etika profesional

52
6/9/22 1

Upload: noor-shaiera

Post on 14-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

PENAMPILAN DIRI

Mar-153DefinisiSatu bentuk, cara dan upacara yang diwujudkan secara kurang formal tetapi diterima dan diamalkan dalam masyarakat, dalam sesuatu profesion dan dalam hubungan rasmi.Satu sistem peraturan yang diwujudkan secara tidak formal yang mengawal cara bertindak dan kelakuan anggota dalam kehidupan sosial dan profesion.Mar-1548Etika TelefonElak mendengar perbualan orang lainCuba perkatakan maklumat penting dalam bentuk/ ayat yang ringkas terutama jika ada orang lain yang berkemungkinan menggunakannya selepas anda

Mar-1533Gerak KepalaPergerakan kepala yang dikatakan unggul ialah pergerakan yang menyamai pergerakan sebiji belon yang berisi udara kemudian diikat kepada kayu pemegang (belon yang dijual sebagai permainan kanak-kanak). Belon tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan dalam keadaan udara tenang.Mar-154

Etika sosial melibatkan tingkah laku yang baik, budi pekerti yang baik, imej sosial yang baik serta keyakinan diri dan gaya diri yang baik.

Mar-155Etika Di Pelbagai Situasi dan Tempat Budi bahasa dan adab sopan penting walau di mana kita berada. Kunci ketinggian etika sosial dalam kehidupan ialah apabila kita memikirkan orang lain atau disebut bertimbang rasa terhadap orang lain. Adalah sangat penting untuk kita mengamalkan etika sosial yang betul walau di mana kita berada. Mar-156Di rumahSentiasa mengambil berat dan menghormati orang yang tinggal bersama-sama andaCuba berdikari di samping cuba berkongsi tanggungjawab yang anda mampu semasa di rumahBelajar menjaga pakaian dan barang kepunyaan sendiri serta menghormati barang kepunyaan ahli keluarga lain di rumahMar-157di rumahCuba memahami keadaan Beri perhatian dan bantuan yang bersesuaian setelah memahami keadaan Sebarang pemberian, bantuan, kemudahan, khidmat dan sebagainya yang disediakan ahli keluarga hendaklah dihargai Rumah anda hak anda dan hak keluarga anda

Mar-158di rumahBilik tidur pastikan sentiasa kemas sama ada anda berseorangan atau berkongsi dengan adik-beradik lain Sikap meminjam Menonton televisyen

Mar-159Di KelasSentiasa hormati pensyarah, rakan dan stafTepati masaJika terlambat, sila minta maaf sebelum mengambil tempat Beri ucap selamat setiap kali bertembung dengan pensyarah

Mar-1510di kelasJika gagal menghadiri kelas sila kemukakan surat/bukti/sebab anda gagal hadir Beri perhatian kepada setiap yang diperkatakan pensyarah Minta kebenaran jika ingin keluar dari kelas atas sebab yang munasabah Sentiasa bersedia membantu pensyarah seperti menolong membukakan pintu, membawa barang dan sebagainya

Mar-1511Di Perpustakaan/Pusat SumberPatuhi semua peraturan yang ditetapkanBuku yang dipinjam perlu dijaga dengan baik dan dipulangkan setelah habis tempoh. Jika buku rosak atau lewat dipulangkan bersedia untuk membayar denda. Walau bagaimanapun, jangan biasakan diri didenda kerana itu mencerminkan sikap anda.Jangan berbual dan membuat bising

Mar-1512Di Tempat Awam RestoranAmalkan sikap sabar ketika menunggu makanan. Jangan merungut atau memperlihatkan aksi-aksi seperti mengetuk meja, mengetuk sudu dan garpu dan lain-lainJika bersama keluarga, bincang dengan ibu bapa tentang makanan yang ingin ditempah.Jangan bercakap terlalu kuat

Mar-1513di tempat awam

Bertimbang rasa terhadap keselesaan orang lain yang berada di restoran Jangan membuat sebarang komen dengan suara yang kuat. Seeloknya simpan dahulu komen anda RestoranMar-1514HospitalSebelum melawat pastikan anda datang pada waktu yang dibenarkan. Pastikan juga anda tahu wad pesakit ditempatkan.Jika ingin bertanya, pastikan anda tidak bertanyakan kakitangan yang terlibat dalam kes kecemasan atau sedang mengendalikan kes pesakit yang tenat.

