etika kepimpinan

23
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER / 2014 OUMM3203 ETIKA PROFESSIONAL NO. MATRIKULASI : 810327145231001 NO. KAD PENGNEALAN : 810327145231 NO. TELEFON : 018-2456739 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

Upload: mazlan-mohamed-daud

Post on 19-Nov-2015

143 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Isu-isu mengenai etika dan kepimpinan dan cabaran sesebuah organisasi

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAANSEMESTER SEPTEMBER / 2014OUMM3203ETIKA PROFESSIONALNO. MATRIKULASI

: 810327145231001NO. KAD PENGNEALAN: 810327145231NO. TELEFON

: 018-2456739E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: PETALING JAYAIndeks

1.0 Pendahuluan

2.0 Masalah-masalah Etika Dalam Sistem Pendidikan

3.0 Isu Kepimpinan Dalam Organisasi

4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Etika Kepimpinan

4.1 Penyelesaian Masalah Kepimpinan

a) Mengutamakan Pelanggan

b) Memperkukuh semangat Berpasukan

c) Mengadakan Pengukuran Prestasi

d) Menekankan Kapasiti Kualiti

5.0 Pemeriksaan Kualiti

a) Perancangan Output

b) Latihan Kepada Kakitangan

6.0 Kesimpulan

1.0 Pendahuluan

Etika adalah satu konsep yang menjelaskan tentang penilaian terhadap satu perlakuan atau tindakan sama ada positif atau negatif. Etika ditempat kerja perlu diberi penekanan sejajar dengan usaha organisasi dalam mencapai kualiti kerja yang bermutu. Namun apabila etika kerja tidak diamalkan atau dipraktikkan dengan cara yang tidak betul, maka hasilnya akan dipandang negatif. Banyak salah laku etika yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi, Sama ada yang serius atau kesalahan yang dianggap kecil. Antara isu etika yang semakin menjadi perhatian adalah etika kepimpinan di dalam organisasi.

Kecemerlangan sesebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Namun ramai penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan pengurusan organisasi. Fiedler (1967) pula menyatakan, kepimpinan yang berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Manakala Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kecekapan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi. Berdasarkan pendapat ini, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor awam dan juga swast, baik dinegara maju atau Negara yang sedang membangun. Isu kepimpinan menjadi suatu yang kompleks kerana persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin dalam setiap organisasi. Pada tugasan kali ini, saya cuba untuk mengupas dan menganalisis mengenai isu dan masalah etika yang berlaku dalam sektor pendidikan awam khususnya.

Kepimpinan yang cemerlang merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Begitu juga dalam bidang pendidikan Perlu diingatkan bahawa, kepimpinan dalam lapangan pendidikan adalah suatu yang unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan pengurusan pelbagai peringkat umur dan taraf pendidikan. David M. Traversi (2007) menyatakan faktor kepimpinanlah yang akan membezakan kejayaan antara sesebuah organisasi. Visi dan misi merupakan objektif penting yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi.

Setiap matlamat yang hendak dicapai biasanya akan melalui pelbagai bentuk cabaran. Begitu juga dengan kepimpinan dalam bidang pendidikan yang tidak lari daripada kenyataan ini. Pelbagai isu dan masalah etika telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Maka dengan itu, setiap pemimpin dari organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan kakitangan bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul.

2.0 Masalah Masalah Etika Dalam Sistem Pendidikan

Antara isu-isu yang sering berlaku dalam pengurusan sistem pendidikan di sekolah-sekolah ialah:

a) Keselamatan

Soal keselamatan disekolah semakin meruncing akhir-akhir ini apabila meningkatnya kes-kes serta kejadian yang tidak diingini ke atas pelajar seperti kes culik, rogol, ragut, pelajar jatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya. Malah terdapat juga guru yang diugut oleh ibu bapa pelajar kerana tidak berpuas hati dengan layanan kepada anak mereka. Isu-isu ini merupakan antara cabaran utama kepada pemimpin sekolah dalam menjalankan tanggungjawab mendidik generasi muda disamping mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

b) Penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan.

