elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

12
ELEMEN KEKERABATAN DALAM POLITIK DI MALAYSIA: KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM 2008 Budi Anlo Mohd Tamring Zaini Othman Azizan Morshidi Fauzi Sarjono PENDAHULUAN Kekerabatan merupakan konsep yang membawa pengertian yang sama dengan kekeluargaan atau nepotisme. Istilah ini bermaksud tindakan individu yang mengutamakan kepentingan keluarga, sahabat handai dan rangkaian sosial yang dekat dengannya. Pertimbangan-pertimbangan kekerabatan ini dijelmakan dalam pelbagai bentuk hubungan seharian sama ada dalam bentuk hubungan sosial, ekonomi dan hubungan politik dalam masyarakat: Nepotism is the showing offavoritism toward relatives, based upon that relationship, rather than on an objective evaluation of ability or suitability. For instance, offering employment to a relative, despite the fact that there are others who are better qualified and willing to perform the job, would be considered nepotism. The word nepotism is from the Latin word 'nepos, meaning "nephew" or "grandchild". ' Elemen kekerabatan dalam masyarakat khususnya dalam hubungan politik bukanlah perkara baharu malah telah mendominasi sistem politik dunia sejak manusia mula hidup bertamadun. Sistem pemerintahan beraja atau feudal telah mengukuhkan legasi kekeluargaan ini dalam bentuk pemerintahan dinasti selama beratus tahun lamanya. Raja dan pemerintahsesebuah negara atau empayar pada suatu ketika dahulu ditentukan atau dipilih dari kalangan kerabat dan keluarga sahaja. Walau bagaimanapun, perkembangan pemikiran manusiayang lahir akibat pertembunganpelbagai budaya antara masyarakat telah melahirkan ideologi yang mengutamakan hak dankebebasan individu dan seterusnya telah merobohkansistem feudal ini dengan kemunculan ideologi politik demokrasi. Perkembangan ideologi pemikiran demokrasi ini mengubah landskap politik dunia daripada sistem politik yang diwarisi (kekerabatan) kepada sistem politik yang memberi kebebasan kepada individu untuk menentukan pemimpin mereka sendiri. Transformasi ini telah menyebabkan kejatuhan empayar-empayar besar yang terbentuk melalui sistem feudal kepada pembentukan negara-negara bangsa yang

Upload: hoangdien

Post on 12-Jan-2017

246 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

ELEMEN KEKERABATAN DALAM POLITIK DI MALAYSIA: KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM 2008

Budi Anlo Mohd Tamring Zaini Othman

Azizan Morshidi Fauzi Sarjono

PENDAHULUAN

Kekerabatan merupakan konsep yang membawa pengertian yang sama dengan kekeluargaan atau nepotisme. Istilah ini bermaksud tindakan individu yang mengutamakan kepentingan keluarga, sahabat handai dan rangkaian sosial yang dekat dengannya. Pertimbangan-pertimbangan kekerabatan ini dijelmakan dalam pelbagai bentuk hubungan seharian sama ada dalam bentuk hubungan sosial, ekonomi dan hubungan politik dalam masyarakat:

Nepotism is the showing offavoritism toward relatives, based

upon that relationship, rather than on an objective evaluation of ability or suitability. For instance, offering employment to a relative, despite the fact that there are others who are better

qualified and willing to perform the job, would be considered nepotism. The word nepotism is from the Latin word 'nepos, meaning "nephew" or "grandchild". '

Elemen kekerabatan dalam masyarakat khususnya dalam hubungan politik bukanlah perkara baharu malah telah mendominasi sistem politik dunia sejak manusia mula hidup bertamadun. Sistem pemerintahan beraja atau feudal telah mengukuhkan legasi kekeluargaan ini dalam bentuk pemerintahan dinasti selama beratus tahun lamanya. Raja dan pemerintah sesebuah negara atau empayar pada suatu ketika dahulu ditentukan atau dipilih dari kalangan kerabat dan keluarga sahaja. Walau bagaimanapun, perkembangan pemikiran manusia yang lahir akibat pertembungan pelbagai budaya antara masyarakat telah melahirkan ideologi yang mengutamakan hak dan kebebasan individu dan seterusnya telah merobohkan sistem feudal ini dengan kemunculan ideologi politik demokrasi.

