ets

8
A. PENDAHULUAN Program Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB yang bakal diadakan ini, bertujuan memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas meneroka dan merasai pengalaman menaiki salah satu dari pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia iaitu Keretapi. Di samping itu, terapi ini juga membolehkan murid-murid khas ini mendapat peluang yang serupa seperti murid-murid lain. Guru-guru juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, diharap agar terapi sosial ini dapat berjalan seperti yang telah dirancang. B. RASIONAL Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun sosial. Perlaksanaan program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk memantapkan disiplin serta ketahanan diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat secara langsung dalam kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan masyarakat sekitar. Selain itu juga, melalui program Terapi Sosial ini juga dapat melatih diri menjadi seorang yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut 1 KERTAS KERJA TERAPI SOSIAL - KEMBARA BERSAMA KTMB 2015 PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANG, SG PETANI, KEDAH

Upload: ieta-yatim

Post on 10-Apr-2016

12 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

book

TRANSCRIPT

Page 1: Ets

A. PENDAHULUAN

Program Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB yang bakal diadakan ini,

bertujuan memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas meneroka

dan merasai pengalaman menaiki salah satu dari pengangkutan awam yang

terdapat di Malaysia iaitu Keretapi. Di samping itu, terapi ini juga membolehkan

murid-murid khas ini mendapat peluang yang serupa seperti murid-murid lain.

Guru-guru juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kerjasama

daripada semua pihak, diharap agar terapi sosial ini dapat berjalan seperti yang

telah dirancang.

B. RASIONAL

Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling

berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun

sosial. Perlaksanaan program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk

memantapkan disiplin serta ketahanan diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan

murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat secara langsung dalam

kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan masyarakat

sekitar. Selain itu juga, melalui program Terapi Sosial ini juga dapat melatih diri

menjadi seorang yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut

1

KERTAS KERJATERAPI SOSIAL - KEMBARA BERSAMA KTMB 2015

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANG, SG PETANI, KEDAH

Page 2: Ets

arahan. Secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah diri murid untuk

menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

C. OBJEKTIF

Objektif utama bagi Terapi Sosial Kembara KTMB adalah untuk

1. Mewujudkan integrasi yang berkesan dikalangan guru-guru dan murid-

murid Pendidikan Khas.

2. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan cabaran dan saingan

berhadapan persekitaran serta masyarakat luar.

3. Memperkenalkan keretapi sebagai salah satu pengangkutan awam yang

terdapat di Malaysia.

4. Memberikan pengalaman baru murid menaiki keretapi melalui pendekatan

pembelajaran secara pengalamian.

5. Meningkatkan disiplin diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan daya tahan

murid pendidikan khas.

6. Meningkatkan hubungan program pendidikan khas dan sekolah dengan

organisasi luar lain melalui jalinan kerjasama yang berkesan.

D. KUMPULAN SASARAN

Terapi sosial Kembara Bersama KTMB ini akan disertai oleh murid

Pendidikan Khas seramai 18 orang, guru seramai 5 orang dan seorang

Pembantu Pengurusan Murid. Berikut adalah butiran lanjut mengenai peserta.

Bil Peserta Bilangan Jumlah

Lelaki Perempuan

1 Guru Pendidikan Khas 1 3 4

2 Murid Pendidikan Khas 13 4 17

3 PPM - 2 2

JUMLAH KESELURUHAN 23 Orang

2

Page 3: Ets

E. BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 13 September 2015

Hari : Ahad

Destinasi : Ipoh

Aktiviti : Rujuk Jadual dibawah

MASA AKTIVITI

3.00 pm * Berkumpul di SK Teluk Wang * Taklimat ringkas dan semakan senarai penumpang

4.00 pm * Bertolak ke Stesen Keretapi Sg Petani, Kedah Semakan senarai penumpang.

4.56 pm * Bertolak ke Ipoh menaiki keretapi ETS (Silver)

7.00 pm * Sampai di stesen keretapi Ipoh, Perak

7.15 pm * Bertolak ke penginapan homestay ( Urus diri, makan, rehat)

Tarikh : 14 September 2015

Hari : Isnin

MASA AKTIVITI

6.00 am * urus diri, solat, sarapan

9.00 am * Bertolak ke Lost World Tambun ( terapi sosial + terapi Hidro )

5.00 pm * Bertolak ke tempat penginapan homestay (urus diri, makan, rehat)

3

Page 4: Ets

Tarikh : 15 September 2015

Hari : Selasa

MASA AKTIVITI

6.00 am * Urus diri, solat, sarapan

9.00 am * Bertolak ke Stesen Keretapi Ipoh, Perak Semakan senarai penumpang.