Isu penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan merupakan antara isu yang telah berlaku sekian lama. Kejadian seperti keruntuhan makmal komputer, keretakan bangunan sekolah, keruntuhan atap bilik darjah dan pelbagai lagi jelas menunjukkan bahawa berlakunya penyelewengan dalam sistem pembangunan infrastruktur. Permasalahan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan nyawa pelajar serta guru. Malah pemimpin sekolah perlu mengorbankan masa yang lebih banyak dalam proses membaiki dan membina semula kerosakan yang berlaku.

c) Etika dan Disiplin Guru

Selain murid, wujud juga soal etika dan masalah displin dikalangan warga pendidik. Masalah keluarga, kewangan, keretakkan rumah tangga, memikul beban dan tekanan kerja mendorong kepada tercetusnya masalah ini. Kesan dari tekanan emosi yang berlaku dirumah dan terbeban dengan persekitaran kerja akan mengganggu prestasi serta tanggungjawab guru tersebut. Selain itu terdapat juga segelintir dikalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab secara berdedikasi. Ini terjadi apabila seseorang guru mempunyai kepentingan lain di luar bidang tugas, seperti berniaga atau membuat kerja sambilan yang secara tidak langsung akan menggangu fokus mereka dalam bidang pendidikan.

3.0 Isu Kepimpinan Dalam Organisasi

Pemimpin juga boleh menjadi penyumbang masalah kepada sesebuah organisasi. Barisan pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kecuaian. Sebuah organisasi yang berjaya tidak hanya berbekalkan bakat kepimpinan seorang pemimpin, malah ianya adalah gabungan ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang sentiasa dikembangkan. Pemimpin dan organisasi hendaklah memiliki pengetahuan dan ilmu yang tinggi bagi membolehkannya mencapai matlamat yang dirancang. Penjanaan idea yang kreatif dalam pentadbiran mampu mengolah sebuah pentadbiran dengan baik. Namun apabila sesetengah pemimpin tidak mahu berubah, masih di tahap yang lama, ia tidak berupaya menarik minat pekerja dan tidak mampu bersaing merebut pelanggan. Pendekatan gaya kepemimpinan yang kreatif dan efisien merupakan pendekatan yang sentiasa diperlukan oleh kakitangan bawahan. Pendekatan yang kreatif daripada pemimpin kepada kakitangan bawahannya adalah dengan cara memberi komitmen personel iaitu melalui mendengar pandangan dan pendapatnya, bijak menilai sumbangan pekerja, menjadikan diri sebagai contoh keterbukaan, imaginatif kepada yang lain dan berjiwa besar untuk organisasi dan bukannya kepentingan diri.

Terdapat juga segelintir pemimpin yang bersikap mementingkan diri sendiri. Situasi sebegini sering berlaku dikalangan pemimpin tahap rendah. Hal ini akan menimbulkan masalah yang serius kepada organisasi dan menjejaskan kepimpinan dalam organisasi. Pemimpin yang mencari kemenangan secara peribadi dan lebih mementingkan kaum kerabat sehingga boleh menolak semangat ukhuwah antara pekerja, kerjasama sesama pengikut, dan merencatkan pengembangan dalam sesebuah organisasi. Kesan yang lebih meruncing lagi ialah pekerja menolak penerimaan kepimpinan dalam organisasi, mempunyai sikap yang prejudis dan negatif terhadap segala tindakan atau keputusan seseorang pemimpin, menidakkan nasihat dan idea pemimpin, dan seterusnya menggagalkan budaya motivasi dalam organisasi.