Perkembangan ideologi pemikiran demokrasi ini mengubah landskap politik dunia daripada sistem politik yang diwarisi (kekerabatan) kepada sistem politik yang memberi kebebasan kepada individu untuk menentukan pemimpin mereka sendiri. Transformasi ini telah menyebabkan kejatuhan empayar-empayar besar yang terbentuk melalui sistem feudal kepada pembentukan negara-negara bangsa yang

Page 2: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Bud, Auto et d.

akhirnya hampir melenyapkan sistem pemerintahan feudal dalam masyarakat dunia

pada hari ini2. Meskipun masih wujud negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja, negara berkenaan telah mengalami pelbagai perubahan khususnya dengan

menyerapkan unsur-unsur demokrasi yang mengutamakan hak-hak dan kepentingan

rakyat. Sistem Politik di Malaysia juga telah mengalami perubahan yang sama. Sistem

pemerintahan feudal yang menjadi tunjang kebudayaan dan lambang kekuasaan

pengaruh tamadun Melayu suatu ketika dahulu walaupun masih dikekalkan sehingga kini tetapi kuasa pemerintahan negara tidak lagi dikuasai oleh raja-raja atau waris kerabat raja-raja'. Sebaliknya, kuasa pemerintahan berada di tangan pemimpin-

pemimpin yang dilantik dari kalangan rakyat biasa secara demokrasi melalui pilihan

raya umum setiap lima tahun. Sistem pemerintahan rakyat ini telah mengubah cara hidup masyarakat di seluruh dunia. Keutamaan kepada hak dan kebebasan individu

melahirkan pelbagai bentuk kesan dan perkembangan dalam tamadun manusia. Ironinya, pada zaman era teknologi dan globalisasi ketika ini, legasi

kekeluargaan dalam politik mula muncul semula, malah keadaan di negara maju

seperti Amerika Syarikat yang dicanang oleh pemimpin mereka scbagai negara yang

memperjuangkan demokrasi juga menunjukkan ciri-ciri perkembangan politik yang dipengaruhi oleh elemen kekerabatan. Misalnya, Presiden Amerika Syarikat ketika

ini, George Walker Bush merupakan anak kepada bekas Presiden Amerika George

H. W Bush', manakala calon presiden dari Parti Demokrat, Senator Hillary Clinton

yang bertanding untuk jawatan presiden pada pilihan raya akan datang di Amerika

adalah isteri kepada Bill Clinton yang juga merupakan bekas Presiden Amerika

Syarikat'. Oleh itu, bersesuaian dengan senario politik di Malaysia ketika ini,

perbincangan dalam artikel ini akan lebih memberi fokus mengenai kemunculan

pemimpin-pemimpin generasi baharu atau muka-muka baharu yang bertanding dalarn

pilihan raya umum ke-12 di Malaysia khususnya yang dikaitkan dengan pengaruh

elemen kekerabatan.

ELEMEN KEKERABATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12

Elemen kekerabatan dalam politik di Malaysia pada pilihan raya umum ke-12

memperlihatkan keadaan yang agak ketara berbanding pilihan raya umum sebelumnya6 -

Walaupun begitu, isu kekerabatan dalam pilihan raya umum ke-12 ini babi kebanyakan

penganalisis politik tempatan berpendapat bukanlah suatu keadaan yang luar biasa atau

menghairankan memandangkan sistem politik kekerabatan ini lahir dalam budaya

masyarakat timur yang dilihat masih kuat mengamalkan budaya feudal dalam struktur

sosiopolitik mereka (Nidzam & Zaini, 2005). Kemunculan elemen kekerabatan dalarn

politik di Malaysia boleh dikategorikan dalam dua keadaan yang berbeza. Pertama, kemunculan pemimpin-pemimpin muda yang lahir dalam kalangan

keluarga pemimpin-pemimpin terdahulu atau dengan erti kata lain, pemimpin_

92

Page 3: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Elemen Kekerabatan dalam Politik

pemimpin muda yang muncul ini selepas ibu bapa mereka bersara atau berundur dalam arena politik atau kepimpinan parti. Keadaan seperti ini lebih dilihat sebagai pengaruh proses sosialisasi atau pendedahan politik daripada keluarga. Antara

pemimpin di Malaysia yang mewarisi ketokohan politik keluarga seperti ini ialah Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini yang merupakan anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Selain itu, Menteri Pelajaran Malaysia, Hishamuddin Tun Hussein yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn. Menariknya kedua- dua tokoh ini adalah bersepupu itu mempunyai hubungan kekeluargaan yang begitu

rapat di sebelah nisab ibu mereka (Nor Azizan, 2005: 112). Elemen kekerabatan dalam Politik Malaysia bagi kategori yang kedua ialah

