah E2 yang berrerti tingkat pendapatannaik dari y0 ke y2.

Page 5: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 5

r1

r0

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah

Kadar Pertukaran Boleh-ubah

LM(Mo)

E0

y0

LM(M1)

IS(E0)

E1 IS(E1)

y1

BP(E1)

BP(E0)

y2

r2 E2

Page 6: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 6

DASAR FISKAL DI BAWAHKEANJALAN KELUK BP BERBEZA

BP Landai (Anjal) Bererti;

v Aliran Modal Amat Peka Terhadap Perubahan KadarBunga – perubahan r yang sedikit sahaja sudah cukupuntuk menhasilkan aliran modal yang banyak, dan

v Kecenderungan Mengimport Sut Kecil – kenaikan ymenaikkan import dengan sedikit yang berertipergerakan ke arah defisit akaun dagangan/semasaperlahan/lambat.

DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA

Page 7: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 7

v Fungsi BP yang landai bererti aliran modal adalah amat peka terhadap perubahankadar bunga domestik dan kecenderungan mengimport sut adalah kecil.

v Kenaikan perbelanjaan kerajaan menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g0,E0) keIS(g1,E0), mengalih titik keseimbangan dari E0 ke E1 » titik keseimbangan baru E1berada di sebelah kiri daripada keluk BP yang bererti imbangan pembayaranlebihan.

v Pengembangan fiskal mnyebabkan r meningkat yang bererti berlaku aliran masukmodal dan kerana aliran modal amat peka terhadap perubahan r maka aliranmasuk modal berlaku dengan besar yang bererti imbangan akaun modal meningkat dengan besar. Kita lihat juga pengembangan fiskal menyebabkan ynaik, yang bererti permintaan untuk import juga naik. Ini menjatuhkan eksportbersih atau imbangan akaun semasa merosot.Tetapi kerana peningkatanimbangan akaun modal lebih besar daripada kemerosotan imbangan akaunsemasa (kerana mpi kecil) maka imbangan pembayaran keseluruhannyamengalami lebihan.

v Imbangan pembayaran lebihan bererti permintaan terhadap matawang tempatan> penawarwannya yang menyebabkan harga matwang tempatan naik atau E jatuh. Kejatuhan E menyebabkan eksport menjadi mahal pada pandangan orang asingdan import lebih murah pada pandangan orang tempatan » ekport jatuh dan import naik. Ini bererti ekport bersih jatuh dan ini menganjak keluk IS ke kiridari IS(g1,E0) ke IS(g1,E1) dan juga mengalih fungsi BP ke kiri dari BP(E0) keBP(E1). Titik keseimbagan terakhir adalah di E2 dan tingkat pendaptan adalah di y2.

SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAHMOBILITI MODAL TAK SEMPURNADASAR FISKAL – KELUK BP LANDAI

Page 8: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 8

r1

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Boleh-ubah (Keluk BP Landai)

LM

E0

y0

BP(E0)

IS(g1,E0)

BP(E1)

IS(g1,E1)

IS(g0,E0)

r2

r0

y2 y1

E1

E2

Page 9: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 9

v Fungsi BP curam bererti aliran modal kurang peka terhadap perubahankadar bunga domestik dan kecenderungan mengimport sut adalah besar.

v Bila pengembangan fiskal dilaksanakan maka keluk IS beranjak kekanan dari IS(g0,E0) ke IS(g1,E0) dan keseimbangan baru tercapai di E1 dengan r dan y naik.

v Kenaikan r mendorong aliran masuk modal dan kenaikan y menaikkanimport. Kerana aliran modal kurang peka terhadap perubahan kadarbunga dan kecenderungan mengimport sut besar maka kesanpeningkatan imbangan akaun modal lebih kecil dari kesan kemerosotanimbangan akaun semasa. Jadi imbangan pembayaran keseluruhannyadefisit.

v Imbangan pembayaran defisit bererti permintaan terhadap matawangtempatan < penawarannya yang menyebabkan harga matwang tempatanjatuh atau E naik. Kenaikan E menyebabkan eksport menjadi murahpada pandnagan orang asing dan import lebih mahal pada pandanganorang tempatan. Ini bererti ekport naik dan import jatuh. Ini berertiekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g1,E0) keIS(g1,E1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E0) ke BP(E1).Titik keseimbagan terakhir adalah di E2 dan tingkat pendaptan naik key2. Kadar bunga juga meningkat lebih tinggi ke r2.

SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAHMOBILITI MODAL TAK SEMPURNADASAR FISKAL – KELUK BP CURAM

Page 10: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 10

r1

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Boleh-ubah (Keluk BP Curam)

LM

E0

y0

BP(E0)

IS(g1,E0)

BP(E1)

IS(g1,E1)

IS(g0,E0)

r2

r0

y2 y1

E1 E2

Page 11: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 11

v Bila kerajaan menaikkan penawaran wang dari Mo ke M1 makakeluk LM beranjak dari LM(Mo) ke LM(M1). Ini menyebabkankadar bunga dalam negeri jatuh buat sementara waktu dari ro ker1. Ini menyebabkan aliran keluar modal berlaku. Ini berertipelabur menjual aset di Malaysia yang bererti mereka menjualringgit. Ini menyebabkan harga ringgit jatuh atau kadarpetukaran meningkat.

v Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan eksport Malaysia meningkat dan import jatuh yang bererti keluk IS beranjak kekanan. Penjualan ringgit Malaysia terus berlaku sehingga kelukIS beranjak dari IS(Eo) ke IS(E1). Pada titik E1 kita perhatikankadar bunga dalam negeri menjadi sama semula dengan kadarbunga luar negeri dan pendapatan meningkat ke y1.

v Dari analisis di atas kita perhatikan dasar kewangan adalahsangat berkesan di bawah sistem kadar pertukaran bolehubahdan mobiliti modal sempurna.

SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAHMOBILITI MODAL SEMPURNA

DASAR KEWANGAN

Page 12: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 12

r1

rf= r0

r

y

Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah

Kadar Pertukaran Boleh-ubah

LM(Mo)

E0

y0

LM(M1)

IS(E0)

BP E1

IS(E1)

y1

Page 13: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 13

v Pengembangan fiskal (kenaikan perbelanjaan kerajaan) menyebabkankeluk IS beranjak ke kanan dari IS(go,E0) ke IS(g1,E0). Inimenyebabkan r meningkat dan seterusnya menyebabkan aliran masukmodal. Kenaikan aliran masuk modal bererti pelabur membeli aset-aset yang didenominasikan dalam ringgit yang bererti pemintaan untukringgit meningkat.

v Ini menyebabkan harga ringgit meningkat atau kadar pertukaran jatuh. Ini menyebabkan eksport jatuh dan import meningkat yang seterusnyamenyebabkan keluk IS beranjak ke kiri. Titik keseimbangan asaltercapai kembali bila keluk IS beranjak dari IS(g1,Eo) ke IS(g1, E1) dankadar bunga dalam negeri menjadi sama semula dengan kadar bungaluar negeri.

v Jadi di bawah kadar pertukaran boleh ubah dan mobiliti modal sempurna dasar fiskal tidak berkesan langsung.

SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAHMOBILITI MODAL SEMPURNA

DASAR FISKAL

Page 14: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 14

r1

rf= r0

r

y

Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Boleh-ubah

LM

E0

y0

BP

IS(g1,E0)

IS(g0,E0)=IS(g1,E1)

y1

Page 15: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 15

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP

v Kadar pertukaran tidak boleh berubah.v Jika berlaku kecenderungan untuk kadar

pertukaran berubah kerajaan akan campurtangandalam pasaran pertukaran asing.

v Jika berlaku lebihan permintaan matawang asingkerajaan akan jual mata wang asing.

v Jika berlaku lebihan penawaran matawang asingkerajaan akan beli matawang asing.

v Kesannya kecenderungan kadar pertukaran untukberubah dihentikan.