Mutakhir ini, banyak berlaku krisis kepemimpinan dalam organisasi. Masalah kepemimpinan ini boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu antara sesama pemimpin dan juga antara pemimpin dengan kakitangan bawahan. Antara isu kepimpinan yang lain termasuk pemimpin tidak mempunyai kecekapan dalam mentadbir sesebuah organisasi. Kecekapan atau kebolehan merupakan kualiti atau keistimewaan yang wujud dalam ciri seorang pemimpin dan berupaya menarik penerimaan kakitangan yang banyak serta memberi inspirasi dan menggalakkan kecenderungan pekerja untuk meneladaninya. Maksud kepada karisma boleh berubah mengikut corak komunikasi antara dua pihak iaitu pemimpin dan pekerja. Yang mana, komunikasi tanpa lisan mampu mempamerkan imej seorang pemimpin yang berkarisma seperti cara berpakaian dan penampilan yang boleh meletakkan seorang pemimpin ke arah kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma dan hebat.

4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Etika Kepimpinan

Pemimpin perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap matlamat yang ingin dicapai. Nilai yang disalurkan ke peringkat bawahan organisasi perlu diberikan oleh pemimpin dengan penuh komitmen atau apa sahaja tindakan yang boleh menghasilkan output yang cemerlang. Pemimpin perlu bertindak sebagai role model dengan cara meletakkan piawaian integriti yang tinggi supaya dirinya menjadi role model kepada semua kakitangan bawahan di dalam organisasi itu. Pemimpin perlu bersikap terbuka kepada kritikan samada menerima segala kegagalan dan juga cadangan dari kakitangan yang lain kerana pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang menerima segala kritikan dengan sikap terbuka. Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lain kerana sedar dirinya juga adalah manusia biasa. Adlah perlu bagi seorang pemimpin menghargai tugas-tugas cemerlang yang telah dilaksanakan oleh kakitangannya. Ini penting kerana ianya bukan sekadar menghargai kakitanggannya malah ianya memberi daya motivasi peransang kepada mereka untuk terus bekerja bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat organisasi. Pemimpin perlu mengelakkan jalan pintas, membangunkan sesebuah organisasi dengan baik memerlukan usaha yang keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh.

4.1 Penyelesaian Masalah Kepimpinan

a) Mengutamakan Pelanggan

Kualiti merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Ciri-ciri yang berkualiti ialah keluaran yang dapat memuaskan hati pelanggan. Maka itu adalah objektifnya. Kerana itu setiap organisasi dikehendaki mengutamakan pelanggan masing-masing di dalam segala aspek dan tindakan. Untuk membolehkan sesebuah organisasi mengeluarkan output yang berkualiti, ianya perlulah terlebih dahulu perlu mengetahui kehendak setiap pelanggan. Maklumat yang diperolehi kemudiannya dijadikan asas untuk menentukan ciri-ciri yang seharusnya ada pada output berkenaan. Antaranya ialah

i. Kenalpasti pelanggan .

ii. Kenalpasti kehendak pelanggan.

iii. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output.

iv. Wujudkan proses penghasilan output.

v. Melaksanakan proses.

Bagi melaksanakan langkah-langkah seperti diatas, sistem pengukuran prestasi kualiti hendaklah diwujudkan pada setiap peringkat dengan bertujuan untuk mengukur kesempurnaan langkah-langkah yang ingin dijalankan itu. Sekiranya terdapat kecacatan yang dikenalpasti pada output yang telah diusahakan, maka perlua ada tindakan yang membetulkan ketidaksempurnaan itu.

b) Memperkukuh Semangat Berpasukan

Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang dapat menyatupadukan kesemua staf dan kakitangan organisasi dalam mencapai matlamat yang berkualiti. Semangat ini perlu dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh organisasi. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat kompleks, yang melibatkan pelbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan seorang individu. Dalam keadaan yang sedemikian setiap pihak dalam organisasi perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam organisasi tersebut dapat digembleng sepenuhnya. Pelbagai kepakaran, pengetahuan dan nilai kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan sebuah penyelesaian yang berkesan seperti:

i. Tindakan secara berpasukan akan membantu mempertingkatkan moral pekerja dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang masalah

ii. Segala masalah yang dikongsi bersama oleh pelbagi fungsi dan jabatan boleh diselesaikan dengan lebih efektif.