kemunculan pemimpin-pemimpin muda dari kalangan ahli keluarga pemimpin- pemimpin parti yang masih bergiat aktif dan memegang jawatan dalam parti atau kerajaan. Keadaan ini berbeza dari kategori yang pertama kerana kemunculan pemimpin-

pemimpin baharu dalam kategori ini berlaku ketika ibu bapa atau keluarga mereka

masih berpengaruh dalam parti atau kerajaan. Sering kali keadaan seperti ini

digambarkan oleh golongan yang menentang nepotisme dalam politik sebagai legasi

politik keluarga yang lebih menebal meskipun pemilihan calon yang terdiri daripada

anak-anak atau ahli keluarga pemimpin parti atau kerajaan ini dipersetujui oleh perwakilan di peringkat bahagian atau pucuk pimpinan parti. ' Ekoran itu, persoalan

utama yang akan dijelaskan dalam artikel ini ialah mengenai kemunculan pemimpin-

pemimpin baharu dari kalangan keluarga pemimpin-pemimpin parti sama ada yang telah bersara atau yang masih aktif dalam perjuangan parti khususnya bagi parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 di Malaysia.

ELEMEN KEKERABATAN DALAM KOMPONEN BARISAN NASIONAL(BN)

Parti BN merupakan parti yang memerintah Malaysia sejak negara diasaskan pada tahun 1963. Sebelum itu, BN pada mulanya dikenali sebagai Parti Perikatan yang dianggotai oleh tiga gabungan parti yang diasaskan berdasarkan tiga kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu United Malay National Organisastion (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC)'. Parti Perikatan kemudiannya ditukar menjadi parti Barisan Nasional pada tahun 1971 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969'. Peristiwa ini merupakan peristiwa hitam dalam konteks sejarah hubungan kaum di Malaysia yang mengorbankan banyak nyawa. Peristiwa ini telah menjadi pengajaran kepada pemimpin pelbagai kaum di Malaysia yang akhirnya membawa kepada pelbagai perubahan khususnya dalam politik di Malaysia. Sehingga pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, BN dianggotai oleh gabungan parti-parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Jadual 1 menunjukkan senarai parti komponen BN pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008.

93

Page 4: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Bud! Anto et aL

Jadual 1: Parti komponen BN pada pilihan raya umum Malaysia ke-12

Bil Parti Keterangan Porti

1. UMNO United Malay National Organisation

2. MCA Malaysian Chinese Association 3. MIC Malaysian Indian Congress 4. GERAKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia 5. PPP People Progressive Party 6. PBS Parti Bersatu Sabah 7. UPKO United Pasok Kadazan Organisation 8. SAPP Parti Maju Sabah 9. PBRS Parti Bersatu Rakyat Sabah 10. LDP Parti Liberal Demokrat Sabah 11 PBB Parti Pesaka Bumi utra Bersatu 12. SUPP Parti Bersatu Rakyat Sarawak 13. PRS Parti Rakyat Sarawak

J 14. SPDP Parti Progresif Demokrasi Sarawak

(Sumber: Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia, 2008)

Parti UMNO'° yang menjadi tunjang kepada parti komponen BN dan diketuai

oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan muka- muka baharu untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke- 12. Beberapa calon baharu ini didapati mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin-pemimpin parti UMNO sama ada yang masih kekal sebagai pemimpin UMNO ataupun telah bersara dalam arena politik. Demikian juga dengan kemunculan beberapa pemimpin baharU dari parti komponen BN yang lain. Bermula dengan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin iaitu menantu kepada Perdana Menteri Malaysia dan beberapa calon baharU lain yang bertanding di kerusi Parlimen dan (DUN) terdiri daripada ahli-ahli keluarga (menantu, anak, adik dan sepupu) kepada beberapa pemimpin parti komponen BN.

Jadual 2 menunjukkan beberapa senarai calon muka baharu yang diperkenalkan oleh parti-parti komponen BN untuk bertanding pada pilihan raya umurtt ke-12. Senarai calon baharu tersebut bukanlah senarai penuh calon baharu yang diperkenalkan oleh parti-parti komponen BN tetapi hanya melibatkan beberapa calon muka baharu yang mempunyai hubungan kekerabatan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN. Walaupun begitu, calon muka baharu yang disenaraikan dalart, Jadual 2 hanya mewakili beberapa contoh dan bukannya jumlah sebenar bilangan calon muka baharu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN pada pilihan raya umum 2008 secara keseluruhannya. Senarai dalam Jadual 2 adalah sebahagian daripada calon muka baharu yang diperkenalkan sebagai contoh

94

Page 5: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Elemen Kekerabaian dalam Politik

bagi mewakili beberapa kategori elemen kekerabatan yang meliputi hubungan anak, adik-beradik danjuga menantu. Selain itu, senarai calon muka baharu dalam Jadual 2 di bawah dijadikan sebagai contoh kerana calon-calon tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa pemimpin utama parti-parti komponen BN.

