ekonomi negeri selangor di tahun...

32
LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 1 BAB 1 EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011 1.0 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan prestasi ekonomi makro negeri Selangor di Tahun 2011. Perbincangan dimulakan dengan membentangkan secara ringkas maklumat mengenai prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi dunia di tahun 2011. Ini akan diikuti oleh perbincangan mengenai arah aliran ekonomi beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, rantau Euro, China, dan Jepun. Perbincangan arah aliran ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran kesan luaran daripada prestasi ekonomi rantau-rantau tersebut kepada ekonomi Malaysia yang amat terbuka dan berkait rapat dengan ekonomi-ekonomi negara lain di dunia. Ukuran utama yang digunakan bagi prestasi di dalam perbincangan ini ialah pertumbuhan nilai ditambah. Ini dilengkapkan dengan ukuran-ukuran arah aliran ekonomi secara berkategori (categorical); di antaranya, situasi gunatenaga serta nilai pelaburan langsung asing. PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA DI TAHUN 2011 Pada tahun 2011, kegiatan ekonomi dunia adalah sederhana dalam persekitaran pemulihan ekonomi yang tidak menentu di kalangan negara-negara maju. Di dalam tempoh separuh pertama tahun 2011, ekonomi-ekonomi dunia berkembang pada kadar yang tidak setara dengan ekonomi negara-negara maju mencatat kadar pertumbuhan yang erlahan. Amerika Syarikat (AS) dan kawasan euro terus bergelut dengan kadar pengangguran yang tinggi, tahap pembaharuan sektor kewangan yang perlahan serta aras defisit fiskal dan hutang yang tinggi. Sebaliknya, negara-negara yang membangun pesat (China, India, Korea) dan negara membangun lain terus mencatat pertumbuhan yang kukuh. Dasar monetari yang diperketatkan melalui kenaikan kadar faedah dan keperluan rizab berkanun serta nilai mata wang yang semakin kukuh telah memberi kesan ke atas prestasi pertumbuhan ekonomi di beberapa negara tersebut. Gangguan rantaian pengeluaran dan bekalan berikutan bencana gempa bumi di Jepun serta kekurangan pengeluaran minyak mentah akibat pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) juga telah menjejas kegiatan ekonomi dunia. Keadaan ekonomi dunia telah menjadi semakin mencabar di tempoh separuh kedua 2011. Walau bagaimanapun, momentum pertumbuhan yang mantap di China, India dan ekonomi lain yang berkembang pesat dijangka akan berterusan dengan disokong oleh permintaan domestik

Upload: ngodien

Post on 28-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 1

BAB 1

EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011

1.0 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan prestasi ekonomi makro negeri Selangor di Tahun 2011. Perbincangan dimulakan dengan membentangkan secara ringkas maklumat mengenai prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi dunia di tahun 2011. Ini akan diikuti oleh perbincangan mengenai arah aliran ekonomi beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, rantau Euro, China, dan Jepun. Perbincangan arah aliran ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran kesan luaran daripada prestasi ekonomi rantau-rantau tersebut kepada ekonomi Malaysia yang amat terbuka dan berkait rapat dengan ekonomi-ekonomi negara lain di dunia.

Ukuran utama yang digunakan bagi prestasi di dalam perbincangan ini ialah pertumbuhan nilai ditambah. Ini dilengkapkan dengan ukuran-ukuran arah aliran ekonomi secara berkategori (categorical); di antaranya, situasi gunatenaga serta nilai pelaburan langsung asing.

PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA DI TAHUN 2011

Pada tahun 2011, kegiatan ekonomi dunia adalah sederhana dalam persekitaran pemulihan ekonomi yang tidak menentu di kalangan negara-negara maju. Di dalam tempoh separuh pertama tahun 2011, ekonomi-ekonomi dunia berkembang pada kadar yang tidak setara dengan ekonomi negara-negara maju mencatat kadar pertumbuhan yang erlahan. Amerika Syarikat (AS) dan kawasan euro terus bergelut dengan kadar pengangguran yang tinggi, tahap pembaharuan sektor kewangan yang perlahan serta aras defisit fiskal dan hutang yang tinggi. Sebaliknya, negara-negara yang membangun pesat (China, India, Korea) dan negara membangun lain terus mencatat pertumbuhan yang kukuh. Dasar monetari yang diperketatkan melalui kenaikan kadar faedah dan keperluan rizab berkanun serta nilai mata wang yang semakin kukuh telah memberi kesan ke atas prestasi pertumbuhan ekonomi di beberapa negara tersebut. Gangguan rantaian pengeluaran dan bekalan berikutan bencana gempa bumi di Jepun serta kekurangan pengeluaran minyak mentah akibat pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) juga telah menjejas kegiatan ekonomi dunia.

Keadaan ekonomi dunia telah menjadi semakin mencabar di tempoh separuh kedua 2011. Walau bagaimanapun, momentum pertumbuhan yang mantap di China, India dan ekonomi lain yang berkembang pesat dijangka akan berterusan dengan disokong oleh permintaan domestik

Page 2: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 2

yang mapan. Sebaliknya, pertumbuhan di negara-negara maju utama seperti kawasan euro, AS dan Jepun dijangka semakin lemah. Risiko pertumbuhan yang lebih perlahan semakin meningkat berikutan kedudukan fiskal di negara maju yang terhad disebabkan oleh tahap defisit fiskal dan hutang awam yang tinggi. Pengambilan langkah monetari selanjutnya adalah terhad di dalam senario kadar faedah yang sudah terlalu rendah. Jumlah hutang isi rumah yang tinggi di AS telah menghakis keyakinan dan mengekang perbelanjaan pengguna. Di samping itu, penularan risiko krisis hutang berdaulat (sovereign debt) ke kawasan euro telah menjejaskan keyakinan peniaga dan pelabur. Pertumbuhan ekonomi di AS dan kawasan euro yang semakin perlahan dijangka mengekang sedikit pertumbuhan ekonomi negara membangun yang berkembang pesat dan negara membangun lain yang bergantung kepada eksport. Mengambil kira ketidaktentuan ini, pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun 2011 pada keseluruhannya telah ditelah pada sekitar 4% (2010: 5.1%).

Ekonomi Amerika Syarikat (AS)

Pertumbuhan ekonomi AS berkembang pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 1.9% dalam tempoh separuh pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 2.8%) berikutan pertumbuhan perbelanjaan isi rumah yang sederhana dan penguncupan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan isi rumah yang melebihi 70% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kekal rendah. Perbelanjaan isi rumah ini meningkat 2.5% disebabkan kadar pengangguran yang terus tinggi pada purata 9% (Januari – Ogos 2010: 9.6%). Peningkatan harga makanan dan bahan api juga turut memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah.

Perbelanjaan penggunaan kerajaan dan pelaburan kasar merosot 1.7% (Januari – Jun 2010: 1%) berikutan pengurangan peruntukan yang mengakibatkan perbelanjaan yang lebih rendah dalam sektor pertahanan, negeri dan kerajaan tempatan. Keadaan pasaran buruh yang lemah memberi tekanan terhadap penurunan harga rumah dan mengakibatkan pelaburan dalam rumah kediaman menguncup 5% (Januari – Jun 2010: -1.3%).

Perumahan baharu dan permit pembinaan bangunan masing-masing menyusut 2.9% dan 4.3% (Januari – Ogos 2010: 11.5%; 10.2%) akibat daripada lebihan hartanah yang disita. Pembinaan komersial mencatat pertumbuhan 2.5% (Januari

– Jun 2010: -22.8%) berikutan pengawalan ketat pinjaman oleh bank. Walau bagaimanapun, ekonomi AS telah mendapat faedah daripada pelaburan perniagaan dalam peralatan dan perisian baru yang merekodkan pertumbuhan 11.6% (Januari – Jun 2010: 12%), didorong oleh keuntungan korporat yang kukuh. Peningkatan eksport sebanyak 8.1% (Januari – Jun 2010: 12.1%) juga telah menyumbang kepada keseluruhan pertumbuhan.

Page 3: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 3

Indeks pembuatan Institute for Supply Management merosot 10.8 mata peratus daripada 61.4% di Februari 2011 kepada 50.6% pada Ogos 2011. Ini adalah nilai paling rendah sejak Julai 2009. Trend penurunan ini adalah akibat daripada harga komoditi yang lebih tinggi dan gangguan rantaian bekalan, terutama sekali dalam industri automobil.

Pada Ogos 2011, indeks bukan pembuatan telah berada pada tahap yang rendah, iaitu 53.3% berbanding 59.7% pada Februari, iaitu nilai yang tertinggi sejak 2008. Sementara itu, inflasi mencecah 3.8% pada bulan Ogos (Ogos 2010: 1.1%) berbanding 1.6% yang dicatat pada Januari 2011 disebabkan harga bahan api yang semakin meningkat akibat gangguan bekalan minyak, kesan pergolakan di Timur Tengah. Sehaluan dengan risiko ekonomi yang semakin meningkat, Federal Reserve Board telah mengekalkan kadar polisinya antara 0.00% dan 0.25% sejak Disember 2008 dan komited untuk mengekalkannya sehingga pertengahan tahun 2013. Antara risiko ekonomi termasuk kadar pengangguran yang tinggi, isu defisit fiskal, kelembapan pasaran perumahan dan peningkatan harga makanan. Keyakinan perniagaan dan pengguna turut terjejas akibat kelewatan kerajaan dalam mencapai persetujuan mengenai siling hutang fiskal. Keadaan ini juga telah menyebabkan Standard & Poor’s menurunkan penarafan hutang kerajaan AS daripada AAA kepada AA+ dengan prospek yang negatif. Berikutan penurunan penarafan dan kebimbangan mengenai risiko kelembapan ekonomi dunia, pertumbuhan suku kedua AS yang lemah dan krisis hutang berdaulat kawasan euro yang semakin teruk, indeks Dow Jones Industrial Average (Dow Jones) telah merosot 512.76 mata pada 4 Ogos 2011. Pada tahun 2011, AS dijangka mencatat pertumbuhan yang semakin perlahan, iaitu 1.5% (2010: 3.0%).

Ekonomi Rantau Euro

Kawasan euro tumbuh 2.1% dalam separuh pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 1.4%). Walau bagaimanapun, angka-angka pertumbuhan bagi 17 negara anggota adalah pada kadar yang tidak setara, dengan Jerman dan Perancis mencatat prestasi yang lebih baik dari negara-negara lain. Portugal, Ireland dan Greece terus lembab akibat masalah hutang berdaulat. European Central Bank telah menaikkan kadar polisi sebanyak dua kali, iaitu 25 mata asas setiap kali kepada 1.5% pada tahun ini untuk mengekang inflasi yang berada pada tahap 2.5% (Ogos 2010: 1.6%). Pada tahun 2011, ekonomi kawasan euro dijangka berkembang 1.6% (2010: 1.8%).

Jerman, ekonomi terbesar di kawasan euro, mencatat pertumbuhan 3.7% (Januari – Jun 2010: 3.7%) disumbang sebahagian besarnya oleh eksport yang kukuh. Eksport berkembang 15.7% (Januari – Jun 2010: 16.2%) disokong oleh permintaan yang tinggi, terutamanya untuk kenderaan bermotor, peralatan jentera, produk kimia dan peralatan elektrik. Pertumbuhan juga disokong oleh permintaan domestik dengan pelaburan meningkat sebanyak 9.6%, sementara penggunaan swasta mencatat peningkatan sederhana 1.7%.

