ekonomi berasaskan pengetahuan

Click here to load reader

Post on 13-Dec-2014

720 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. EKONOMI BERASASKANPENGETAHUANMUHAMAD NUR FADHLAN BIN JAMALUDDIN6 ATAS DAHLIA

2. KONSEP EKONOMIBERASASKAN PENGETAHUAN 3. KONSEP >>Ekonomi yang berdasarkan pengetahuanmerupakan asas untuk mengekalkan kadarpertumbuhan ekonomi yang pantas danmeningkatkan daya saing antarabangsa untukmencapai Wawasan 2020. 4. TUJUAN EKONOMIBERASASKAN PENGETAHUAN 5. TUJUAN >>Membina asas tenaga kerja berpengetahuan,antara lain, melalui penyemakan semula sistempendidikan dan latihan, memperkenalkan sistempembelajaran seumur hidup dan program bijakpandai (brain-gain) >>Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&Dke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara. >>Mempercepatkan pembangunan infrastrukturbagi memudahkan pembangunan ekonomiberasaskan pengetahuan. 6. >>Menstruktur semula sistem kewangan untukmemberi pembiayaian yang sesuai bagi aktivitipengetahuan, menyediakan peralatan untukpengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahandengan cabaran-cabaran berkaitan denganekonomi berasaskan pengetahuan. >>Meningkatkan kandungan pengetahuan di dalamsektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. >>Menggalakkan sektor swasta agar bersediadengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkanpengetahuan dan juga mengenalpasti danmengeksploitasi peluang-peluang yang bakal 7. >>Mengolah semula sektor awam untuk menjadilebih cekap dalam penggunaan perolehan,penyebaran dan pengurusan pengetahuan. >>Memupuk penggunaan pengetahuan yangberetika; >>Mengambil tindakan tegas bagi merapatkanjurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik,kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandardan merentasi sempadan wilayah 8. PELAKSANAAN EKONOMI BERASASKANPENGETAHUAN 9. CARA PELAKSANAAN >> Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakanlandasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhanekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saingantarabangsa untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Iajuga akan mengukuhkan kemampuan Malaysia untukberusaha menghasilkan pembaharuan, menyesuaikan danmencipta teknologi tempatan serta mereka bentuk,membangun dan memasarkan produk baru yang akanmenyediakan asas bagi pertumbuhan yang didorong olehsumber dan kekuatan dalam negeri. Di samping itu,ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkap danmempercepatkan perubahan daripada strategipertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategiyang didorong oleh produktiviti yang merupakan terasutama yang dimulakan dalam Rancangan MalaysiaKetujuh (RMKe-7). 10. >> Beberapa inisiatif telah dimulakan untuk membantumemudahkan usaha pembangunan ekonomi berasaskanpengetahuan. Walau bagaimanapun, Malaysia akanmelipatgandakan usaha dalam tempoh RangkaRancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) terutamanyadalam bidang pembangunan sumber manusia, sains danteknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P),infrastruktur maklumat dan pembiayaan untukmeletakkan Malaysia di kedudukan yang penting dalampeta dunia ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysiajuga akan mengambil langkah untuk memastikan setiaplapisan masyarakat mendapat peluang yang saksamauntuk menikmati manfaat yang diwujudkan. 11. >> Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan faktorpengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dankeusahawanan terus penting, pengetahuan akan menjadi faktorutama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru danmenyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupunteknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas utama,namun nadi bagi ekonomi berasaskan pengetahuan adalahsumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusahamenghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buahfikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahirankeusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebihberintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskanpengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu,ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan pengetahuandan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yangbesar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)dan eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuanjuga akan menjadi satu barangan yang boleh diperdagangkan. 12. >> Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satukaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yangpesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini,Malaysia akan membangunkan kemudahan yangdiperlukan dan memajukan industri yang mempunyaipotensi untuk menjadi industri yang berintensifkanpengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jenterapertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan,manakala sektor awam akan menyediakan persekitaranyang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dankesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalamtahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengantanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurangpengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatanyang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luarbandar dan di antara wilayah. 13. KESAN EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN 14. KESAN>>Sehingga pertengahan tahun 1990an, Malaysia bergantungsebahagian besarnya kepada pelaburan modal untukmenerajui pertumbuhan ekonomi. Malaysia telahmelaksanakan strategi untuk beralih daripada pertumbuhanyang didorong oleh input kepada yang didorong olehproduktiviti. Perubahan ini disebabkan oleh penurunan nilai sutproduktiviti modal seperti yang dicerminkan oleh peningkatannisbah tambahan modal kepada pengeluaran. >>RMKe-7 mengiktiraf usaha meningkatkan sumbanganproduktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhansebagai satu strategi penting. Namun dalam tempohRancangan tersebut, peralihan kepada ekonomi yang didorongoleh produktiviti adalah perlahan sebahagiannya disebabkanpelaburan besar yang mempunyai tempoh matang yangpanjang serta kejatuhan pengeluaran akibat daripada krisiskewangan pada tahun 1997. Kekurangan tenaga manusiamahir dan kemajuan teknologi juga turut menyebabkankeadaan ini berlaku. 15. >>Ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkapiusaha meningkatkan produktiviti keseluruhan ekonomimelalui peningkatan TFP kerana ianya akan menambahnilai baru kepada aktiviti sedia ada dan akan diiringidengan peningkatan teknologi, kemampuan inovasi yanglebih tinggi dan input daripada tenaga kerja yang lebihmahir.>> Ekonomi berasaskan pengetahuan juga akanmelahirkan aktiviti baru untuk pelaburan dalam industriyang sedia ada di samping mewujudkan industri baru. >>Pengenalan kepada proses pengeluaran berteknologitinggi dan berintensifkan pengetahuan akan membukapeluang pelaburan baru dalam industri sedia ada.Keperluan meluaskan aktiviti di sepanjang rantaian nilaimeliputi reka bentuk dan pembangunan produk sertapembungkusan, pemasaran dan pengedaran akanmenawarkan peluang pelaburan dalam industri baru. 16. TAMATSEKIAN TERIMA KASIH

View more