Mar-1515hospitalDekati katil pesakit dengan lembut dan perlahan agar pesakit tidak terperanjat. Pesakit mungkin sedang tidur, tidak boleh bergerak banyak atau sedang menerima rawatan. Lebih baik jika anda pastikan dahulu pesakit memang bersedia untuk dilawati

Mar-1516HospitalTunjukkan muka manis dan menggembirakan. Jangan membuat komen atau bercerita perkara-perkara yang boleh menghilangkan keyakinan pesakit.Beri peluang pesakit bercerita tentang penyakit yang dihidapinya sekiranya pesakit bersedia berbuat demikian

Mar-1517

HospitalJangan bercakap atau ketawa terlalu kuat.Pastikan kehadiran anda tidak mengganggu pesakit lain yang berkongsi bilik/wad dengan pesakit yang anda lawati.Elakkan terlalu lama berbual atau melawat kerana ini boleh menyebabkan pesakit keletihan

Mar-1518Di Dalam Kenderaan Awam Bertimbang rasa terhadap penumpang lain seperti orang tua, kanak-kanak, wanita mengandung dan penumpang kurang upaya

Tawarkan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan jika tempat duduk penuh Sentiasa bersedia untuk memberi laluan kepada penumpang yang naik dan turun Mar-1519di dalam kenderaan awam

Kenderaan awam hak semua; jangan rosakkan sebarang alat/kemudahan dalam kenderaan awam!!!Mar-1520

Di Masjid/Rumah Ibadat Pastikan anda berpakaian bersih dan bersesuaian Datang lebih awal atau pada masa yang ditetapkan Masuk dengan cepat dan cermat untuk mengambil tempat dudukJika datang awal penuhkan bahagian hadapan dahulu

Mar-1521Di Masjid/Rumah IbadatTumpukan perhatian pada upacara/aktiviti yang sedang berlangsung Patuhi arahan ketua upacara dari awal hingga akhir Jangan bising/bercakap perkara yang tidak perlu Jangan berebut-rebut keluar setelah selesai upacara

Mar-1522Dalam MajlisLemparkan senyuman kepada semua tetamu yang ditemui Jumpa tuan rumah majlis untuk menunjukkan kehadiran kita dan memberi penghormatan Cuba cari kenalan yang boleh diajak berbual Mulakan perbualan dengan tetamu yang paling hampir

Mar-1523dalam majlisBertanya khabar dan bersalaman mengikut kesesuaian

Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menanyakan tentang orang lain

Tentukan perlakuan anda tidak terburu-buru dan bercakaplah dengan suara yang sederhana

Akui sekiranya anda terlupa nama orang yang diperkenalkan dan tanyakan sekali lagi. Elak lakukannya untuk kali ketiga

[email protected] Berkesan Dalam Perbualan Sosial

Mar-1525Isyarat BadanTemuan MataMata bukan sahaja boleh melihat, malah boleh tersenyum dan berkata-kata. Ini kerana selepas perkataan, mata adalah salah satu saluran komunikasi yang paling berkuasa. Kuasa mata paling kuat dirasakan apabila terjadinya temuan mata antara dua penutur

Mar-1526

Dari kerana mata...