Jadual 2: Senarai calon baharu parti komponen BN

Bil. Calon-calon Parti Hubungan Kekerabatan Atuka Baharu

1. Khairy Jamaludin UMNO bertanding di Menantu Datuk Seri Abdullah Parlimen Rembau Ahmad Badawi,

Perdana Menteri 2. Mohd. Arifin Mohd Arif UMNO bertanding di Menantu Musa Aman,

DUN Membakut Ketua Menteri Sabah 3. Sulaiman Abdul BN bertanding di Parlimen Anak Taib Mahmud, Ketua

Rahman Taib Kota Samarahan Menteri Sarawak 4. Nora Abdul Rahman BN bertanding di Tanjung Anak Abdul Rahman Yaakub

Manis, Sarawak bekas Ketua Menteri Sarawak, sepupu Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud

5. Roselinda Abdul Jamil UMNO DUN Kelang Menantu Zakaria Mat Derus bekas DUN Kelang

6. Mukhriz Mahathir UMNO bertanding di Anak Mahathir Mohammad lerlun bekas Perdana Menteri

7. Chua Tee Yong MCA bertanding di Labis Anak Chua Soi Lek bekas Timbalan Presiden MCA

8. Ling Hee Leong MCA bertanding di Gopeng Anak Ling Liong Sik bekas Presiden MCA

9. Lim Si Pin Gerakan bertanding di Anak Lim Keng Yaik Parlimen Batu Penasihat Parti Gerakan

10. Dr. Asyraf Wajdi UMNO bertanding di Anak Dasuki Ahmad Parlimen Tumpat bekas Ahli Parlimen

Tumpat semasa BN memerintah Kelantan

11. Aziz Sheikh Fadzir UMNO bertanding di Adik Abdul Kadir Sheikh Parlimen Kulim-Bandar Fadzir bekas wakil rakyat Baharu Parlimen Kulim

(Sumber: Akhbar Metro, My Metro 27 Februari 2008; Berita Harlan 25 Februari 2008; Akhbar Utusan Malaysia 23 Februari 2008)

95

Page 6: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Budi Anto et al.

Analisis yang dibuat berdasarkan contoh senarai calon muka baharu seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 2 dapat diterangkan bahawa pemilihan calon-calon baharu parti komponen BN pada pilihan raya umum ke-12 ini menunjukkan pengaruh elemen kekerabatan yang agak ketara. Calon-calon yang diperkenalkan terdiri daripada anak, adik, sepupu dan menantu pemimpin-pemimpin parti komponen BN. Selain itu, terdapat juga calon-calon baharu yang diperkenalkan adalah bekas kepada

pemimpin-pemimpin parti komponen BNyang telah bersara atau tidak lagi bergiat

aktif dalam politik.

ELEMEN KEKERABATAN DALAM PARTI-PARTI LAIN

Parti-parti lain yang bertanding menentang parti komponen BN pada piihan raya ümum ke-12 secara umumnya terdiri daripada tiga buah parti utama. Tiga parti utama ini pada pilihan raya umum ke-11 iaitu pada tahun 2004 telah membentuk pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) untuk menentang Parti BN. Pada pilihan raya umum 2004, pakatan BA telah dikalahkan oleh BN. Walau bagaimanapun, pada pilihan raya umum ke-12 ini, ketiga-tiga parti tidak lagi berjuang atas nama pakata. n BA kerana pemimpin-pemimpin mereka telah mengambil keputusan untuk memperjuangkan agenda politik, mereka di bawah bumbung parti masing-masing. Jadual 3 di bawah menunjukkan beberapa parti utama yang bertanding pada pilihan raya umum ke-12 untuk menentang parti BN iaitu parti kerajaan yang memerintah.