Page 4: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 4

Kadar pengangguran menyusut kepada 7.0% (akhir Ogos 2010: 7.6%) berikutan permintaan guna tenaga yang lebih tinggi, terutamanya dalam industri automobil. Inflasi meningkat 2.3% (Ogos 2010: 1%) akibat peningkatan caj tenaga dan elektrik berikutan harga minyak yang tinggi. Pertumbuhan keseluruhan pada tahun 2011 dijangka pada tahap 2.7% (2010: 3.6%). KDNK Perancis berkembang 1.9% (Januari – Jun 2010: 1.4%), didorong terutamanya oleh pelaburan yang meningkat 3.5% dan penggunaan swasta, yang meningkat 1.2% (Januari – Jun 2010: -3.4%; 1.3%). Pengeluaran pembuatan berkembang 5.1%, dijana oleh peningkatan pengeluaran peralatan mesin, elektrikal dan elektronik (8.0%) serta peralatan pengangkutan (5.3%). Inflasi meningkat 2.2% (Ogos 2010: 1.4%) akibat harga tenaga dan komoditi dunia yang tinggi. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi Perancis dijangka berkembang 1.7% (2010: 1.4%).

Ekonomi Jepun

Ekonomi Jepun menguncup 1.0% (Januari – Jun 2010: 4.4%) akibat kemerosotan di dalam penggunaan swasta dan penguncupan mendadak dalam sektor pembuatan berikutan bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011. Dari segi permintaan, penggunaan swasta menguncup 0.8% (Januari – Jun 2010: 2.2%) disebabkan pengurangan kadar perbelanjaan isi rumah kesan daripada keyakinan pengguna yang semakin lemah. Indeks keyakinan pengguna mencatat bacaan di bawah 50 mata daripada 41.1 mata pada Januari 2011 kepada 36.2 mata pada Jun 2011. Di samping itu, eksport mencatat pertumbuhan sederhana pada 8.0% (Januari – Jun 2010: 43.5%) disebabkan gangguan rantaian bekalan yang membataskan jualan luar negeri. Walau bagaimanapun, pelaburan swasta mula meningkat berikutan usaha pembangunan semula dengan pelaburan kediaman meningkat 4.2% dan perniagaan 1.1% (Januari – Jun 2010: -14.3%; -1.5%).

Dari sudut penawaran, sektor pembuatan menguncup, dengan Purchasing Managers’ Index (PMI) mencatat purata 49.7 mata (Januari – Jun 2010: 53.3 mata). Penguncupan ini adalah akibat besarnya daripada gangguan rantaian bekalan yang memberi kesan kepada pengeluar utama di wilayah Iwate, Miyagi, Fukushima dan Ibaraki. Gangguan bekalan tenaga elektrik berikutan penutupan loji jana kuasa nuclear Fukushima turut menjejaskan pengeluaran. Jualan runcit menguncup 2.3% (Januari – Jun 2010: 3.7%) dengan penurunan jualan kenderaan bermotor dan jentera. Kadar pengangguran adalah lebih rendah pada 4.7% (Julai 2010: 5.1%) berikutan langkah kerajaan melanjutkan tempoh program bantuan kewangan sementara yang diperkenalkan pada September 2010 ke tahun 2011. Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.2% (Julai 2010: -1%) disebabkan terutamanya oleh kos tenaga dan pengangkutan yang lebih tinggi. Bank of Japan terus mengekalkan kadar polisi antara 0.0% dan 0.10% untuk menggalakkan pertumbuhan kredit. KDNK Jepun dijangka menguncup 0.5% pada tahun 2011 (2010: 4%).

Ekonomi Negara-Negara Membangun

KDNK China tumbuh kukuh pada kadar 9.6% (Januari – Jun 2010: 11.1%), didorong oleh permintaan domestik yang mantap. Penggunaan swasta meningkat berikutan perbelanjaan per kapita di bandar dan luar bandar yang lebih tinggi, iaitu masing-masing pada kadar 13.2% dan 20.4% (Januari – Jun 2010: 10.2%; 12.6%). Pelaburan awam kukuh pada 25.6% (Januari – Jun 2010: 25%) dengan disumbang sebahagian besarnya oleh pelaksanaan rancangan perumahan kos rendah kerajaan. Di samping itu, pelaburan swasta bagi hartanah meningkat 32.9% (Januari – Jun 2010: 38.1%) hasil permintaan bagi unit kediaman yang kukuh. Eksport berkembang sebanyak 24% (Januari – Jun 2010: 35.2%) walau pun di dalam keadaan nilai mata wang yuan lebih kukuh dan pemulihan eksport ke AS dan Kesatuan Eropah (EU) yang perlahan

Page 5: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 5

Sektor pembuatan berkembang pada kadar yang lebih perlahan berikutan permintaan luar yang sederhana. PMI pembuatan telah mencatat purata 52.4 mata (Januari – Jun 2010: 54.1 mata). Pertumbuhan jualan runcit adalah lebih sederhana iaitu 16.8% (Januari – Jun 2010: 18.2%) berikutan jualan kenderaan yang rendah disebabkan oleh penghapusan subsidi oleh kerajaan bagi pembelian kenderaan cekap tenaga di seluruh negara dan pengenalan had pembelian kereta baharu. IHP meningkat kepada 6.2% (Ogos 2010: 3.5%) disebabkan oleh harga makanan dan perumahan yang lebih tinggi (13.4%, 5.5%).

People’s Bank of China telah meningkatkan keperluan rizab berkanun institusi kewangan utama sebanyak enam kali sejak Januari 2011

kepada 21.5% bagi mengawal pertumbuhan pinjaman. Pada tahun 2011, kadar polisi dinaikkan 25 mata asas sebanyak tiga kali kepada 3.50% pada akhir bulan Julai untuk membendung inflasi. Pada tahun 2011, KDNK China dijangka berkembang 9.5% (2010: 10.3%).

KDNK Republik Korea berkembang 3.8% dalam tempoh separuh pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 8%). Pertumbuhan telah disokong oleh eksport kukuh yang berkembang 24.2% (Januari – Jun 2010: 34.3%) berikutan permintaan ke atas elektronik, kenderaan bermotor dan petrokimia yang lebih tinggi. Penggunaan swasta terus meningkat 3% (Januari – Jun 2010: 5%) disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan yang lebih tinggi ke atas kenderaan dan produk audio- visual manakala pelaburan swasta, terutamanya bagi kemudahan pembuatan meningkat 9.5% (Januari – Jun 2010: 29.8%). Sektor pembuatan berkembang 8.5% (Januari – Jun 2010: 19.8%) disokong oleh pengeluaran produk elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan dan produk petroleum yang lebih tinggi. Ini dicerminkan oleh PMI pembuatan yang mencatat purata 52.3 mata (Januari – Jun 2010: 55.7 mata). Subsektor perdagangan borong dan runcit berkembang 7.7% (Januari – Jun 2010: 9.1%) disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi berikutan pendapatan yang meningkat. Di samping itu, kadar pengangguran berkurang kepada 3% pada Ogos 2011 berbanding 4.5% rekod tertinggi yang dicatat pada Februari 2011 (Ogos 2010: 3.3%) hasil daripada peluang pekerjaan yang lebih baik dalam sektor swasta. Inflasi kekal tinggi. Bagi membendung tekanan inflasi, Bank of Korea telah menaikkan kadar polisi penanda aras tiga kali kepada 3.25% sejak Januari 2011. Bagi tahun 2011, dengan mengambil kira jangkaan prestasi eksport yang lebih baik, terutamanya ke China dan Jepun serta permintaan domestik yang lebih kukuh dalam tempoh separuh kedua 2011, pertumbuhan dijangka stabil pada kadar 3.9% (2010: 6.2%)

Ekonomi India berkembang 7.8% (Januari – Jun 2010: 9.1%) terutamanya hasil daripada kepesatan sektor perkhidmatan yang meningkat dan pertanian yang masing-masing tumbuh 9.3% dan 5.7% (Januari – Jun 2010: 10.2%; 1.7%). Subsektor perdagangan, hotel, pengangkutan dan komunikasi mencatat pertumbuhan 11.0% (Januari – Jun 2010: 12.9%). Pertumbuhan dalam penggunaan swasta, perbelanjaan dan pelaburan kerajaan turut menyumbang kepada pengembangan ekonomi. Sementara itu, inflasi yang diukur oleh indeks harga borong kekal tinggi pada 9.8% (Ogos 2010: 8.9%) kesan daripada harga makanan dan bahan api yang tinggi.

Page 6: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 6

Tekanan inflasi yang berterusan telah mendorong Reserve Bank of India mengetatkan dasar monetari sejak Januari 2010. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2011, kadar polisi telah dinaikkan sebanyak enam kali kepada 8.25%. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi India dijangka mencatat 7.8% (2010: 10.1%) dengan disokong oleh pembangunan infrastruktur, pelaburan swasta dan permintaan pengguna.

Ekonomi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

Ekonomi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mencatat pertumbuhan positif berikutan permintaan luar dan domestik yang meningkat. Ini mencerminkan kekukuhan keseluruhan ekonomi dan kewangan di rantau ini. KDNK Indonesia berkembang 6.5% (Januari – Jun 2010: 5.9%) didorong sebahagian besarnya oleh eksport yang kukuh, pelaburan yang cergas dan penggunaan swasta yang teguh. Eksport berkembang 14.9% berikutan permintaan komoditi yang lebih tinggi seperti getah dan kelapa sawit. Pelaburan turut meningkat 8.3% disumbang sebahagian besarnya oleh perbelanjaan bagi import jentera dan kelengkapan. Penggunaan swasta meningkat 4.5% berikutan pengangguran yang semakin menurun dan kadar upah yang terus meningkat. Inflasi meningkat secara sederhana kepada 4.8% (Ogos 2010: 6.4%), mencerminkan penurunan harga semua kategori perbelanjaan, terutamanya makanan. Bank Indonesia telah mengekalkan kadar polisi pada 6.75% sejak bulan Februari dalam keadaan tekanan inflasi yang rendah. Pada tahun 2011, ekonomi Indonesia dijangka berkembang 6.5% (2010: 6.1%).

Ekonomi Filipina meningkat secara 4.0% di separuh pertama tahun 2011 (Januari – Jun 2010: 8.7%) di dalam persekitaran pelaburan awam yang rendah dan prestasi perdagangan luar yang kurang memberangsangkan. Penurunan yang ketara telah berlaku di dalam aktiviti sektor pembinaan awam, manakala eksport, terutamanya komponen elektronik, terjejas akibat gangguan rantaian bekalan global berikutan gempa bumi di Jepun. Inflasi meningkat 4.7% (Ogos 2010: 4%) disebabkan terutamanya oleh harga minyak dan makanan yang semakin meningkat. Pada bulan Mei, Bangko Sentral ng Pilipinas telah menaikkan kadar polisi kepada 4.50%. Pada tahun 2011, KDNK Filipina dijangka berkembang antara 7.0% dan 8.0% (2010: 7.6%).

Pertumbuhan KDNK Singapura meningkat 4.9% di separuh pertama tahun 2011 (Januari – Jun 2010: 18%). Output pembuatan adalah lebih perlahan denganmeningkat 4.2% (Januari – Jun 2010: 41.5%). Ini telah disumbang terutamanya oleh peningkatan dalam industri bioperubatan dan elektronik. Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan (5.7%) telah dipacu terutamanya oleh aktiviti perkhidmatan kewangan yang berkembang 10.7% berikutan peningkatan jumlah pinjaman kepada pengguna dan perniagaan. Inflasi berada pada tahap 5.7% (Ogos 2010: 3.3%) disebabkan terutamanya oleh kenaikan kos pengangkutan, perumahan dan makanan. Singapura mengalami aliran keluar modal yang besar iaitu SGD9.7 bilion (April – Jun 2010: SGD4.4 bilion) pada suku kedua 2011 berikutan kadar faedah yang lebih menarik di luar negara. Pada tahun 2011, ekonomi Singapura dijangka berkembang antara 5.0% dan 6.0% (2010: 14.5%).