Mar-1527

Temuan MataJika orang yang dilawan bercakap mula memerhati pada barang-barang dalam bilik atau pada barang-barang perhiasan, bersedialah untuk mengubah strategi perbualanTemuan mata agak kurang kepada orang yang baru saling mengenalTerlalu banyak temuan mata dalam perbualan dianggap tidak sesuai, kurang hormat dan mempunyai sikap mengancam dan bertujuan menghinaTerlalu sedikit temuan mata pula ditakrif sebagai tidak memberi perhatian, tidak sopan, mempunyai rasa tidak selesa serta menunjukkan sikap tidak jujur atau pemalu

Mar-1528Temuan MataMengelak daripada berlaku temuan mata biasanya mencerminkan sikap penerimaan dan akurSeseorang akan melihat ke arah seseorang yang lain lebih lama apabila jarak mereka jauh daripada orang yang diperhatimereka berbincang tajuk yang mudah dan biasaindividu tersebut cuba mempengaruhi orang lainIndividu tersebut bersikap suka menentang dan pihak yang dilawan bercakap tidak memberikan tindak balas yang sesuai

Mar-1529

Temuan MataSeseorang akan melihat sedikit kepada orang lain apabila:-individu berkenaan tidak berminat pada reaksi orang lainindividu berkenaan berada pada status yang tinggibeliau jenis pendiamtidak suka pada orang lainperkara yang dibincangkan adalah serius

Mar-1530Ekspresi WajahAir muka keruh gambaran susah hati dan perasaan tidak gembira, fikiran yang berserabut, hati tidak tenteram, mengalami tekanan atau gangguan sekeliling. Air muka keruh dapat juga ditafsirkan sebagai menahan hasad dengki dan iri hati apabila melihat orang lain lebih senang atau berjaya.

Mar-1532Ekspresi WajahAir muka kering - ditakrifkan sebagai air muka yang tiada belas kasihan dan sukar untuk membuat kebaikan. Ia juga memberi gambaran niat jahat. Daripada sinar matanya menggambarkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya. Orang sebegini kurang senang didampingi.

Mar-1534Gerak KepalaPergerakan kepala yang terlalu pantas sama ada untuk melihat ke kiri dan ke kanan semasa berbual atau berbicara akan menampakkan ketidaktenangan fikiran, atau individu tersebut belum matang dari segi emosi dan memiliki peribadi keanak-anakan.

Mar-1535Gerak KepalaJika mahu menganggukkan kepala untuk menyetujui sesuatu pendapat, jangan terlalu pantas anggukannya dan tidak lebih dari dua kali anggukan yang perlahan sahaja. Jika menundukkan kepala pula hendaklah kurang daripada 30 darjah di antara dagu dan leher. Jika terlebih tunduk akan menggambarkan anda mempunyai perasaan rendah diri dan terlalu menurut perintah.

Mar-1536Adab dan Tertib Tidak semua orang dilahirkan dengan wajah yang cantik, tampan bergaya dan memiliki bentuk tubuh yang menarik lagi anggun. Walau bagaimanapun, rupa paras atau kurniaan fizikal yang kurang sempurna itu dapat diperindah dengan mengamalkan adab dan tertib yang baik. Mar-1537Adab dan TertibPersonaliti dan imej diri yang baik dapat membantu seseorang kelihatan segak dan mempesona walaupun individu berkenaan tidak memiliki wajah yang kacak atau jelita. Seseorang yang berpesonaliti dapat menarik perhatian umum dan selalunya berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi. Dalam temuduga untuk sesuatu jawatan misalnya, personaliti memainkan peranan yang amat penting untuk terpilih atau sebaliknya

Mar-1538Adab dan TertibUntuk mempunyai dan memiliki personaliti yang unggul, setiap individu perlulah mengamalkan adab dan tertib yang meliputi cara bergaul, berkelakuan sopan, cara berjalan, berdiri dan duduk yang sopan dan tertib seperti orang yang berperibadi tinggi serta bijak menghias diri.