iii. Cadangan yang dibuat secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat secara individu.

c) Mengadakan Pengukuran Prestasi

Proses untuk meningkatkan kualiti dalam organisasi akan dapat berjalan dengan lancar dan berterusan dengan adanya sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Ini adalah kerana apabila diperkenalkan sesuatu penambahbaikan, unit organisasi perlu mengetahui keberkesanannya terhadap tahap kualiti output serta maklumbalasnya Bagi menjayakan sistem ini, setiap organisasi hendaklah merangka sistem pengukuran yang sesuai supaya prestasi pekerja dapat diukur dengan sistematik dan mendapat hasil yang sempurna secara keseluruhannya. Pengukuran yang dilakukan akan menyalurkan data dan maklumat yang penting kepada pihak pengurusan tentang keadaan prestasi semasa sesuatu proses kerja yang dijalankan. Data ini boleh digunakan untuk tujuan:

i. Menilai prestasi semasa sesuatu proses kerja.

ii. Mengesan perbezaan di antara prestasi semasa proses kerja dengan matlamat atau standard kualiti yang ditetapkan

iii. Mengenalpasti peringkat-peringkat proses kerja yang mempunyai masalah kualiti.

iv. Merancang tindakan-tindakan penambahbaikan yang sesuai.

v. Mewujudkan sistem pengukuran yanga berkesan bagi keluaran atau perkhidmatan mereka.

vi. Menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal.

vii. Menentukan matlamat atau standard kualiti yang dikehendaki

viii. Menyediakan saluran maklumbalas.

ix. Mewujudkan makanisme pengumpulan data

d) Menekan Kapisiti Kualiti

Adalah menjadi tanggungjawab pengurusan organisasi untuk memastikan pelanggan-pelanggan mereka sentiasa berpuas hati dengan keluaran atau perkhidmatan yang disediakan disamping mengekalkan rasa keyakinan penuh bahawa mereka akan mendapat perkhidmatan yang berkualit setiap kali membuat urusan. Matlamat ini boleh dicapai dan diperolehi oleh jabatan melalui pengamalan kepastian. Kepastian kualiti memberi penekanan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam manhasilkan sesuatu output, melalui tindakan-tindakan yang dirancang dengan sistematik. Dengan itu barulah dapat dipastikan bahawa output yang dikeluarkan tidak mempunyai sebarang kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free). Hasil seperti inilah yang akan membawa kepada kepuasan pelanggan dan meyakinkan mereka kepada jabatan yang mereka berurusan.

Bagi mencapai matlamat yang dikehendaki seperti kapasiti kualiti ini, jabatan-jabatan bolehlah mengambil tindakan-tindakan yang berikut:

i. Menjalankan Pemeriksaan Kualiti (Pemeriksaan Q).

ii. Melaksanakan Perancangan Output.

iii. Membuat Latihan Kakitangan.

