enjin 4 lejang

12
SHT 2123 ASAS ELEKTROMEKANIKAL DAN ENJIN TAJUK: PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG NAMA KUMPULAN: SITI AISAH BINTI HAJI MUDA D20081032608 SITI NURUL IHSAN BINTI CHE LAH D20081032621 ISNIN 8.00PM-10.00PM

Upload: sham-malek

Post on 26-Jul-2015

68 views

Category:

Design


7 download

TRANSCRIPT

SHT 2123 ASAS ELEKTROMEKANIKAL DAN ENJIN

TAJUK:PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG

NAMA KUMPULAN:SITI AISAH BINTI HAJI MUDA

D20081032608SITI NURUL IHSAN BINTI CHE LAH

D20081032621

ISNIN 8.00PM-10.00PM

ENJIN 4 LEJANG• jenis enjin pembakaran dalaman yang biasa

digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.

KITAR OTTO• Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin

kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B.Davicson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alponse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.

• Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik , penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:

PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG

• LEJANG MASUK• LEJANG MAMPATAN• LEJANG KUASA• LEJANG EKZOS

LEJANG MASUK

1. Injap masuk terbuka.

2. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.

LEJANG MAMPATAN

1. Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup.

2. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel).

3. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.

LEJANG KUASA

1. Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel).

2. Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin

LEJANG EKZOS

1. Injap ekzos terbuka.

2. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

OPERASI ENJIN 4 LEJANG PETROL

PERBEZAAN ANTARA ENJIN PETROL DAN DIESEL

Enjin Petrol

i. Nisbah mampatan rendah (5:1)ii. Mampatan menaik suhu

campuran udara-bahan api melalui kadar yang kecil.

iii. Campuran udara-bahan api telah sedia bercampur sebelum memasuki silinder.

iv. Campuran udara-bahan api dinyalakan oleh bunga api.

v. Injap digunakan untuk memasukkan campuran udara-bahan api.

vi. Sistem penyalaan diperlukanvii. Karburetor digunakan untuk

menghasilkan campuran udara-bahan api.

viii. Enjin petrol lebih bersih dan senyap

ix. Tidak sesuai membawa muatan berat.

x. Mudah menjaga keadaan enjin petrol.

Enjin Diesel

i. Nisbah mampatan tinggi (20:1)ii. Haba mampatan memanaskan

campuran bahan api kepada suhu yang tinggi, kira-kira 1000 F

iii. Bahan api diesel disemburkan berasingan ke dalam silinder yang mengandungi udara yang telah dimampatkan.

iv. Campuran bahan api yang dinyalakan oleh haba mampatan yang terlalu tinggi.

v. Satu ‘injector nozzle’ digunakan untuk memasukkan diesel ke dalam rongga pembakaran.

vi. Pam penimbang masa digunakan ( tiada sistem penyalaan)

vii. Tidak memerlukan karburetor.viii.Enjin diesel kotor dan bising.ix. Sesuai untuk membawa muatan

berat bagi jarak atau perjalanan jauh.

x. Susah menjaga keadaan enjin diesel.

CIRI-CIRI ENJIN• Enjin 4 lejang tahan lebih lama dari 2 lejang

♣ Kekurangan sistem pelinciran yang sempurna pada enjin 2 lejang menyebabkan proses penghausan lebih cepat.• Enjin 4 lejang lebih efisyen dalam pengguanaan

bahan api♣ Enjin 2 lejang terdapat pembaziran bahan api

semasa lejang ekzos.• Enjin 4 lejang lebih bersih

♣ Enjin 2 lejang menghasilkan pencemaran kerana terdapat campuran bahan api yang tidak terbakar terbebas semasa lejang ekzos.

SEKIAN TERIMA KASIH