Page 7: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 7

KDNK Thailand berkembang pada kadar 2.9% di separuh pertama tahun 2011 (Januari – Jun 2010: 10.6%), disebabkan sebahagian besarnya oleh perbelanjaan penggunaan swasta dan pelaburan awam yang lebih rendah. Penggunaan swasta berkembang 3.0% (Januari – Jun 2010: 5.2%) hasil terutamanya oleh jualan kenderaan bermotor yang perlahan akibat gangguan bekalan komponen elektronik automotif. Pelaburan awam menyusut 5.9% (Januari – Jun 2010: 0.3%) kesan daripada pembayaran yang lebih rendah bagi projek di bawah pakej rangsangan. Inflasi adalah lebih tinggi, iaitu 4.3% (Ogos 2010: 3.3%) disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga bahan api dan makanan. Bank of Thailand menaikkan kadar polisi enam kali berturut kepada 3.50% sejak Januari 2011 bagi mengekang tekanan inflasi. Pada tahun 2011, ekonomi Thailand dijangka mencatat pertumbuhan 4.0% (2010: 7.8%).

KDNK Vietnam berkembang 5.6% (Januari – Jun 2010: 6.2%) disumbang terutamanya oleh prestasi mantap dalam sektor pembuatan (7.6%), pertanian (3.3%) dan perkhidmatan (6.1%), terutamanya subsektor perdagangan runcit (22.6%). Inflasi melonjak 23.0% (Ogos 2010: 8.2%) akibat peningkatan di dalam kos makanan, pengangkutan dan bahan pembinaan. Pada Julai 2011, State Bank of Vietnam mengurangkan kadar polisi kepada 14.0%, pengurangan pertama sejak Oktober 2010 bagi menyokong pertumbuhan. Pada tahun 2011, pertumbuhan KDNK Vietnam dijangka mencatat 6.0% (2010: 6.8%).

Pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN yang lain dijangka kukuh dengan pertumbuhan positif di Kemboja (6.8%), Lao PDR (8.1%), Myanmar (5.3%) dan Brunei Darussalam (1.7% ) (2010: 6.3%; 7.5%; 5.3%, 2.0%).

Pertumbuhan di rantau MENA (Middle East & North Africa)

Pertumbuhan di rantau MENA telah diunjur pada kadar 4.0% bagi tahun 2011 (2010: 4.4%) dengan kadar yang berbeza-beza dari negara ke negara. Negara-negara pengeksport minyak, termasuk Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Algeria, dijangka berkembang pada kadar 4.9% (2010: 4.4%). Qatar dan Arab Saudi dijangka terus menerajui pertumbuhan KDNK. Pertumbuhan di Qatar pada kadar 18.7% (2010: 16.6%) dijangka disumbangkan oleh pengeluaran gas asli yang lebih tinggi, pelaburan dalam kapasiti eksport gas dan infrastruktur fizikal untuk pendidikan, kesihatan dan pengangkutan. Sementara itu, Arab Saudi yang berkembang 6.5% (2010: 4.1%) mendapat manfaat daripada pelaburan infrastruktur kerajaan.

Pertumbuhan di negara pengimport minyak, termasuk Mesir, Tunisia, Lubnan dan Jordan dijangka perlahan pada 1.4% (2010: 4.5%). Pertumbuhan di Mesir dianggar lebih perlahan pada 1.2% (2010: 5.1%) manakala ekonomi Tunisia dijangka mencatat 0.0% (2010: 3.1%) berikutan pergolakan politik pada awal tahun yang memberi kesan kepada sektor pelancongan serta keyakinan pelabur.

Ekonomi Sub-Sahara Afrika

Pada tahun 2011, pertumbuhan di Sub-Sahara Afrika dijangka pada kadar 5.2% (2010: 5.4%) disumbang oleh permintaan domestik yang kukuh, pengeluaran minyak yang lebih tinggi, peningkatan hasil pertanian dan pelaburan dalam infrastruktur. Ghana dijangka mencatat kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 13.5% (2010: 7.7%) hasil terutamanya oleh pengeluaran minyak dari Jubilee Field yang mula beroperasi sejak Disember 2010. KDNK Angola diunjur meningkat 3.7% (2010: 3.4%), disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi dan pelaksanaan semula Public Investment Programme oleh kerajaan. Afrika Selatan, yang merupakan ekonomi terbesar di rantau ini diunjur mencatat pertumbuhan sederhana 3.4% (2010: 2.8%), kesan

Page 8: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 8

daripada permintaan domestik yang lemah berikutan pelaburan yang terus terjejas akibat lebihan kapasiti.

Ekonomi Komanwel Negara Merdeka

Pada tahun 2011, ekonomi di Komanwel Negara Merdeka (CIS) dijangka kekal stabil sebanyak 4.6% (2010: 4.6%), walaupun terdapat perbezaan pertumbuhan antara negara di rantau ini. Pertumbuhan disokong oleh harga komoditi yang lebih tinggi. Ekonomi Rusia diunjur berkembang 4.3% (2010: 4%), disumbang sebahagiannya oleh harga minyak yang semakin meningkat. Hasil minyak yang lebih tinggi dijangka mengurangkan defisit belanjawan kepada 1.3% daripada KDNK berbanding anggaran awal 3.6% (2010: 5.3%). Walau bagaimanapun, inflasi yang lebih tinggi dijangka mengekang penggunaan swasta. Inflasi adalah 9.4% pada Jun 2011 (Jun 2010: 5.8%) disebabkan peningkatan harga makanan. Sementara itu, pertumbuhan di Turkmenistan dianggar tinggi pada 9.9% dan Uzbekistan sebanyak 7.1% (2010: 9.2%; 8.5%), disumbang sebahagian besarnya oleh harga gas yang lebih tinggi, kekukuhan permintaan domestik, pelaburan awam dan eksport komoditi. Walau bagaimanapun, harga makanan yang lebih tinggi dijangka meningkatkan IHP kepada 6.1% di Turkmenistan dan 13.1% di Uzbekistan (2010: 4.4%; 9.4%).

Ekonomi Amerika Latin

Pada tahun 2011, rantau Amerika Latin dan Caribbean (LAC) diunjur mencatat pertumbuhan KDNK dengan kadar purata 4.5% (2010: 6.1%). Negara di Amerika Selatan dijangka terus menerajui pertumbuhan disokong oleh harga komoditi dan kemasukan modal yang tinggi, yang akan meningkatkan lagi permintaan domestik. Argentina, Chile, Paraguay dan Peru dijangka mencatat pertumbuhan kukuh melebihi 6% pada tahun 2011. Inflasi terus kekal rendah di Chile dan Peru disebabkan dasar monetary yang lebih ketat dan kenaikan nilai mata wang. Walau bagaimanapun, dalam tempoh separuh pertama 2011, purata IHP Argentina adalah 9.9% disebabkan oleh peningkatan permintaan dan kekangan bekalan terutamanya makanan.

Brazil dianggar mencatat pertumbuhan sederhana 3.8% (2010: 7.5%) disebabkan sebahagiannya oleh dasar monetari yang lebih ketat untuk mengurangkan kenaikan inflasi. Banco Central do Brasil telah menaikkan kadar cukai ke atas jualan bon dan pinjaman luar sebanyak 6% pada bulan Mac, dan mengekalkan kadar polisi sekitar 12% sejak bulan Januari serta menetapkan syarat rizab berkanun ke atas pegangan mata wang dolar AS bagi jangka masa pendek.

Di Mexico, pertumbuhan dijangka sederhana 3.8% (2010: 5.4%) disebabkan permintaan luar yang masih terhad terutamanya daripada AS. Sementara itu, ekonomi Amerika Tengah dijangka mencatat pertumbuhan sederhana 3.9% dan Caribbean 3.3% (2010: 3.7%; 3.3%), berikutan pemulihan perlahan bagi kiriman wang dan pelancongan serta terma perdagangan yang kurang menggalakkan.

Page 9: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 9

1.1 EKONOMI MALAYSIA1 DI TAHUN 2011

Ekonomi Malaysia terus berkembang di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 4.4% bagi tempoh separuh pertama tahun 2011. Pertumbuhan yang sederhana ini telah terhasil dengan eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah daripada jangkaan, krisis hutang berdaulat euro yang berlarutan, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Pertumbuhan yang sederhana ini juga lahir daripada kesan asas pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tempoh yang sama pada 2010, iaitu 9.5%. Momentum pertumbuhan dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh. Pertumbuhan ini juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh. Berdasarkan kepada keadaan ini, ekonomi Malaysia dianggar berkembang pada kadar 5.2% bagi keseluruhan 2011 (2010: 7.2%).

Jadual 1.1 Ringkasan Anggaran Prestasi Ekonomi Malaysia di Tahun 2010-2011

UKURAN

Nilai Bagi Tahun (RM Juta)

Pertumbuhan (%)

2010 2011 2010 2011

Penduduk (Juta) 28.3 28.6 2.0% 1.1%

KNK (Harga 2000) (RM Bil) 559.6 588.4 11.1% 5.2%

KNK per kapita (Harga 2000) (RM) 19,807 20,609 4.8% 4.0%

KNK (Harga Semasa) (RM Bil) 739.5 820.2 11.1% 10.9%

KNK per kapita (Harga Semasa) (RM)

26,175 28,725 9.7% 9.7%

Pendapatan per kapita (Pariti Kuasa Beli)

14,110 16,529 5.2% 17.1%

Sumber: Laporan Ekonomi 2011/12, Kementerian Kewangan Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka disokong oleh perbelanjaan pengguna yang mapan dengan diperkukuh oleh aktiviti pelaburan yang teguh. Perbelanjaan pengguna dijangka mencatat pertumbuhan kukuh disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan pekerjaan yang stabil. Harga komoditi pertanian yang kekal kukuh juga menyokong peningkatan perbelanjaan isi rumah luar bandar. Sementara itu, pelaburan swasta dijangka terus kukuh dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelaburan yang berterusan dalam industri yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan berasaskan sumber. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang rancak dalam tempoh separuh pertama 2011 (RM21.2 bilion) dijangka berterusan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama Kerajaan seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan, terutamanya dalam sektor

1 Pemperihalan mengenai situasi ekonomi Malaysia adalah merupakan sedutan dan ringkasan daripada analisis, telahan dan pemperihalan yang terdapat di dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada akhir Oktober 2011.

Page 10: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 10

minyak dan gas serta perkhidmatan. Perbelanjaan awam dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi dengan pengembangan perbelanjaan modal oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

Semua sektor pengeluaran, kecuali perlombongan, dijangka mencatat pertumbuhan yang positif. Sektor perlombongan dijangka merosot disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah. Seiring dengan penggunaan swasta yang teguh, sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang kukuh dengan prestasi yang menggalakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi. Walaupun output elektrik dan elektronik (E&E) dan kelengkapan pengangkutan merosot dalam tempoh separuh pertama 2011, sector pembuatan dijangka merekodkan pertumbuhan positif disokong oleh output industri berkaitan pembinaan dan berasaskan sumber yang kukuh. Sementara itu, sektor pertanian yang merosot dalam tempoh suku pertama 2011, dijangka kembali cergas dalam tempoh separuh kedua 2011 dipacu oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit dan getah serta komoditi makanan. Pertumbuhan sektor pembinaan dijangka didokong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi bagi segmen kediaman dan projek kejuruteraan awam yang rancak dalam tempoh separuh kedua 2011. Imbangan pembayaran (BOP) dijangka kekal kukuh pada 2011 dengan lebihan akaun semasa yang lebih tinggi sebanyak RM89.3 bilion atau 10.9% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK), disokong oleh lebihan akaun barangan. Walaupun import akan terus meningkat sejajar dengan penggunaan domestik dan aktiviti pelaburan yang lebih mantap, lebihan perdagangan dijangka berkembang lebih besar didorong oleh hasil eksport yang lebih tinggi dan harga komoditi yang kukuh. Dalam akaun kewangan, aliran masuk FDI dijangka terus stabil, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas-asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta inisiatif transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi pada tahun 2011, pendapatan negara seperti yang diukur berdasarkan PNK dianggar berkembang 10.9% kepada RM820.2 bilion dengan pendapatan per kapita meningkat 9.7% kepada RM28,725 (2010: 11.1%; RM739.5 bilion, 9.7%; RM26,175). Oleh itu, pendapatan nominal per kapita dari segi pariti kuasa beli (PPP) dijangka meningkat 17.1% kepada USD16,529 pada 2011 (2010: 5.2%; USD14,110).