Mar-1539Panggilan, Sapaan dan SalamAmalan-amalanAmalkan mengucapkan salam atau selamat sejahtera apabila bertemu orang lainJika ada orang memberi salam dan ucap selamat kepada anda, balaslah ucapan dengan lebih hormat lagi. Ini menggambarkan anda amat berbesar hati

Mar-1540Panggilan, Sapaan dan SalamUcapkan salam dahulu sebelum mula berbualYang muda lebih wajar memberi salam kepada yang tuaYang berjalan wajar memberi salam kepada yang dudukKumpulan kecil wajar memberi salam kepada kumpulan yang lebih besarMar-1541Panggilan, sapaan dan salamJika diperkenalkan, elakkan membelakangi orang yang diperkenalkan atau tunduk semasa dilawan bercakap Pilih perkataan yang sesuai dengan umur dan kedudukan. Hai boleh diterima di kalangan rakan sebaya tetapi tidak jika berbeza umurLebih sopan jika yang muda diperkenalkan kepada yang tua terlebih dahuluKedudukan tua muda boleh dilihat dari segi umur, pangkat atau kedudukan. Misalnya, murid diperkenalkan kepada guru atau pekerja diperkenalkan kepada ketua jabatan

Mar-1542Etika TelefonTelefon menjadi alat komunikasi yang penting. Pelbagai urusan peribadi, kemasyarakatan, rasmi dan sebagainya memerlukan telefon sebagai perantara. Ini adalah kerana sifat alat komunikasi ini yang boleh menyegerakan urusan.

Mar-1543Etika TelefonBerikut adalah panduan menggunakan telefon yang sewajarnya diamalkan:-Apabila telefon berbunyi segera angkat gagang tetapi bukan tergesa-gesa atau berebut-rebutPegang gagang dengan baik dan selesaJawab dengan suara jelas dan lembut

Mar-1544Etika TelefonJika membuat panggilan, perkenalkan diri semasa memulakan perbualanBeri peluang kepada yang lebih dewasa menjawab panggilan sekiranya mereka tidak uzur atau sibuk Pastikan orang yang dilawan bercakap adalah orang yang anda panggil dengan cara menanya terlebih dahulu jika anda tidak dapat mengecam suaranya

Mar-1545Etika TelefonContoh:Fahim : Assalamualaikum. Ini rumah Farah?Ibu Farah : Alaikumussalam. Ya, ini rumah Farah.Fahim : Saya Fahim. Maaf kalau mengganggu. Barangkali makcik ibu Farah. Boleh saya bercakap dengan Farah?Ibu Farah : Ya, makcik ibu Farah. Sebentar ya!

Mar-1546Etika TelefonJawab telefon dengan segera jika diminta berbuat demikianCatat semua pesanan dengan jelas dan serahkan kepada yang berkenaan secepat mungkin

Mar-1547Etika TelefonSenyap apabila berada berhampiran orang yang sedang berbual di telefonGunakan telefon untuk menyatakan hal penting sahajaJangan menelefon ketika keadaan sedang sibukTidak perlu membuat panggilan ke rumah rakan berjiran dengan anda jika tiada perkara penting

Mar-1549Etika TelefonJangan letak gagang dengan kasarElakkan mendengar perbualan orang lainElakkan ketidaksopanan semasa menelefon

Mar-1550Etika TelefonAinis:Hello! Salihin ada?Ibu:Salihin tak ada.Ainis:Bila dia balik?Ibu:Tak tahulahAinis:O.K.lah.Ibu:Siapa cakap ni?Ainis:Oh, oh tak apalah.

Mar-1551RumusanTujuan mematuhi etika sosial adalah untuk membentuk dan mengawal tingkah laku dan sopan santun untuk berinteraksi antara individu dengan individu yang lain dalam masyarakat. Amalan etika sosial yang betul akan dapat mengeratkan hubungan di samping menaikkan imej sosial seseorang

Mar-1552

Diribut runduklah padi,Dicupak Datuk Temenggung;Hidup kalau tidak berbudi,Duduk tegak berdiri canggung SEKIAN