11.30 am * Bertolak ke Ipoh menaiki keretapi ETS (Silver)

1.57 pm * Sampai di stesen keretapi Sg Petani, Kedah

2.45 petang * Sampai ke sekolah dan bersurai

Nota : Jadual acara tertakluk pada perubahan.

F.JAWATANKUASA KERJA

Bagi melancarkan program, satu jawatankuasa telah dibentuk supaya program

ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah senarai jawatankuasa

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: Pn Hajah Hamidah bt YusufGuru Besar SK Teluk Wang

Naib Pengerusi 1: En Ahmad FakhruradziPenolong Kanan Pentadbiran SK Teluk Wang

Naib Pengerusi 2: Pn Azizah bt Abd Majid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Teluk Wang

Naib Pengerusi 3: Pn Nurhafizah bt Ajlan

4

Page 5: Ets

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Teluk Wang

Penyelaras: Pn Noorhateinei bt Khamaruddin

Setiausaha: Pn Yusnita bt Yatim

Bendahari: En Riduan b Md Daud

AJK: 1. Pn Zainatunaswad bt Amaduddin2. Pn Mazni Suhana bt Zulkifli 3. Pn Zaiharnani bt Azhar

JAWATANKUASA PELAKSANA

Ketua Lawatan Pn Noorhateinei bt Khamaruddin

Penyelaras Lawatan En Riduan b Md Daud

Pengurus PesertaPn Mazni Suhana bt Zulkifli

Disiplin dan Keselamatan Pn Yusnita bt Yatim

Makanan & Minuman

Pn Zaiharnani bt Azhar

Pengangkutan / Penginapan En Riduan b Md Daud

G. PENYATA KEWANGAN

5

Page 6: Ets

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Sarapan Pagi Murid ( 17 orang x RM4.00 x 2 hari ) Guru ( 6 orang x RM4.00 x 2 hari )

Tengahari Murid ( 17 orang x RM7.00 x 2 hari ) Guru ( 6 orang x RM7.00 x 2 hari )

Minum Petang

Murid ( 17 orang x RM4.00 x 2 hari ) Guru ( 6 orang x RM4.00 x 2 hari )

Makan Malam Murid ( 17 orang x RM7.00 x 2 hari ) Guru ( 6 orang x RM7.00 x 2 hari )

RM 136.00RM 48.00

RM 238.00RM 84.00

RM 136.00RM 48.00

RM 238.00RM 84.00

2 TiketTiket (Sg Petani - Ipoh) ETS sehala

Murid ( 17 orang x RM23.00 ) Guru ( 4 orang x RM 23.00 )

Tiket (Ipoh – Sg Petani ) ETS Sehala Murid (17 orang x RM23.00) Guru ( 4 orang x RM 23.00 )

Tiket Lost World of Tambun Murid (17 orang x RM40.00) Guru ( 4 orang x RM 40.00 )

RM 506.00

RM 92.00

RM 506.00RM 92.00

RM 680.00RM 160.00

3 Pengangkutan

Bas (dari sekolah ke stesen KTM Sg Petani)

- pergi dan balik

Bas (dari stesen KTM Ipoh ke tempat

penginapan dan Lost World of Tambun

- pergi dan balik

RM 300.00

RM 500.00

4 Runcit RM 152.00

JUMLAH RM 3848.00

Anggaran Pendapatan

6

Page 7: Ets

Bil Perkara Amaun Jumlah (RM)

12

PCG Murid Sumbangan ibubapa

murid Sumbangan guru

RM100 x 17orang

RM100 X 17 orang RM100 X 6 orang

RM 1700.00

RM 1700.00RM 600.00

JUMLAH RM 4000.00

H. PENUTUP

Diharapkan Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB ini dapat mencapai

objektif yang telah ditetapkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Akhirnya,

semoga program terapi ini dapat memberikan satu kenangan serta pengalaman

yang tidak ternilai harganya dalam diri setiap murid Pendidikan Khas SK Teluk

Wang, Sg Petani, Kedah.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

......................................... ........................................(YUSNITA BT YATIM) (NOORHATEINEI BT KHAMARUDDIN)Setiausaha, Penyelaras Program Terapi Sosial Bersama KTMB Pendidikan Khas SK Teluk Wang 2015

Disahkan Oleh,

........................................

(PN Hamidah bt Yusuf)Guru Besar,SK Teluk Wang,Sg Petani, Kedah.

7