1.2 EKONOMI SELANGOR DI TAHUN 2011

Ekonomi Selangor dianggarkan merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2011 di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar hasil daripada peningkatan di dalam permintaan domestik di dalam suasana eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Pertumbuhan yang sederhana ini juga lahir daripada kesan asas pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tahun 2010, iaitu 10.8%. Momentum pertumbuhan dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh serta pelaksanaan inisiatif polisi ekonomi makro negara yang merangsang penggunaan dan pelaburan swasta. Keyakinan peniaga dan pengguna serta pemulihan ekonomi serantau menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mengaktifkan ekonomi yang juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh. KDNK negeri Selangor dianggar

Page 11: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 11

berkembang pada kadar 5.9% bagi keseluruhan 2011 (2010: 10.8%).

Jadual 1.2 Ringkasan Anggaran Prestasi Ekonomi Selangor di Tahun 2009-20112

UKURAN Nilai Bagi Tahun (RM Juta) Pertumbuhan (%)

2009 2010 2011 2010 2011

Penduduk 5,180 5,288 5,386 2.1% 1.9%

KDNK (Harga 2000) (RM Juta) 116,222* 128,815* 136,442 10.8% 5.9%

KDNK per kapita (Harga 2000) (RM)

22,437 24,360 25,333 8.6% 4.0%

KDNK (Harga Semasa) (RM Juta) 151,787 173,121 194,584 14.1% 12.4%

KDNK per kapita (Harga Semasa) (RM)

29,302 32,738 36,128 11.7% 10.4%

KDNK per kapita (Pariti Kuasa Beli) 15,627 17,494 19,331 12.0% 10.5%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor *Anggaran Jabatan Perangkaan Malaysia

Pertumbuhan di dalam nilai ditambah sektor-sektor ekonomi negeri adalah menyeluruh. Peratus pertumbuhan tertinggi dicatat oleh sektor Perkhidmatan Kerajaan. Pengeluaran sektor pembuatan dijangka meningkat berikutan permintaan luar yang bagi produk elektrik dan el0ektronik. Peningkatan di dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta dijangka merangsang industri berorientasi domestik seperti kelengkapan pengangkutan dan bahan industri pembinaan. Sektor pertanian dijangka terus berkembang dengan dibantu oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor bukan komoditi. Nilai ditambah sektor pembinaan dijangka meningkat berikutan peningkatan permintaan hartanah. Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkhidmatan adalah dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, komunikasi serta kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.

Ringkasan Prestasi Ekonomi Makro Negeri Selangor

2 Semua anggaran nilai output sektor-sektor ekonomi negeri Selangor yang digunakan untuk menganggar nilai-nilai ditambah dan

KDNK bagi tahun 2010 adalah diasaskan di atas data yang diperolehi sehingga Ogos 2010. Semakan pada data yang telah digunakan di dalam laporan-laporan sebelum ini memerlukan semakan terhadap anggaran bagi tahun-tahun sebelum 2010.

Page 12: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 12

Negeri Selangor dianggarkan merekod pertumbuhan positif di dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di tahun 2011. KDNK pada harga malar tahun 2000 bagi keseluruhan tahun 2011 dianggarkan mencatat pertumbuhan 5.9% (2010: 10.8%). Sehaluan dengan persekitaran ekonomi negara yang berkembang, jumlah nilai ditambah negeri bagi tahun 2011 dianggarkan meningkat ke RM136,442 juta dalam harga malar (2010: RM128,815 juta). Dalam harga semasa ianya dianggarkan bernilai RM194,484 juta (2010: RM173,121 juta). Ini menghasilkan KDNK per kapita negeri bernilai RM25,333 pada harga malar (2010: RM24,360), iaitu meningkat 4.0% (2010: 8.6%). Dalam harga semasa, KDNK per kapita meningkat ke RM36,128 (2010: RM32,738). Ini membawa kepada peningkatan taraf hidup dengan KDNK per kapita dalam ukuran pariti kuasa beli dianggarkan meningkat 10.5% ke USD19,331 (2010: USD17,494) (Sila rujuk Jadual 1.2).

Rajah 1.1 Selangor: KDNK Per Kapita (RM) 2005-2011

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Jadual 1.3 Negeri Selangor: KDNK , Penduduk dan KDNK per Kapita 2005-2011

Tahun

KDNK (Harga 2000)

(RM Juta)

Jumlah Penduduk

('000)

KDNK Per

Kapita (RM)

2005 96,008 4,376 21,940

2006 100,529 4,850 20,728

2007 108,242 4,962 21,814

2008 117,352 5,071 23,142

2009 116,222 5,179 22,441

2010 128,815 5,288 24,360

2011* 136,442 5,386 25,333

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. *Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

ARAH ALIRAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

20,000

21,000

22,000

23,000

24,000

25,000

26,000

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Page 13: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 13

Pertumbuhan sederhana ekonomi negeri Selangor disokong oleh perbelanjaan pengguna yang mapan. Perbelanjaan pengguna dijangka mencatat pertumbuhan dengan disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan pekerjaan yang stabil. Pelaburan swasta dijangka terus kukuh dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelaburan yang berterusan dalam industri yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan berasaskan sumber. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka berterusan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Perbelanjaan awam dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi dengan pengembangan perbelanjaan modal. Semua sektor pengeluaran, kecuali perlombongan, dijangka mencatat pertumbuhan yang positif. Seiring dengan penggunaan swasta yang teguh, sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang kukuh dengan prestasi yang menggalakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi. Sektor pembuatan dijangka merekodkan pertumbuhan dengan disokong oleh output industri berkaitan pembinaan dan berasaskan sumber yang kukuh.

Kesederhanaan ekonomi negeri Selangor di tahun 2011 dicerminkan oleh pertumbuhan nilai-nilai ditambah sektor-sektor pengeluaran yang menyeluruh dengan sektor pembuatan yang merekodkan pertumbuhan sederhana 6.1% bagi tahun 2011 berbanding tahun 2009. Sektor-sektor yang dianggarkan turut mengalami peningkatan di dalam nilai ditambah pada harga malar ialah sektor pertanian (3.4%), sektor pembinaan (2.4%). Enam sektor lain dijangka turut merekodkan pertumbuhan sederhana di dalam nilai ditambah, iaitu sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi (4.8%), sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (5.2%), sektor perkhidmatan lain (4.0%), pembinaan (2.0%), sektor perkhidmatan kerajaan (7.7%) serta perdagangan, borong dan runcit, penginapan dan restoran (6.8%) (Sila rujuk Jadual 1.4). Nilai ditambah sektor utama dianggarkan meningkat dengan kadar 3.0% pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 (2010: 5.2%), peningkatan yang terhasil daripada peningkatan di subsektor pertanian (2011: 3.4%; 2010: 5.9%) dan kemerosotan subsektor perlombongan dan kuari (2011: -1.9%; 2010: 1.2%). Sektor pertanian berkembang disokong oleh pengeluaran yang sederhana daripada pengeluaran minyak sawit, ternakan, padi, sayur-sayuran dan ternakan ikan. Sektor pembinaan dianggarkan berkembang 2.4% (2010: 2.3%) hasil pelaksanaan berterusan projek pakej rangsangan dan permintaan yang lebih baik dalam pasaran hartanah.

Page 14: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 14

Nilai ditambah sektor perindustrian dianggarkan meningkat 5.7% bagi tahun 2011 (2010: 18.3%). Sektor pembuatan tumbuh 6.1% dalam kesan daripada peningkatan pengeluaran industri berorientasi eksport dan domestik. Nilai jualan produk pembuatan Negeri Selangor dianggarkan meningkat 6.0% (2010: 16.1%). Perbandingan bulanan menunjukkan trend peningkatan pengeluaran dan jualan yang sederhana.

Nilai ditambah sektor perkhidmatan dianggarkan mencatat pertumbuhan 5.7% bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010 (2009: 7.3%). Output sektor ini dianggar meningkat bagi tahun 2011 dengan sumbangan nilai ditambah sebanyak 56.4% kepada KDNK negeri (2010: 56.5%). Pertumbuhan dalam kumpulan perkhidmatan perantaraan dijangka dipacu oleh subsektor komunikasi serta kewangan dan insurans, manakala kumpulan perkhidmatan akhir disokong oleh aktiviti yang lebih tinggi dalam subsektor penginapan dan restoran serta perdagangan borong dan runcit.

Jadual 1.4 Anggaran KDNK Negeri Selangor Bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 1.5 Negeri Selangor: Pertumbuhan Nilai Ditambah Mengikut Sektor bagi Tahun 2010 dan 2011

SEKTOR Nilai Ditambah

Bagi Tahun % SEKTOR Pertumbuhan

2010 2011 2010 2011

Sektor Utama 2,282 2,351 3.0% 1 Pertanian 5.9% 3.4%

Pertanian 2,114 2,186 3.4% 2 Perlombongan Dan Kuari 1.2% -1.9%

Perlombongan dan Pengkuarian

168 165 -1.9% 3 Pembuatan 19.5% 6.1%

Sektor Perindustrian 49,884 52,705 5.7% 4 Pembinaan 2.3% 2.4%

Pembuatan 43,876 46,552 6.1% 5 Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

6.2% 4.8%

Pembinaan 6,008 6,152 2.4% 6 Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

5.0% 6.8%

Sektor Perkhidmatan 72,763 76,927 5.7% 7 Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

10.5% 5.2%

Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

14,182 14,863 4.8% 8 Perkhidmatan-perkhidmatan Lain 3.7% 4.0%

Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

22,443 23,965 6.8% 9 Perkhidmatan Kerajaan 10.2% 7.7%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

23,746 24,983 5.2% Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

6,278 6,529 4.0%

Perkhidmatan Kerajaan 6,114 6,587 7.7%

campur Duti import 3,887 4,460 14.7%

KDNK pada Harga Pembeli (2000=100)

128,816 136,442 5.9%

Jumlah Penduduk (‘000) 5,288 5,386 1.9%

KDNK Per Kapita (RM) 24,360 25,333 4.0%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Nilai Bagi Tahun 2011 adalah anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Page 15: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 15

Rajah 1.2 Selangor: Perbandingan Nilai Ditambah Sektor-Sektor Pengeluaran Ekonomi Negeri Selangor (RM Juta) – 2010 dan 2011

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

1.3 PERTUMBUHAN DAN SUMBANGAN SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI SELANGOR

Bagi keseluruhan tahun 2011 semua sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor dijangka mengalami pertumbuhan positif di dalam nilai ditambah, kecuali sektor perlombongan dan kuari. Ini dipenuhi oleh pertumbuhan sektor-sektor yang sebahagian besarnya dianggarkan mencatat sekitar 2.0% hingga 6.0%. Sektor-sektor yang dijangka mengalami pertumbuhan positif di dalam nilai ditambah merangkumi sektor pertanian, dan sektor utiliti. Enam sektor lain juga dijangka tumbuh positif. Ini termasuk sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, sektor perkhidmatan lain, pembinaan dan perdagangan, borong dan runcit, hotel dan restoran.

SEKTOR UTAMA

Nilai ditambah sektor pertanian dijangka meningkat, sebahagian besarnya, hasil daripada peningkatan di dalam nilai pengeluaran tanaman kelapa sawit dan getah. Output subsektor bukan komoditi, iaitu ternakan, perikanan dan pertanian lain juga dianggarkan meningkat hasil daripada perlaksanaan program-program penggalakan. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dianggar berada pada tahap 1.7% di tahun 2011 (2010: 1.8%). Nilai ditambah sektor perlombongan dan pengkuarian dianggarkan merosot sedikit. Sektor ini ialah sektor yang memberikan sumbangan yang paling kecil kepada KDNK Negeri Selangor, iaitu

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

80,000

Utama Perindustrian Perkhidmatan

2010 2011

Page 16: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 16

sebanyak 0.1%.