5.0 PEMERIKSAAN KUALITI

Tujuan utama dijalankan pemeriksaan kualiti adalah untuk mengenalpasti masalah kualiti berdasarkan standard yan telah ditetapkan oleh jabatan sebelum ini. Setiap proes yang terlibat perlu dianalisis untuk mencari punca dan sebab musabab dan seterusnya menentuan tindakan yang perlu diambil bagi tujuan penambahbaikkan yang diperlukan. Pemeriksaan bersifat menyeluruh dan bermula sejak awal proses dijalankan iaitu bermula dari pemeriksaan awal, proses kerja dan hasil yang diperolehi pada akhir proses. Pada peringkat awal, pemeriksaan dilakukan supaya bahan, sistem, proses, serta makmal dan data yang digunakan adalah berkualiti supaya tidak timbul masalah sewaktu proses gerak kerja seterusnya menjejaskan kualiti pada output akhir. Seterusnya pemeriksaan pada setiap peringkat proses pula dijalankan agar output dapat berjalan dengan lancar dan diharap dapat menepati standard yang diinginkan oleh jabatan dan pelanggan. Pemeriksaan kualiti pada peringkat ini akan menjadi lebih mudah sekiranya pekerja dan staf yang menguruskan proses itu sendiri yang akan memantau dan memeriksa agar dapat mengambil tindakan dengan kadar yang segera apabila berlaku percangahan standard. Pemeriksaan peringkat akhir atau final inspection merupakan peringkat pemeriksaan yang dianggap paling kritikal. Pada peringkat ini pemeriksaan adalah sangat penting sebelun ianya sampai ke tangan pelanggan. Sesebuah jabatan atau organisasi wajib memastikan output yang dikeluarkan akan menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan. Melalui pemeriksaan dan dengan memastikan ciri-ciri yang tepat dapat mengelakkan jabatan menanggung kos dan aduan dari pelanggan.

a) Perancangan Output

Perancangan output adalah kaedah bagi memastikan output yang dikeluarkan oleh jabatan atau organisasi adalah ditahap yang berkualiti. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi sesebuah jabatan atau organisasi untuk mempunyai perancangan output yang teliti dan bersistematik. Memunyai perancangan yang teliti dan bersistematik akan memudahkan jabatan dan bahagian dalam organisasi berurusan dengan pelanggan. Antara perancangan yang boleh diaplikasi dan dilaksanakan adalah perancangan bermotifkan pencegahan dalam mengelakkan jabatan dan organisasi tidak akan dibelenggu dengan pelbagai masalah kos-kos kualiti yang tidak diperlukan dalam organisasi. Terdapat dua peringkat perancangan dalam pencengahan output iaitu:i. Rekabentuk produk - yang bertujuan memastikan setiap produk mengikut kehendak pelanggan dan menepati ciri-ciri yang tepat dan betul pada produk.

ii. Rekabentuk Proses - bertujuan bagi menentukan proses yang akan dijalankan mampu menghasilkan keluaran yang berkualiti seperti yang diinginkan oleh pelanggan. Proses yang perlu disempurnakan akan ditentukan mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan. Proses dokumentasi dalam bentuk manual dan proses dan carta aliran adalah amat penting bagi merekodkan segala peringkat dalam proses, sistem dan peraturan yang terlibat dan dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai bahan rujukan.b) Latihan Kepada Kakitangan

Kakitangan dan pekerja bawahan yang lain memerlukan latihan dalam usaha untuk mencapai pengurusan kualiti menyeluruh. Latihan perlu diadakan sebagai platform untuk kakitangan memahami dengan lebih jelas dan memahami matlamat dan falsafah serta tanggungjawab kerja yang perlu dijalankan sejajar dengan hasrat yang diinginkan jabatan dan organisasi. Selain daripada itu, kakitangan perlu melaksanakan penilaian kendiri terhadap proses-proses kerja yang dijalankan agar menepati standard kualiti kerja. Melalui proses latihan juga dapat membantu memperkayakan kesedaran dan komitmen pekerja untuk mencapai tahap kualiti yang didambakan.

5.0 Kesimpulan

Kepimpinan beretika merupakan tonggak kepada integriti. Pemimpin yang mementingkan kepimpinan beretika akan sentiasa menampilkan aura dan gaya kepimpinan yang positif bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada semua rakan sejawat yang lain. Etika kepimpinan yang baik dan yang lahir dalam diri pemimpin dianggap pemimpin yang amanah, jujur, sifat kebolehpercayaan yang tinggi dan menjadi contoh serta ikon yang berwibawa kepada anggota organisasi yang lain. Sekiranya tindakan yang ditonjolkan oleh pemimpin tidak sejajar dengan ikrar serta janji yang lafazkan, maka tidak akan lahir budaya yang baik dalam sistem organisasi tersebut. Kualiti produktiviti sesebuah organisasi dicerminkan oleh budaya kerja yang berhemah dan beretika selaras dengan matlamat yang ditetapkan. Nilai tambah sesebuah organisasi akan menampakkan perkembangan positif sekiranya organisasi mempraktikkan sifat integriti dan etika kerja yang baik dan perhatian seharusnya diberi kepada sebarang tindakan yang tidak beretika sebelum ianya merosakkan sistem tadbir organisasi.

