emahiran mengeksperimen

16
emahiran Mengeksperimen 12. Kemahiran Mengeksperimen Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar. Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan kepada anda. Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat yang perlu ada ialah 1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji 2.Penyataan hipotesis yang diuji 3.Penyataan tentang pembolehubah 4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan 5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan 6.Graf jika berkaitan 7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah 8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada hipotesis diterima atau disangkal. Aktiviti 1. Dengan menggunakan bahan- bahan yang dipaparkan: 1 gabus,6 keping plastik sebagai kipas roda,1 pisau,1 lidi satay, 2 botol air mineral, salur getah dan corong 1. Bina satu roda air. Berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong gabus. 2. Kaji dua faktoryang mempengaruhi kadar pusingan roda air.

Upload: siti-zainon

Post on 11-Aug-2015

99 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: emahiran Mengeksperimen

emahiran Mengeksperimen12. Kemahiran Mengeksperimen

Takrif          menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membinahipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaanmengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuatkesimpulan atau keputusan.Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankaneksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telahdisediakan kepada anda.

Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumatyang perlu ada ialah1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji2.Penyataan hipotesis yang diuji3.Penyataan tentang pembolehubah4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan6.Graf jika berkaitan7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada   hipotesis diterima atau disangkal.

Aktiviti1.       

Dengan menggunakan bahan-bahan yang dipaparkan:1 gabus,6 keping plastik sebagaikipas roda,1 pisau,1 lidi satay,2 botol air mineral, salur getah dan corong1. Bina satu roda air.Berhati-hati semasa menggunakanpisau untuk memotong gabus.2. Kaji dua faktoryang mempengaruhi kadar pusingan roda air.

Page 2: emahiran Mengeksperimen

3. Nyatakan secara terperinci

semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.                                                    

2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza.Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.

Posted by FRC   at 01:04 6 comments:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

MONDAY, 18 APRIL 2011

Kemahiran Membina Hipotesis11. Kemahiran Membina Hipotesis

Takrif         membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan          beberapa siri pemerhatian dan inferens.

Page 3: emahiran Mengeksperimen

Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....

1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau    merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.2. mentafsir inferens dan data secara tepat3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu    hipotesis8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam   eksperimen.3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam   merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara   bagaimana menganalisis data.4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara   pembolehubah.5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir   eksperimen

Bagaimana membina hipotesis?Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balasdan pembolehubah malarTulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yangdimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimanapembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian

Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali denganmenggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yangdiketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisiair sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas samadengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidakdisokong  oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens

Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut

Page 4: emahiran Mengeksperimen

bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelungbertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medanelektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferensialah,"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong ataumenyangkal hipotesis tersebut.

Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimenmenyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesistersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasakkentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.

Posted by FRC   at 20:17 12 comments:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi10. Kemahiran mendefinasi secara operasi

Takrif          memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yangberlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlumenyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke ataspembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisisecara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untukpembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yangdiberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun merekamerujuk kepada pembolehubah yang sama.

ContohMendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"Anda boleh mendefinisinya sebagai .........

1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali.

Page 5: emahiran Mengeksperimen

   Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur   ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili   pertumbuhan anak pokok.                                                              atau2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada   pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat   pertumbuhan pada anak pokok.                                                               atau3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur.   Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh   mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu.   Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.                                                                atau4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau   penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa   awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika   terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses   pertumbuhan.

AktivitiAnda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada1. kadar penyejatan air2. bahan yang larut dalam airPosted by FRC   at 11:46 1 comment:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Kemahiran Mengawal Pembolehubah9. Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Takrif         mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Tiga jenis pembolehubah:1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah    yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada    pembolehubah lain.2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar - pembolehubah yang    berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini    diperhatikan sepanjang eksperimen.3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa    sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi    pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya    kesannya ke atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu    ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan    pembolehubah bergerak balas.

Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapatmenentukan .......apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi)bagaimana mengukur pembolehubah manipulasiapakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balasbagaimana mengukur pembolehubah bergerak balasapakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen

ContohSebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel kering

Page 6: emahiran Mengeksperimen

bertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannyakepada elektromagnet.Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litarPembolehubah bergerak balas     : bilangan klip kertas yang tertarik kepada                                                   elektromagnetPembolehubah malar                   : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz                                                   dan jenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip                                                    kertas

AktivitiAnda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana iamempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas

  Posted by FRC   at 10:27 1 comment:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa8. Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Takrif            Menghuraikan  perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti

lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim.

contoh            Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin

merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.

                                  

                                                                     Jadual 1

Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.Posted by FRC   at 08:47 No comments:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

SATURDAY, 16 APRIL 2011

Kemahiran Mentafsir Maklumat7. Kemahiran Mentafsir Maklumat

Takrif          memberi penerangan  tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yang dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat

Page 7: emahiran Mengeksperimen

Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat.

Masihkah  anda ingat dengan dua jadual di bawah ini?

Soalan yang perlu dicari jawapannya...Apakah yang diwakili oleh setiap lajur?Apakah kecenderungan menurun setiap lajur?Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?