Nilai ditambah sektor pertanian dianggarkan mengalami pertumbuhan sebanyak 3.4% bagi tahun 2011 (2010: 5.9%). Pertumbuhan ini telah dibantu oleh pertumbuhan di dalam nilai pengeluaran di dalam subsektor sawit, getah dan pertanian lain, walau pun peningkatan nilai pengeluaran di sektor-sektor kecil perikanan dan ternakan adalah sederhana. Nilai ditambah sektor perlombongan dan pengkuarian dianggarkan mengalami kemerosotan 1.9% bagi tahun 2011 (2010: 1.2%) hasil daripada kesederhanaan di dalam pengeluaran produk pengkuarian yang menjadi input kepada sektor pembinaan.

SEKTOR INDUSTRI

Secara keseluruhan nilai ditambah Sektor Industri dianggarkan menyumbang sebanyak 38.6% kepada KDNK negeri Selangor di tahun 2011 (2010: 38.7%). Nilai ditambah sektor industri dianggarkan tumbuh sebanyak 5.7% bagi keseluruhan tahun 2011 (2010: 17.1%). Ini adalah natijah daripada peningkatan nilai ditambah sektor pembuatan di dalam persekitaran aktiviti ekonomi yang sederhana yang juga disokong oleh sedikit peningkatan di dalam nili ditambah sektor pembinaan.

Sektor pembuatan Negeri Selangor dianggarkan tumbuh 6.1% dalam nilai ditambah bagi tahun 2011 (2010: 19.1%) hasil daripada peningkatan permintaan luar terhadap bahan pengeluaran industri secara keseluruhan. Sektor ini merupakan penyumbang besar dari segi nilai ditambah kepada KDNK negeri Selangor dengan sumbangan sebanyak 34.1% di tahun 2010 (2009: 34.1%).

Sektor pembinaan Negeri Selangor dianggarkan mengalami pertumbuhan positif sebanyak 2.4% dalam nilai ditambah bagi tahun 2011 (2010: 2.3%). Aktiviti sektor ini adalah di dalam pembinaan rumah kediaman dan rekreasi dan bangunan perdagangan dan kompleks serta kerja-kerja baik pulih. Pada tahun 2011 nilai ditambah sektor ini dianggarkan menyumbang 4.5% kepada KDNK negeri Selangor (2010: 4.7%).

SEKTOR PERKHIDMATAN

Sektor perkhidmatan dianggarkan berkembang 5.7% dalam tahun 2011 dengan disokong oleh aktiviti perdagangan dan penggunaan (2010: 7.3%). Sektor ini diunjurkan mencatat prestasi baik dengan dianggar menyumbang 56.4% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011 (2010: 56.5%). Aktiviti perkhidmatan perantaraan dijangka meningkat sederhana dengan kesederhanaan di dalam aktiviti sektor kecil komunikasi serta kewangan dan insurans, manakala aktiviti perkhidmatan akhir juga dijangka berkembang sederhana dengan disokong oleh sektor kecil perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran. Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan dianggarkan menjadi penyumbang terbesar dari segi nilai ditambah (18.3%).

Page 17: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 17

Sektor kecil Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoren merupakan penyumbang kedua terbesar nilai ditambah ekonomi negeri Selangor dan dianggarkan mengalami pertumbuhan sederhana bagi tahun 2011. Sektor perkhidmatan-perkhidmatan lain serta sektor utiliti juga dianggarkan mengalami pertumbuhan yang baik walaupun dari segi nilai ditambah sektor kecil merupakan penyumbang yang kecil. Sektor-sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan dan Perkhidmatan Kerajaan dan Sektor Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain masing-masing dijanggarkan mengalami pertumbuhan pada kadar di antara 4.0% hingga 7.7% di tahun 2011.

Jadual 1.6 Negeri Selangor: Pertumbuhan Nilai Ditambah Dan Sumbangan Mengikut Sektor bagi Tahun 2010 dan 2011

SEKTOR

Pertumbuhan Nilai Ditambah

Bagi Tahun

Sumbangan Nilai Ditambah

Bagi Tahun

2010 2011 2010 2011

SEKTOR UTAMA 5.5% 3.0% 1.8% 1.7%

Pertanian 5.9% 3.4% 1.6% 1.6%

Perlombongan & Kuari 1.2% -1.9% 0.1% 0.1%

SEKTOR PERINDUSTRIAN

17.1% 5.7% 38.7% 38.6%

Pembuatan 19.5% 6.1% 34.1% 34.1%

Pembinaan 2.3% 2.4% 4.7% 4.5%

SEKTOR PERKHIDMATAN

7.3% 5.7% 56.5% 56.4%

Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

6.2% 4.8% 11.0% 10.9%

Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

5.0% 6.8% 17.4% 17.6%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

10.5% 5.2% 18.4% 18.3%

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

3.7% 4.0% 4.9% 4.8%

Perkhidmatan Kerajaan 10.2% 7.7% 4.7% 4.8%

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dari data Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoren dianggarkan mengalami pertumbuhan 6.8% pada tahun 2011 (2010: 5.0%) Prospek aktiviti perdagangan borong dan runcit kekal positif dengan keaktifan perniagaan runcit baru serta peluasan operasi pasar raya besar dan superstore utama. Di samping itu, pelanjutan tempoh operasi pasar raya besar dan kempen-kempen “Sales” dijangka terus menyokong aktiviti perdagangan borong dan runcit.

Nilai ditambah sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi dianggarkan mengalami pertumbuhan sederhana 4.8% bagi tahun 2010 (2010: 6.2%) hasil daripada keaktifan industri telekomunikasi.

Page 18: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 18

Subsektor ini dianggarkan mencatat pertumbuhan berikutan peningkatan penggunaan perkhidmatan selular dan jalur lebar. Prestasi segmen telefon selular adalah terhasil daripada peningkatan penggunaan perkhidmatan suara, data dan multimedia serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan peluasan Iiputan rangkaian. oleh penyedia perkhidmatan. Di samping itu, kemajuan dalam keupayaan dan ciri-ciri telefon mudah alih mendorong permintaan bagi langganan perkhidmatan selular.

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dianggarkan tumbuh pada kadar 5.2% bagi tahun 2011 (2010: 10.5%) dengan disokong oleh aktiviti pembiayaan kredit pengguna dan pelaburan perniagaan yang sederhana. Nilai ditambah sektor perkhidmatan lain dianggarkan tumbuh pada kadar 4.0% pada tahun 2011 (2010: 3.7%). Pertumbuhan dalam sektor kecil ini sebahagiannya disumbangkan oleh peningkatan permintaan terhadap aktiviti pusat-pusat kesihatan swasta dan perkhidmatan pendidikan swasta hasil usaha mempromosi pelancongan kesihatan dan pendidikan. Sumbangan nilai ditambah sektor ini kepada KDNK Negeri Selangor bagi tahun 2011 ialah 4.8% (2010: 4.9%).

Nilai ditambah sektor perkhidmatan kerajaan dianggarkan tumbuh pada kadar 7.7% pada tahun 2011 (2010: 10.2%), sehaluan dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Sumber utama pertumbuhan di sektor ini ialah perbelanjaan emolumen yang meningkat. Sektor ini dianggarkan menyumbang 4.8% kepada KDNK negeri pada tahun 2011 (2010: 4.7%).

1.4 SITUASI TENAGA BURUH NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011

Negeri Selangor mempunyai penduduk yang jumlahnya paling ramai di Malaysia. Pada tahun 2011 jumlah penduduk negeri ini dianggarkan berjumlah iaitu 5.39 juta. Peningkatan jumlah penduduk tahun demi tahun telah disumbangkan oleh kadar pertambahan penduduk yang tinggi yang terhasil oleh pertambahan semula jadi dan penghijrahan masuk. Jumlah yang tinggi ini telah mewujudkan beberapa keunikan di dalam bilangan dan ciri-ciri tenaga buruh dan penduduk yang bekerja di negeri ini.

Penawaran Tenaga Buruh

Page 19: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 19

Negeri Selangor adalah penyedia pekerjaan yang paling penting di Malaysia disebabkan ekonominya yang pesat dan di dalamnya terletak pusat perdagangan dan kewangan utama negara, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perbandingan jumlah tenaga buruh Malaysia dan Selangor yang diperolehi dari Laporan Penyiasan Tenaga Buruh 2010 menunjukkan bahawa Negeri Selangor memberikan sumbangan yang terbesar, iaitu 19.2% kepada keseluruhan tenaga buruh negara. Peratus ini diikuti oleh Johor (12.0%) dan Sabah (11.6%). Bilangan tenaga buruh Negeri Selangor pada tahun 2009 adalah seramai 2.095 juta (2008: 2.092 juta). Pada tahun 2010 angka tersebut dianggarkan meningkat kepada 2.131 juta manakala pada tahun 2011 ianya dianggarkan berjumlah 2.160 juta.

Jadual 1.7 Taburan Tenaga Buruh Bekerja Negeri Selangor Mengikut Kategori Pekerjaan 2010

Jadual 1.8 Taburan Tenaga Buruh Bekerja Di Negeri Selangor Mengikut Kelulusan Tertinggi, 2010

KATEGORI PEKERJAAN %

KELULUSAN TERTINGGI %

Penggubal Undang-Undang, Pegawai Kanan dan Pengurus

13.4

Tiada Sijil 4.4

Professional 10.7 PMR 10.4

Juruteknik dan Profesional Bersekutu 19.5 SPM 39.9

Pekerja Perkeranian 13.9 STPM/Sijil 5.6

Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai dan Jualan

13.0

Diploma 12.2

Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan 1.4 Ijazah 17.8

Pekerja Pertukangan dan yang berkaitan 5.9

Lain-lain 9.7

Operator Loji dan Mesin serta Pemasangan

12.0

Jumlah Pekerja (000) 2130.7

Pekerja Asas 10.0 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Jumlah Pekerja (000) 2,130.7

Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Pengangguran dan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

Kadar pengangguran di Negeri Selangor pada tahun 2009 ialah 3.6%. Kadar ini telah menurun ke 3.0% pada tahun 2010. Pada tahun 2011 ianya dianggarkan meningkat kepada 3.3%. Penyebab utama peningkatan ini ialah peningkatan bilangan tenaga buruh berpendidikan menengah yang tidak mendapat pekerjaan. Ini adalah merupakan suatu penyebab terbaru berlakunya pengangguran di Negeri Selangor.

Kadar pengangguran amat berkait rapat dengan kadar penyertaan tenaga buruh. Kadar Penyertaan Tenaga Buruh3 di kalangan lelaki telah menurun dari 80.3% pada tahun 2006 kepada 79.9% pada tahun 2007, 78.9% di tahun 2008, 78.5% di tahun 2009 dan 77.2% di tahun 2010. Penyertaan Tenaga Buruh di kalangan perempuan juga mengalami penurunan dari 50.7% di tahun 2007 kepada 50.6% di tahun 2008. Pada pada tahun 2009 kadar tersebut menurun ke 49.3%. Tetapi pada tahun 2010, kadar penyertaan dianggarkan meningkat kepada 49.5%.

Hasil analisis penyertaan tenaga buruh mengikut kawasan menunjukkan bahawa Kadar Penyertaan Tenaga Buruh bagi penduduk luar bandar di Negeri Selangor telah menguncup dari 61.7% di tahun 2006 ke 60.5% di tahun 2007. Ianya terus menguncup ke 60.1% di tahun

3 Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Page 20: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 20

2008. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009 kadar tersebut meningkat sedikit kepada 60.9% dan terus menurun kepada 59.4% di tahun 2010. Di kawasan bandar, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh telah menguncup dari 66.1% di tahun 2007 ke 65.5% di tahun 2008 akibat pemberhentian kerja yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi. Di tahun 2009 ianya menurun kepada 64.5%. Pemulihan ekonomi yang amat didapati tidak mengurangkan pengangguran yang dialami di tahun-tahun sebelumnya. Manakala tahun 2010 kadar penyertaan menurun ke 64.1%.