Kepemimpinan seringkali dikaitkan dengan proses seseorang yang mempengaruhi orang lain supaya kakitangan yang lain dapat melaksanakan tugas-tugas organisasi agar matlamat organisasi tercapai. Dalam erti kata lain kepemimpinan perlu dijadikan sebagai contoh dalam proses seorang nakhoda kapal di laut dalam menguruskan dan mengarah anak kapalnya agar kapal yang dinaiki itu tidak tenggelam dan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat walaupun pada satu ketika terpaksa mengharungi cabaran lautan yang bergelora. Hal ini hanya akan berlaku sekiranya nakhoda kapal tersebut mampu memastikan anak kapalnya mendengar setiap arahan serta menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja sebagai satu pasukan.

Selain itu, Ishak Bin Sin (2002) berpendapat, kepimpinan ini juga bererti seorang itu perlulah sanggup menanggung sebarang risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi ketua dalam misi yang berbahaya dan sama-sama merasai kepayahan yang dialami orang-orang bawahan. Tindakan seperti ini akan membantu meningkatkan semangat orang bawahan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekap, bukan sahaja untuk organisasi, tetapi juga sebagai petunjuk bahawa mereka menyenangi ketua mereka. Perbincangan dua hala merupakan salah satu cara untuk menjana pemikiran orang bawahnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang selalu timbul serta berkeupayaan untuk meyakinkan orang bawahan tentang betapa perlunya orang-orang bawahan bekerja secara berpasukan dan bukan secara individu untuk mencapai matlamat yang diingini organisasi. Malah, pemimpin organisasi juga perlu sering berusaha untuk meningkatkan tahap keperluan dan kebolehanupayaan orang bawahnya supaya lebih memiliki rasa bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan sebarang tugas organisasi ke peringkat yang maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

(2699 Patah Perkataan)

Rujukan

Azamri Husin (2007), Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Retrieved September 1, 2008 dari

http://ppdmanjung.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=50&sd=de77d8b24afe9504be9ee9e9c667df84.

Fikrah Imayu (2008), Guru Perlu Ada Peguam. Retrieved September 12, 2008 dari

http://smktpg.kualalangat.net/index.php?option=com_fireboard&Itemid=169&func=view&id=3&catid=2.

Maimunah Binti Muda (2004), Kepimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9 Disember 2004

Md Nordin Bin Haji Ismail (2008), Isu Dan Cabaran Dalam Memperkasakan Sekolah. Ucapan Hari Guru, Sk Sri Setia Jaya, Kota Tinggi, Johor

Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid (2006), Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan

Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Jilid

31, (53-69). Sajoli MD (2007), Pemimpin Dan Kerja Sepasukan. Retrieved October 6, 2008 dari http://www.freewebs.com/sajoli2007/rencanaakademik.htm.

Sapora Sipon (2006), Pengurusan stres Kerja Guru Melalui Keberkesanan kaunseling

Kelompok. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan pendidikan Jilid 16 Bil. 02, (13-28).

Umsha (2007), Perubahan Sikap Cara Tangani Tekanan Emosi. Retrieved September 10, 2008

dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2566.0.

Peranan Dan Implikasi Komunikasi Dalam Kepimpinan Organisasi, October 20, 2014 dari http://radzihamid.blogspot.com/2012_05_01_archive.html PAGE 1

_1253083327.bin