Jadual 3: Parti-parti lain yang bertanding pads pilihan rays umum ke-12

Bil. Parti Keterangan Parti 1. PAS Parti Islam Semala ya (Seluruh Malaysia) 2. PKR Parti Keadilan Rakyat (Seluruh Malaysia) 3. DAP Democratic Action Party (Seluruh Malaysia) 4. Bersekutu Sabah

(Sumber: Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia, 2008)

Selain parti komponen BN yang mengemukakan calon-calon baharu yang terdiri dari kalangan keluarga, parti-parti lain yang bertanding pada pilihan rays umum ke-12 ini turut dipengaruhi oleh pengaruh kekeluargaan khususnya dalarn memilih calon baharu yang dipertandingkan menentang calon BN. Beberapa calon baharu yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti DAP jugs merupakan ahli keluarga kepada pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti tersebut. Pemimpin-pemimpin utama PKR dan DAP telah mencalonkan anak-anak. mereka untuk bertanding menentang calon-calon BN. Contohnya anak kepada bekas

96

Page 7: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Elemen Kekerabatan dalam Politik

Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pasangannya Presiden PKR telah melantik anaknya, Nurul Ezzah sebagai calon Parti PKR pada pilihan raya umum ini bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai, Selangor. Jadual 4 di bawah menunjukkan beberapa calon baharu Parti PKR dan DAP yang diperkenalkan pada pilihan raya umum ke-12.

Jadual 4: Senarai calon baharu parti-parti lain

Bil. Calon Muka Baharu Parti Hubungan Kekerabatan 1. Nurul Izzah Anwar PKR bertanding di Anak presiden PKR, Dr.

Lembah Pantai Wan Azizah Wan Ismail

2. Lim Guan Eng DAP bertanding di Anak penasihat DAP, Lim Parlimen Ba an Kit Siang

3. Gobind Deo Singh DAP bertanding di Anak Karpal Singh, Parlimen Puchong, pengerusi DAP Selangor

4. Jagdeep Deo Singh DAP bertanding di Anak Karpal Singh, DUN Datuk Keramat, pengerusi DAP Pulau Pinang

(Sumber. Utusan Malaysia 23 Februari 2008; Akhbar Metro, My Metro 27 Februari 2008)

PENUTUP

Elemen kekerabatan yang muncul dalam politik di Malaysia khususnya pada pilihan raya umum ke-12 dapat difahami dalam dua situasi yang berbeza. Situasi yang pertama ialah keadaan iaitu kemunculan pemimpin-pemimpin baharu yang dilantik atau dipilih ketika ibu bapa atau keluarga keluarga mereka masih aktif dan menjadi pemimpin dalam sesebuah parti yang bertanding. Situasi ini amat ketara berlaku dalam pemilihan calon muka baharu bagi parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-12

sama ada dari parti Kerajaan BN ataupun parti-parti lain. Misalnya, pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai calon BN di Parlimen Rembau merupakan anak menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai calon BN bertanding di Parlimen Kota Samarahan merupakan Anak Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan pelantikan Nurul Ezzah Anwar, calon PKR yang bertanding di Lembah Pantai merupakan anak Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Situasi yang kedua ialah keadaan iaitu pelantikan calon-calon baharu dari kalangan ahli keluarga bekas pemimpin-pemimpin parti yang bertanding. Calon-calon muka baharu yang muncul dalam kategori ini adalah dari kalangan anak, adik, menantu,

97

Page 8: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Rudi Anto et al.

sepupu dan pelbagai bentuk hubungan kekeluargaan yang lain dengan bekas pemimpin parti yang bertanding. Contohnya, Mukhriz Mahathir calon BN yang bertanding di Jerlun, Kedah merupakan anakkepadaTun Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia, Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek bekas Timbalan Presiden MCA dan juga Ling Heeh Liong anak Ling Leong Sik bekas Presiden MCA. Situasi yang kedua ini berbeza dengan situasi yang pertama kerana calon-calon baharu dalam kategori ini tidak dilantik ketika ibu bapa atau ahli keluarga mereka masih aktif dalam politik dan kepimpinan

parti. Berbeza dengan situasi yang pertama, calon-calon yang dilantik mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpim-pimpimpin parti dan pelantikan mereka membawa kepada ikatan kerjasama dalam perjuangan parti.

