elemen asas seni reka

24
SHUHAILA BINTI NAHRAWI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (KELUARGA DAN SAINS KONSUMER) SENI REKA FESYEN VED3043 ELEMEN SENI REKA

Upload: shazwani95

Post on 11-Jan-2017

380 views

Category:

Design


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen asas seni reka

SHUHAILA BINTI NAHRAWI

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

(KELUARGA DAN SAINS KONSUMER)

SENI REKA FESYENVED3043

ELEMEN SENI REKA

Page 2: Elemen asas seni reka

*GARISAN/LINE

*Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Page 3: Elemen asas seni reka
Page 4: Elemen asas seni reka

*RUPA

*Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula.*Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar.*Rupa pula terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan rupa

organik. • Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi

tiga, segi empat, pyramid, bulat dll.• Rupa organik merupakan rupa bebas yang tidak bersudut

seperti rupa daun, buah, batu dll.*Rupa boleh diolah kepada dua bentuk iaitu rupa positif dan

rupa negatif.• Rupa positif  merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu

kawasan.• Rupa negatif merujuk kepada ruang di sekeliling rupa sesuatu

objek.

Page 5: Elemen asas seni reka

*RUPA ORGANIK

Page 6: Elemen asas seni reka

*RUPA GEOMETRIK

Page 7: Elemen asas seni reka

*RUPA POSITIF

Page 8: Elemen asas seni reka

*RUPA NEGATIF

Page 9: Elemen asas seni reka

*BENTUK/SHAPE

*Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.*Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.•Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar).•Bentuk ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catatan.

Page 10: Elemen asas seni reka

*BENTUK KONKRIT (3D)

Page 11: Elemen asas seni reka

*BENTUK ILUSI (2D)

Page 12: Elemen asas seni reka

*JALINAN

*Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.*Terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.• Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dll.• Jalinan tampak merujuk jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Page 13: Elemen asas seni reka

*JALINAN SENTUH

Page 14: Elemen asas seni reka

*JALINAN TAMPAK

Page 15: Elemen asas seni reka

*RUANG/ SPACE

*Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.*Ruang juga dibahagikan kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak.•Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.•  Ruang tampak ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catatan dan cetakan (bukan sebenar).

Page 16: Elemen asas seni reka

*RUANG NYATA

Page 17: Elemen asas seni reka

*RUANG TAMPAK

Page 18: Elemen asas seni reka

*WARNA/COLOR

*Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna penggenap dan warna sewarna.•Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna

(warna sekeluarga, selesa dan seimbang).•Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam

roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan. •Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang

mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).*Mempunyai 2 suhu warna iaitu  warna panas dan warna

sejuk.•Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga

kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb).•Warna sejuk ialah  warna antara hijau hingga ungu pada roda

warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.

Page 19: Elemen asas seni reka

*WARNA HARMONI

Page 20: Elemen asas seni reka

*WARNA PENGGENAP

Page 21: Elemen asas seni reka

*WARNA SEWARNA

Page 22: Elemen asas seni reka

*WARNA PANAS & SEJUK

Page 23: Elemen asas seni reka

TUGASAN 3:INDIVIDU (20%)

FOLIO SILHOUETTE PAKAIAN : MENGAPLIKASIKAN

ELEMEN SENI REKA KE DALAM SILHOUETTE

Page 24: Elemen asas seni reka

*PERKARA PENTING

*Mengaplikasikan elemen rekaan ke dalam 32 silhouette. *Menyiapkan folio silhouette dengan

lengkap.