Penguncupan kadar penyertaan tenaga buruh adalah disebabkan, di antaranya, oleh peningkatan bilangan penduduk yang berada di luar tenaga buruh telah meningkat akibat a) pertambahan bilangan belia yang masih belajar dan masih menunggu peluang pekerjaan yang sesuai b) pertambahan penduduk yang bekerja di rumah c) pertambahan penduduk yang melanjutkan pelajaran dan peningkatan bilangan pesara.

Taburan Tenaga Buruh Mengikut Pekerjaan. Kecuali di dua bidang pekerjaan, iaitu Pertukangan dan Yang Berkaitan dan Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan yang masing-masing menyumbang 10.8% dan 2.3% kepada tenaga buruh negara, Selangor menduduki tempat pertama di dalam semua bidang pekerjaan dari segi sumbangannya kepada jumlah tenaga buruh negara. Jadual 1.5 memperincikan taburan pekerjaan di Selangor berbanding negeri lain.

Adalah dianggarkan bahawa di tahun 20114 sejumlah 20.2% daripada tenaga buruh bekerja di bidang Juruteknik dan Professional Bersekutu manakala 14.2% bekerja di dalam pekerjaan perkeranian, Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai dan Jualan 13.6%. Ini diikuti oleh Pekerja Operator Loji dan Mesin serta Pemasangan (11.6%). Pekerja mahir pertanian dan perikanan menyumbang sebanyak 1.2%. Taburan yang rendah dalam sector pertanian ini adalah bersesuaian dengan perkembangan sector pertanian yang kecil.

Analisis tenaga buruh bekerja di Negeri Selangor bagi tahun 2011 dari aspek Kualiti/Kemahiran atau kelulusan tertinggi adalah dianggarkan bahawa 36.6% tenaga kerja mempunyai pendidikan tertiary, 51.7% berkelulusan menegah dan 9.7% berpendidikan rendah. Keadaan ini memberikan kelebihan kepada negeri Selangor kerana mempunyai peratus yang tinggi bagi pekerja yang berkelulusan STPM/Diploma atau Ijazah.

Dari aspek umur min bagi umur pekerja di Negeri Selangor di tahun 2010 ialah 36.7 tahun dengan umur min di kalangan pekerja lelaki bernilai 37.5 tahun, berbanding umur min perempuan yang bernilai 35.2 tahun. Ini tidak jauh berbeza daripada umur min tenaga buruh bagi seluruh Malaysia. Data daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa 61.7% dari jumlah tenaga buruh di Negeri Selangor adalah terdiri dari lelaki.

Taburan Tenaga Buruh Mengikut Sektor Ekonomi.

4 Anggaran bagi tahun 2011 telah diperolehi melalui penggunaan hasil analisis terperinci data tahun-tahun 2010 dan sebelumnya.

Page 21: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 21

Seperti di tahun-tahun sebelumnya jumlah tenaga buruh yang bekerja di Sektor Utama adalah yang paling kecil. Pada tahun 2011 sektor ini dianggarkan menyumbangkan 2.4% (2010:2.7%) kepada keseluruhan tenaga buruh negeri Selangor. Walau bagaimanapun, dari segi kuantiti buruh perbezaan di antara dua tahun ini wujud di mana dianggarkan seramai 6,400 orang dianggarkan telah meninggalkan sektor kecil pertanian, perikanan, haiwan dan perhutanan dan kuari hasil daripada peluang pekerjaan disektor pembuatan dan sektor perniagaan borong runcit, perhotelan dan restoren.

Jadual 1.9 Anggaran Tenaga Buruh Negeri Selangor Mengikut Sektor, 2010 dan 2011

Sektor Ekonomi

Tenaga Buruh Yang Bekerja Bagi Tahun

2010 2011*

Bilangan % Bilangan %

Sektor Utama 58.3 2.7 51.9 2.4

Pertanian, Perikanan, Haiwan dan Perhutanan

43.3 2.0 38.9 1.8

Perlombongan dan Kuari 15.0 0.7 13.0 0.6

Sektor Perindustrian 624.6 29.3 637.5 29.5

Pembuatan 391.3 18.4 401.9 18.6

Utiliti ( Eletrik, Gas dan Air) 28.4 1.3 23.8 1.1

Pembinaan 204.9 9.6 211.8 9.8

Sektor Perkhidmatan 1447.8 67.9 1471.5 68.1

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoren

451.4 21.2 473.3 21.9

Pengangangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

228.7 10.7 233.4 10.8

Kewangan, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

301.1 14.1 304.7 14.1

Perkhidmatan Awam dan Sosial 466.4 21.9 458.1 21.2

Jumlah Penduduk Bekerja ( 15-64) 2130.7 100.0 2160.9 100.0

Kadar Pengangguran 3.0% 3.3%

Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

(*) Anggaran UPEN Selangor

Sumbangan Sektor Perindustrian kepada keseluruhan tenaga kerja negeri Selangor dianggarkan meningkat sebanyak 0.2% kepada 29.5% pada tahun 2011. Namun demikian jumlah tenaga kerja yang bekerja di pelbagai industri di dalam sektor pembuatan telah meningkat kecuali penurunan di dalam sektor kecil utiliti. Sektor pembuatan merupakan salah satu penyumbang utama kepada jumlah tenaga kerja negeri Selangor dengan peratus sumbangan sebanyak 18.6% ( 2010:18.4%) daripada keseluruhan tenaga kerja diikuti oleh sektor kecil pembinaan 9.8% ( 2010: 9.6%).

Page 22: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 22

Sektor Perkhidmatan adalah penyumbang utama kepada jumlah tenaga buruh negeri Selangor. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2011 sebanyak 67.2% daripada bilangan tenaga buruh di negeri Selangor tertumpu di sektor ini. Peratus ini tidak banyak berbeza daripada peratus bagi tahun 2009 (67.1%). Walau bagaimanapun, jumlah tenaga buruh di semua sektor kecil di dalam sektor perkhidmatan dianggarkan mencatat peningkatan. Pada masa yang sama sektor pembuatan dianggarkan mengalami peningkatan bilangan tenaga buruh berjumlah lebih daripada 3,800 orang.

Sektor perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran dianggar mencatatkan peningkatan di dalam bilangan tenaga buruh di tahun 2011, iaitu tambahan sekitar 21,000 orang. Walaupun aktiviti perniagaan hotel tidak menampakkan peningkatan yang ketara, peningkatan jumlah tenaga buruh berlaku di sektor perniagaan borong dan runcit dan restoran. Ini adalah hasil daripada pembinaan infrastruktur perniagaan tambahan oleh pihak swasta. Peningkatan di dalam bilangan pusat membeli belah dan pasaraya seperti Giant, Jusco,Tesco, Carefour, The Curve , Mydin dan pasaraya-pasaraya kecil serta infrastruktur peruncitan yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah. Penglibatan pihak Swasta dan PBT telah meningkatkan keaktifan aktiviti peruncitan dan restoren. Ini telah dibantu oleh aktiviti gerai dan restoran yang semakin meningkat di kawasan-kawasan perumahan baru dan bandar-bandar baru. Pertambahan infrasturktur ini secara tidak langsung menampung tenaga kerja yang diberhentikan atau berhijrah dari sektor lain.

Peningkatan di dalam bilangan tenaga kerja di sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan telah mencapai sekitar 3,600 orang pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010. Peningkatan ini adalah berkait rapat dengan keaktifan sektor hartanah dan ekonomi keseluruhan bagi negeri Selangor di tahun 2010/2011. Pada tahun 2011, sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi telah mencatatkan peningkatan 0.1% di dalam bilangan tenaga kerja berbanding tahun 2010. Pertumbuhan yang dialami ini adalah

ketara kerana di dalam situasi aktiviti pasaran dan pengangkutan yang sehaluan dengan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan di tahun 2011. Sektor Perkhidmatan Awam dan Sosial merupakan penyumbang kedua terbesar kepada tenaga kerja negeri Selangor iaitu sebanyak 21.2% ( 21.9%).

Arah Aliran Tenaga Buruh

Jumlah tenaga buruh yang tersedia di Negeri Selangor dalam jangka panjang adalah dipengaruhi oleh jumlah penduduk dan bilangan migran ke dalam Negeri Selangor. Satu fenomena yang penting ialah pertambahan jumlah penduduk Negeri Selangor yang berlaku pada kadar purata 3.1 % setahun bagi tahun 2007 hingga 2010. Kadar Pertambahan Semula Jadi Kasar bagi Negeri Selangor adalah pada tahap 16.1%, iaitu yang tertinggi berbanding negeri-

Page 23: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 23

negeri lain di Malaysia. Justeru itu Negeri Selangor akan menghadapi trend tenaga buruh yang meningkat di tahun-tahun ke hadapan. Ini menjadikan persiapan prasarana untuk meningkatkan peluang perniagaan yang akan berupaya menyediakan peluang amatlah penting. Di samping kuantiti, kualiti buruh yang tersedia perlu juga diberi kepentingan untuk tujuan memenuhi keperluan pasaran.

Laporan-Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan terus menjadi sektor penyedia peluang pekerjaan yang tertinggi berbanding sektor-sektor lain. Ini diikuti oleh sektor peniagaan borong dan runcit, hotel dan restoren. Ini adalah didasarkan kepada jangkaan keaktifan sektor pembuatan dan peruncitan, hasil dari jangkaan ekonomi negara dan wilayah yang lebih baik. Dasar kerajaan yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu pusat kewangan dunia, terutama di dalam kewangan Islam, harus menjadi pendorong kepada Negeri Selangor untuk mengambil peluang kepada kesan hiliran yang akan berlaku. Ini termasuk keperluan tenaga kerja di dalam sektor kewangan dan hartanah untuk masa akan datang.

1.5 PRODUKTIVITI SEKTOR PEMBUATAN NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011

Pada keseluruhannya, peningkatan di dalam jualan sektor pembuatan (6.0%) yang diiringi oleh peningkatan yang lebih perlahan dalam jumlah pekerja (5.1%) telah menjadi penyebab kepada peningkatan produktiviti. Peningkatan produktiviti buruh (jualan per pekerja) bagi keseluruhan sektor pembuatan adalah hasil daripada peningkatan di dalam produktiviti buruh bagi sebahagian besar kumpulan industri pembuatan. Hanya dua daripada tujuh kumpulan industri telah mencatatkan kemerosotan produktiviti, iaitu Makanan, minuman dan tembakau (-5.0%) dan Kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (-8.6%). Lima kumpulan lain telah mencatatkan peningkatan di dalam produktiviti. Ini merangkumi produk tekstil, pakaian, kulit dan kasut (7.6%), produk kayu, perabot, keluaran kertas, percetakan dan penerbitan (12.9%), produk petroleum,kimia getah dan plastik (15%), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (1.8%) serta produk peralatan elektrik dan elektronik (0.5%).

Di dalam aspek upah, pada tahun 2011 sektor pembuatan negeri Selangor dianggarkan mencatat penurunan upah per ringgit jualan pada kadar purata 0.3% ke 6.1 sen bagi setiap RM jualan (2010: 6.2 sen per RM jualan). Ini dianggarkan terhasil daripada daripada peningkatan di dalam nilai jualan (6.0%) yang diiringi oleh peningkatan upah (5.6%). (Rujuk Jadual 1.10 untuk perincian pengiraan produktiviti). Penggunaan kapasiti sektor pembuatan

Page 24: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 24

dianggarkan sekitar 80.0% dalam tahun 2011 dengan 40.0% pengilang beroperasi pada tahap kapasiti melebihi 80%.

Jadual 1.10 Selangor: Anggaran Produktiviti Buruh: Jualan Per Pekerja dan Upah per RM Jualan Mengikut Kumpulan Industri Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Jualan per Pekerja (RM '000)

Upah per RM Jualan (RM)

KOD INDUSTRI 2010 2011 2010 2011

Makanan, minuman dan tembakau 705 669 0.042 0.042

151 Pengeluaran, prosesan dan pengawetan daging, ikan, buah-buahan, sayuran, minyak dan lemak

467 813 0.034 0.021

152 Produk tenusu 1,084 929 0.040 0.047

153 Produk bijian, kanji dan produk kanji makanan haiwan tersedia

1,108 1,117 0.028 0.029

154 Produk makanan lain 489 473 0.052 0.053

155 Minuman 636 544 0.059 0.053

160 Produk Tembakau 1,050 1,023 0.019 0.016

Produk tekstil, pakaian, kulit dan kasut 165 177 0.451 0.432

171 Pemintalan, penenunan dan penyiapan tekstil 350 382 0.075 0.070

173 Kain dan artikel yg dikait dan dikrusye 169 176 0.521 0.420

181 Pakaian kecuali pakaian bulu 85 99 0.001 0.001

191 Penyamakan dan pembersihan kulit; pembuatan bagasi, beg tangan, pelana dan abah-abah

153 216 0.350 0.389

192 Kasut 145 141 0.990 1.041

Produk kayu, perabot, keluaran kertas,

percetakan dan penerbitan 365 412 0.990 1.041

202 Pembuatan produk kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan

163 173 0.078 0.074

210 Kertas dan produk kertas 313 317 0.084 0.083

221 Penerbitan 273 268 0.125 0.161

222 Percetakan dan aktiviti berkaitan percetakan 178 163 0.428 0.492

Produk petroleum,kimia getah dan plastik 392 451 0.069 0.063

232 Produk petroleum bertapis 14,657 18,386 0.001 0.001

241 Bahan kimia asas 2,634 2,930 0.025 0.026

242 Produk kima lain 432 519 0.095 0.083

251 Produk getah 371 441 0.045 0.040

252 Produk plastik 207 221 0.115 0.112

Produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka

480 489 0.097 0.094

261 Kaca dan produk kaca 400 422 0.026 0.025

269 Produk galian bukan logam 352 373 0.121 0.121

271 Besi asas dan keluli 1,102 1,176 0.011 0.011

272 Logam asas berharga dan logam asas bukan ferus

844 962 0.027 0.032

281 Produk struktur logam, tangki, takungan dan penjana wap

233 243 0.163 0.146

289 Produk logam lain yg direka; perkhidmatan kerja logam

282 290 0.067 0.066

291 Jentera kegunaan am 650 670 0.083 0.093

293 Peralatan domestik tttl 488 379 0.533 0.413

Page 25: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 25

Jadual 1.10 Selangor: Anggaran Produktiviti Buruh: Jualan Per Pekerja dan Upah per RM Jualan Mengikut Kumpulan Industri Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011 (Sambungan)

Jualan per Pekerja (RM '000)

Upah per RM Jualan (RM)

2010 2011 2010 2011

Produk peralatan elektrik dan elektronik 484 486 0.046 0.045

300 Mesin pejabat, perakaunan dan pengira 522 449 0.010 0.009

311 Motor, penjana dan transformer elektrik 235 178 0.070 0.177

313 Wayar penebat dan kabel berpenebat 842 919 0.028 0.026

321 Injap dan tiub elektronik dan komponen elektronik lain

455 475 0.032 0.032

323 Penerima TV/Radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan

727 699 0.006 0.007

331 Perkakasan/instrumen perubatan, menyukat, memeriksa, menguji, memandu arah dan kegunaan lain, kecuali instrumen optik

274 255 0.128 0.119

332 Instrumen optik dan kelengkapan fotografi 228 240 0.110 0.125

333 Jam tangan dan jam 212 227 0.888 0.666

Kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain

433 396 0.015 0.016

341 Kenderaan bermotor 838 724 0.001 0.002

343 Alat ganti dan aksesori utk kenderaan bermotor dan enjin

296 303 0.052 0.050

359 Kelengkapan pengangkutan tttl 544 466 0.025 0.026

361 Perabot 118 116 0.027 0.026

369 Pembuatan tttl 178 218 0.072 0.071

1.5 PELABURAN LANGSUNG ASING

Senario Pelaburan Langsung Asing Dunia

Pelaburan langsung asing (FDI) dunia meningkat dengan kadar yang sederhana di tahun 2010, selepas kemerosotan ketara pada tahun 2009 dan 2008. Walaupun pengeluaran dan perdagangan dunia kembali cergas kepada tahap pra-krisis, aliran FDI masih 15% di bawah tahap purata pra-krisis dan 37% lebih rendah berbanding pencapaian tertinggi di tahun 2007. Laporan Pelaburan Dunia 2011 oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) menunjukkan aliran masuk FDI meningkat 4.9% kepada USD1,243.7 bilion (2009: -32.1%; USD1,185 bilion). Sebahagian besar aliran masuk disumbangkan oleh pulangan pelaburan semula yang lebih tinggi di dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih dan peningkatan keuntungan di kalangan syarikat gabungan asing pada tahun 2010. Nilai penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan meningkat 35.7% pada tahun 2010. Pelaburan baru, walaupun menurun 15.3%, masih merupakan bahagian terbesar, iaitu 64.9% daripada jumlah keseluruhan FDI.

Pertumbuhan positif FDI dunia telah disertai oleh perubahan corak aliran. Buat pertama kali, negara membangun menyumbang lebih separuh daripada aliran masuk FDI global. Aliran FDI ke negara membangun meningkat 12.3% kepada USD573.6 bilion (2009: -22.4%; USD510.6 bilion). Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah pemulihan ekonomi

Page 26: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 26

yang lebih pantas, permintaan domestik yang kukuh dan kerancakan peningkatan aliran ke Selatan-Selatan. Jumlah kemasukan FDI ke negara membangun telah meningkat disebabkan oleh nilai aset syarikat yang tinggi, pendapatan yang kukuh dan pengembangan pasaran. Aliran masuk FDI ke negara membangun adalah berbeza antara rantau. Asia Timur, Asia Tenggara dan Amerika Latin mengalami pertumbuhan yang kukuh didorong oleh prestasi ekonomi yang memberangsangkan, asas makroekonomi yang baik dan harga komoditi yang lebih tinggi. Sementara itu, FDI ke Afrika dan Asia Selatan terus merosot. FDI ke Asia meningkat 16.4% kepada USD357.8 bilion dan menyumbang 28.8% daripada jumlah aliran masuk keseluruhan FDI. China menerima bahagian terbesar FDI sebanyak USD105.7 bilion. Walau bagaimanapun, peningkatan upah dan kos pengeluaran telah mengurangkan FDI dalam industri pembuatan kos rendah berikutan peralihan kepada sektor teknologi tinggi, perkhidmatan dan harta tanah.

Jadual 1.11 Perbandingan Nilai Pelaburan untuk Projek Pembuatan Yang Diluluskan Mengikut Negeri, 2010 dan 2011 .

Pelabur Domestik Pelabur Asing Jumlah Pelaburan

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Jan-Sep 2010

Jan-Okt 2011

Jan-Sep 2010

Jan-Okt 2011

Jan-Sep 2010

Jan-Okt 2011

Johor 1,651.0 3,202.4 1,924.4 3,527.6 3,575.5 6,730.0

Kedah 295.9 126.0 1,588.6 639.1 1,884.5 765.2

Kelantan 87.3 89.9 82.2 38.7 169.6 128.6

Kuala Lumpur 55.0 157.2 0.0 102.2 55.0 259.5

Labuan 14.9 0.0 0.0 0.0 14.9 0.0

Melaka 166.6 1,707.8 664.3 1,890.9 830.9 3,598.7

Negeri Sembilan

207.3 1,525.2 309.4 1,936.7 516.7 3,461.9

Pahang 30.9 1,982.7 60.7 884.1 91.6 2,866.8

Perak 790.7 878.6 973.3 87.2 1,764.0 965.8

Perlis 0.0 20.3 0.0 3.0 0.0 23.3

Pulau Pinang 1,007.2 1,839.0 1,689.9 3,862.3 2,697.1 5,701.3

Sabah 465.7 675.5 408.2 44.3 873.9 719.8

Sarawak 294.5 4,158.3 1,383.0 3,146.9 1,677.5 7,305.3

Selangor 2,757.6 3,064.2 3,775.7 3,748.2 6,533.2 6,812.4

Terengganu 268.3 284.4 158.6 1,086.7 426.9 1,371.1

Jumlah 8,093.0 19,711.8 13,018.2 20,997.9 21,111.2 40,709.7

Sumber: MIDA

FDI ke India merosot dengan ketara sebanyak 30.9% kepada USD24.6 bilion disebabkan sebahagiannya oleh kebimbangan mengenai defisit akaun semasa, inflasi dan kelewatan untuk mendapat kelulusan projek-projek besar. FDI ke ASEAN melonjak kepada USD79.1 bilion disebabkan peningkatan mendadak FDI ke Malaysia, Indonesia dan Singapura. Prestasi yang menggalakkan tersebut disumbang oleh pelaksanaan dasar pelaburan yang kondusif termasuk liberalisasi industri dan sokongan sektor awam. Indonesia dan Vietnam mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi untuk pembuatan kos rendah, manakala Kemboja, Lao PDR, Myanmar dan Vietnam mendapat faedah daripada FDI serantau, terutamanya dari China.

Aliran masuk FDI ke negara maju terus merosot pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 0.2%

Page 27: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 27

kepada USD601.9 bilion (2009: -37.5%; USD602.8 bilion). Kemerosotan ini disebabkan keyakinan perniagaan dan pengguna yang terus lemah, kebimbangan terhadap krisis hutang berdaulat merebak ke seluruh kawasan euro dan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah daripada jangkaan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, dalam kalangan negara maju, AS mencatat peningkatan terbesar 49.3% kepada USD228.2 bilion (2009: -50.1%; USD152.9 bilion).

Jadual 1.12 Projek Pembuatan Yang Diluluskan di Selangor Mengikut Industri, Jan-April 2011

Industri Bil

Projek Jumlah Pekerja

Potensi

Pelaburan Domestik (RM

Juta)

Pelaburan Luar (RM Juta)

Jumlah Pelaburan Modal (RM

Juta)

Pembuatan Makanan 6 691 1.8 667.2 669.0

Minuman & Tembakau 2 110 90.8 0.6 91.4

Tekstil & Produk Tekstil 2 135 27.1 2.6 29.7

Kulit & Produk Kulit 0 0 0.0 0.0 0.0

Kayu & Keluaran Kayu 2 452 35.8 15.9 51.7

Perabut & Kelengkapan 5 305 15.2 0.0 15.2

Kertas, Percetakan dan Penerbitan

1 25 9.8 11.0 20.8

Kimia & Produk Kimia 9 364 539.4 31.6 571.0

Produk Petroleum dan Petrokimia

1 21 7.8 0.0 7.8

Produk Getah 1 35 18.5 24.6 43.1

Produk Plastik 3 101 7.6 37.5 45.1

Produk Minarel Bukan Logam

2 44 0.0 27.8 27.8

Produk Logam Asas 6 433 210.1 661.1 871.2

Produk Logam Yang Direka

7 179 290.1 42.5 332.5

Pembuatan Mesin 5 120 3.8 5.2 9.0

Produk Elektrik dan Elektronik

8 465 89.0 7.4 96.4

Peralatan Pengangkutan 18 1,032 302.5 50.0 352.5

Saintifik dan Pengukuran 2 63 20.7 0.0 20.7

Pelbagai 2 156 29.3 0.0 29.3

Jumlah 80 4,621 1,608.6 1,584.3 3,192.9

Sumber: Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC)/MIDA

Peningkatan ini disebabkan sebahagian besarnya oleh pemulihan ketara pulangan pelaburan semula oleh syarikat gabungan asing. Eropah mengalami penurunan terbesar dalam kalangan rantau, iaitu sebanyak 19.3% kepada USD313.1 bilion (2009: -24.7%; USD387.8 bilion) disebabkan terutamanya oleh ketidaktentuan krisis hutang berdaulat yang berlarutan. Sementara itu, aliran masuk FDI ke Jepun terus menguncup 110.5% kepada -USD1.3 bilion (2009: -51.1%; USD11.9 bilion) disebabkan terutamanya oleh kegiatan penyahlaburan yang ketara.

Pada tahun 2010, aliran keluar FDI global meningkat 13.1% kepada USD1,323.3 bilion (2009: -38.7%; USD1,170.5 bilion). Aliran keluar dari negara maju meningkat 9.9% dan terus membentuk sebahagian besar aliran keluar FDI (70.7%). AS mencatat 16.3% aliran keluar FDI dan Eropah sebanyak 9.6%, manakala FDI Jepun menguncup 24.7%. Lebih 50% FDI dari negara maju telah dilaburkan dalam pasaran negara membangun berkembang pesat. FDI dari negara peralihan

Page 28: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 28

dan membangun meningkat dengan mendadak 24.1% kepada USD60.6 bilion (2009: -19.2%; USD48.8 bilion), mencerminkan kekuatan ekonomi, kekukuhan syarikat, kesediaan serta keyakinan yang semakin meningkat untuk bersaing di pasaran baharu. Sumber terbesar pengaliran keluar FDI ialah dari China, mengatasi Jepun.

Pada tahun 2011, aliran masuk FDI dijangka mencecah antara USD1.4 trilion dan USD1.6 trilion memandangkan syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan tunai tinggi merebut peluang pelaburan baharu. Negara ekonomi berkembang pesat, terutamanya Brazil, China, India dan Rusia dijangka terus menjadi sumber penting FDI. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu boleh menjejas prospek positif pelaburan antarabangsa.

Senario Pelaburan Langsung di Negeri Selangor

Sebagai negeri yang termaju di Malaysia Selangor terus menarik pelaburan terutamanya dalam sektor pembuatan, walau pun di tahun-tahun kebelakangan ini, kemasukan pelaburan tertumpu terutamanya dalam komunikasi, informasi dan perkhidmatan kewangan. Kemasukan pelaburan luar asing (FDI) dalam sektor pembuatan bagi tahun 2011 dianggarkan bernilai sekitar RM9,000 juta dengan nilai yang dilaporkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menunjukkan pelaburan yang diluluskan bagi tempoh Jan-April 2011 mencatat RM3,193 juta, yang mana RM1,584 juta adalah pelaburan asing. Sejumlah besar pelaburan yang diluluskan adalah bagi industri pembuatan makanan, perabut, kimia dan produk kimia, produk elektrik dan elektronik, dan produk getah (Sila rujuk Jadual 1.11). Pelaburan-pelaburan ini, sebahagian besarnya, adalah tertumpu di daerah-daerah Petaling dan Klang (Sila lihat Jadual 1.12).

Rajah 1.2 Selangor: Trend Pelaburan Sektor Pembuatan 2002-2010 Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012

Selangor P. Pinang Johor

Page 29: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 29

Jadual 1.13 Projek Pembuatan Yang Diluluskan di Selangor Mengikut Daerah, Jan-April 2011

DAERAH Bil Projek Potensi

Pekerjaan Pelabur Domestik

(RM Juta) Pelabur Luar

(RM Juta) Jumlah Pelaburan Modal (RM Juta)

Petaling 26 822 176.4 155.4 331.8

Klang 30 2,376 944.1 689.6 1,633.7

Kuala Selangor 5 233 31.2 11.7 42.9

Hulu Langat 3 173 93.6 0.0 93.6

Gombak 8 842 343.3 68.2 411.5

Kuala Langat 4 84 1.9 650.6 652.6

Hulu Selangor 1 44 1.5 3.5 5.0

Sepang 1 0 0.0 0.0 0.0

Sabak Bernam 0 0 0.0 0.0 0.0

Other Areas 2 47 16.7 6.1 22.8

Jumlah 80 4,621 1,608.6 1,585.2 3,193.9

Sumber: Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC)/MIDF

1.6 RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan prestasi ekonomi makro Selangor di Tahun 2011. Perbincangan merangkumi prestasi dan arah aliran (trend) ekonomi dunia di tahun 2011 secara ringkas. Ini akan diikuti oleh perbincangan mengenai arah aliran ekonomi beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, rantau euro, China, dan Jepun, serta rantau ASEAN yang bertujuan mendapatkan gambaran kesan luaran daripada prestasi ekonomi rantau-rantau tersebut kepada ekonomi Malaysia dan Selangor.

Ekonomi Dunia Di Tahun 2011

Ekonomi dunia di separuh pertama tahun 2011 adalah sederhana dalam persekitaran pemulihan ekonomi yang tidak menentu di kalangan negara-negara maju. Amerika Syarikat (AS) dan kawasan euro terus berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi, tahap pembaharuan sektor kewangan yang perlahan serta aras defisit fiskal dan hutang yang tinggi. Sebaliknya, negara-negara yang membangun pesat (China, India, Korea) dan negara membangun lain mencatat pertumbuhan yang kukuh. Gangguan rantaian pengeluaran dan bekalan berikutan bencana gempa bumi di Jepun serta kekurangan pengeluaran minyak mentah akibat pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) juga telah menjejas kegiatan ekonomi dunia.

Keadaan ekonomi dunia telah menjadi semakin mencabar di tempoh separuh kedua 2011 walaupun momentum pertumbuhan di China mantap. India dan ekonomi lain yang berkembang pesat dijangka berterusan dengan disokong oleh permintaan domestik yang mapan. Sebaliknya, pertumbuhan di negara-negara maju utama seperti kawasan euro, AS dan

Page 30: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 30

Jepun dijangka semakin lemah. Risiko pertumbuhan yang lebih perlahan semakin meningkat berikutan kedudukan fiskal di negara maju yang terhad disebabkan oleh tahap defisit fiskal dan hutang awam yang tinggi. Jumlah hutang isi rumah yang tinggi di AS telah menghakis keyakinan dan mengekang perbelanjaan pengguna. Di samping itu, penularan risiko krisis hutang berdaulat (sovereign debt) ke kawasan euro telah menjejaskan keyakinan peniaga dan pelabur. Pertumbuhan ekonomi di AS dan kawasan euro yang semakin perlahan dijangka mengekang sedikit pertumbuhan ekonomi negara membangun yang berkembang pesat dan negara membangun lain yang bergantung kepada eksport. Mengambil kira ketidaktentuan ini, pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun 2011 pada keseluruhannya telah ditelah pada sekitar 4%.

Ekonomi Malaysia Di Tahun 2011

Ekonomi Malaysia berkembang di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 4.4% bagi tempoh separuh pertama tahun 2011. Pertumbuhan yang sederhana ini telah terhasil dengan eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah daripada jangkaan, krisis hutang berdaulat euro yang berlarutan, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Pertumbuhan yang sederhana ini juga lahir daripada kesan asas pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tempoh yang sama pada 2010, iaitu 9.5%. Momentum pertumbuhan meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh. Pertumbuhan ini juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kukuh. Berasaskan keadaan ini ekonomi Malaysia dianggar berkembang pada kadar 5.2% bagi keseluruhan 2011 (2010: 7.2%).

Ekonomi Selangor Di Tahun 2011

Ekonomi Selangor dianggarkan merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2011 di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar hasil daripada peningkatan di dalam permintaan domestik di dalam suasana eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Pertumbuhan yang sederhana ini juga lahir daripada kesan asas pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tahun 2010, iaitu 10.8%. Momentum pertumbuhan dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh serta

pelaksanaan inisiatif polisi ekonomi makro negara yang merangsang penggunaan dan pelaburan swasta. Keyakinan peniaga dan pengguna serta pemulihan ekonomi serantau

Page 31: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 31

menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mengaktifkan ekonomi yang juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh.

Negeri Selangor dianggarkan merekod pertumbuhan positif di dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di tahun 2011 dengan KDNK pada harga malar tahun 2000 bagi keseluruhan tahun 2011 dianggarkan mencatat pertumbuhan 5.9% (2010: 10.8%). Sehaluan dengan persekitaran ekonomi negara yang berkembang, jumlah nilai ditambah negeri bagi tahun 2011 dianggarkan meningkat ke RM136,442 juta dalam harga malar (2010: RM128,815 juta). Dalam harga semasa ianya dianggarkan bernilai RM194,484 juta (2010: RM173,121 juta). Ini menghasilkan KDNK per kapita negeri bernilai RM25,333 pada harga malar (2010: RM24,360), iaitu meningkat 4.0% (2010: 8.6%). Dalam harga semasa, KDNK per kapita meningkat ke RM36,128 (2010: RM32,738). Ini membawa kepada peningkatan taraf hidup dengan KDNK per kapita dalam ukuran pariti kuasa beli dianggarkan meningkat 10.5% ke USD19,331 (2010: USD17,494).

Situasi Tenaga Buruh Negeri Selangor

Negeri Selangor mempunyai penduduk yang jumlahnya paling ramai di Malaysia. Pada tahun 2011 jumlah penduduk negeri ini dianggarkan berjumlah iaitu 5.39 juta. Peningkatan jumlah penduduk tahun demi tahun telah disumbangkan oleh kadar pertambahan penduduk yang tinggi yang terhasil oleh pertambahan semula jadi dan penghijrahan masuk. Jumlah yang tinggi ini telah mewujudkan beberapa keunikan di dalam bilangan dan ciri-ciri tenaga buruh dan penduduk yang bekerja di negeri ini.

Penawaran Tenaga Buruh

Negeri Selangor adalah penyedia pekerjaan yang paling penting di Malaysia disebabkan ekonominya yang pesat dan di dalamnya terletak pusat perdagangan dan kewangan utama negara, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perbandingan jumlah tenaga buruh Malaysia dan Selangor yang diperolehi dari Laporan Penyiasan Tenaga Buruh 2010 menunjukkan bahawa Negeri Selangor memberikan sumbangan yang terbesar, iaitu 19.2% kepada keseluruhan tenaga buruh negara. Peratus ini diikuti oleh Johor (12.0%) dan Sabah (11.6%). Bilangan tenaga buruh Negeri Selangor pada tahun 2009 adalah seramai 2.095 juta (2008: 2.092 juta). Pada tahun 2010 angka tersebut dianggarkan meningkat kepada 2.131 juta manakala pada tahun 2011 ianya dianggarkan berjumlah 2.160 juta.

Kadar pengangguran di Negeri Selangor pada tahun 2009 ialah 3.6%. Kadar ini telah menurun ke 3.0% pada tahun 2010. Pada tahun 2011 ianya dianggarkan meningkat kepada 3.3%. Penyebab utama peningkatan ini ialah peningkatan bilangan tenaga buruh berpendidikan menengah yang tidak mendapat pekerjaan. Ini adalah merupakan suatu penyebab terbaru berlakunya pengangguran di Negeri Selangor.

Pelaburan Di Negeri Selangor

Sebagai negeri yang termaju di Malaysia Selangor terus menarik pelaburan terutamanya dalam sektor pembuatan, walau pun di tahun-tahun kebelakangan ini, kemasukan pelaburan tertumpu terutamanya dalam komunikasi, informasi dan perkhidmatan kewangan. Kemasukan pelaburan luar asing (FDI) dalam sektor pembuatan bagi tahun 2011 dianggarkan bernilai sekitar RM9,000 juta dengan nilai yang dilaporkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menunjukkan pelaburan yang diluluskan bagi tempoh Jan-April 2011 mencatat

Page 32: EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011...LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 -

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 1 - 32

RM3,193 juta, yang mana RM1,584 juta adalah pelaburan asing. Sejumlah besar pelaburan yang diluluskan adalah bagi industri pembuatan makanan, perabut, kimia dan produk kimia, produk elektrik dan elektronik, dan produk getah. Sebahagian besar daripada pelaburan-pelaburan ini adalah tertumpu di daerah-daerah Petaling dan Klang.