Elemen kekerabatan yang dijelaskan berdasarkan dua situasi yang berbeza di atas boleh menimbulkan kesan yang berbeza dalam sistem politik demokrasi di Malaysia. Perkembangan pelantikan calon-calon atau pemimpin-pemimpin baharu dari kalangan pemimpin parti jika berterusan akan menyebabkan unsur-unsur nepotisme kembali menguasai parti dan kepimpinan kerajaan. Keadaan ini akhirnya boleh menimbulkan label kepada parti sebagai parti keluarga yang akhirnya akan membentuk satu sistem pemerintahan yang bercirikan konsep feudal. Situasi seperti ini akan menimbulkan isu lain misalnya amalan diskriminasi dalam parti yang akan menyebabkan pemimpin-pemimpin lain berasa terpinggir dan tidak dapat mengubah keputusan parti akibat kerjasama dalam kalangan ahli parti yang mempunyai hubungan kekeluargaan lebih kuat dan saling menyokong cadangan dan pendapat ahli keluarga mereka.

Selain itu, peluang para pemimpin muda untuk menyertai politik juga mungkin tipis kerana unsur-unsur nepotisme yang menebal dalam parti akan menyebabkan pemilihan pemimpin baharu lebih diutamakan dari kalangan anak-anak dan ahli keluarga pemimpin parti sahaja. Keadaan seperti inijika tidak dapat dikawal akan menyebabkan timbul kesan-kesan yang boleh menggugat perpaduan masyarakat dalam sesebuah negara. Amalan nepotisme yang menebal dalam parti yang memerintah akan menyebabkan timbul layanan diskriminasi dalam masyarakat. Pemimpin yang memerintah akan memberi keutamaan yang lebih kepada sanak-saudara atau ahli keluarga mereka sahaja. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya salah guna kuasa untuk kepentingan keluarga berupaya menafikan hak-hak masyarakat yang lain. Amalan nepotisme dalam sesebuah parti khususnya parti yang memerintah sesebuah negara sehingga kini didapati tidak dapat bertahan lama sebagai kerajaan dan kebanyakannya telah digulingkan oleh pemimpin yang memperjuangkan agar amalan nepotisme dihapuskan dalam politik. Misalnya seperti Rejim Polpot di Kemboja, Kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Suharto dan juga pemerintahan feudal di Nepal yang telah digulingkan oleh rakyat. Walau bagaimanapun, situasi kemunculan pemimpin- pempimpin baharu dari kalangan keluarga pemimpin tidak akan menimbulkan masalah sekiranya pelantikan calon baharu ini bukanjah atas sebab pengaruh keluarga tetapi

98

Page 9: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Elemen Kekerabatan dalam Politik

telah diputuskan secara demokrasi mengikut pendapat dan cadangan ahli-ahli atau

pemimpin parti. Bermakna, pelantikan calon baharu tersebut tidak semata-mata disebabkan oleh pengaruh keluarganya tetapi disebabakan oleh kepimpinan yang juga

mendapat sokongan ahli parti dan dipersetujui oleh ahli parti dan rakyat yang diwakili. Sementara itu, bagi elemen kekerabatan dalam politik seperti yang dijelaskan

dalam situasi yang kedua sebelum ini pula menimbulkan kesan yang lain. Isu kekerabatan dalam kes seperti ini dilihat tidak begitu sensitif memandangkan calon baharu yang dilantik hanya dari kalangan ahli keluarga pemimpin yang telah bersara

atau tidak bergiat aktif lagi dalam membuat keputusan khususnya pemilihan kepimpinan parti. Ramai penganalisis politik menjelaskan keadaan ini sebagai satu kesan dari pendedahan politik dari kalangan ahli keluarga dan menyebabkan proses

sosialisasi ini membentuk minat kepada generasi muda keluarga tersebut untuk

menyertai parti dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti keluarga mereka

yang pernah memimpin parti sebelum ini. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku

ketika pilihan raya umum ke-12 tetapi telah bermula sejak dahulu. Contohnya, seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini

merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tun Abdul

Razak dan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin Hussein merupakan

anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn. Senario

politik seperti ini juga berlaku di negara-negara lain. Ketua Menteri Singapura, Lee

Sing Leong merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Singapura yang pertama Lee Kuan Yew malah di negara maju seperti Amerika Syarikat yang ketika ini diterajui

oleh kepimpinan Presiden Bush juga merupakan anak kepada bekas Presiden Amerika

Syarikat, John Bush. Kemunculan pemimpin-pemimpin dari kategori ini tidak begitu

dipengaruhi oleh unsur nepotisme iaitu pengaruh keluarga yang besar dalam negara tetapi pemilihan anak mereka sebagai pemimpin berlaku ketika mereka sudah tidak berkuasa. Selain itu, proses pemilihan anak-anak bekas pemimpin ini berjalan secara demokrasi iaitu dicadangakan dan dipersetujui oleh ahli parti dan masyarakat secara keseluruhannya. Pemilihan calon seperti ini lebih dipengaruhi oleh kepimpinan

mereka yang diwarisi dari keluarga dan kebolehan ini menjadikan mereka layak dipilih sebagai pemimpin parti dan masyarakat serta negara secara umumnya.