Posted by FRC   at 02:50 No comments:Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Kemahiran Berkomunikasi6. Kemahiran Berkomunikasi

Takrif           memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain.

Jika anda  mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi maklumat maka anda sedang berkomunikasi.

Anda juga berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana.......berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu maksud.merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan.melukis dan mengambil nota.menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol.menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat.menyoal dengan jelas.menggunakan rujukan.

Page 8: emahiran Mengeksperimen

menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan mencubanya.Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan  sesuatu tindakan, objek atau peristiwa ditunjukkan dalam  Jadual 1. 

Jadual 1

Contoh

Perihalkan A, B ,C dan D..Alat komunikasi  bagi A adalah simbol, B adalah carta ,C pula jadual manakala D adalah graf

Aktiviti.            Anda cuba menenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. Ulang langkah ini dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. Rekod pemerhatian menggunakan grafik yang sesuai. Objek yang disenarai seperti  span(sponge), duit syiling, belon, kain towel dan botol plastik kosong bertutup.

Kemahiran Meramal5. Kemahiran meramal    Takrif             Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan

Page 9: emahiran Mengeksperimen

pengetahuan sedia ada melalui pengalaman atau berdasarkan maklumat yang dikumpul   daripada     pemerhatian atau inferens .

Anda menggunakan kemahiran meramal apabila anda...menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas untuk menjangka apa yang mendatang.boleh membezakan antara meramal dan meneka.dapat menjangka kesan akibat daripada tindakan yang diambil.mengesan pola-pola untuk menjangka yang seterusnya.yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat.dapat menjangka dan menghuraikan kejadian yang akan berlaku berdasarkan bukti dan kejadian lampau.

berhati-hati dalam membuat andaian menjangkau bukti yang ada hanya berdasarkan pola-pola data.mengekstrapolasi sebagai alat untuk mendapatkan data dalam meramal.

Anda perlu menguasai kemahiran meramal kerana kemahiran ini membolehkan anda membuat keputusan yang tepat  dalam ....mengurangkan bilangan pilihan.merancang .membincangkan pilihan-pilhan yang mungkin.

Anda sedang meramal jika anda... memerhati untuk mengumpul maklumat.mengenal pasti pola-pola pada maklumat yang terkumpul.menggunakan pola atau pengalaman lepas untuk menjangka apa yang akan terjadi.

Perhatikan contoh contoh berikut:       1.       Apakah yang anda jangka akan terjadi?

Kemungkinan yang akan berlaku:i.   Tembakan tepat mengena sasaranii.   Tembakan tersasar

Cuba anda jelaskan.

2.  

Page 10: emahiran Mengeksperimen

Kenyataan di atas adalah satu contoh pemerhatian. Apakah yang anda ramalkan akan terhasil?Mungkin pelangi akan terhasil

Aktiviti.

Sekumpulan pelajar menjalankan satu eksperimen menggunakan sistem takal seperti dalam gambar di bawah.

Keputusan yang mereka perolehi dicatatkan ke dalam Jadual 1

 Jadual 1

Sekiranya jarak daya 27 cm. Ramalkan jarak beban.

Kemahiran Membuat Inferens4. Kemahiran membuat inferens

Takrif          Membuat kesimpulan awal yang logik , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu.

Anda perlu menguasai kemahiran ini supaya anda boleh...membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian.membina satu hipotesis untuk penyiasatanmengguna bukti-bukti yang ada untuk membuat penerangan awal.melalui proses pemikiran semasa hendak menerangkan  sesuatu pemerhatian.

Anda sedang menginferens apabila.....cuba membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian.membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data.membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat.membuat satu tanggapan awal.mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan ;

Page 11: emahiran Mengeksperimen

      Mengapakah .....?,  Bagaimanakah...?  Nyatakan sebab...

Aktiviti 1: Sekumpulan murid darjah lima sedang menjalankan projek mengkaji kesan penggunaan baja terhadap pertumbuhan pokok. Ketinggian pokok dan banyaknya baja yang diguna telah direkod dalam jadual 1.

Jadual 1 Apakah inferens yang boleh anda buat?

Aktiviti 2                  Perhatikan kedua-dua gambar di bawah. Apakah inferens yang boleh anda buat?

Kemahiran Mengukur dan Menggunakan Nombor3. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor

Takrif          Kemahiran yang melibatkan penggunaan nombor dalam pengukuran semasa membuat pemerhatian kuantitatif. Kebolehan mengguna nombor dan unit-unit pengukuran yang tepat adalah penting dalam mengukur atau menyukat.

Page 12: emahiran Mengeksperimen

Adalah penting bagi anda menguasai kemahiran ini. Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda.....mengguna alat ukuran yang tepat.menganggar jarak, luas dan isipadu dalam situasi dalam situasi yang memerlukannya.membuat ramalan atau inferens dengan lebih tepat.memperkembangkan kemahiran mengira.menggunakannya dalam kemahiran proses yang lain.membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Anda sedang mengguna kemahiran ini apabila anda......mengguna alat pengukur.mengguna nombor untuk merekod ukuran dan fenomena.mencatat bacaan yang diambil.mencatat unit bagi ukuran yang dibuat.membuat pengiraan berdasarkan bacaan yang diperolehi.mengguna skala dan nisbah.