Page 16: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 16

CAMPURTANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN PERTUKARAN ASING DAN STERILISASI

v Di bawah kadar pertukaran tetap pengembangan kewangan menyebabkan defisitimbangan pembayaran.

v Andaikan defisit ini adalah sebesar RM5 billion. Ini bererti terdapat lebihanpermintaan terhadap pertukaran asing (matawang asing) sebesar RM5 bilion. Untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap itu bank pusat mesti campurtangan -Bank Negara Malaysia (BNM) menjual aset rizab asing (yang terdiri drpmatawang asing, SDR’s dan emas) yang mana dibeli oleh pihak swasta. Tindakanini mengurangkan asas wang (monetary base) Malaysia sebanyak RM5 bilion danseterusnya mengurangkan penawaran wang sebanyak RM5 bilion. Dari segiproses penawaran wang yang telah dijelaskan dahulu, pembeli-pembeli aset-asetrizab daripada Bank Negara membayar dengan cek dan bila cek terjelas melaluiBank Ngara, rizab bank, iaitu satu komponen daripada asas wang jatuh sebanyakRM5 bilion.

v Untuk menimbalas kesan kejatuhan penawaran wang ini BNM bolehcampurtangan melalui operasi pasaran terbuka supaya penawaran wang kembalike tingkat asalnya - BNM membeli sekuriti kerajaan bernilai RM5 bilion dalampasaran terbuka. Bila BNM membeli alat kewangan (financial instruments) sepertibon atau sekuriti kerajaan maka penawaran wang berkuasa-tinggi (high-powered money) yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai meningkatkerana Bank Negara membeli alat kewangan itu dengan wang, yang bererti BNM menambahkan wang dalam edaran. Tindakan BNM melalui operasi pasaranterbuka ini bererti Bank Negara menanduskan (sterilize) campurtangannya dalampasaran pertukaran asing yang bererti BNM mengelakkan campurtangannyamempengaruhi asas wang domestik.

Page 17: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 17

v Kenaikan stok wang dari Mo ke M1 menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1) » titikkeseimbangan beranjak dari Eo ke E1, menjatuhkan r dari ro ke r1 dan menaikkan y dari yo key1 » imbangan pembayaran menjadi defisit kerana titik E1 adalah berada di sebelah bawahdaripada keluk BP.

v Kenapa? Ini kerana pengembangan kewangan menyebabkan y meningkat yang manaseterusnya menyebabkan import meningkat, dan menjatuhkan r yang mana seterusnyamenyebabkan aliran keluar modal. Kenaikan import menyebabkan defisit akaun semasa dankenaikan aliran keluar modal menyebabkan defisit akaun modal.

v Kalau pada permulaannya ekonomi berada dalam keseimbangan, pengembangan kewanganmembawa kepada defisit imbangan pembayaran dan ini boleh menimbulkan konflik di antaramatlamat-matlamat dasar domestik dengan keseimbangan luaran. Jika pada titik Eo, tingkatpendapatan yo adalah terlampau rendah berbanding dengan tingkat pendapatan yang bersesuaian dengan gunatenaga penuh maka pergerakan ke arah titik E1 dan kenaikan y ke y1adalah lebih baik dari segi pencapaian matlamat domestik. Tetapi pada titik E1 berlaku defisitimbangan pembayaran, .

v Jika kerajaan tidak campurtangan maka nilai matawang tempatan akan jatuh atau E meningkat. Untuk mengelakkan ini kerajaan menjual matawang asing dan ini menyebabkanrizab dan asas wang jatuh. Ini seterusnya mengurangkan penawaran wang, digambarkan olehanjakan ke kiri keluk LM dari LM(M1) ke LM(M2). Kalau ini berterusan keseimbangan asal E0tercapai kembali.

v Jadi di bawah sistem kadar pertukaran tetap defisit imbangan pembayaran boleh membawakepupusan rizab. Jika negara ini mempunyai rizab pertukaran asing yang terhad makakeadaan sedemikian tidak akan dapat dipertahankan selama-lamanya. Rizab boleh pupus jikadefisit itu dibiarkan berpanjangan.

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAPMOBILITI MODAL TAK SEMPURNA

DASAR KEWANGAN

Page 18: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 18

r1

r0

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah

Kadar Pertukaran Tetap

LM(Mo)= LM(M2)

E1

E0

y0 y1

LM(M1)

IS

BP

Page 19: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 19

v Bila perbelanjaan kerajaan (g) meningkat dari go ke g1 maka keluk IS beranjak dari IS(go) keIS(g1). Titik keseimbangan beranjak dari Eo ke E1, menaikkan kadar bunga dari ro ke r1 danpendapatan dari yo ke y1. Jika keluk BP lebih landai daripada keluk LM maka kita lihat titikkeseimbangan baru, E1 terletak di sebelah atas daripada keluk BP, yang bererti negaramengalami imbangan pembayaran lebihan.

v Kenapa? Dalam Rajah tersebut, digambarkan keluk BP lebih landai daripada keluk LM. Keluk BP yang landai bererti aliran masuk modal amat peka terhadap perubahan kadarbunga dalam negeri dan kecenderungan mengimport sut lebih kecil. Kepekaan atau keanjalanaliran modal yang tinggi terhadap kadar bunga dalam negeri menyebabkan lebihan akaunmodal yang besar berbanding dengan defisit akaun semasa yang kecil kerana kecenderunganmengimport sut yang kecil. Jadi kesan bersihnya menyebabkan imbangan pembayaran beradadalam lebihan.

v Imbangan pembayaran lebihan bererti permintaan ringgit > penawaran ringgit. Kalaudibiarkan maka harga ringgit meningkat dan E jatuh. Untuk mengelak ini berlaku kerananegara mengamalkan kadar pertukaran tetap maka bank pusat perlu membeli matawangasing yang berlebihan di pasaran. Jadi rizab dan seterusnya asas wang meningkat. Inimenyebabkan penawaran wang meningkat digambarkan oleh anjakan ke kanan keluk LMdari LM(M0) ke LM(M1). Jadi keseimbangan baru tercapai di E2 dengan kadar bunga r2 danpendapatan yang lebih tinggi y2.

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAPMOBILITI MODAL TAK SEMPURNADASAR FISKAL – KELUK BP LANDAI

Page 20: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 20

r1

r0

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Tetap (Keluk BP Landai)

LM(M0)

ISo(g1)

E1

E0

ISo(g0)

y0 y1

BP

LM(M1)

r2

y2

E2

Page 21: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 21

v Pengembangan fiskal menyebabkan r dan y meningkat. Kenaikan r menyebabkanberlaku aliran masuk modal. Kalau dahulu akaun modal berada dalamkeseimbangan ini bererti kemasukan modal menyebabkan akaun modal mengalami lebihan. Kenaikan y pula menyebabkan permintaan untuk import meningkat. Kalau sebelum pengembangan fiskal akaun semasa dalam keadaanseimbang maka pengembangan fiskal yang menyebabkan pendapatan negara naikyang mana menyebabkan import menignkat akan membawa akaun semasa kedalam keadaan defisit - menyebabkan titik persilangan di antara keluk-keluk ISdan LM berada di sebelah kanan daripada keluk BP.

v Keluk BP yang cerun bererti aliran masuk modal kurang peka terhadapperubahan r dan kecenderungan mengimport sut (mpi) lebih besar. Kepekaan ataukeanjalan aliran modal yang rendah terhadap r menyebabkan lebihan akaunmodal yang kecil berbanding dengan defisit akaun semasa yang besar kerana mpiyang besar. Jadi kesan bersihnya menyebabkan imbangan pembayaran beradadalam defisit .

v Defisit imbangan pembayaran bererti permintaan ringgit < penawaran ringgit. Kalau kerajaan tak campur tangan maka nilai ringgit akan jatuh dan E naik. Jadikerajaan akan menjual matawang asing yang seterusnya menyebabkan penawaranwang berkurangan digambarkan oleh anjakan ke kiri LM dari LM(M0) ke LM(M1).Titik keseimbangan baru tercapai di E2 dengan kadar bunga lebih tinggi r2 dantingkat pendapatan lebih rendah y2.

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAPMOBILITI MODAL TAK SEMPURNADASAR FISKAL – KELUK BP CURAM

Page 22: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 22

r1

r0

r

y

Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Tetap (Keluk BP Curam)

ISo(g1)

E1

E0

ISo(g0)

y0 y1

BP

LM(M0)

LM(M1)

r2 E2

y2

Page 23: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 23

v Pengembangan kewangan menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1) » r jatuh buat sementara waktu dari ro ke r1 menjadikan r < rf » berlakualiran keluar modal secara besar-besaran. Ini bererti pelabur-pelaburmenjual aset Malaysia yang bererti mereka juga menjual ringgit.

v Dalam kes ini Bank Negara tidak boleh mengembalikan keseimbanganmelalui penandusan campurtangan dalam pasaran pertukaran asing(sterlized intervention in the foreign exchange market). Kerana alirankeluar modal yang besar akan berterusan selagi r < rf maka penandusancampurtangan (sterilized intervention) akan menyebabkan Bank Negara mengalami kepupusan pegangan aset rizab asing.

v Jadi untuk mengembalikan keseimbangan Bank Negara akanmembiarkan campurtangan itu mengurangkan penawaran wang. Penawaran wang jatuh sehingga keluk LM beanjak ke tepat asalnya, iaituLM(Mo) pada titik Eo, kadar bunga dalam negeri kembali menjadi samadengan kadar bunga luar negeri dan aliran keluar modal dan kejatuhanpenawaran wang berhenti.

v Jadi kerana penawaran wang dan pendapatan kembali ke tingkat asalnyamaka kita boleh katakan dasar kewangan tidak berkesan langsung dibawah kadar pertukaran tetap bila mobiliti modal adalah sempurna.

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAPMOBILITI MODAL SEMPURNA

DASAR KEWANGAN

Page 24: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 24

r1

rf= r0

r

y

Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pengembangan Kewangan Di Bawah

Kadar Pertukaran Tetap

LM(Mo)

E0

y0

LM(M1)

IS

BP

Page 25: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 25

v Pengembangan fiskal menaikkan dari go ke g1 » menganjak keluk IS dari IS(go) ke IS(g1) » r meningkat menjadikan r > rf. Ini menaikkanaliran masuk modal yang bererti permintaan terhadap ringgitmeningkat dan jika dibiarkan E boleh jatuh.

v Untuk mengelak E jatuh, kerajaan campurtangan dalam pasaranpertukaran asing dengan membeli matawang asing dengan ringgit. Inimenyebabkan penawaran wang Malaysia meningkat. Bank Negara terpaksa membeli matawang asing sehinggalah penawaran wangmeningkat dan menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1), iaituketika r menjadi sama kembali dengan rf pada titik E1. Ini berertikenaikan endogen penawaran wang ini mengukuhkan lagi kesanpengembangan fiskal terhadap output yang meningkat dari yo ke y1, bukan hanya setakat ke y’1.

v Jadi di bawah sistem kadar pertukaran tetap, dengan mobiliti modal sempurna, pengembangan fiskal adalah amat berkesan kerana tidakterdapat kenaikan kadar bunga yang bererti tidak berlaku asakan keluarpebelanjaan sektor swasta.

SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAPMOBILITI MODAL SEMPURNA

DASAR FISKAL

Page 26: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 26

r1

r

y

Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar

Pertukaran Tetap

ISo(g1)

E1 E0

ISo(g0)

y0 y’1

BP rf= r0

LM(Mo)

LM(M1)

y1

Page 27: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 27

RUMUSANv Dasar Kewangan di Bawah Kadar Pertukaran Bolehubah

Semakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakinlandai keluk BP) maka semakin berkesan dasar kewangan di bawahkadar pertukaran bolehubah.

v Dasar Kewangan di Bawah Kadar Pertukaran TetapSemakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakinlandai keluk BP) maka semakin kurang berkesan dasar kewangan dibawah kadar pertukaran tetap.

v Dasar Fiskal di Bawah Kadar Pertukaran BolehubahSemakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakinlandai keluk BP) maka semakin kurang berkesan dasar fiskal di bawahkadar pertukaran bolehubah.

v Dasar Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran TetapSemakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakinlandai keluk BP) maka semakin berkesan dasar fiskal di bawah kadarpertukaran tetap.

DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA

Page 28: EX2023 Kuliah14 Present · ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g 1, E 0) ke IS(g 1,E 1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E 0) ke BP(E 1). Titik

18/02/2004 Kuliah 14 28

SEKIANTERIMA KASIH