Oleh itu, unsur-unsur kekerabatan yang mula muncul dalam politik Malaysia

seperti yang dijelaskan sebelum ini mempunyai pro dan kontra untuk diperdebatkan. Walau bagaimanapun, nepotisme dalam politik adalah sesuatu budaya yang harus dibendung untuk mengelakkan perpecahan dalam masyarakat khususnya dalam

masyarakat yang berbilang etnik dan agama seperti di Malaysia. Amalan politik kekerabatan dengan melantik pemimpin-pemimpin dari kalangan ahli keluarga boleh diterima sekiranya pemilihan tersebut telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh masyarakat dan bukannya atas usul dan keputusan pucuk pimpinan parti atau ketua kerajaan negeri dan negara semata-mata. Hal ini demikian kerana amalan politik di

99

Page 10: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Btdi Anto et al.

Malaysia yang selama ini berdasarkan sistem demokrasi akan terjejas dengan

pengaruh budaya nepotisme yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat dan negara sekiranya ia berlaku atas pengaruh pucuk pimpinan atau ketua dan

bukannya kehendak rakyat. Meskipun begitu, pemilihan calon-calon baharu ketika

pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini banyak menampilkan ahli keluarga pemimpin- pemimpin yang sedia ada tetapi mungkin harus dikaji secara mendalam sama ada berlaku disebabkan oleh pengaruh pemimpin parti generasi lebih awal ataupun berlaku

secara kebetulan. Situasi ini boleh berlaku secara kebetulan sekiranya calon yang dilantik itu betul-betul berkelayakan dan pemilihannya tclah dicadangkan oleh ahli

parti dan dipersetujui oleh ahli-ahli parti secara demokrasi tetapi pada masa yang

sama ibu bapa, adik, abang atau ahli keluarga mereka merupakan pemimpin utama parti. Kajian ini perlu dijelaskan untuk mengelakkan rakyat hilang kepercayaan kepada

pemimpin mereka dan mengelakkan kekeliruan yang mungkin bolch mempengaruhi rakyat untuk memilih parti lain sekiranya dijadikan isu untuk menentang kerajaan

yang memerintah. Sekiranya keadaan ini tidak dijelaskan kepada rakyat berkemunginan akan timbul isu penafian ke atas hak mereka sebagai rakyat untuk memilih pemimpin mereka sendiri dan hak untuk berjuang dan menyertai Politik pada masa akan datang.

NOTA

' Untuk keterangan lanjut berhubung dengan aspek kekerabatan ini sila lihat Ian Marsh. 1996. Making Sense of Society: An Introduction to Sociology. London: Longman; lihatjuga Anthony Giddens. 1989. Sociology. Cambridge: Polity Press.

I Perjuangan yang berteraskan hak dan kebebasan individu dalam ideologi demokrasi telah mengakibatkan keruntuhan atau melemahkan kuasa pemerintahan dinasti raja- raja di seluruh dunia. Bermula dengan keruntuhan sistem beraja di Perancis, Raja Louis IX pada kurun ke-16 dan gerakan-gerakan penentangan di negara-negara lain telah melemahkan kuasa pemerintahan raja. Bagi perbincangan yang lebih terperinci sila lihat Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Anis Sosiopolitik dan Pemerintahan [edisi ke-2J. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

' Sistem pemerintahan beraja di Malaysia masih dikekalkan sehingga kini bahkan sisterr1 demokrasi yang diamalkan di negara ini dikenali sebagai sistem demokrasi raja berperlembagaan. Terdapat sembilan raja di negara ini iaitu di Selangor, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. Raja-Raja di Malaysia, di bawah konsep raja berperlembagaan mempunyai kuasa politik clan eksekutif yang terhad seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Perkara 182 clan

100

Page 11: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Elemen Kekerabatan dalam Politik

183. Untuk keterangan lanjut sila lihat Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Hj. Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

4 George W. Bush lahir pads tanggal 6 Julai 1946, merupakan Presiden Amerika Syarikat

ke-43 iaitu bermula darf Januari 2001 hingga 2008. Beliau merupakan anak Presiden Amerika Syarikat ke-41 iaitu George H. W Bush. Untuk keterangan lanjut berhubung

latar belakang karier politik beliau, sila lihat Nicholas Guyatt. 2003. Another American Century? The United States and The World Since 9/11. New York: Zed Books.

' Bill Clinton adalah Presiden Amerika Syarikat ke-42, darf Januari 1993 hingga

Disember 2000, lahir pads 19 Ogos 1946. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton

adalah salah seorang calon presiden darf Parti Demokrat yang bersaing dengan

Barrack Obama juga darf Demokrat. Dalam persaingan tersebut, Hillary tewas kepada

Obama bagi mewakili parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat ke-44 yang bakal diadakan pada Disember 2008.

" Pilihan raya umum ke-11 diadakanpada April 2004. Dalam pilihanraya tersebut, BN

di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya memperoleh mandat besar iaitu melebihi daripada 90 peratus kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada

waktu itu. Untuk keterangan lanjut sila lihat Zaini, et al. 2006. "Barisan Nasional &

Persoalan Hegemoni Politik", MA1VU, Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti

Malaysia Sabah, Bil. 11. hlm: 102-122.

7 Contoh kepada kategori ini boleh dilihat kepada tokoh-tokoh seperti Lim Guan Eng

(kini Ketua Menteri Pulau Pinang) adalah anak kepada Lim Kit Siang iaitu Setiausaha

Agung Part Democratic Action Party (DAP) atau Khairy Jamaluddin adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO serta ahli parlimen kawasan Rembau, di Negeri Sembilan; atau yang juga

menarik untuk diperhatikan ialah Nurul Izzah, ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur adalah anak kepada Anwar Ibrahim, ahli Parlimen Permatang Pauh

yang jugs Ketua Pakatan Pembangkang di Parlimen masa kini.

' Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang melibatkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah clan Sarawak; Tanah Melayu sudahpun memperoleh kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan yang diperoleh pada 31 Ogos 1957 adalah melalui rundingan politik yang dibuat antara Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dengan Kerajaan British. Untuk keterangan lanjut sila lihat Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Hj Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alain: Penerbit Fajar Bakti.

101

Page 12: elemen kekerabatan dalam politik di malaysia: kajian kes pilihan

Budi Anto e1 al.

9 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tragedi rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur. Ada pendapat mengatakan tragedi itu mengakibatkan kematian seramai 147

orang manakala Majlis Gerakan Negara (Mageran) kerajaan sementara yang dibentuk

selepas Peristiwa 13 Mei 1969 pula mengeluarkan kenyataan bahawa Tragedi 13 Mei 1969 telah mengakibatkan kematian seramai 196 orang. Untuk keterangan lanjut lila lihat Kua Kia Soong. 2007. MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969. Kuala Lumpur: SUARAM.

10 United Malay National Organisation (UMNO) merupakan parti politik Melayu

yang diasaskan melalui gabungan beberapa parti gabungan orang Melayu pada tahun 1946. Pembentukan UMNO pada 11 Mei 1946 telah menyaksikan Dato' Onn ]aafar dilantik sebagai Presiden parti UMNO yang pertama. Untuk keterangan lanjut sila lihat Nidzam Sulaiman & Zaini Othman. 2005. Pembangunan Politik Malaysia: Menjejak Perubahan Budaya Politik Melayu. Dim. Junaenah Sulehan et at, Masyarakat Perubahan dan Pembangunan. Bangi: Penerbit UKM. him: 77-78.

RUJUKAN

Anthony Giddens. 1989. Sociology. Cambridge: Polity Press. Ian Marsh. 1996. Making Sense of Society: An Introduction to Sociology. London:

Longman. Kua Kia Soong. 2007. MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of

1969. Kuala Lumpur: SUARAM. Nicholas Guyatt. 2003. Another American Century? The United States and The World

Since 9/11. New York: Zed Books. Nidzam Sulaiman & Zaini Othman. 2005. Pembangunan Politik Malaysia: Menjejak

Perubahan Budaya Politik Melayu. Dlm. Junaenah Sulehan et al. Masyarakat Perubahan dun Pembangunan. Bangi: Penerbit UKM. him: 77-78.

Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan [edisi ke-21. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Hj. Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraa,, Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Zaini Othman, et al. 2006. Barisan Nasional & Persoalan Hegemoni Politik. MAN(! Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Bil. 11. Him: 102-122.

Akhbar Metro, My Metro, 27 Februari 2008 Akhbar Utusan Malaysia, 23 Februari 2008 Akhbar Berita Harian, 25 Februari 2008

102