Aktiviti: Perhatikan objek-objek yang terdapat di rumah anda . Bolehkah objek-objek itu membantu anda mengukur? Jika boleh, apakah objek itu ? Apakah yang boleh diukurnya? Cuba namakan alat yang terdapat di bilik sains atau makmal sains yang mempunyai fungsi yang sama.

Kemahiran Mengelas2. Kemahiran Mengelas

Takrif           Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda....menyusun sesuatu mengikut peraturan umum.belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada.menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau peristiwa.menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun.

Anda sedang mengenalpasti ciri-ciri sepunya jika anda.......memberi ciri-ciri objek atau item.mendapatkan ciri-ciri objek atau item.menyenaraikan ciri-ciri objek atau item.menentukan ciri-ciri objek atau item.

Anda sedang membuat pengelasan ciri-ciri apabila anda.....mengumpul ciri-ciri mengikut kategori.mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri objek atau item.mengkaji ciri-ciri sepunya pada objek atau item.menyusun objek atau item mengikut kumpulan.membahagikan objek atau item dalam kumpulan kecil berdasarkan ciri-ciri yang sama.mencari perkaitan antara ciri-ciri objek atau item.mengkaji perkaitan antara ciri-ciri atau item.

Jadual berkala adalah satu contoh pengelasan unsur-unsur. Adakah anda masih ingat bagaimana unsur-unsur itu tersusun?

Aktiviti 1:

Page 13: emahiran Mengeksperimen

                                                                        Gambar rajah 1Dapatkah anda mengesan berapa pengelasan yang terdapat dalam Gambar rajah 1? nyatakan dan hurai pengelasan tersebut.

Aktiviti 2: Kenal pasti objek-objek di sekeliling anda. Adakah ia sejenis mesin ringkas? Buat pengelasan mesin ringkas merujuk kepada objek-objek berkenaan

Kemahiran Memerhati1. Kemahiran memerhati

Definisi           Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria. Instrumen atau alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan dan pengalaman lepas memainkan peranan dalam membuat pemerhatian yang teliti.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:i)   Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan ke atas  ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.ii)   Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.iii)  Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Penguasaan kemahiran ini penting bagi anda kerana:boleh meningkatkan perasaan ingin tahu anda.meransangkan pemikiran anda.anda boleh mentafsir tentang persekitaran .boleh mendorong anda kepada penyiasatan selanjutnya

Anda sedang menggunakan kemahiran memerhati jika:menggunakan pelbagai deria untuk memperolehi maklumat.menggunakan instrumen  atau alat yang sesuai untuk membantu deria membuat pemerhatian terperinci.membuat perbandingan.mengesan perbezaan dan persamaan.mengenal pasti ciri-ciri kelainan atau yang istimewa.mengenal pasti ketertiban atau urutan fenomena yang berlaku.menyedari perubahan yang berlaku di sekeliling.memilih butiran yang relevan daripada banyak atau pelbagai maklumat.

Page 14: emahiran Mengeksperimen

Aktiviti:  Perihalkan sebanyak mungkin sehelai daun dan beberapa helai daun.              Perihalkan pembakaran sebatang lilin.

Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk

semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap hidupan

dan menghargai alam sekitar. Apabila murid melaksanakan amali, mereka

telah bersedia dengan langkah-langkah yang akan dijalankan. Murid-murid

juga akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran proses

sains semasa membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal

pembolehubah, menggunakan radas dan spesimen dan semasa proses

mengumpul data serta membuat kesimpulan.

      Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti

eksperimen,

penyelidikan, dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran

saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif.

        Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran

proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Aktiviti amali Kemahiran Proses Sains

MemerhatiMenggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau

untuk mengumpulkan maklumat tentang

objek dan fenomena.

Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek

atau fenomena kepada kumpulan masing

masing berdasarkan kriteria tertentu

seperti

ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah

berdasarkan ciri atau sifat sepunya

Mengukur dan

menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat

berunit piawai atau alat yang di

seragamkan sebagai unit rujukan.

Pengukuran menjadikan pemerhatian

lebih

jitu.

Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea

Page 15: emahiran Mengeksperimen

dalam pelbagai bentuk seperti tulisan,

lisan,

jadual, graf, rajah atau model.

Mendefinisi operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

dilakukan dan diperhatikan.

Mengawal pembolehubah Mengenal pasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah

bergerak

balas dan pemboleh ubah yang

dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pemboleh

ubah dimanipulasikan untuk

memerhatikan

hubungannya dengan pemboleh ubah

yang

bergerak balas. Pada masa yang sama

pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang difikirkan benar bagi menerangkan

sesuatu perkara atau peristiwa.

Pernyataan

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang

munasabah, yang mungkin benar atau

tidak

benar, untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian

Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh

dipercayai.

Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis,

mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga

mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Mentafsir data Memberi penerangan yang rasional

Page 16: emahiran Mengeksperimen

tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data

yang dikumpulkan

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang memerlukan murid melakukan perkara yang berikut semasa amali dijalankan:1.    Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sainsdengan betul.2.    Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul danselamat.3.    Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.4.    Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.5.    Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat